Total Pageviews

Monday, July 30, 2012

SEMUA ANAK-ANAK MELAYU " MALAI SI" MESTI BACA....



Nah..! Laporan MAGERAN 13 Mei 1969 TERBUKTI Lim Kit Siang Ketuai Kumpulan Halau Melayu...!


Di bawah ini saya perturunkan inti perbahasan Yb Zulkfli Noordin di Dewan Rakyat baru-baru ini....;

Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekati dengan DAP parti racist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku.

Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang Peristiwa 13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan.

Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi oleh Yang Berhormat Ipoh Timur [Lim Kit Siang] dan parti beliau pada masa itu.


Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai Si’. ‘Malai Si’ ini maknanya “Mati Melayu”.

Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .
Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis melayu”

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang Cina punya”.
Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, “Melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti Yang Berhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…”.

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu… “…..semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi. Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!”

Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…”
Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”


Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur [LKS] dan parti dia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini.

Saya cabar Yang Berhormat Ipoh Timur antara dalang pencetus 13 Mei supaya ‘walk the talk’ menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969.’

Ini adalah sebahagian sedutan ucapan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu Yb Zulkifli Noordin di Dewan Rakyat.

Sekarang ini terpulang kepada kita…! Adakah kita bersedia untuk menjadi baru-barua Cina-Cina DAP yang sedang mahu menjadikan Malaysia ini seperti Singapura?

Bacalah bahasa yang mereka gunakan kepada orang-orang Melayu satu ketika dulu….!

Adakah kita sanggup telan dan lupakan segala apa yang Cina DAP lakukan terhadap kita..? Terpulang kepada kita..[The Kuala Lumpur Chronicle]

Saturday, July 14, 2012

ANAK MUDA MELAYU...INGAT-INGAT....!!!!

MALAI SI, MELAYU MASUK HUTAN, SAPU MELAYU BAKAL BERULANG???!!!



SATU TULISAN YANG BAIK MENERANGKAN BAHAYA DAN ANCAMAN YANG BAKAL KITA TERIMA JIKA CINA DAP KOMUNIS DIBERUKAN PELUANG UNTUK BERKUASA DI MALAYSIA.

BACA DAN FAHAMKAN, KEMUDIAN SEBARKAN.

JPX

KEBELAKANGAN ini, wujud usaha yang berterusan di kalangan pimpinan Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk menyerang pimpinan dan bekas pemimpin UMNO dengan pelbagai konotasi dan label negatif.

Sebagai rakyat biasa, kita faham sangat, bahawa semua ini mempunyai tujuan dan niat politik yang sangat sarat.

Mahu tidak mahu, menyerang dan memberikan label kepada pemimpin UMNO adalah strategi yang selama ini mendatangkan keuntungan politik kepada DAP. Tidak menyerang UMNO, juga membawa makna bahawa DAP akan mempunyai ruang yang semakin sempit dalam politik perdana Malaysia.

Kita harus menilai kelahiran dan kedewasaan politik DAP dengan sistem nilaian yang jujur. DAP tidak perlu menunggu lama untuk menampilan ‘isme’ politik yang mereka mahukan. Apakah mereka peduli dengan soal negara bangsa; atau mereka hanya mahu melonjak diri dan parti ke puncak kuasa?

Walaupun mungkin penulis belum lahir di zaman awal kelahiran DAP - sekitar 1966/67; namun penulis tidak mungkin dapat melupakan bahawa dalam tempoh kurang dua tahun - DAP sudah membawa ‘suntikan budaya politik baru’ ke dalam negara ini.

Bayangkan, dengan umur politik setakat dua tahun, DAP sudah komited untuk membawa ‘semangat politik perkauman sempit’ dengan menyuntik isu panas yang menduga rasional politik rakyat. Tempoh ini adalah satu tempoh yang sangat muda. Namun, DAP pastinya tahu, dalam ketidaktentuan politik, dalam suasana kacau-bilau, mereka mampu menampilkan diri dengan budaya politik yang merosakkan minda rakyat. Ini hakikat yang tidak akan mampu dinafikan oleh DAP.

Budaya politik desak mendesak, menggugat kestabilan dan keharmonian politik, menggunakan isu dan sentimen panas, melupakan keluhuran Perlembagaan adalah sebahagian daripada ‘roh’ politik DAP. Di atas semangat solidariti ‘Socialist International’, DAP lebih gemar berselindung di sebalik slogan yang muluk-muluk, namun jelas, longgar semangat nasionalisme dan kasih negara.

DAP selama ini memang dinaungi oleh sebuah gerakan solidariti ‘sosialis antarabangsa’ yang mempunyai hampir 161 keahlian di kalangan parti politik seluruh dunia. Dengan slogan ‘Progressive Politics For A Fairer World’ - kita mungkin mampu bertanya apakah ini menjadi kiblat politik akhir kepada DAP?

Bagaimana agaknya, dengan hakikat politik kekeluargaan yang nyata di dalam parti itu, apakah mampu ‘dunia yang lebih adil’ akan dizahirkan oleh DAP? Atau, apakah dengan wajah dominasi ‘kaum tertentu’ di dalam DAP - parti itu mampu menampilkan wajah dan cita fairer world dalam jangka masa yang terdekat ini?

1969: Lambang Politik Progresif DAP?

DAP terlibat dalam pilihan raya umum pertama pada tahun 1969, memenangi 13 kawasan Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri. Kalau menurut catatan politik, kerjasama politik ‘progresif’ Pas dan DAP sudah mula berputik di dalam PRU 1969 ini. Mungkin inilah agaknya yang impian ‘politik progesif’ yang menjadi cita Socialist International. Tercapainya impian DAP untuk berada dalam arus perdana politik inilah yang memberikan momentum kepada DAP untuk kekal menjadi ‘pemain politik’ Malaysia sehingga ke hari ini.

Budaya politik yang kononnya ‘progresif’ yang dinaungi oleh DAP sebenarnya telah berselindung di sebalik usaha bersungguh membangkitkan soal-soal bangsa Malaysia berkaitan dengan bahasa kebangsaan (bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.

Apabila dipakejkan dengan ucapan dan ceramah politik yang emosional, maka dengan sendirinya ia menzahirkan suasana yang kurang senang di kalangan masyarakat. Ditambah dengan elemen luaran dan semangat perjuangan komunisme, maka suasana anarki dan huru-hara adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat dielakkan.

Sudah barang tentu, banyak lagi insiden yang menjadi pemarak api perkauman pada tempoh yang sukar itu. Namun, kita haruslah menerima hakikat dan fakta politik asas bahawa DAP-isme sudah mengubah ‘permainan politik’ untuk menjadi sesuatu yang lebih bahaya dan memberi keuntungan politik jangka panjang kepada parti tersebut sehingga ke hari ini.

DAP membawa brand politik yang bernada tinggi, anti kerajaan, sentimen perkauman sehingga ke hari ini. Ya, memang benar, hari ini mereka ingin membawa ‘wajah progresif baru’ kepada DAP, dengan kehadiran beberapa orang Melayu sebagai pemimpin - namun ‘roh’ asal DAP akan terus bergentayangan dengan idea politik sosialis yang mampu membawa situasi anarki.

Tidak perlulah kita bertanya di mana ‘titik pertemuan’ yang memungkinkan kepada kerjasama sebuah parti Islam dan gerakan sosialis yang ditunjangi ideologi DAP-isme. Titik pertemuan hanyalah ‘punca kuasa’. Inilah juga yang menjadi ‘gam politik’ kepada kerjasama mereka pada tahun 1969. Kerjasama ini ada turun naiknya, namun keputusan pilihan raya 2008 sudah memungkinkan bahawa mereka mampu bersatu di atas nama merealisasi impian mendapatkan kuasa.

Mahathirisme?

Kita perlu memahami bahawa serangan demi serangan yang ditujukan kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah satu strategi lama DAP yang dipakej semula. Yang dihajatkan oleh DAP bukan batang tubuh Tun Mahathir. Namun, apa yang lebih diperlukan adalah menggambarkan kepimpinan Mahathir sebagai kepimpinan yang kejam, autoritarian - dan kononnya tidak sesuai dengan zaman ini. Ironinya, Kit Siang, Karpal Singh juga sudah berada dalam zaman sama dengan Tun! Apakah modul politik 2K (Kit Siang dan Karpal) ini sangat relevan dengan masa dan politik era kontemporari?

Apa yang lebih merisaukan DAP dan ‘isme’ politiknya adalah kemampuan Tun Mahathir untuk mencelikkan semula mata masyarakat dengan ‘realiti sebenar politik Malaysia’. Ini bukan soal menjadi rasis dan tidak menghormati bangsa lain. Ini soal kembali semula menghargai ‘asas Perlembagaan’ yang kian mahu diinjak dan dipijak atas nama keuntungan politik.

Yang ditakuti DAP bukan Tun Mahathir. Namun, buah fikiran, faham dan gerak rasas sejarah negara bangsa yang dimiliki oleh pemimpin besar itu. Tun Mahathir kenal benar dengan kehendak DAP-isme luar dan dalam. Perkara inilah, yang menyebabkan serangan demi serangan ‘persepsi’ ditujukan kepada seorang negarawan yang jauh lebih berjasa, berwibawa dan berpandangan jauh daripada pemimpin DAP. Ungkapan dan nasihat Tun Mahathir inilah, yang mampu menyebabkan ‘mimpi politik progresif Socialist International’ dijawab dengan faham realiti politik yang sebenar.

DAP dan ‘isme’nya pastinya menganggap Tun Mahathir sebagai musuh nombor wahid dalam berdepan dengan PRU yang akan datang. Kemampuan Tun Mahathir untuk meneutralkan semula politik ugut dan desak yang menjadi alat politik DAP selama ini, mampu membataskan pergerakan mereka untuk menerima sokongan yang lebih baik di kalangan pengundi Melayu.

Jalan Hadapan Politik Malaysia

Penulis juga bukanlah penggemar kepada politik yang berasaskan perkauman. Namun, faham dan fiil politik kita mestilah disesuaikan dengan suasana dan realiti yang ada. Bukan masanya untuk kita mengambil kesempatan, membuat desakan dan ugutan menggila yang nyata tidak selari dengan semangat kita ber-Negara. Penulis bersetuju dengan proses, usaha dan inisiatif pembaikan dan koreksi, namun ia tidak bermakna kita wajar mengambil jalan anarki dan huru-hara hanya kerana mahukan suara kita didengari dan dilayani oleh kerajaan.

DAP dan ‘isme’nya kadangkala menjadi terlalu yakin sehinggakan tidak berpegang kepada realiti dan latar politik. Menggunakan ‘model 1969', mereka menganggap kerjasama politik DAP-Pas-PKR akan menzahirkan sistem politik yang serba sempurna dan maksum. Semuanya mampu diubah dalam sekelip mata.

Keyakinan politik inilah yang menyebabkan mereka lamur dan rabun dengan keperluan membawa imej dan amalan politik progresif yang sebenar. DAP masih lagi membawa amalan dan faham politik ‘ala-69'; membugar semangat anti-kerajaan, kebencian kepada pemimpin, membangkitkan sentimen yang kadangkala merosak fabrik sosial dalam masyarakat Malaysia.

Adalah menjadi amanah dan tanggungjawab besar ‘Melayu berkiblatkan isme politik Socialist International’ yang baru berada dalam DAP - menyedarkan kalangan pemimpin ‘usang’ mereka untuk melakonkan lakonan filem baru kepada rakyat.

DAP masih tersekat dengan pelakon, watak dan skrip politik yang sama. Sikap 'politik progresif' mereka masih lagi diisi dengan politik dendam dan kebencian. DAP masih lagi belum mampu untuk menanggalkan imej 'perkauman' yang selama ini menjadi roh asal 'isme' ideologi politik mereka.

Rakyat Malaysia menantikan kelahiran semula DAP yang sebenar-benarnya progresif. Yang tidak lagi tersekat dengan permainan wayang politik lama. Yang tidak lagi terbeban dengan liabiliti dan beban politik lampau yang celupar, ganas dan tidak berhemah.

Selagi mana DAP masih lagi mengetengahkan skrip politik They Came to Rob Las Vegas (filem yang dimainkan di sekitar Kuala Lumpur pada tahun 1969); selagi itulah DAPisme mampu menjemput dan membawa musibah jangka panjang kepada negara. DAP yang mampu melahirkan lebih ramai lagi ahli politik zaman baru; yang tidak membawa imej dan faham 'perkauman' akan menjanjikan imej 'progresif' yang diharapkan.

Setakat ini, DAP masih lagi terbeban dengan 'imej politik' zaman lampau - penuh sifat celupar, oportunis, terlebih yakin, anti-Melayu, hipokrasi dan sebagainya. Benar, DAP berjaya menampilkan tokoh-tokoh politik muda, namun 'isme' dan ideologi mereka masih belum terlepas dengan simtom dan permainan politik yang lama dan merosakkan.

DAP yang lebih memahami 'realiti politik' akan memberikan suasana dan iklim politik lebih sejahtera buat Malaysia. Kemungkinan itu berlaku, bergantung kepada kesungguhan mereka yang berada dalam DAP untuk merubah 'isme'nya yang lampau dan jurasik.

Bukan mudah untuk melakukan perubahan, kerana semua sifat politik negatif yang ada sudah menjadi sebahagian 'DNA politik' DAP. Ego mereka yang menggunung dengan kejayaan politik akan juga menjadi punca kejatuhan mereka. Akhir-akhir ini sahaja mereka bercakap tentang akauntabiliti, transparensi dan kompeten; sedang semangat politik sebenar mereka masih lagi berasaskan elemen perkauman sempit.

Sunday, July 8, 2012

THANK YOU KARPAL...

Thank you very much Karpal.

You have made sleeping  UMNO members realized that Anwar is no match to Najib  to have open debate. Najib, has also rejected the offer any way. You all want to know why?

Ask  Karpal why he advised LGE not to have open debate with Soi Lek.!!!!

Thursday, July 5, 2012

KALAULAH INI SEMUA BETUL...PUNAH MALAYSIA



ANWAR HASUT UMAT ISLAM SELATAN THAI !



ANWAR HASUT UMAT ISLAM SELATAN THAI !




Anwar Bakal Menghancurkan Selatan Thailand Pula?

Khabar dari Thailand menyatakan bahawa Anwar akan berceramah di Pattani pada 4 dan 7 Julai.  Kunjungan Anwar ke sana adalah untuk mencari pengundi yang memiliki dwi kerakyataan dengan bantuan beberapa orang politik pembangkang, orang-orang agama serta NGO-NGO Muslim di Selatan Thailand. 

Beliau kini sedang mendekati Dr. Ismail Lutfi iaitu puak Wahabbi di Thailand dan Tuan Guru Nik Dir Waba. 

Anwar juga akan melabur di koperasi Islam di sana dan merancang untuk membentangkan kertas kerja ekonomi dalam program yang dianjur oleh Koperasi Ibnu Affan yang dimiliki oleh Wahabbi di sana.  

Jika khabar yang diterima ini benar, maka kunjungan Anwar ke Thailand ini perlu dilihat dari sudut yang lebih luas dari sekadar politik kepartian di Malaysia.  Ini bukan sahaja soal berapa banyak undi yang mampu diraihnya bagi membantu Pakatan Rakyat di Kelantan ataupun Kedah.  Tetapi, kita tidak boleh mengambil mudah kecenderungan Anwar ke arah mencetuskan huru-hara dan keganasan.  Dengan keadaan di Selatan Thailand yang sedia bergolak di tambah dengan penduduk yang rata-ratanya miskin, bukan sukar untuk Anwar merekrut kumpulan yang sanggup melakukan keganasan dengan bayaran yang setimpal sekiranya difikirkannya perlu.  

Dari segi jangka panjang pula, kita perlu melihat dari segi bahaya corak pemikiran yang bakal disebarkan Anwar di kalangan orang-orang Islam di sana.  Sebelum keadaan menjadi parah, mereka wajar dimaklumkan bahawa apa yang disentuh oleh Anwar pasti akan hancur.  

Sejurus Anwar melangkah kaki ke dalam UMNO, maka kehancuran peribadi orang-orang muda di dalam UMNO pun bermula apabila beliau memperkenalkan mereka kepada politik wang dan cantas-mencantas.  Kita bernasib baik kerana pemimpin tertinggi UMNO terdiri dari mereka-mereka yang amat bijaksana dan telah berjaya menyelamatkan parti dari terus hancur lebur dikerjakan Anwar.  Akhirnya, mereka yang peribadinya telah hancur, perlahan-lahan mengikut jejak langkah Anwar Ibrahim dengan meninggalkan UMNO.  

Apabila Anwar memegang jawatan Menteri Pendidikan, beliau membawa kecelaruan dalam pemikiran bangsa Melayu dengan menerapkan dasar-dasar ekstrem yang tidak membawa manfaat kepada bangsa.  Dan apabila beliau memegang jawatan Menteri Kewangan, beliau hampir membangkrapkan negara.  Tidak dapat dibayangkan jika beliau menjadi Perdana Menteri.  

Kerana itu, kita merasa bimbang akan nasib dan masa depan saudara-saudara kita di Thailand apabila ‘disentuh’ oleh Anwar.   

Apa yang pasti, Anwar akan membawa bersamanya kecelaruan pemikiran kepada komuniti Islam di sana.  Pada awalnya, beliau akan mengikut rentak kumpulan yang ditemuinya.  Jika Wahabbi, maka Wahabbilah Anwar.   Jika Syiah, maka Syiahlah Anwar.  Jika Buddha, maka mesra Buddhalah Anwar. Lakonan ini akan diteruskan sehingga semua kumpulan mempercayainya, menyanjungnya dan menobatkannya sebagai pemimpin dan penyelamat mereka.  

Apabila ketaksuban mula menguasai penduduk di sana, Anwar akan secara perlahan-lahan memasukkan jarum liberalnya. Dan perlahan-lahan juga, Anwar akan membentuk satu kumpulan liberal di celah-celah kumpulan Islam di Thailand.  Dengan dana yang berterusan dari barat, kumpulan ini akan menyebarkan fahaman liberal di samping melemahkan lagi umat Islam di Selatan Thailand melalui perpecahan.  Malah wang yang dilaburkan di koperasi di sana juga kemungkinan besar merupakan dana yang disediakan oleh sahabat neo-connya di barat.  

Cukuplah Anwar merosakkan Malaysia, jangan benarkan beliau merosakkan saudara seagama kita yang telah sedia menderita di Selatan Thailand.  Kerosakan sesebuah negara, mampu merebak kepada jiran-jirannya.  Dan inilah yang barat inginkan.  

Justeru, demi Islam dan persaudaraan, umat Islam di Thailand wajar diberi amaran segera mengenai bahaya kunjungan Anwar ke sana.  Mereka perlu tahu bahawa bahaya yang dibawa Anwar adalah lebih berat dari letupan bom dan tembakan yang mereka terpaksa lalui setiap hari.  Ini kerana Anwar membawa agenda musuh Islam melalui pemikiran dan emosi dan ia akan berakar umbi dan merebak sehingga akhirnya umat Islam akan memusnahkan sesama sendiri dan diri sendiri.
Anwar Bakal Menghancurkan Selatan Thailand Pula?

Khabar dari Thailand menyatakan bahawa Anwar akan berceramah di Pattani pada 4 dan 7 Julai.  Kunjungan Anwar ke sana adalah untuk mencari pengundi yang memiliki dwi kerakyataan dengan bantuan beberapa orang politik pembangkang, orang-orang agama serta NGO-NGO Muslim di Selatan Thailand. 

Beliau kini sedang mendekati Dr. Ismail Lutfi iaitu puak Wahabbi di Thailand dan Tuan Guru Nik Dir Waba. 

Anwar juga akan melabur di koperasi Islam di sana dan merancang untuk membentangkan kertas kerja ekonomi dalam program yang dianjur oleh Koperasi Ibnu Affan yang dimiliki oleh Wahabbi di sana.  

Jika khabar yang diterima ini benar, maka kunjungan Anwar ke Thailand ini perlu dilihat dari sudut yang lebih luas dari sekadar politik kepartian di Malaysia.  Ini bukan sahaja soal berapa banyak undi yang mampu diraihnya bagi membantu Pakatan Rakyat di Kelantan ataupun Kedah.  Tetapi, kita tidak boleh mengambil mudah kecenderungan Anwar ke arah mencetuskan huru-hara dan keganasan.  Dengan keadaan di Selatan Thailand yang sedia bergolak di tambah dengan penduduk yang rata-ratanya miskin, bukan sukar untuk Anwar merekrut kumpulan yang sanggup melakukan keganasan dengan bayaran yang setimpal sekiranya difikirkannya perlu.  

Dari segi jangka panjang pula, kita perlu melihat dari segi bahaya corak pemikiran yang bakal disebarkan Anwar di kalangan orang-orang Islam di sana.  Sebelum keadaan menjadi parah, mereka wajar dimaklumkan bahawa apa yang disentuh oleh Anwar pasti akan hancur.  

Sejurus Anwar melangkah kaki ke dalam UMNO, maka kehancuran peribadi orang-orang muda di dalam UMNO pun bermula apabila beliau memperkenalkan mereka kepada politik wang dan cantas-mencantas.  Kita bernasib baik kerana pemimpin tertinggi UMNO terdiri dari mereka-mereka yang amat bijaksana dan telah berjaya menyelamatkan parti dari terus hancur lebur dikerjakan Anwar.  Akhirnya, mereka yang peribadinya telah hancur, perlahan-lahan mengikut jejak langkah Anwar Ibrahim dengan meninggalkan UMNO.  

Apabila Anwar memegang jawatan Menteri Pendidikan, beliau membawa kecelaruan dalam pemikiran bangsa Melayu dengan menerapkan dasar-dasar ekstrem yang tidak membawa manfaat kepada bangsa.  Dan apabila beliau memegang jawatan Menteri Kewangan, beliau hampir membangkrapkan negara.  Tidak dapat dibayangkan jika beliau menjadi Perdana Menteri.  

Kerana itu, kita merasa bimbang akan nasib dan masa depan saudara-saudara kita di Thailand apabila ‘disentuh’ oleh Anwar.   

Apa yang pasti, Anwar akan membawa bersamanya kecelaruan pemikiran kepada komuniti Islam di sana.  Pada awalnya, beliau akan mengikut rentak kumpulan yang ditemuinya.  Jika Wahabbi, maka Wahabbilah Anwar.   Jika Syiah, maka Syiahlah Anwar.  Jika Buddha, maka mesra Buddhalah Anwar. Lakonan ini akan diteruskan sehingga semua kumpulan mempercayainya, menyanjungnya dan menobatkannya sebagai pemimpin dan penyelamat mereka.  

Apabila ketaksuban mula menguasai penduduk di sana, Anwar akan secara perlahan-lahan memasukkan jarum liberalnya. Dan perlahan-lahan juga, Anwar akan membentuk satu kumpulan liberal di celah-celah kumpulan Islam di Thailand.  Dengan dana yang berterusan dari barat, kumpulan ini akan menyebarkan fahaman liberal di samping melemahkan lagi umat Islam di Selatan Thailand melalui perpecahan.  Malah wang yang dilaburkan di koperasi di sana juga kemungkinan besar merupakan dana yang disediakan oleh sahabat neo-connya di barat.  

Cukuplah Anwar merosakkan Malaysia, jangan benarkan beliau merosakkan saudara seagama kita yang telah sedia menderita di Selatan Thailand.  Kerosakan sesebuah negara, mampu merebak kepada jiran-jirannya.  Dan inilah yang barat inginkan.  

Justeru, demi Islam dan persaudaraan, umat Islam di Thailand wajar diberi amaran segera mengenai bahaya kunjungan Anwar ke sana.  Mereka perlu tahu bahawa bahaya yang dibawa Anwar adalah lebih berat dari letupan bom dan tembakan yang mereka terpaksa lalui setiap hari.  Ini kerana Anwar membawa agenda musuh Islam melalui pemikiran dan emosi dan ia akan berakar umbi dan merebak sehingga akhirnya umat Islam akan memusnahkan sesama sendiri dan diri sendiri.

Monday, July 2, 2012

ADA AKAI KA PAS NIE...

Nuffnang Ads

PAS AKAN DOMINAN SEBAB MEREKA BERTANDING 80 KERUSI... HUAHUAHUA!!!


Buat kali kedua dalam jangka waktu setahun PAS menyatakan keinginannya untuk bertanding di lebih 80 kerusi parlimen untuk PRU 13, peningkatan 25% berbanding pilihanraya sebelumnya.

Pertengahan tahun lalu, PAS pernah menyuarakan hasrat yang sama namun beberapa bulan kemudiannya terpaksa akur dengan tekanan Anwar Ibrahim dan PKR yang mahu PAS kekal bertanding di 66 kerusi seperti dalam PRU 2008.

Menurut Presiden PAS, Hadi Awang, "Pas berhasrat menjadi tulang belakang kepada pemerintahan negara jika pakatan pembangkang menguasai kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang".

Tinggi angan-angan PAS nak menjadi tulang belakang, walhal situasi sejak dulu hingga sekarang, PAS nak tonjolkan kejantanannya dalam apa saja mesyuarat pemimpin pembangkang pun tak mampu dilakukan.

Waima prinsip juang sendiri untuk mendirikan Negara Islam ala PAS dan hukum Hudud pun PAS terpaksa digadaikan demi mengikut kehendak DAP dan PKR, agaknya di mana pula logik untuk PAS menjadi tulang belakang pakatan?

Sebetulnya dalam mesyuarat pimpinan PAS beberapa minggu lalu, satu unjuran telah dibentangkan membayangkan PAS hanya berpeluang menang di 20 buah kerusi parlimen sahaja berikutan penolakan besar-besaran oleh pengundi Melayu Islam.

Satu cara untuk mengurangkan impak penolakan tersebut ialah dengan menunjukkan 'kejantanan' dalam pembahagian kerusi dengan PKR khususnya.

PAS berpendapat dengan merampas beberapa kerusi yang sebelum ini ditandingi oleh rakan sebatalnya PKR, para pengundi Melayu Islam akan melihat PAS 'masih jantan' dan bukannya keldai jantan yang asyik ditunggang oleh Anwar dan pembangkang.

Himpunan Hijau yang PAS laksanakan di merata negeri di seluruh negara sekarang inipun matlamat utamanya untuk tunjukkan dirinya ada kekuatan bagi memberi isyarat pada Anwar, PKR dan DAP konon PAS bukannya seekor keldai sebarangan.

Walau hakikatnya sebahagian besar peserta himpunan yang datang diimport khas dengan bas dan kereta serta mendapat upah pengangkutan, tapi PAS berpendapat itu satu-satunya cara bagi memenangi pertarungan merebut kerusi dengan rakan sepakatan.

Namun, melihat pada mentaliti pimpinan PAS yang masih erat dengan pemikiran pak kaduk, keputusan akhir kelak akan balik semula sama seperti pembahagian kerusi tahun 2008.

PAS akan terus tunduk pada PKR dan Dap serta kekal menjadi keldai tunggangan pembangkang kecualilah kalau Anwar Ibrahim merasakan dirinya sudah di penghujung senja.

BERUANG BIRU

WHY SO FEW MALAYS IN SINGAPORE CIVIL SERVANTS???



Singapura dan medianya cuba memainkan sentimen perkauman sama seperti yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew pada awal 1960-an lalu apabila sekali lagi mempersoalkan tentang jumlah bukan bumi dalam sektor perkhidmatan awam.

Ibarat mencucuk mata sendiri, itulah yang cuba dilakukan oleh akhbar Singapura terbabit.

Persoalan tersebut amat mudah dijawab. Malah pada masa yang sama, mempersoalkan juga, mengapa TIDAK ADA PEGAWAI-PEGAWAI TINGGI DALAM PERKHIDMATAN AWAM DI SINGAPURA datangnya daripada kelompok bukan Cina dan bukan India. Mengapa pula pegawai-pegawai tentera Singapura, tiada langsung PEGAWAI MELAYU? Mengapa pula tiada seorang pun tentera Melayu dalam pasukan kereta kebalnya. Bahkan jet-jet pejuang dan helikopternya juga tidak dipandu oleh Melayu.

Perkhidmatan Awam di Malaysia amat terbuka. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak berkuasa untuk menarik lebih ramai bukan Melayu menyertainya. Malangnya jumlah penyertaan bukan Melayu, khususnya Cina amat menjengkelkan.

Perhatikan sahaja penyertaan dalam pasukan penguatkuasaan PBT. Kalau ada satu muka Cina, mungkin langit boleh terbalik. Anehnya, anggota-anggota penguatkuasaan PBT itu jugalah yang diarahkan oleh pegawai-pegawai dan ahli-ahli Majlis bukan Melayu untuk merobohkan gerai-gerai Melayu, menyaman dan menyita rumah-rumah Melayu, menghalau Melayu daripada berniaga di kaki lima dan sebagainya.

Dalam perkhidmatan awam, kebanyakan bukan Melayu menjadi pegawai tinggi. Amat mustahil mereka berada di ranking paling bawah, sama seperti layanan yang diberikan oleh pihak-pihak bank kepada pelanggan-pelanggan mereka berdasarkan kaum.

Kita tak payah pergi jauh, perhatikan sahaja ranking di dalam bank-bank seperti Affin Investment dan Standard Chartered... di mana kedudukan kakitangan Melayu mereka?

Itu di Malaysia... kalau di Singapura?... anda fikir-fikirkanlah sendiri!!!

Hanya kerana ini negara Malaysia, akhbar-akhbar Singapura cuba mencucuk jarum dan melakukan tohmahan. Sedangkan kalau dibandingkan Malaysia dengan Singapura, bagaikan langit dengan bumi dengan peluang terbuka kepada semua, sedangkan Singapura pula peluangnya hanya terbuka untuk Cina, sama ada Cina itu datangnya dari Taiwan, Hong Kong, Macau mahupun dari Tanah Besar China, apatah lagi Cina yang dilahirkan di Singapura!!!

Menariknya, ada juga Melayu di Malaysia yang menyokong pendapat akhbar New Straits Times Singapura itu...