Total Pageviews

Thursday, July 9, 2015

***** 1MDB *****




Dalam artikel kontroversi WSJ isu Najib Billion2, kenapa WSJ merujuk Petrosaudi sebagai sebuah syarikat yang tidak dikenali sedangkan kerajaan Malaysia begitu amat teruja sekali bila dapat berurusniaga dengan Petrosaudi, bertuah konon dapat buat usahasama dengan sebuah syarikat minyak gergasi milik negara Arab Saudi ! ?

Semakan melalui laman web Petrosaudi menemukan kita kepada kenyataan ini -

PetroSaudi was founded in 2005 by Tarek Essam Ahmad Obaid and private investors. PetroSaudi International is a privately owned oil exploration and production company, with its main offices in the United Kingdom, Saudi Arabia and Switzerland.

Privately owned / Milik persendirian ? Laaaa..... bukanlah milik kerajaan Arab Saudi @ keluarga diRaja Arab Saudi !

Laman web nya pula tidak menunjukkan ianya sebagai sebuah konglomerat atau syarikat yang besar. Banyak maklumat yang tidak ada sepertimana yang biasa kita temui di laman2 web syarikat besar. Paling mengejutkan adalah, Petrosaudi tidak ada langsung aktiviti perniagaan sebelum tahun 2009. Dari tahun 2005 sehingga 2009, Petrosaudi merupakan sebuah syarikat yang dormant / tidak aktif !

Err... sekadar peringatan..... JV 1MDB-Petrosaudi Cayman adalah pada tahun 2009 .... Bagaimana 1MDB boleh sesenang itu beri USD1 billion hasil jualan bon Islam untuk JV dengan sebuah syarikat yang tidak aktif ? Bukankah track record sebuah syarikat itu penting sebelum kita buat keputusan hendak JV .... apalagi atas nama kerajaan Malaysia ?

Dari laman web Petrosaudi, berita tentang projek pertama dalam industri minyak hanya bermula Januari 2010 bila mereka beli kapal gerudi - Petrosaudi Discoverer dan diikuti dengan sebuah lagi kapal Petrosaudi Saturn pada November 2010.


Tidak ada Petrosaudi News sebelum Januari 2010 dan berita pembelian dua  buah kapal pada tahun 2010

Kedua kapal itu dibeli oleh anak syarikat Petrosaudi bernama Petrosaudi Oil Services Limited yang ditubuhkan pada tahun 2009. ( tahun JV dengan 1MDB ! ? )


Perhatikan kronologi JV dan Petrosaudi bila dikaitkan -

September 2009 - JV antara 1MDB-Petrosaudi. 1MDB beri USD1 billion untuk 40% saham dalam JV

Januari 2010 - Petrosaudi beli kapal Petrosaudi Discoverer

Mac 2010 - JV di tamatkan tidak sampai 6 bulan selepas sain kontrek TANPA sebarang aktiviti perniagaan. 1MDB tidak dikembalikan wang pelaburan tapi ditukarkan menjadi pinjaman yang diberikan oleh 1MDB kepada Petrosaudi. Beberapa bulan kemudian, 1MDB beri lagi pinjaman USD500 juta kepada Petrosaudi.

November 2010 - Petrosaudi beli sebuah lagi kapal Petrosaudi Saturn

Mei 2011 - 1MDB beri lagi pinjaman USD330 juta kepada Petrosaudi.

Ogos 2011 - Petrosaudi buat JV dengan Ghana dalam projek carigali minyak


Perhati balik kronologi di atas ....... kenapa terbau hancing jer ...  Siapapun akan beranggapan bahawa 1MDB sebenarnya memberi  bantuan kewangan kepada Petrosaudi untuk memulakan bisness ! Menggunakan wang rakyat Malaysia....

Kenapa 1MDB berJV dengan sebuah syarikat yang tidak aktif dan tidak punya pengalaman dalam industri minyak ? Petrosaudi juga tidak punya sebarang aset langsung kecuali aset dalam bentuk Hak Carigali Minyak ( oil exploration rights ) yang kita sendiri sudah kantoikan kesahihannya !

Ooooops .... nanti jap.... bukan ke USD700 juta dari jumlah USD1 billion dah lesap dua hari selepas sain kontrek ? 

Well, actually ..... carian internet menunjukkan Petrosaudi beli kapal Discoverer pada harga USD150 juta dan Saturn USD260 juta. 

Kemungkinan itu masih ada ! 

Baca artikel dari laman 1MDB bertarikh 30/9/2009 -

- Malaysia and Saudi Arabia today entered a new era of economic cooperation with the setting up of a US$2.5 billion joint-venture company, which will spearhead the flow of foreign direct investments from the Middle East as well as make strategic investments in high-impact projects here.

- The JVC is also expected to be a vehicle for investments from the Middle East into the region, thereby giving Malaysia the edge in drawing investments from the cash- and resource-rich region.

- "The JVC is set to further increase foreign direct investment from the Middle East, in particular Saudi Arabia. We will leverage on PSI's strong international presence, their networks and expertise to promote Malaysia as the preferred investment destination." - CEO 1MDB Shahrol Halmi.

Letakkan diri anda kembali pada waktu itu dan sedang baca artikel berkenaan ....  dan dengan apa yang kita ketahui sekarang - Siapa yang kencing siapa ni ?

Petrosaudi kencing 1MDB atau 1MDB-Petrosaudi berJV kencing rakyat Malaysia ?

Ya, semua itu hanya kemungkinan saja tanpa bukti ..... tapi ia adalah kemungkinan yang berasaskan circumstanstial evidence

AKHIRNYA .... keseluruhan USD1.83 billion duit dari Malaysia menjadi tandatanya, dah tak nampak bayang sejak dibawa keluar. Yang ada hanyalah Just Unit .... yang juga menjadi tandatanya rakyat. 

Rujukan / terjemahan lebihkurang dengan tokok tambah - JMD Did Petrosaudi swindle 1MDB and steal our money?

Wednesday, July 8, 2015

I AM WITH YOU SIR...!!!

Dear TUN,

Iam with you... and

Down with Najib dan kiuncu2nya..

Masbi:

NAJIB Vs RAKYAT

Isu Najib Billion2 - Najib Lemah Dalam Menangani Isu



Gempak dari semalam dengan pendedahan WSJ akan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaan Najib Billion2. Seperti biasa, berbalas pantunlah pro dan anti Najib dalam membincangkan kesahihan dokumen2 itu. Ada yang bising juga mempertikaikan kenapa banyak sangat blanco digunakan ....

Saya malas nak komen pada peringkat yang bagi saya masih terlalu awal ini. Apa yang saya yakin, ADA sebabnya kenapa WSJ dedahkan dokumen2 itu dan kenapa banyak ayat/nombor dipadam. Isu dah jadi PERSONAL antara WSJ dan Najib. WSJ sudah nyatakan yang mereka tetap dengan tuduhan yang dilemparkan walaupun tahu mereka bakal disaman jika ternyata palsu.

Saya lihat pendedahan dokumen2 itu lebih kepada satu MESEJ yang ditujukan kepada Najib. Bukan kepada pembaca. Ia sudah menjadi satu GAME antara WSJ dengan Najib.

Makanya saya lebih suka memerhati jer dulu ........ Pendirian saya tetap sama, Najib kena bersihkan namanya dengan bertindak proaktif, bukan lagi playsafe atau melengah2kan masa kerana itu akan hanya menambahkan lagi persepsi negatif terhadap beliau sendiri.

Ya, Najib masih boleh terus berdiam diri dan mengelak.... MACAM BIASA yang beliau lakukan, tapi fikirkanlah kesannya kepada Umno dan BN bila isu panas ini tidak ditangani segera dengan berkesan.

Satu lagi alasan kenapa saya tidak teruja sangat dengan bukti2 WSJ adalah kerana apapun hasilnya nanti, isu 1MDB tetap perlu diperjelaskan !

Benar atau palsu dakwaan WSJ, kenyataannya 1MDB tetap bermasalah kepada negara. Namun kalau benar dan Najib terpaksa didakwa .... cepat sikitlah kot proses merungkai 1MDB. Keutamaan saya adalah mencari Kebenaran 1MDB. 

Cara Najib mengurus 1MDB benar2 telah memalukan negara ! Sama seperti tajuk artikel Chedet yang memulang paku buah keras kepada Anifah Aman yang sebelum ini telah mengkritik Tun Mahathir ketika diinterview oleh The New York Times.

2 . Mungkin Anifah tidak pernah baca suratkhabar Amerika sebelum usaha untuk memburukkan nama saya dijadikan asas mempertahankan Perdana Menteri Najib. Tetapi seluruh dunia tahu berkenaan Dato Seri Najib, Jho Low dan 1MDB. Ini disebabkan akhbar terkenal Wasington, New York dan London telah menyiarkan rencana panjang sehingga empat muka berkenaan skandal 1MDB, Najib dengan cara hidup mewahnya, Jho Low sahabat karibnya dan Riza Aziz, anak tirinya yang membiayai filem lucah “The Wolf of Wall Street”. 

4. Tetapi Anifah tidak berasa malu dengan semua laporan ini. Tidak ada sepatah pun disuarakan olehnya.

 5. Semua laporan yang memburukkan Malaysia dibuat sebelum saya mengkritik Dato Seri Najib. 

Kelaaaaas cara Tun menjawab kritikan ! Pasti tak terjawab dek Anifah..... Tun hanya mengulangi secebis dari apa yang dilaporkan media Amerika. 

Tun tak lari topik pun. Tetap topik yang sama, tak perlu nak ungkit kes2 lama LAIN yang ada bersangkutan dengan tugas Anifah selaku Menteri Luar.

                                               ******************

Satu lagi cubaan alih isu Najib @ 1MDB adalah mengungkit dakwaan lama yang keluarga Tun juga ada juta2 dalam akaun di Israel. Mereka yang mengungkit kembali itu ternyata tidak buat kerjarumah kerana isu sudah pun dijawab oleh Tun 7 tahun lepas dalam artikel di Chedet !

Macamana Tun jawab ? - 

I give full permission for the Israeli National Bank to make public these accounts so that I can claim the money said to belong to me and my family. 

As for the anonymous scum, give your true name, I/C and address so that I can sue you. - KLiK.

Peeeeergh ..... cuba Najib cara yang sama kepada WSJ ! Saya CABAR WSJ dedahkan apa saja bukti yang mereka ada itu kerana saya tidak ada buat begitu. Biar satu dunia pula memandang kepada WSJ untuk buktikan dakwaan mereka. 


Ini tidak ..... terkemut2 nak jawab .... nak saman, akan saman, sedang nak saman .... ( sebab itu saya syak pendedahan bukti oleh WSJ adalah mesej kepada Najib. Mesej apa saya tak tahu la.. )


Apapun saya setuju sangat2 apa yang Tun katakan - 

 8. Sesungguhnya yang memalukan negara ialah Dato Seri Najib dengan 1MDBnya. Sebelum ini negara tidak pernah dicemoh dengan tuduhan-tuduhan yang tidak terjawab seperti sekarang.

Segala pertuduhan WSJ adalah rentetan dari isu 1MDB juga.  Dari tahun lepas, dari mula2 Tun sebut tentang 1MDB lagi Tun dah desak Najib dan 1MDB supaya tampil beri penjelasan yang tuntas tapi tidak diendahkan.

Ingat PAU tahun lepas bilamana isu 1MDB diharamkan dari dibincangkan, tapi bila isu makin panas, Najib sendiri yang terhegeh2 nak jelaskan kepada wakil2 Umno dalam perjumpaan tertutup !


                                                       ***************************

Artikel di atas saya tulis semalam, tak sempat nak habiskan. 

Hari ini gempak lagi dengan isu kononnya peguam Najib dah hantar Notis Surat Saman kepada WSJ ! Peeeergh..... Najib dah bertindak ! 

TAPI .... mengikut pembacaan JMD, surat itu bukannya Notis nak Saman, tapi lebih kepada Surat Minta Penjelasan - KLiK.

Pelik ..... Sekejap kata artikel WSJ itu satu FITNAH, sekejap lagi minta penjelasan tentang niat WSJ sebenarnya apa ? 

In the circumstance and in the interests of our Client, we would expect a Newspaper of your international standing and reputation to state unequivocally and with clarity as to whether it is your contention that our Client misappropriated about USD 700 million belonging to 1Malaysia Development Berhad. You will no doubt appreciate the seriousness of the allegations made against our Client in the said Articles and this confirmation is sought to enable us to advise our Client on the appropriate legal recoursehe can take to seek redress in relation to the publication of these Articles. 
  
Kalau tak pasti, kenapa yang Najib melalak - Ini semua salah Mahathir ! sebagai respon awal terhadap penyiaran artikel itu minggu lepas ?

Kemudian peguam Najib bagi notis 14 hari untuk WSJ jawab ...... 

We demand a reply within fourteen (14) days of the date hereof and please let us know whether you have appointed solicitors in Malaysia to accept service of legal proceedings on your behalf and on behalf of the reporters who wrote the Articles in the event that legal proceeding become necessary.

Kalau WSJ tak jawab, peguam Najib nak buat apa ? Nak saman WSJ tapi sendiri tak yakin dengan niat WSJ ?


Najib sendiri ada artikel blog terbaru mengenai perkara ini -


1. Saya telah mengarahkan pihak peguam saya menghantar surat kepada Wall Street Journal hari ini bagi meminta pengesahan mengenai laporan surat akhbar tersebut sebelum mengambil tindakan undang-undang (surat tuntutan).

Najib sendiri kata ia cuma surat minta pengesahan ! 

2. Sebagaimana arahan saya, surat peguam tersebut meminta Wall Street Journal mengesahkan pendirian akhbar tersebut berikutan laporan yang telah dibuat menuduh saya menyalahgunakan dana USD700 juta milik 1Malaysia Development Berhad.

3. Peguam saya akan mengambil tindakan selanjutnya selepas mendapat pengesahan dari akhbar tersebut.

Tu yang saya tanya tadi - Kalau WSJ tak layan ?  

4. Siasatan sedang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas untuk menentukan sama ada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal bahawa saya telah mengambil dana 1 MDB untuk kepentingan diri sendiri berasas atau tidak. Siasatan mesti mengambil kira kesahihan dokumen yang telah disiarkan bagi menyokong tindakan akhbar tersebut. 

5. Meskipun begitu, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri.Tuduhan Wall Street Journal merupakan satu niat jahat yang didokong dan disokong oleh pihak tertentu dalam negara yang bertujuan memaksa saya melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno.

DUA KALI Najib ulang dia tidak pernah ambil dana 1MDB untuk kepentingan DIRI SENDIRI. Ayat itu begitu penting untuk Najib sebut setiap kali keluarkan kenyataan tentang artikel WSJ itu. 

Bukan setakat tidak ambil dana tapi tidak ambil dana untuk kepentingan sendiri. Sekarang pastinya rakyat tertanya2, bagaimana kalau BUKAN untuk kepentingan sendiri ? Contohnya untuk kepentingan parti ke ... atau untuk kepentingan .... eeerrr... Pendek kata, untuk apa2 kepentingan lain lah selain diri Najib sendiri.


                                                      **********************

- Perkembangan lain hari ini - Polis serbu pejabat 1MDB ! Dan dilaporkan oleh TheStar, 3 anggota Polis membawa keluar dokumen2 milik 1MDB.

- Peguam negara mengesahkan tidak ada satupun dari 6 akaun yang dibekukan itu milik Najib. - TheStar. Waktu sama beliau bimbang akan kebocoran maklumat dari team penyiasat - Mkini.




- WSJ pula kata tidak ada satu pun dari enam akaun yang dibekukan itu adalah yang disebut dalam artikel mereka sebelum ini ! - Thestar.
 

Citing a source close to the investigations, WSJ reported that "the accounts ordered to be frozen were different from those described in the Journal report last week."

Mana pulak mereka tahu siapa pemilik 6 akaun yang dibekukan itu untuk mengatakan yang semua itu bukan akaun yang sama ? Patutlah Peguam Negara bimbang akan kebocoran maklumat. 

Paling menarik adalah kenyataan dari Dow Jones, penerbit WSJ yang tetap dengan laporan mereka yang ADIL DAN TEPAT. - The Star.

                                                          **********************

Mengimbas kembali segala perkembangan isu Najib Billion2, apa yang dapat saya rumuskan setakat ini adalah - Najib LEMAH dan LEMBAB dalam menangani isu ini.

Saya lebih tertarik kepada penafian Najib yang lebih tertumpu kepada Untuk Kepentingan Diri Sendiri.

Apapun, isu 1MDB masih perlu dicari Kebenarannya !

IKHSAN DIN TURTLE.

Wednesday, July 1, 2015

EMOSI - SIAPAKAH DIRI KITA....???


Julai adalah bulan yang ketujuh didalam " Gregorian Calandar ' ( kalender lunar .)  yang telah di perkenalkan dalam tahun 1582 oleh Pope Gregory XIII, dan digunakan sebagai kalender awam hampir diseluruh dunia. Ia berdasarkan kepada tahun solar ( solar year ) yang mempunyai 365 hari dalam setahun.

Kebetulan dalam bulan Julai tahun ini umat Islam diseluruh dunia sedang menjalankan ibadah puasa, dalam bulan Ramadhan iaitu rukun Islam yang ketiga.  Secara kebetulan  dalam bulan Julai jugak lah admin dilahirkan. Mengikut kepercayaan barat saorang insan itu mempunyai nasib yang telah ditetapkan dan dikaitkan dengan bulan dan bintang ( Astronomy ) Kononya ia mempunyai"influence" cakrawala keatas tabiat manusia sejagat. Bulan Julai dikaitkan dengan " bintang Cancer " yang berikonkan saekor ketam. Admin tidak berminat dan tidak berkepakaran untuk menulis panjang didalam bidang ini. Biarlah perkara ini diserahkan kepada pakarnya.


Bulan Julai tahun ini ( 2015 ) telah bersamaan pulak dengan bulan Ramadhan, dimana seluruh umat Islam didunia mengerjakan ibadah puasa. Dalam bulan ini ( Ramadhan )  kita umat Islam disaran dan disuruh meningkatkan ibadah harian lebih daripada hari-hari biasa dengan melipatgandakan rukun dan  aktibiti wajib dalam  agama dengan   meningkatkan ketakwaan kepada Allah. Kita diwajib kan membayar zakat diri ( Zakat Fitrah ),dan mengerjakan banyak solat-solat  sunat saperti solat teraweh, solat sunat taubah dan tahjud.dan membaca Quran, Berzikir, mohon ampun kepada yang Maha Esa diatas kesilapan yang lampau dan termasuk banyak bersedekah sangatlah dituntut.

Walau bagaimanapun terdapat sagulungan manusia yang masih tidak berubah daripada perangai asalnya walaupun pada lahirnya mereka mengerjakan apa yang disuruh. Apa telah terjadi kepada peningkatan amalan  saperti solat yang berterusan dan lain-lain kerja amal yang ditingkatkan sepanjang bulan..??. Apa gunanya ibadah yang dilakukan sekiranya kita masih mempunyai perangai buruk dan emosi yang tidak stabil. Amalan baik yang dilakukan tidak dapat memadam dan mengikiskan  titik hitam yang sudah bertapak sekian lama. Peningkatan amalan yang tidak ikhlas telah gagal mengubah kelakuan nagatif kepada positif.

Adakah kesemua amalan baik yang dikerjakan itu diterima,  sekiranya perangai dan sifat ego dan keanggkuhan masih bertapak didalam  jiwa dan sanubari.. ? Sepatutnya didalam bulan inilah kita muasabah diri dan membuat penilaian  siapakah diri kita salepas Ramadhan.... Wallahuaqlam..!!