Total Pageviews

Thursday, October 6, 2016

KASIHNYA IBU MEMBAWA KESYURGA KASIHNYA ISTERI TIADA GANTI

6.10.2016

Hari ini 6hb..10.2016 telah genap 4 tahun aku kehilangan saorang yang bergelar isteri. Pemergianya adalah kehendak Ilahi dan tiada siapa yang boleh menolak keredhoanNYA.
Pada 6.8.2016 iaitu tepat 3 bulan yang lalu, aku juga telah kehilangan saorang ibu, sorang insan yang mustahil dicari ganti.
Kehilangan mereka berdua ini sangat2 menyentuh perasaan sesiapa sahaja yang mendukong perasaan cinta kepada dua makhlok Allah yang istimewa ini.
Hari ini adalah hari berkabung untuk menghormati kedua-dua insan yang sudah tiada. Sepanjang hari aku memanjat doa untuk kamu semoga roh-roh kamu diletak bersama roh orang-orang yang beriman.
Kehilangan mereka menyebabkan aku kesepian. Kerana itu aku mengambil kesempatan menyendiri untuk bermahasabah serta memanjat kesyukuran kepadaNYA.
Pemergian ibu disertai dengan ayer mata kesedihan dan keredhoan.
Kehilangan isteri tidak dapat di cari ganti, walaupun diganti tetapi yang diganti tidak serupa dengan yang telah pergi.
Ada ketikanya tiada semua insan dapat memahami perasaan walaupun kita nampak suka disebalik duka. Yang pergi tetap pergi dan yang lain akan menyusul nanti.
Salam dan doa dari kami yang bergelar anak dan suami. Al-Fatihah untuk kedua-dua insan istimewa ini... Ameen.

Posted by: Salehuddin