Total Pageviews

Friday, November 22, 2013

CUKOP BULAN TERIMA GAJI......



The Three Layered Cocoon

Some 'makan kontrak' fellow in the Dewan Bahasa Dan Pustaka has disagreed with Tun Dr Mahathir's views on the PPSMI.

Tun Dr Mahathir is correct. Without the PPSMI the Malays are quite doomed. The Dewan Bahasa guy said that if we implement the PPSMI then the Malay culture will be lost, diminished, negatively impacted etc etc. 

First of all the Dewan Bahasa is not qualified to speak about Maths and Science. And if you read the Kamus Dewan there are so many English words that have been incorporated into the Kamus Dewan.  So we dont know if the Dewan Bahasa is even qualified to speak about the Malay language. 

Teknoloji, insentif, motivasi, biologi and entah apa-apa lagi English words have been put inside the Kamus Dewan. And now the Dewan Bahasa guys are saying that PPSMI will make the Malays lose their culture. They must be joking. 

Latest I heard even the English word 'original' pun sudah masuk dalam kamus. But it has been mangled down to just 'ori'.  Contohnya 'Otak saya bukan ori' which means "my brains are not original".

Here is a question for the Dewan Bahasa - kalau kita ambil perkataan Inggeris dan masukkannya dalam kamus kita apakah itu dianggap sebagai memperjuangkan atau mengkhianati bahasa? Soalan "keraguan" sahaja.

How can PPSMI make the Malays lose their own culture? The Malays were colonised by the Mat Salleh for almost 450 years from 1511 until 1957. By the Portugese, Dutch and English. Did the Malays lose their identity or culture? Tak nampak pun orang Melayu jadi orang putih. 

Before that the Malays were colonised by the Indians and Hindus (the Cholas, Kalingas, Vijayas, Majapahits etc). Did the Malays lose their culture?

Evidence suggests that it was the other way around. Other people incorporated themselves into the Malay culture. Sekarang Kerala jadi Melayu. Malabar, Mamak, Keling (no disrespect, if anyone takes offense then go and jump in the river) Benggali, Jawa, Siam, Banjar, Arab semua jadi Melayu. Ridhuan Tee pun jadi Melayu. Parameswaran bukan saja jadi Melayu tapi jadi 'sultan' sekali. Nyonya & Baba China jadi Melayu, Chitty Melaka pun jadi Melayu. Semua jadi Melayu.

So the evidence suggests that through centuries of colonisation, occupation and / or influence by various cultures, the Malays have weathered it all. So I am afraid once again the Dewan Bahasa does not know what they are talking about. Except 'kontrak dan projek'. Bab itu depa faham.

The major disaster that is befalling the Malay culture now is that "Melayu nak jadi Arab". Pasal apa Dewan Bahasa diam tak mahu komen pasal Melayu nak jadi Arab? Everything from baju ninja, roti Arab, musik Arab, nasyid Arab is replacing Malay culture. 

Wanita Melayu tak boleh pakai baju kebaya dah. Tapi boleh pakai baju jahitan "Omar the Tent Maker".

 

            Chinese women dressed in baju kebaya.

Now look at this picture : 
( what is the purpose of having this photo taken anyway ?? )
Extreme left is err...err..extreme right is err..err..
number three from left is err..err. Ini semua siapa punya budaya? 

Despite this being the 21st century the Malays are falling behind again and again. Not only are the Malaysia in Malaysia falling behind the Chinese and Indians but the Malays are also falling behind the Banglas, Nepalis, Thais, Filipinos etc. This is because the Malays now have so many cocoons wrapped around them. 

1. The first cocoon is caused by the fact that most gomen schools in Malaysia are populated almost entirely by Malay students. Now also by almost exclusively Malay teachers and Malay headmasters. Our gomen education system from tadika to university level is a completely Malay neighbourhood. There is very little room to mix and meet with other people and other races.  

Is this a plus or a minus? In Japan there is only one race. So too in China, Korea etc. Yet they are super advanced.

But here we also have the Chinese, Indians etc. The Chinese, Indians are ahead. The Malays are still playing catch up. So is it a good idea to create "racial cocoons" where Malays DO NOT get a chance to meet and interact with exactly the same races with whom they have to catch up? I dont think so. To speed up the process it is better to create an environment where Malays can break out of the cocoons and mix and mingle more with other races and other cultures. 
Common sense dictates that when your own culture and background is holding you down vis a vis another culture and then you insist on building these cultural and racial cocoons around you, you are NOT going to be able to pull yourself up as quickly. Boleh tapi lambat. Let me rephrase that ok - boleh tapi laaaaaaaaaaambbbaaaaaaaat

Because while we are trying to pull ourselves up, the other races have not stopped racing ahead. To keep up we have to mingle and mix. Its simple common sense. O'wise why have 'lawatan sambil belajar' to China, Zimbabwe and entah mana lagi? Tak payah lah pergi ke Beijing pun. Duduk dalam cocoon sajalah. Why send our best and brightest to study in England or America? Duduk bawah tempurung saja lah.

2. The second cocoon is the exclusive use of the Malay language only in education. This one is a gone case situation.  Malay is NOT yet a language of knowledge. Which is why Dewan Bahasa dan Pustaka has to ciplak words like teknoloji, saikoloji, ekonomi, politik, inflasi, sosial and a thousand other English words and put it into the Kamus Dewan. Sebab there are not enough single words in the Malay language to capture these complex modern ideas. Kita masih kena pinjam perkataan bahasa lain.

The problem is these borrowed words do not have "cognition" in the everyday usage of the Malay language. Not only are these words "borrow" words but the complex ideas they carry do not yet exist in the worldview of the Malay language. Inflasi is not just 'harga barang naik". 'Harga barang naik" is 'prices going up'. But inflation (inflasi) has other connotations attached to it. 

You cannot just walk to your makcik or pakcik in the kampong and start using words like inflasi, persepsi etc. They will not be able to understand it.

Yes we can still use borrowed English words like inflasi, akademik, sosial, artis etc and eventually become masyarakat moden, saintifik dan berteknoloji but it is going to take a longer time. A loooooong time.  Tapi jangan lupa, other races and other societies are moving ahead at light speed. So sambil kita masih nak merangkak orang lain dah teroka ke planet Marikh dah.

There are exceptions though. All the sekolah asrama penuh (MCKK, MRSM, etc) still use English. Although they are still populated by 100% Malays, they use the English language quite extensively. So their worldview changes - for the better. That is why they are still called the best and the brightest. Because the MCKKs, MRSMs, Koleh Sultan Abdul Hamid etc stress on the English language. Until today their graduates go out to rule the country.

3. The third cocoon is the religious cocoon. The exclusive Malay only racial cocoon plus an exclusive Malay language cocoon - is already causing serious handicaps. Going at this pace the Malays are never going to catch up with anyone. Even the Banglas, the Filipinos and the Indons are going to bypass the Malays. 

The final cocoon (the nail in the coffin) is the religion. The Malay education system is already 'asphyxiating' under the mono-racial and mono-lingual cocoon. Any chance of some fresh oxygen seeping through any holes or cracks in the first two cocoons has been sealed off now by the third cocoon - religion and religion based prejudice that have been applied like a thick layer of woodfiller to completely fill up any breathing holes. 

The previous blog post "Check peha isteri - ramai wanita tak sedar dirogol jin" is a typical example of the LOT (low order thinking) that has seeped into Malay religious thinking.  

This is my view folks - the racial cocoon, the language cocoon and the religious cocoon is sinking the Malays again.  Can we unwind these cocoons? Or have they now set in concrete? 

Boleh. What man can do, man can also undo. But we have to be smart. And we have to be quick. O'wise kita jadi hamba kepada orang lain.

- OutSyed The Box

Thursday, November 21, 2013

SOLAT....SATU TANGGUNGJAWAB....

“Sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari”. Anda mungkin terkejut dengan data ini tetapi itulah hakikatnya. Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh tokoh motivasi terkenal di Malaysia, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, bahawa sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini.

Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah antara golongan yang kerap meninggalkan ibadah solat ini ialah golongan para pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota pasukan seragam dan juga para peniaga (Utusan Malaysia 2008, 23 Jun). Advertise Here Menurut kajian itu lagi hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari, sementara bagi pelajar -pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari. dan fakta ini ternyata menyamai dapatan kajian yang menunjukkan bahawa sejumlah 86.2% responden mengakui kerap meninggalkan solat dan sejumlah kecil responden yang melaksanakan solat dengan secukupnya. Selain dari itu kadar pelaksanaan yang rendah dalam ibadah solat di kalangan responden dalam kajian ini juga mungkin dapat dikaitkan dengan tahap pengetahuan dan kemahiran responden dalam menunaikan ibadat tersebut.

Apakah faktor yang menyebabkan jumlah besar responden tidak menunaikan solat dalam kehidupan mereka? Persoalan ini mungkin tidak dapat diselesaikan dengan menjaga fakta-fakta atau cara melaksanakan solat. Sesungguhnya ia melibatkan banyak faktor lain termasuk motivasi pelaksanaan solat dan ibadat. Menurut al-Kumayi (2009) terdapat tiga halangan dalam melaksanakan ibadah iaitu: Malas (kasal) mengerjakan ibadat kepada Allah, sedang setiap insan sanggup dan berupaya melakukan ibadah. Lemah fikiran (futur) atau tidak memiliki tekad yang kuat kerana terpengaruh dengan kehidupan dunia. Bosan (malal) atau cepat berasa bosan melakukan ibadah sedangkan tujuan belum tercapai.
Sesungguhnya amalan atau perbuatan meninggalkan solat ini merupakan masalah yang serius atau cukup berat, kerana baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan peluh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat dan penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar. Aspek ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam organisasi atau pun yang melakukan tindakan-tindakan yang bertentangan dengan syarak.

Wednesday, November 13, 2013

KITOL OH KITOL....

Semakin ramai Kitol dalam Petronas punca Melayu/Bumiputera disisihkan

Tun Mahathir menegur Syarikat Carigali terbesar negara, Petronas apabila timbul aduan syarikat Melayu/Bumiputera  yang menjadi  vendor semakin disisihkan. Bagi Mymassa, Tun Mahathir sebenarnya turut menyindir Petronas kerana syarikat tersebut semakin dikuasai oleh kitol-kitol yang memegang kuasa. Ikuti artikel mengenai teguran Tun M dibawah:
PUTRAJAYA – Syarikat minyak negara Petronas perlu menyokong dasar kerajaan, termasuk Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang memberi keistimewaan kepada kaum Bumiputera dan Melayu.

Penasihat Petronas, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebagai sebuah agensi kerajaan, Petronas, seperti agensi kerajaan lain, mesti mengikut dasar yang ditetapkan kerajaan.

“Dasar kerajaan setakat yang saya tahu, termasuk untuk melaksanakan DEB. Kerajaan belum tolak DEB.

“Ini bermakna Petronas juga terlibatlah (untuk laksanakan DEB),” kata bekas Perdana Menteri itu semasa ditemui di pejabat beliau di Putrajaya, semalam.

Beliau, bagaimanapun menegaskan, walaupun syarikat Bumiputera perlu diberikan layanan istimewa oleh Petronas, ia perlu dilakukan mengikut merit.

“(Ingin) lindungi (syarikat Bumiputera) pun ikut merit juga. Orang tak ada merit tak boleh la nak lindung,” katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan aduan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), pemilik syarikat yang menjadi vendor Petronas dan pengusaha stesen minyak Petronas mengenai dasar Petronas yang didakwa mula mengetepikan syarikat milik Bumiputera.

Dr Mahathir turut mengakui beliau sendiri menerima aduan berhubung perkara yang dilaporkan Sinar Harian kelmarin dan menegaskan, beliau telah pun menyampaikan kebimbangan itu kepada pengurusan tertinggi Petronas.

“Kerja saya (sebagai penasihat), saya beritahu kepada Presiden Petronas (Tan Sri Shamsul Azhar Abbas) tentang perkara-perkara ini (iaitu aduan mengenai dakwaan Petronas mengetepikan orang Melayu),” katanya.

Ditanya mengenai hala tuju dasar Petronas yang didakwa mula berubah daripada membantu syarikat Bumiputera dan orang Melayu, Dr Mahathir berkata Petronas beranggapan syarikat itu telah memenuhi objektifnya untuk membantu kaum Bumiputera.

“Jumlah kontrak (Petronas yang diberikan kepada syarikat Bumiputera) cukup besar. Katanya dia (Petronas) dah tolong banyak kepada Bumiputera,” kata beliau.

Dr Mahathir turut menjelaskan kapasitinya sebagai penasihat tidak berikannya kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada Petronas, sebaliknya beliau hanya boleh memberi nasihat.

“Saya cuma dengar banyak orang tak puas hati (dengan Petronas). Jadi bila orang tak puas hati, saya beritahu kepada presiden (Petronas).

"Terpulang kepada dia lah apa tindakan (nak diambil) sebab dia (ada kuasa) eksekutif. Saya bukan (ada kuasa) eksekutif,” jelas beliau.

Katanya, jika dilihat dari sudut keuntungan dicapai Petronas masa ini, pengurusan Petronas dianggap berada dalam keadaan baik.

Berhubung laporan Sinar Harian kelmarin mengenai peniaga-peniaga kecil yang didakwa tidak dibenarkan lagi membekalkan makanan seperti roti, nasi lemak dan kuih-muih ke stesen Petronas, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu mengenai perkara ini.

“Yang itu saya tak tau la. Ni saya baru dengar kata nasi lemak tak boleh jual (di stesen Petronas),” katanya.

Mengenai keluhan banyak syarikat Malaysia yang menerima kontrak syarikat gergasi minyak antarabangsa, tetapi tidak mendapat peluang di negara sendiri, Mahathir berkata Petronas perlu mengambil tahu mengenai masalah itu.

Tuesday, November 12, 2013

LAGI...PETRONAS UNTUNG RM 232.5 Billion !!

Petronas untung besar tiap-tiap tahun, satu-satunya syarikat GLC yang meraih keuntungan besar dari luar negara dari hasil projek petrolium, dan mungkin salah satu lagi sebabnya 90% orang Melayu beli minyak di stesyen Petronas. Berikut dipaparkan sebahagian daripada  bintik-bintik keluh kesah rakyat marhain.

" ..... Daripada keuntungan besar itu, berapa ramaikah peniaga-peniaga kecil Melayu-Bumiputera dari sektor IKS yang telah dikorbankan dan berapa banyak pula bahagian untuk syarikat-syarikat besar yang sudah tentu bukan milik Melayu-Bumiputera yang diberikan hak meletakkan produk mereka di stesen-stesen Petronas?
Daripada keuntungan besar itu, berapa banyakkah pula peruntukan yang disediakan oleh Petronas untuk membantu memajukan ekonomi Melayu-Bumiputera memandangkan Petronas adalah syarikat GLC? Atau sebenarnya Petronas langsung tidak mempunyai sebarang perasaan dan beranggapan, mereka telah pun memenuhi tanggungjawab sosial membantu peningkatan dan penguasaan ekonomi oleh Melayu-Bumiputera.
Perangai korporat keparat sebenarnya telah menjadi darah daging syarikat-syarikat GLC di Malaysia. Kebanyakan pegawai yang dinaikkan ke kedudukan dan jawatan utama untuk membantu memperkembangkan ekonomi khususnya Melayu-Bumiputera, bertindak seperti syaitan yang kesurupan darah perempuan bersalin anak sulung. Mereka yang diharap-harapkan, mereka yang paling tidak boleh diharap.
Campurtangan dan cuba tunjuk pandai sebahagian daripada mereka yang dipertanggungjawabkan, sehingga melupakan tanggungjawab sosial entiti seperti Petronas kepada masyarakat, menyebabkan misi utama syarikat yang menggunakan dana rakyat itu hanya berkisar tentang keuntungan. Dan seperti kapitalis lain, sebarang cara akan digunakan untuk menambahkan keuntungan walaupun terpaksa melupuskan peniaga-peniaga kecil yang bergantung harap kepada mereka sepertimana yang dilakukan oleh Petronas Dagang.
Lebih menarik lagi ialah apabila permintaan Menteri agar GLC seperti Petronas membantu secara lebih aktif, apa yang mereka lakukan ialah menjuih dan mencebik sekalipun pada masa yang sama, mereka dinaikkan oleh kuasa rakyat sebagai CEO dan sebagainya dalam GLC tersebut."

Disunting dari The Flying Kick: Masbi

SATU PENGALAMAN " INDAH" DI KEDAI MESRA PETRONAS.

Baru-baru ini, heboh sejagat tentang Petronas menganaktirikan Ushawan Melayu mengenai penerimaan produk IKS yang terpaksa melalui proses penapisan "quality" yang sangat ketat untuk memasuki kedai Mesra Petronas.

Pengalaman penulis pada satu ketika dahulu terpaksa membayar RM 7K untuk memasuki dua jenama produk untuk dipasarkan dikedai tersebut. Pada ketika itu perasaan penulis tidak dapat diceritakan lagi, sungguh syok tak terhingga kerana produk telah dapat menembusi Kedai Mesra Petronas. Duit boleh cari 'no problem'. Bukan itu sahaja bahkan kelulusan diberikan hingga  900 lebih kedai Mesra Petronas diseseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak. Wow... ini sudah baik..ini sudah bagus....bukan senang kalau hendak berniaga di Kios Mesra Petronas yang berprestej ini. Petronas sudah sedia untuk membantu usahawan Melayu pasarkan produk dikedai Mesra Petronas...syabas...

Tetapi sayang seribu kali sayang, kelulusan  yang diberikan itu hanyalah untuk 3 bulan ( percubaan sahaja.)  Sekiranya anda berniaga melebihi 3 bulan maka perniagaan anda itu dianggap tidak sah dan boleh dikenakan tindakan. Sekiranya anda mahu berniaga disitu lebih lama anda harus membayar lagi. Belum mula berniaga lagi sudah kena bayar RM 7K. Mungkin ini adalah salah satu syarat yang dikenakan kepada semua peniaga tidak kira bangsa. Syarikat gergasi multi-international saperti N**** ok lah...no problem punya, tetapi bagi syarikat bumiputra yang baru nak belajar berniaga macam mana pulak ya??

Itu tidak termasuk karenah sasetengah  pemilik Kedai Mesra yang mempunyai mentaliti "asalkan produk itu produk Melayu maka ianya mesti dikenakan berbagai syarat."  Ada sasetengah tokey Melayu ini pandang sabelah mata sahaja dan ada juga yang tak mahu pandang langsung. Ada produk IKS yang dianggapkan hanya sesuai menjadi penghias dinding sahaja.  'Tokey Melayu ' ini tidak sedar diri  jika sekiranya Petronas tidak diwujudkan oleh Kerajaan mereka sendiri entah sedang merepat kat mana-mana. Walau bagaimanapun  tidak semua pulak bagitu, ada pengurus-pengurus kios yang baik hati dan sanggup membantu usahawan Melayu. Banyak ushawan Melayu yang berjaya melepasi sekatan bersyarat ini.

Untuk mendapatlkan tempat yang sesuai dan strategik maka ongkosnya mestilah lebih jugak.. Sanggupkah  anda membayar lebih dari RM 7K sekiranya kebenaran berniaga hanyalah untuk 3 bulan sahaja ? Inilah ketetapan yang di syaratkan Petronas.

Hai...apalah nasib kau bangsa Melayu.. engkau ditindas oleh bangsa kau sendiri...Ulu kayu parang jugak yang membantu menebang sabatang pokok.

Perniagaan  engkau macam mana pulak ?.. Dah serik berniaga dengan Mesra Petronas.!!!.... dah 'close shop' pun...



Sunday, November 10, 2013

ARTIS 'ALLERGIC' DENGAN SIREH

'Sireh dan Keris' adalah diantara sebutan  yang sinonim dengan masyarakat dan kebudayaan Melayu saentero nusantara. Sireh diguna dan dikaitkan dengan berbagai-bagai aktibiti sosial dan agama. Di kepulauan Bali umpamanya  orang Melayu yang beragama Hindu menggunakan sireh dalam aktibiti ' ritual ' mereka, bagitu juga orang Melayu di Malaysia, Negara Brunei Darussalam dan Filipina. Lambang 'Keris' pulak boleh dilihat dalam berbagai-bagai upacara dan istiadat yang menunjukan kedaulatan dan kebesaran  bangsa Melayu.

Baru-baru ini penulis amat tertarik dengan satu slot  di salah sabuah stesyen  TV swasta  yang membawa secara 'live' upacara pertunangan  sepasang artis Melayu dimana pengantin laki-laki yang dimaksudkan itu tidak mengenali tepak sireh satelah dibawa kepadanya dan apabila hendak disuapkan sireh kemulut, dia menolak dan bertanya apakah benda yang hendak disuapkan itu, secara berseloroh dia juga mengatakan dia "allergic" kepada sireh. Jikalau nak berseloroh pun disitu bukan tempatnya wahai cik abang...

Perbuatan saperti itu menunjukan kebodohan diri sendiri yang tidak peka kepada kebudayaan bangsa.  Siaran tersebut sudah pasti ditonton ratusan ribu penonton.   Ini menunjukan betapa ceteknya pemikiran orang-orang muda dizaman tekno ini yang kehilangan identiti Kemelayuannya.  Lagi pun orang yang diinterview itu adalah saorang artis porpular tanah air.

Wednesday, November 6, 2013

SEMUA PARTI POLITIK KAUM CINA BERSATU MENENTANG BN ??


5 Sebab Utama Mengapa Kaum Cina Menolak Gerakan dan MCA Pada PRU13


Seorang penganalisis politik menggariskan lima sebab mengapa kaum Cina menolak MCA dan GERAKAN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kelmarin.

Sebab utama ialah mereka terpengaruh dengan slogan DAP iaitu ‘Wu Yue Wu, Huan Zheng Fu’ (Lima Hari Bulan Lima, Tukar Kerajaan), sekali gus mengakibatkan ‘tsunami kaum Cina’. 

Prof Dr Hoo Ke Ping berkata, faktor kedua ialah PAS yang turut memberi tumpuan kepada pengundi Cina sehingga sesetengah pemimpin kanannya sanggup menggugurkan tuntutan negara Islam dan hukum hudud yang diperjuangkan mereka selama ini.

" kempen dan strategi parti berorientasikan kaum Cina iaitu MCA dan GERAKAN dilihat sangat tradisional dan kolot. Saya pernah memberi taklimat kepada Jawatankuasa Pusat MCA dan GERAKAN supaya melawan pembangkang habis-habisan, tetapi mereka tidak mahu," Prof Dr Hoo Ke Ping, penganalisis politik

“Ketiga, kaum Cina mempunyai aspirasi tinggi untuk memegang kuasa dan ia boleh dilihat apabila BN tumbang seperti di Pulau Pinang dan Selangor.

“Keempat, pemimpin kanan DAP seperti Penasihatnya, Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memainkan sentimen perkauman untuk mendapatkan sokongan kaum Cina.

“Kelima, kempen dan strategi parti berorientasikan kaum Cina iaitu MCA dan GERAKAN dilihat sangat tradisional dan kolot. Saya pernah memberi taklimat kepada Jawatankuasa Pusat MCA dan GERAKAN supaya melawan pembangkang habis-habisan, tetapi mereka tidak mahu,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Pada PRU-13 kelmarin, MCA memenangi tujuh kerusi Parlimen daripada 37 kerusi yang ditandinginya, dan hanya 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi. Pada 2008, MCA memenangi 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN.

MCA perlu lakukan pembaharuan

GERAKAN pula hanya memenangi satu kerusi Parlimen, Simpang Renggam, daripada 11 kerusi diperuntukkan, dan tiga kerusi DUN iaitu Pemanis, Johor; Tanjong Papat dan Elopura, Sabah daripada 31 kerusi ditandingi.

Mengenai masa depan MCA, Ke Ping berkata, parti itu perlu melakukan pelbagai pembaharuan, termasuk merombak kepemimpinan untuk terus kekal relevan dalam politik negara ini.

“Bagi GERAKAN, secara peribadi saya berpendapat parti itu sudah tidak boleh hidup lagi kerana dua kali kalah teruk dalam pilihan raya umum, selain tidak mempunyai hala tuju dan kepemimpinan yang agresif,” katanya.