Total Pageviews

Monday, August 31, 2015

THE PERFECTIONIST - TIGA DIMENSI - SABUAH KISAH CERPEN REKAAN KHAS UNTUK 31 OGOS...



Kesempurnaan (Perfectionism) :

Dalam pengertian saikologi ( wikipedia  ) adalah satu perbezaan dalam kualiti hidup sesaorang (personality trait) yang mempunyai perwatakan dengan kencenderongan kepada sifat " semua mesti betul dan tersusun  " dan meletakan sesuatu perkara dengan  nilai piawaian yang baik. Sesaorang yang mempunyai "personality trait"  saperti ini selalu membuat perkiraan sendiri untuk percapaian yang paling  tinggi. Mereka tidak dapat menerima kekurangan( flaw ) dalam semua aspek. Lama kelamaan mereka taksub dengan percapaian mereka dan tidak boleh lagi menerima kekalahan atau tentangan. Akhir kata sekiranya mereka gagal mencapai piawaian yang mereka sendiri tetapkan itu, mereka selalu berasa rendah diri.

Saorang " perfectionist "  bertindak luarbiasa dan kadang-kadang diluar batasan akal. Mereka menetapkan piawaian ( standard) mereka sendiri dan selalunya untuk pencapaian yang paling. tertinggi. Mereka akan berdukacita sekiranya mereka gagal mencapai kejayaan. Orang lain atau kawan-kawan akan disalahkan. Sifat ini berkecenderungan kepada panas baran ( hot tempered ),  menyimpan perasaan irihati terhadap orang lain dan boleh bertindak ganas jika diuji ( provoke ) Mereka boleh terjebak kepada " penyakit  kemurungan dan menyalahkan diri sendiri dan mungkin berakhir dengan " self infliction injury"

Saya paparkan satu penyelidikan yang dilakukan oleh pakar untuk tatapan pembaca.
Wallahua'lam..

******************

PERFECTIONISM - CERPEN PILIHAN



(Cerpen berbentuk memoir ini tidak ada kena mengena dengan sesaorang sama ada yang hidup atau pun yang sudah mati. Ini adalah nukilan rekaan dan khayalan penulis semata-mata. Sekiranya ada persamaan pada jalan cerita atau nama individu, itu adalah kebetulan - Penulis.)


Harizon ( Haz ) dilahirkan dalam keluarga sederhana disebuah desa yang sedang dibangunkan. Kampung Desa Kelulut terletak tidak jauh dari jalan raya yang menjuju ke Pekan Jalur. Walaupun Desa Kelulut hanya 15 batu (lebih kurang 24 kilometer ) dari Pekan Jalur tetapi kampung tersebut tidak menerima pembanggunan yang sewajarnya. Tiada klinik desa, tiada balai raya dan tiada alat komunikasi saperti zaman sekarang, dimana kanak-kanak darjah satu sudah diberi handphone untuk dibawa kesekolah. Banyak kali ketua kampung Haji Mohd Tamrin menjemput wakil rakyat melawat Kampung Desa Kelulut. Tetapi tiap kali  dijemput hanya sekali sahaja jemputan diterima. Dengan semangat yang berkobar-kobar orang kampung Desa Kelulut   menunggu YB  mereka untuk disampaikan mesej penting kepada Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman pada waktu itu. Mereka bersabar tidak pernah mengeluh.

Harizon dilahirkan dalam era (zaman politik orang Melayu yang sedang mencari identiti bangsa.) Orang Melayu merasa sungguh selesa dengan kaadaan sekeliling yang aman dan damai, tiadak ada kenaikan harga barang, tidak ada GST, tiada demontrasi bersih atau kotor, tiada ada suara yang hendak menggulingkan kerajaan. Tiada suara-suara sumbang dalam internet atau fb. Gula hanya 15 sen sekati ( 600g). satu-satunya akhbar Utusan Melayu, harga baru 30 sen senaskah. Kelahiran Harizon disambut dengan kesyukuran oleh bidan kampung yang senantiasa menjadi "doktor"  kepada penduduk  Desa Kelulut.

Keadaan kelangkabut berlaku  seketika semasa "doktor" yang sedang menyambut kelahiran bayi, terkejut kerana bukan saorang sahaja bayi yang disambuat tetapi dua. Rupa-rupanya anak kembar. Zaman awal lapan puluhan klinik kerajaan yang disebut klinik bidan tidak mempunyai teknologi imbasan saperti sekarang. Peralatan berteknologi tinggi hanya terdapat di hospital-hospital dalam bandar besar sahaja. Mak bidan tidak menyangka yang Hamisah boleh beranak kembar. Sebelum bersalin, bentuk perut Hamisah biasa sahaja tidak menunjukan saiz perut yang luar biasa. Mak bidan lebih tahu sebab dialah yang selalu datang memeriksa perut Hamisah.

Sungguh comel kedua-dua bayi yang dilahirkan  Hamisah. Ibu muda yang "subur" ini melahirkan cahaya mata yang kelima dan keenam tampa apa-apa masalah atau komplikasi. Suami Hamisah yang digelar Pak Long oleh penduduk Desa Kelulut senyum lebar satelah diberitahu tentang kelahiran dua orang bayi kembar perempuan yang sanggat comel itu. Pak Long adalah saorang anggota polis simpanan yang sedang berkhidmat dengan kerajaan British yang berpengkalan di Singapura. Seluruh kampung amat gumbira kerana jarang-jarang sekali terdapat perempuan beranak kembar dalam kampung Desa Kelulut. Sekarang Pak Long telah bersedia untuk memberi nama kepada kedua-dua puteri kembarnya. ( Sebelum ini Pak Long dikurniakan dengan saorang anak lelaki dan tiga anak perempuan )

Salepas mengazankan kedua-dua  bayinya Pak Long menamakan bayi pertama  Harizah   ( kakak ) dan  Harizon ( adik ). Ahli keluarga Pak Long bersetuju sahaja dengan nama-nama tersebut kerana mereka tidak boleh membantah sebab Pak Long sangat garang orangnya dan juga panas baran tahap 4 (peringkat tinggi). Pantang ditegur atau di celah. Kalau dibangkang Pak Long akan merajuk beberapa hari dan tiada siapa yang boleh memujuk walau pun isterinya Hamisah.

Dari Allah kita datang, kepadaNYA jua kita kembali. Seluruh penduduk kampung Desa Kelulut amat terkejut dengan pemergian Harizah dalam usia yang tersangat muda. Hanya sepuloh hari sahaja Harizah dapat menyedut udara bersih Desa Kelulut, Harizah terpaksa "pergi"  menyambut panggilan Ilahi kerana sakit " kuning" ( Hepatitis - Penyakit disebabkan kekurang hormon dalam hati )

Harizon dibesarkan sebagai anak kampung, tetapi keluarga Pak Long tidak dapat menetap di Desa Kelulut kerana tugas sebagai ahli anggota berunifom terpaksa bertukar randah. Pak Long bercerita yang dia selalu dikerahkan menyelenggarakan lori-lori pengankutan tentera/polis ( Pak Long adalah saorang teknisyen mekenikal ) sebelum mereka bergerak  keseluruh Malaysia satelah menerima arahan. Setiap kali Pak Long berpindah dia akan membawa keluarganya bersama.  Negeri mana yang Pak Long tak sampai satu Malaysia dan Singapura dia telah menjejakinya  demi tugasan.

Harizon amat bangga sebagai anak polis. Pak Long mendidik kesemua anak-nya ala-tentera. yang berdisiplin, termasuk kesopan makan minum. Semuanya rapi dan tersusun. Tidak boleh ada kesalahan. Pakaian sekolah, dan lain-lain mesti bersih dan terurus. Kasut mesti bersih       ( disapu kapur atau di kiwi ) dan tidak boleh dibiarkan berselepah dihadapan pintu rumah. Kasut dan sendal dan hendaklah disusun rapi. Bagitulah didikan yang diberi dan diasuh oleh Pak Long kepada anak-anaknya. Oleh kerana disiplin yang tinggi Harizon serta abang dan kakaknya telah berjaya dalam pembelajaran. ( Salah saorang daripada kakaknya saorang doktor, dan saorang lagi peguam dan kakak sulung Harizonn saorang pegawai tinggi dalam syarikat GLC.) bagitulah asuhan  rapi ala-tentera yang diserapkan oleh Pak Long kepada kesemua anak-anaknya.

Harizon membesar dan menjadi saorang perawan jelita. Disekolahnya dia mendapat banyak kepujian dari guru-guru dan rakan-rakan kerana selalu mendapat gred yang  baik. Perkembangan  fisiologi Harizon dapat menarik perhatian semua pihak terutama lelaki.  Bentuk badan yang " berisi" itu menyebabkan banyak mata liar memandang dan mengikuri bentuk liur badan Harizon. Kadang-kadang Harizon terpaksa berhenti berjalan sekiranya bertembung dengan rakan-rakan atau guru-guru lelaki.  Pak Long dan isterinya Hamisah berasa amat bimbang diatas perkara yang berlaku. Pak Long dengan arahan ala-tenteranya terus mengarahkan Harizon berhijab dengan kain tudung labuh hingga kaparas pusat. Alhamdulillah... satu kejayaan kepada Pak Long kerana dapat menghindarkan Harizon daripada melanggar perintah Allah.

Kini Harizon dapat menumpukan pelajaranya sepenuh masa. Tiada gangguan lagi.  Dalam peperiksaan  akhir tahun Harizonn mendapat gred I dan telah ditawarkan belajar di luar negara. Pak Long dan Mak Long Hamisah tidak bersetuju kerana Harizon masih muda dan masih mentah untuk menjalani hidup sendirian terutama diluar negara. Maklumlah negeri  mat saleh apa pun boleh terjadi. Harizon tidak peduli dia mahu meneruskan  cita-citanya hendak belajar diluar negara dan tiada siapa yang boleh menghalangnya. Peluang saperti ini hanya datang sekali sahaja. Harizon tidak mahu mengalah. Itulah budaya yang diwarisi dari ayahnya sejak kecil.

Setibanya di negeri mat saleh Harizon berasa bebas dan bertenaga untuk belajar bersungguh-sungguh dan akan membawa pulang ijazah untuk dibuktikan bahawa anak Melayu boleh mencapai kejayaan tinggi jika diberi peluang. Sayangnya Pak Long tidak dapat terima pemergian Harizon keluar negara. Sebagai ayah, Pak Long kecewa kerana  Harizon telah mengingkari dan menderhaka terhadap beliau. Pak Long sangat marah terhadap Harizon dan bernikad tidak mahu ambil tahu hal Harizon lagi. 

Memandangkan kos sara hidup di negara barat sangat tinggi, wang saku yang diterima dalam bentuk biasiswa kerajaan Malaysia tidak mencukopi. Harizon terpaksa mengikat perut selama  4 tahun. Harizon terpaksa menggoreng bawang hanya untuk mendapatkan aroma untuk selera makan kerana tidak berlauk.  Harizon bernasib baik kerana Hamisah masih menyanginya dan kadang-kadang Harizon menerima wang saku tambahan dari ibunya. Walau pun tak sebanyak mana Harizon bersyukur dan berazam untuk melangsai "hutang"  kepada ibunya satelah pulang ke Malaysia nanti.

Dari negara mat saleh inilah Harizon banyak mempelajari erti hidup. Harizon tidak lupa kepada penciptaNYA. Harizon bersolat apabila tiba waktunya. Berpakaian menutup aurat dengan hijab labuh.  Diluar kuliah Harizon mengikuti kelas-kelas agama ( walau pun ustaz dan ustazah dari kalangan orang barat ) Harizon telah berjaya menjadi saorang muslimah walau pun terpaksa bergaul dengan lelaki Islam yang bukan muhrimnya. Pergaulan sesama perempuan dan lelaki bukan Islam adalah bebas. Ini tidak dapat dielakan. Harizon berpendapat pergaulan saperti ini dibolehkan  kerana dharurat. Pengetahuan agama yang diperolehi dari ustaz bangsa asing ( bukan ustaz dari Malaysia ) Ceramah atau tazkirah adalah dalam bahasa Inggeris, dan Harizon sangat petah dan mahir berbahasa Inggeris. Itulah hasil dari berpandangan luas dan bebas membuatkan Harizon terpikat dengan budaya barat.

Semasa di kolej, Harizon bertemu dengan saorang jejaka Melayu  yang berasal dari Utara yang menuntut dalam kolej yang sama dalam jurusan kejuruteraan awam. Harizon gumbira kerana mendapat saorang sahabat yang berasal dari utara Malaysia.  Harizon mendapat khabar yang Ayah dan ibunya telah berpindah dan bermastuatin di salah sabuah bandar di Utara semenanjung.Walaupun kampung halaman jejaka itu agak jauh dari rumah Pak Long, pertemuan dengan lelaki ini membuat Harizon rasa selesa dan  "selamat". Pergaulan mereka semakin hari semakin intim. Hujung minggu Mohd Zaifuan tidak lepas peluang untuk menziarahi Harizon di bilik sewanya. Harizon  berasa rimas dan kadang-kadang dia malu dengan kawan-kawan sebab dia baru sahaja mendaftar di kolej tersebut. Lagi pun dengan keterampilan Harizon sebagai perempuan muslimah dia merasa kekok jikalau selalu berdamping dengan lelaki bukan muhrimnya.

Diantara dua manusia lelaki dan perempuan yang ketiganya adalah syaitan. Nafsu tidak dapat dibendung. Untuk mengelakan daripada ketelanjuran,  Harizon membuat keputusan untuk berkahwin serta merta. Perkara ini mendatangkan masaalah, bagaimana dia hendak memberitahu ayah serta ibunya kerana dia baharu sahaja sampai diluar negera dan ingin  berkahwin pulak.  Harizon kecewa lagi.. Ayahnya di Malaysia tidak beresetuju. Kata ayahnya jikalau Harizon hendak berkahwin, balik dan berkahwin di Malaysia atau pun habis pembelajaran dan berkahwin satelah pulang ka Malaysia. Siapa yang akan membiayai kos penerbangan pergi dan balik ? Bayar tambang sendiri ? mana mungkin ? Harizon tidak dapat menerima cadangan ayahnya. Itulah hasil dari pendidikan ala-tentera. Kedua-dua ayah dan anak sama-sama berdegil. Kedua-dua bertegang urat. Ugutan si ayah, " jikalau engkau hendak kahwin, kahwinlah.. aku tidak peduli itu hal engkau. Engkau jaga keluarga engkau aku jaga keluarga aku!!!! "  Aduh..!!! lebur dan lerailah hati Harizon  saperti kaca jatuh kebatu..Siapa pulak yang nak jadi wali...? Harizon mengeluh.

Kemana lagi jatuhnya kuah jika tidak kenasi ???  bagitulah tepatnya perpatah Melayu.

Harizon mula menyimpan dendam dan tidak mahu mengalah. dia berbahasa Inggeris  bila berhujjah walaupun dengan siapa sahaja.  " Since you do  not want me to be involved  in your family matters, start from now on, I'll be taking care of my family and you take care of yours. Dont involve me at all with your family matters, from a to z. Finished! " Bagitulah bunyi nota Harizon kepada  saorang yang sepatutnya sanjungi dan diberi penghormatan sebagai suami. " Bukankah ini perbuatan menderhaka kepada suami ??? "  

Ahirnya satelah setahun mereka" bercinta" Harizon meruskan juga pernikahannya dengan jejaka pilihan di sabuah masjid ditengah-tengah kota metropolitan. Kenduri kahwin berupakan jamuan " get together " dengan dihadiri beberapa pelajar-pelajar dan pensyarah jemputan. Tiada ada bekas pinang, tidak ada majlis pertunangan, tiada bunga telur dan tiada ada hantar menghantar ( hantaran ). Dengan sekali lafaz perkahwinan dalam bahasa Inggeris dihadapan imam masjid maka jadi dan bergelarlah Harizon sebagai isteri yang sah kepada  jejaka yang bertuah ini. Aamiin... Yarabbulangalamin...

Setahun kemudian dan satelah tamat pengajian, kedua-dua mempelai ini dikurniakan sagulung kertas yang merupai ijazah dalam bidang masing-masing. Mereka  pulang  ke negara asal  yang dicintai Malaysia. Harizon amat terdesak hendak menemui ibu dan ayah, bukan hanya sekadar untuk menemui ibu yang kasihi yang ditinggalkan hampi 5 tahun.Tetapi Harizon igin membalas budibaik ibunya yang senantiasa membantu dan  menyebelahi Harizon dalam apa juga permasaalahan. Apa yang lebih teruja ialah Harizon ingin memberitahu  bahawa,  ibunya  bakal menerima kelahiran  saorang cucu yang dibawa dalam kandungannya dari negeri mat saleh.  Harizon berasa hebat dan bangga kerana dapat juga membawa produk  hasil yang dikilangkan dari luar negeri. Harizon sudah bersedia untuk membuka lambaran baru. Apa yang dipelajari dari luar negeri itu akan dimanfaakan di Malaysia, tanah tumpah darahnya. Harizon bercita-cita menjadi saorang pendidik.

Sekali lagi nasib tidak menyebelahi dua pengantin ini. " Kehulu kehilir " mereka menjelajah untuk mencari rezeki sesuap nasi demi menjaga anak kandungan yang bakal lahir tidak lama lagi. Puas mereka menjalani temuduga tetapi tidak berhasil. Kononnya  Ijazah yang dibawa balik itu  tidak diiktiraf oleh syarikat-syarikat swasta kecuali pekerjaan yang ditawarkan kerajaan Malaysia. Mereka bersabar dan mereka tahu satu hari nanti mereka tetap akan diterima sebagai penjawat awam. Cuma mereka perlu tunggu dan tunggu  sehingga terdapat kekosongan dalam jabatan kerajaan. Sementara itu Harizon dan suaminya tidak berputus asa, apa sahaja pekerjaan yang boleh memberi rezeki mereka tidak menolak. Kenderaan awam sahajalah yang menjadi teman kemana mereka pergi. Mereka berdua sama-sama membanting tulang mencari sesuap nasi. Bagitulah peritnya hidup yang dilalui Harizon tiga beranak ini.

Saperti yang dijanjikan Allah, setiap bayi yang dilahirkan dibumi ini akan diberikan rezeki. Allah tidak membezakan diantara rezeki bapak atau pun rezeki anak. Rezeki tetap rezeki, bagitulah ketentuan Allah. Setelah anak sulung Harizon dilahirkan, Harizon telah ditwarkan sebagai guru sementara disabuah sekolah menggantikan saorang guru perempuan yang hendak bersalin. Suaminya pulah telah diterima bekerja dengan sabuah syarikat Korea yang beroperasi di Pulau Pinang. Alhamdullillah..

Sebagai saorang perempuan  bertahan lasak dan berpengalaman, karier Harizon tidak berakhir disitu sahaja. Harizon terus melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan diploma pendidikan agar dapat  diserapkan sebagai guru tetap. Dengan adanya diploma, sekali lagi perempuan serba boleh ini berjaya dalam temuduga jabatan dan diserapkan kejawatan tetap. Mulai dari itu Harizon tidak menoleh belakang lagi. Peristiwa lalu itu adalah "sejarah" baginya. Harizon terus menyiapkan diri untuk meneruskan perjuangan. Dia diberi kesempatan untuk mengikuti ijazah lanjutan disabuah universiti diutara Malaysia. Dia tidak pulak menolaknya.  Setiap tahun Harizon dikurniakan  anak. Dan setiap jiwa ( soul ) itu, disertakan dengan rezeki yang halal.

Ahirnya Harizon telah berjaya mengumpul zuriat seramai 5 cahaya mata dengan tambahan rezeki yang melimpah ruah. Dengan pendapatan (gaji) yang besar kemewahan menjelma dalam sakelip mata. Dalam masa sesingkat lima tahun, Harizon berjaya mengumpul harta dan kekayaan. Harizon membeli tiga buah kereta,  sebuah untuk kegunaanya sebuah diberikan kepada ayahnya dan sebuah lagi untuk kegunaan anak-anak. Dengan bergaji " Four figure " ( dia mengidam kepada five figure salary dalam masa 2 tahun lagi ) Harizon berjaya membeli  dua buah rumah banglo dengan dilengkapi peralatan perabot mahal.  Harizon memang beruntung, sebagai saorang yang berjawatan tinggi dia diberi kenderaan dengan saorang pemandu peribadi untuk menjalankan tugas-tugas rasmi jabatan semasa diluar kawasan.

Sekarang, Harizon bernafas lega, ladang yang diteroki hampir dua dekat yang lalu telah menghasilkan pulangan yang lumayan. Apa yang diperlukan semuanya terhidang. Harizon membahasakan dirinya sebagai "Haz". Haz berasa bangga diatas kejayaannya. Pengalaman yang dihimpit kesusahan dan  kesempitan hidup sebelum ini  disimpan sebagai senjata untuk dijadikan panduan dalam kerjayanya. Sememangnya sekarang dia menggunakan senjata tersebut.  Pendapat orang bawahan tidak dapat mempengaruhi satu-satu keputusan Haz. Ada ketika Haz berselisih faham mengenai kerja dengan rakan sejawatannya. Teguran  suami juga tidak diindahkan dan  tidak diperlukan lagi diatas dasar "aku yang lebih pandai"   Haz telah mula membuat kesilapan dalam perhitungan menginanyai dirinya. Haz terlalu taksub kepada pendidikan barat sehingga sanggup menjadikannya idola ikutan dan rujukannya. Bagi Haz "everything from the west is the best."

Dirumah, Haz mulai menunjukan belangnya, keletihan dan kepenatan bekerja menyebabkan Haz salah perhitungan dan khilaf dengan suami. Segala pertulongan suami dianggap remeh sehingga  Haz sendiri merasa  puas dan sanggup  bergaul dengan  lelaki bukan muhrimnya untuk menerima apa-apa bantuan tetapi bukan dari suaminya. Haz  bertegas, baginya perbuatan itu tidak menunjukan apa-apa kesalahan. Haz tidak rela dijadikan tukang cuci dan tukang masak walaupun Haz tahu bahawa itu adalah tanggjawab isteri membantu suaminya. Haz tidak rela dijadikan perempuan simpanan didalam mahligai yang diciptanya, walau pun Haz tahu bahawa ketaatan kepada suami adalah satu-satunya jalan menemui pintu syurga. Haz tidak peduli itu semua.

Pergaduhan dan perbezaan pendapat dengan suami senantiasa terjadi, walaupun diatas sebab-sebab yang terlalu kechil. Dengan kesalahan sakecil hama sekali pun boleh membawa kepada perbalahan yang besar. Saban hari mereka bergaduh. Harizon sanggup diceraikan. Perwatankan muslimah yang dibawanya tidak dapat mempengaruhi jiwanya. Sifat cemburu dan marah terhadap suaminya masih tidak dapat dikikiskan.  Walaupun dengan bermunajat kepada Allah lima kali sehari, tiada perkembangan positif terhadap perlakuanya. Sifat panas baran dan garang  yang berterusan telah memberi kesan negatif terhadap teman sekitaran serta orang-orang bawahanya. Dia selalu membandingkan sesuatu kejayaan itu dengan negara barat. Sifat sombong dan bongkak diatas ketinggian pangkat yang diperolehinya akan membawa Harizon kelembah kehinaan jika tidak dibendung segera.

Bagitulah kisah hidup Harizon satelah diberikan kemewahan hidup tetapi tidak dapat membezakan diantara jumud dan batil. Kesucian dan keharmonian  hidup telah dicampuraduk dengan nilai kehidupan barat. Keberkesanan doa saorang ayah telah melupakan Harizon daripada membuat pertimbangan saksama. Itulah sifat yang dihasilkan satelah menderhakai ayahnya.

Tanpa disedari, Harizon berhujjah dan mahu menerapkan nilai-nilai ' Perfectionism'  dalam kehidupan berumahtangga. Semua kena "perfect." Pakaian yang kotor mesti diasingkan, tuala hendaklah disidai ditempat khas dan tidak boleh di "sepok" sesuka hati. Salepas makan kerusi hendaklah disurung masuk semula ditempat asal ( dibawah meja makan ) Suami dan anak-anak juga tidak terlepas dari bebel sekiranya peraturan yang disediakan itu tidak dipatuhi. Harizon rela ditinggalkan suami sekiranya dia dipaksa berkorban cara hidupnya.  Aurat hendaklah dijaga. Anak-anak dilatih supaya berhijab  semasa keluar rumah walau pun dengan urusan jemuran. Harizon  menjahit pakaian anak-anaknya sendiri kerana tidak berpuashati sekiranya diberikan kepada orang lain menjahitnya.

Oleh kerana kesibukan  dipejabatnya kadang-kadang Harizon terpaksa juga  memberi upah makcik disabelah rumah menjahit pakaian. Semua kerja hendak dilakukannya, dia tidak percaya kepada orang lain,  tetapi dia tidak ada tenaga dan masa yang mencukopi untuk melakukannya. Walaupun Harizon tidak pernah bosan dengan sifat terpuji ini kadang-kadang  kerja-kerja  pejabat terpaksa dibawa balik kerumah tetapi tidak juga diselesaikan kerana terlalu sibuk. Jika ditanya mengapa dia selalu sibuk, Harizon tidak dapat menjawab kecuali dengan menunjukan muka bengisnya. Walaupun niat Harizon bagitu murni tetapi ada perkara yang tidak kena pada dirinya.  Harizon dihimpit  stress dan tensyen yang tiada ubatnya kecuali beristigfar.. ( Tuhan tidak akan mengubah nasib sesaorang keculi hambanya mengubah nasibnya sendiri ).

Harizon telah ditinggalkan kerana suaminya tidak tahan dengan karenah yang menyerupai seribu masaalah ini. Talaq telah dilafazkan. Perceraian Harizon tiada siapa pun yang tahu, walaupun aruah ibunya Hamisah. Ibunya menghembus nafas terakhir tampa mengetahui yang anak kesayangnya telah dijandakan. Harizon menyimpan rahsianya tertutup rapat. Barangkali Harizon malu dengan status jandanya. Mungkin dia malu sebagai saorang yang berpangkat tinggi dan bergaji besar tetapi gagal dalam berumah tangga.

Disebalik itu, Harizon patut diberi pujian kerana dapat mendidikan anak-anak dengan sempurna walaupun ditinggalkan suami sejak 5 tahun yang lalu. Harizon telah puas menjanda dan ingin berkahwin semula dengan sesiapa sahaja yang sanggup bersamanya. Gelombang kesunyian telah mula meresap ketubuh Harizon. Rasa pening kepala dan letih-letih badan mula menghantuinya. Kedua-dua  kaki Harizon perlu diurut kerana otot-otot muda yang dahulunya kemas sekarang sudah berkerutan. Harizon sudah penat menjaga anak-anak. Dia perlu saorang pembantu dengan segera. Tanpa membuang masa Harizon mendaftar diri dalam laman sosial dalam internet dan disitulah Harizon menemui suami barunya.

Namun demikian, Harizon kecewa lagi. Suami barunya tidak dapat mengikut rentak kemahuanya. Apa sahaja yang ingin dilakukan suami hendaklah mendapat kebenaran darinya. Harizon melenting sepintas kilat jika suami  tidak memaklumkan kepadanya perkara-perkara yang dilakukan walaupun sekadar menukar waktu. Mereka saling bergaduh dan bermasam muka. Harizon mula menunjuk belangnya seawal dua minggu berkahwin. Tindakan bodoh Harizon menyebabkan suami barunya tawar hati. Sebelum berkahwin, tiada pula masaalah yang timbul. Semuanya baik dan tersusun. Harizon tidak pernah menunjukan masaalah peribadi atau perangai sabenarnya.. Mereka dapat bertahan hanya  dua minggu sahaja. Ada saja perkara yang tidak kena. Perkara kecil pun boleh menjadi besar dan rumit. Sisuami pulah selalu mengambil jalan mudah dengan meninggalkan rumah tanpa berita sehingga beberapa hari dengan alasan mencari ketenangan.

Harizon mencari jalan keluar. Pemandu yang dikhaskan kepadanya digunakan sebagai membalas dendam. Pada mulanya Harizon enggan menceritakan masaalah rumah tangga dengan orang lain. Mana mungkin dia sebagai saorang " boss"  berkongsi perbincangan mengenai hal-hal peribadi dengan pemandunya.. Demi mendapatkan keselesaan dan ketenangan, Harizon mula mengambil kesempatan  terhadap Kamaruddin ( Pemandu yang seusia dengan Harizon ). Tetapi bagaimana ? Harizon mengambil peluang semasa mesyuarat jabatan di Kuala Lumpur,  dia tiada jalan lain melainkan memujuk pemandunya supaya bertolak jam 6 petang dan akan sampai di destinasi lebih kurang jam 12.00 malam. Suami Harizon tidak mengetahui rancangan liciknya walaupun setiap bulan Harizon pergi bermesyuarat di pejabat induk di Kuala Lumpur. Harizon jarang-jarang mendapat keizinan suami semasa keluar kawasan. Harizon sangat pantang jika dia diajukan banyak soalan " bodoh" dari suaminya . Bila ditanya kenapa dia suka  bertolak diwaktu malam, Harizon memberi alasan untuk membantu pemandu mendapat alaun lebihan dalam perjalanan lebih masa.

Ketika didalam perjalanan ke Kuala Lumpur, saperti biasa Harizon akan duduk di kerusi hadapan dan kadangkala tertidur lena. ( pada hal dia boleh duduk dikerusi belakang ) Perbuatan saperti ini  terang terangan menyalahi hukum. Harizon tahu perkara tersebut adalah salah. Sebagai saorang berjawatan besar dia boleh memilih jenis kenderaan yang mesra agama untuk mengelak daripada fitnah. Masakan dia tidak tahu apa hukumnya jika sesaorang yang bukan muhrim sengaja mengambil kesempatan untuk berdua-duaan semasa perjalanan yang mengambil masa berjam-jam lamanya. Sangkaan Harizon perjalanan yang mengambil masa diantara 5 hingga ke 6 jam itu akan memberi peluang kepadanya untuk berdua-duaan didalam kenderaan . Inilah peluangnya.  Harizon memulakan "drama"   dengan melembutkan leher kekanan dimana kepala Harizon hampir-hampir tersentuh dengan bahu  semasa Kamaruddin mengambil selekoh.  Tetapi , "pelawaan"  Harizon itu tidak diendahkan. Malahan Kamaruddin  sangat faham dengan maksud Harizon dan dia lebih berakal dan menolak kemungkaran dengan cara yang berhemah. Kasihan kepada Harizon kerana kejahilannya.

Jika Kamaruddin ( pemandu ) bersetuju, inilah peluang yang dinanti-nantikan. Mereka boleh bermalam dihotel dan mendaftar sebagai suami isteri ketika sampai di Kuala Lumpur waktu tengah malam, tiada siapa yang tahu. Harizon memerlukan sesaorang untuk melepaskan "rindunya"

Inilah peluang yang terdedah semasa usia masih muda  sebelum sel-sel penuan menjelma menggantikan sel-sel muda yang kini mulai melambai-lambai mengucapkan selamat tinggal. Sel-sel penuaan telah menjelma sedikit demi sedikit. Kulitnya makin kedut. Sengal-sengal otot selalu menjadi masaalah terutama salepas pulang dari bekerja. Gatal-gatal diseluruh badah makin menjadi-jadi. Dia mahu relek disamping sesaorang yang boleh mengikut kehendaknya.

Dalam kesibukan kerja, diam-diam Harizon melalui media sosial berutus khabar dengan kawan-kawan lama semasa belajar di luar negara. Dia mengaku  kerana itulah satu satu caranya membalas dendam terhadap  suami yang selalu meninggalkannya. Semasa ketiadaan suami Harizon selalu mendapat panggilan talifon daripada kenalanya terutama pada waktu malam. Ini diakui sendiri oleh Harizon semata-mata untuk melepas geram terhadap bekas suaminya itu.

Tidak hairanlah jika sekuntum bunga yang sedang kembang lagi harum dan mempunyai madu yang melimpah akan senantiasa dikerumni  kumbang-kumbang yang sedia menghirupnya.  Harizon mempunyai segala-galanya, Pada usia muda dengan kecantikan semula jadi tanpa solekan dia sudah mempunyai jawatan tinggi, bergaji besar, perwatakan dan keterampilan yang luar biasa sebagai saorang muslimah, berpakaian kemas menutupi aurat sejajar dengan kehendak agamanya. Pada satu ketika semasa berselisih faham dengan bekas suami Harizon pernah menyuara bahawa jika bekas suaminya itu mempunyai perempuan simpanan selain darinya, dia juga mempunyai kekasih yang  selalu menghubunginya dan sedia melamarnya pada bila-bila masa.

Kesemua anak-anak  menjejaki langkah ibu merekn dengan kejayaan demi kejayaan disekolah. Almari dirumah dipenuhi dengan sijil dan hadiah-hadiah kemenangan dan kejayaan. Kesemua anak-anak mencapai gred A setiap kali peperiksaan. Harizon selalu berdoa  agar dia dan anak-anak  menjadi insan yang solehah dan selalu memohon keampunan  Allah dari dosa-dosa  terhadap kedua-dua ibu bapaknya..Tetapi Harizon tetap Harizon..dia bangga dengan  pangkat serta gaji yang lumayan. Keangkuhannya tidak dapat dipisahkan dengan kedudukan yang diperolehinya. Dengan kemewahan yang ada Harizon sanggup membelanjakan wang untuk apa sahaja asalkan dia berpuashati. Maka bertaburanlah barang-barang yang tidak perlu  didalam rumahnya. Kini rumah sudah menjadi saperti " sarang tikus. "

Dalam mengejar cita-citanya  Harizon meneruskan cita-citanya mengikuti pembelajaranya peringkat tertinggi di salah sabuah uinversiti diutara Malaysia. Dia bercita-cita tinggi. Impian ini bukan impian kosong, dia sedang membuktikan bahawa dia boleh lakukan. Dia ingin membuktikan terutama kepada bekas suaminya yang dia bukan wanita lemah yang mengharapkan bantuan semata-mata. Dia tetap akan mengengam segulung ijazah nilai tertinggi yang pernah diperolehi oleh sesiapa sahaja yang mempunyai cita-cita sapertinya. Dia akan membuktikan kepada bekas suaminya yang dia memang layak mencapai taraf tertinggi itu. Bersandarkan kepada kepintaran dan kecerdasan minda yang dipunyai wanita ini,  dia pasti akan mencapai kejayaan  bukan sahaja dalam akedemik tetapi juga dalam bidang sosial yang telah menjadi darah dagingnya.

Harizon aktif dalam persatuan dan pertubuhan NGO. Sebagai saorang yang berwatakan muslimah dia tidak pernah terlupa dan lalai terhadap tanggungjawab kepada penciptanya. Setiap undangan untuk kemajlis qiamullail, muzakaroh dan lain-lain, Harizon tetap berada dilokasi tanpa mengira dia terpaksa meninggalkan anak-anaknya bersendirian dirumah. Selain aktif dalam kerja-kerja amal Harizon juga saorang yang dermawan dan tidak mengira penat atau lelah untuk membantu setiap insan yang memerlukan. Itulah satu keistimewaan yang dimiliki Harizon.

Satu perkara yang Harizon tidak dapat lupakan dan dia sangat-sangat menyesal adalah sikap suaminya yang selama ini tidak memberi pengiktirafan diatas segala pengorbanannya.

Harizon mengeluh...  baginya itu semua adalah perkara biasa. Kejayaan dan kecermelangan mesti dikecapi tanpa mengira bagaimana atau cara mana untuk mendapatnya. Tiada siapa boleh menghalang. Harizon tidak memerlukan sesiapa untuk membantunya. Dia boleh berdikari dan selalu menggungkit-ungkit bahawa dia boleh melaksanakan semua tanggungjawab tanpa memerlukan bantuan dari sesiapa. Harizon terlupa yang dia tidak boleh membawa jenazahnya kekubur bersendirian tanpa pertulongan manusia lain. Harizon rela tinggal dirumah orang tua-tua sekiranya anak-anak  tidak lagi sudi  memeliharanya dihari tua nanti. Bagitulah perasaan ego pekat yang telah menapak dihati dan sanubari Harizon.

Tetapi Harizon seribukali ragu dan tetap ragu terhadap lima orang zuriatnya. Adakah anak-anaknya akan mengikut jejak langkah saorang perfectionist?....bolehkah anak-anaknya menerima hakikat dan menjenguk Desa Kelulut yang sekarang sudah menjadi taman perumahan bertaraf elit.???

Bagi Harizon,  dia tidak ingin lagi kembali Desa Kelulut.. itu semua adalah " from the past "  



Masbi: