Total Pageviews

Saturday, March 12, 2011

BAPAK PERJUAGAN BANGSA MELAYU

Salam semua,

Saya terpanggil untuk menulis walaupun hanya beberapa kerat ayat mengenai Tun Dr Mahathir. Tidak boleh kita sangkal lagi bahawa Tun adalah seorang pejuang bangsa Melayu yang mungkin tidak dapat dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin negara yang sudah meninggalkan kita atau pun yang masih bernafas dibumi Malaysia ini.

Baru-baru ini Tun telah mengeluarkan sebuah buku yang berjudul " Doctor In The House"  Walau pun saya belum dapat membeli lagi buku tersebut tetapi intipati serta isikandungan buku tersebut telah diketahui umum melalui kupasan-kupasan didalam akhbar, portal, blog-blog. dan lain-lain.

Tun adalah seorang pejuang Bangsa Melayu yang masih aktif walau pun telah bersara daripada jawatan tetapi masih menyumbang kepada apa saja yang menjadi keperluan kepada Bangsa Melayu dihari ini. Soalan saya, dimanakah kelibat-kelibat pemimpin Melayu yang telah bersara tidak kira didalam bidang apa jua pun.?? Cukop bulan terima pencen, ada sesetengah daripada mereka yang pencen politik mendapat sehingga lima jenis pencen yang mencecah lima anggka sebulan. Tak perlu buat apa-apa.. duduk goyang kaki sahaja dapat beribu-ribu ringgit setiap bulan.

Yang pencen daripada jawatan kerajaan pulak walaupun mereka ini sebelum pencen memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, lepas pencen masuk dok. Kepada mereka orang-orang  Melayu diluar sana engkau pandai-pandailah cari makan  sendiri kalau hendak hidup.

Pun bagitu jugak pemencen dari gulongan koperat, mereka ini pula akan mendapat durian runtuh sebelum mereka  direhatkan. Tak usahlah kira berapa banyak wang saguhati yang diterima. Dengan pendapatan yang bagitu lumayan, mereka boleh membawa anak isteri melancong kemana sahaja didalam dunia ini. Andaian saya mungkin tepat berdasarkan kepada pendedahan yang dibuat oleh menteri berkenaan mengenai bayaran zakat oleh Syarikat GLC. Hanya beberapa kerat sahaja syarikat GLC yang membayar zakat. Kemana perginya wang zakat yang sepatutnya dibayar kepada Pejabat Zakat ? atau adakah mereka-mereka ini jugak orang yang "sapu" wang yang sepatutnya menjadi wang zakat??? Dimanakah keberkatan wang pencen sekiranya perkara ini benar-benar berlaku.?

Walau bagimanapun, bukan semua gulongan "Melayu Pencen"  itu tergulong dalam ciri-ciri yang disebutkan diatas itu. Ada yang terus memberi khidmat bakti kepada bangsa tanpa penat lelah. Ada yang berjihad untuk agama dan ada pulak yang  berjasa tanpa mengira wang ringgit. Syabas kepada Tun dan sahabat-sahabat yang seangkatan dengan Tun. Semoga perjuangan anda semua diberi rahmat dunia dan akhirat..Amin.