Total Pageviews

Tuesday, October 30, 2012

KEBERKESANAN KALIMAH YASSIN..

Salam semua,

Bulan Oktober 2012 / Zulkaedah / Zulhijjah  1433, telah meninggalkan banyak kenangan dan nostalgia kepada penulis. Dalam bulan yang mulia ini juga telah berlangsungnya Hari Raya Haji ( Raya Korban ). Seramai lebih kurang 28,500 jamaah Malaysia telah pun berjaya mengerjakan haji iaitu rukun Islam yang kelima. Semoga Allah memberi ganjaran sewajarnya dengan mengurniakan "Haji Mabrur" kepada semua jamaah- Insya'Allah.   Alhamdulillah penulis telah pun menunaikan ibadah ini beberapa tahun   yang lalu dan sekarang tersangat rindu untuk mengerjakan haji  sekali lagi jika diizinkan Allah.

Tanggal 20 Zulkaedah 1433, isteri yang disayangi telah kembali karahmatullah kerana diserang " septicaemic shock" - sajenis penyakit yang bersangkutan dengan infeksi  mikrob kedalam saluran darah. Ini mungkin berlaku kerana ginjal ( kidney ) tidak dapat berfungsi disebabkan komplikasi kencing manis ( diabetes ) yang dihidapnya sejak 10 tahun yang lalu.. Tiga minggu sebelum aruah meniggalkan dunia yang fana ini, penulis berasa sesuatu akan berlaku  kerana bacaan tekanan darah (B/P) isteri kurang dari 90 (systolic) / 50 (diastolic) setiap kali aruah menjalani rawatan dialysis.

Penulis hanya dapat  berdoa dan berdoa kepada Allah untuk mengharapkan satu keajaiban (miracle) akan berlaku. Dalam keadaan sebegini "Yassin" adalah satu-satunya kalam Allah yang dapat memberi ketenangan kepada penulis. Selain daripada itu siang dan malam, anak-anak dan  menantu, saudara mara, sahabat handai, kawan dan rakan kepada aruah tanpa disuruh telah berkumpul dan membaca "Yassin". Kepada  orang yang sakit hanya kesabaran yang menjadi teman siang dan malam. Hanya dia sahajalah yang  melalui segala keperitan dan dugaan.  Kita hanya dapat merancang tetapi Allah sahaja yang akan menentukannya. Pada jam 11.15 pagi, Sabtu 2012, Isteri yang telah bersamaku sejak 38 tahun yang lalu telak kembali menemui Allah yang esa.  

Allah telah menjanjikan banyak manfaat kepada hambaNya yang beriman sekiranya membaca surah Yassin untuk mendapatkan keselamatan dunia dan akhirat terutama menghadapi penyakit dan disaat-saat kematian. Dua perkara yang Allah telah janjikan satelah  kita mengamalkan surah "Yassin" ketika kita menghadapi musibah penyakit atau ketika nazak :

1-  Sembuh daripada penyakit yang dihadapi dengan izin Allah, ATAU
2- Maut datang dengan pantas (meninggal dunia)  tampa orang yang sakit itu melalui keperitan atau 
     kesiksaan menghadapi   penyakit yang dialaminya.

Bagitulah agongnya kalimah-kalimah YASSIN. Wahai anak-anakku...Ruangkanlah masa  dengan amalan bacaan Yassin setiap ketika.  Mama kamu telah meninggalkan kita semua dengan bagitu pantas, saolah-olah kita tidak sempat untuk memberi kata-kata terakhir untuknya........Kami semua merindui mu mama...

Wallahualam...

Tanggal: 1/11/2012   

Wednesday, October 24, 2012

NAH AMEK KAU JPJ......


AES : Alasan dan Tindakan JPJ Tidak Ubah Seperti Cikgu Beri Soalan Bocor Kepada Murid-Murid

Sungguh melucukan apabila ada pembaca yang menghantar komen mengatakan saya nak sabotaj parti dan saya juga dikatakan trojen horse. Semuanya gara-gara saya mengkiritik AES.
Saya orang yang mengkritik dituduh sedemikian, orang yang bertanggungjawab memperkenalkan AES dengan cara yang tak betul dan disaat pilihan raya hampir tiba tidak pula dituduh cuba sabotaj parti. 
Ini bukan kali pertama blog ini menulis untuk mengkritik kerajaan. Dah berkali-kali sebelum ini dan saya tahu trend pembaca saya selama ini. Tetapi kali ini untuk isu AES boleh tahan jugalah saya dikritik dan dihentam oleh pembaca.
Ada beberapa pembaca luar biasa yang muncul dengan menghantar komen-komen yang menyerang saya. Tapi tiada satu pun komen mereka yang saya padamkan, dan saya terima segala komen-komen mereka dengan seadanya. 
Walaupun telah berhari-hari artikel itu saya siarkan namun sehingga ke hari ini komen-komennya masih masuk. Tidak mustahil ada orang yang ditugaskan khusus untuk memantau artikel berkenaan dan menghantar komen-komen yang menghentam saya supaya saya lemah semangat dan tidak lagi menulis tentang perkara ini.

Biarkan mereka teruskan tugas. Dan ianya sedikit pun tidak merencatkan perjuangan saya supaya kaedah AES diperbetulkan atau diperbaiki balik.
Seperti yang berulang-ulang kali saya katakan, saya tidak tolak AES 100 % tetapi beberapa perkara perlu diperbetulkan agar orang ramai tidak melihat kerajaan cuba mengambil duit dari poket rakyat dan untuk memberi keuntungan kepada syarikat-syarikat tertentu.
Saya sendiri pun melihat kaedah AES yang ada hari ini adalah kaedah mencari keuntungan melebihi dari kaedah untuk mendidik rakyat agar tidak terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Ingat lagi tak saya cerita bagaimana saya psiko seorang kawan yang memandu laju ? Kalau tak ingat boleh rujuk balik di sini.
Dalam isu AES ini ada seorang pembaca yang hantar komen dan tanya saya samada saya lulus SPM atau tidak, dan saya jawab saya hanya sekolah sampai darjah 3 sahaja kerana cikgu mati.
Walaupun saya hanya sekolah sampai darjah 3 tetapi saya bersyukur kerana Allah SWT beri saya otak sehingga saya boleh berfikir sama dengan apa yang difikirkan oleh seorang Profesor Madya.

Eh...eh...cakap besar pula rbf ni....

Tak....tak....saya tak cakap besar.....bangga.......bangga kerana apa yang saya fikirkan sama seperti seorang Profesor Madya fikir.....

Ramai pula yang sakit hati nantikan......

Tunggulah nanti.....banyak lagi lah nampaknya komen-komen yang menghentam penulis blog ini.....
JPJ kata AES untuk mendidik pemandu mematuhi peraturan jalan raya dan juga untuk mengurangkan kadar kemalangan.

Lokasi-lokasi pemasangan kamera AES juga akan dimaklumkan kepada pengguna jalan raya melalui laman web JPJ dan juga melalui pemasangan papan-papan tanda 2-3km sebelum kawasan kamera AES beroperasi.
Nak mendidik apa kejadahnya kalau dimana kawasan kamera beroperasi telah diberitahu awal-awal ?
Samalah macam cikgu beri soalan bocor kepada murid-murid untuk menghadapi peperiksaan. Boleh ke begitu ?
Cikgu bukan sahaja menipu dirinya sendiri, tetapi turut menipu ibu bapa dan anak-anak muridnya....
Begitu juga dengan JPJ jika masih berpegang pada alasan pemasangan kamera AES untuk mendidik pengguna jalan raya, kemudian dia juga yang beritahu dimana kamera itu dipasang,  maknanya JPJ menipu diri mereka sendiri. Dan dalam masa yang sama terbukti selama ini JPJ gagal menjalankan tugas mereka dengan berkesan untuk mendidik pengguna jalan raya di Malaysia. 
Apa jadi dengan kursus JPJ sebelum seseorang mengambil lesen memandu ?
Apa dah jadi dengan sistem KEJARA
Bila mereka dah gagal maka jalan pintas dan mudah yang digunakan adalah pasang kamera tepi jalan dan saman....saman....saman....saman.....
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang nakal atau degil, adakah dengan merotan anak sepanjang masa boleh menyelesaikan masalah  ?
Begitulah juga dengan menyaman, adakah dengan menyaman sepanjang masa boleh selesaikan masalah pemanduan di Malaysia ? 
Bila dah saman.....tup....tup......kerajaan pula yang bagi diskaun saman......
Selesaikah masalah ???

Monday, October 15, 2012

MEMOIR UNTUK MARADZIAH

" Semasa aku  mula mengenali sekolah ( era tahun  50 -60 han )  banyaklah perkara-perkara  yang berlaku disekeliling samaada aku faham atau mengerti dengan apa  yang berlaku itu,  aku kurang pasti. Yang ingin ditunjulkan disini adalah satu-satunya senario yang baru aku dapat pengertiannya kini.

Waktu pagi diantara jam 6.30 pagi  ( selepas subuh ) ada beberapa orang  yang baru pulang dari berjamaah di surau atau masjid yang singgah diwarung-warung menjual kuih sedang menikmati juadah pagi yang masih panas, dengan kopi O ( waktu itu belum ada peniaga Melayu yang menjual teh tarik. Teh tarik telah mula  diperkenalkan oleh "mamak" - peniaga berbangsa India )dalam era 70 han. Kopi O panas dan nasi lemak adalah menu pagi yang sukar dilupai.

Diantara jam 8-9 pagi terdapat pula satu gulongan orang Melayu yang " bertenggek" dikedai kopi berbangsa  China dengan memadai meminum secawan kopi dan bersembang dengan "member" sehingga jam 12.00 tengah hari. "Time" itu belum ada kedai makan atau restoran Melayu. Restoran China telah menjadi pilihan orang Melayu samada untuk minum kopi O atau "order"  "mee bandung" dari peniaga Melayu yang menyewa disudut restoran China tersebut. Menu direstoran China itu hanyalah  air minuman sejuk atau panas, roti bakar kaya (sekaya) atau telur satengah masak dicampur dengan lada hitam dan "toyu" yang menjadi idaman para pengunjung restoran.

Tibalah lah pulak masa disabelah petangnya mulai  seawal jam 4 petang, ada satu gulongan orang Melayu China atau orang India yang sudah berumur mungkin didalam usia 40-50 tahun dan ada yang sudah lanjut usia. Ada dianatara mereka kelihatan berambut dan bermisai  hitam bercampur putih. Ada diantara mereka  yang tidak terurus rambutnya. Jikalau  Melayunya pulak  dengan songkok hitam atau berbaju Melayu dan berseluar pentolon. Jarang-jarang sekali kita dapat melihat orang Melayu berkongkok putih (Ketayap ) Sarapan atau menu yang disediakan dikedai-kedai tersebut adalah serupa sahaja dari pagi hingga kemalamnya. Senario inilah yang ingin aku paparkan semula kepada pembaca  pada  zaman yang serba canggih ini.

Mengapakah mereka ini setiap petang menghabiskan masa dikedai-kedai kopi China  berbual kosong tampa tujuan. Bagiku yang masih belajar disekolah rendah tidak pun tahu menahu dan tidak juga hendak ingin tahu persoalan itu semua, bahkan ianya  tidak  langsung terlintas dikepala "otak"  ku pada ketika itu. Tidak adakah kerja yang hendak dilakukan? Tidak adakah anak-anak  dan isteri yang harus dijaga dan beri nafkah ? Jikalau hendak pergi dengar ceramah agama pun pada era tersebut bukan ada ceramah-ceramah agama sapertimana yang terdapat sekarang ini. Forum perdana jauh sekali. Mereka tidak boleh disalahkan didalam soal ini.

Ya!! Soalan itu kini telah pun terjawab. 

Isteriku telah kembali kepangkuan Ilahi pada tanggal 6.10.2012  jam 11.15 pagi, dua hari sebelum aruah menyambut hari kelahiran yang ke 61 tahun dan  satelah 38 tahun  bersama-samaku  menempuh sukaduka,senang lenang, pahit maung dalam menempuh kehidupan.

" Engkau mampu senyap sepi dikala aku menengkingmu, dan engkau masih berupaya mengukir senyum dengan memeluk anak-anak yang tidak tahu apa-apa pada ketika itu. Makan mimunku tetap kau jaga, pakaianku tetap kau urus, kerenahku kau tetap terima dengan penuh redha dan sabar. Jarang sekali kulihat airmata mengalir dipipimu  dan aku tahu yang kau mempunyai hati yang cekal dan tabah menempuh dugaan.

Kau mampu membesar dan mendidik anak-anakku kadang-kadang  tampa kehadiran ku, Kau mampu mendorong mereka kemenara gading dan mereka kini berbangga mempunyai saorang ibu saperti mu. Bagi mereka tidak akan ada lagi saorang ibu sepertimu. Bagiku engkaulah isteri yang tidak dapat aku lupakan dan tiada pengganti sehingga kakhir hayatku. Dihari-hari terakhir mu kau juga sepi seribu bahasa, tidak ku dengar kelohan atau melihat  kesangsian dari matamu. Hanya airmata yang berlinangan membasahi pipimu. Kau masih tersenyum walaupun ku tahu yang kau menyimpan perasaan sedih kerana akan meninggalkan kami buat selama-lamanya. Anak-anakku tentu bergembira dan bersyukur kerana mendapat saorang ibu sapertimu.

Bagiku, aku telah melakukan apa yang terdaya untuk bersamamu disaat-saat akhir hayatmu. Aku kempunan untuk bersama denaganmu walaupun sesaat lagi. Ku tunaikan kehendakmu tanpa mengira masa dan waktu. Perasaan tidak puas untuk berbakti kepadamu masih menjadi igauanku selama-lamanya.

Kini baru aku mengetahui  apa itu erti " kekosongan"...."



Penulis...



ANYTHING BUT YOU TO BE BLAMED..

Monday, October 15, 2012


If You Are Fundamentally Screwed Blame It On Mahathir

Hantu Laut






I am beginning to think Malaysians are not very smart lot, the very reason we are left behind countries like Singapore,Hong Kong,Taiwan and South Korea.

Malaysians are just too smart for their own good.

The government have provided more than basic infrastructures and opportunities for the people to grow with the time. 

As former Prime Minister Abdullah Badawi said "We have first world infrastructures but third world mentality" We are left behind the real tiger economies because of us, not because of the government.Government can only do so much. 

The greatness of a nation much depend on its citizens, the attitude and aptitude of the people.

Unfortunately, Malaysians are too slow or too lazy to change. 

They want the luxury and comfort of the Western's world standard of living but do not want to put in the effort and hard work, unlike the Taiwanese, South Koreans, Hongkees and Singaporeans, some working as long as 12 hours a day.

Today, these tiger economies of Asia are rewarded with higher wages and better standard of living. 

Malaysians, have become accustomed to the dependent mentality, the "teenage syndrome". Years of government subsidies have spoiled them as they yearn for more and more subsidy. It has the cheapest petrol price in the region yet they still complained to no end. 

Anwar Ibrahim has promised to reduce the price of petrol if Pakatan win the next general elections. Hanging the carrot, stupid Malaysians believe him. 

Pakatan have promised to reduce almost every conceivable consumables, it makes one wonder where are they going to get the money. Unless, they increase the debt ceiling there is no way they can finance all that they have promised. Malaysia have set its debt ceiling at 55% of GDP and the present debt to GDP ratio is hovering around 52/53%.

If contradiction is the buzz word, it's surely in Pakatan, they have also promised to reduce the budget deficit. 

Malaysians have the habit of blaming their government for their failures and shortcomings.If they are civil servant stagnated in their positions they will blame the government instead of their own incompetence. 

It has become pivotal point to blame Mahathir for everything that have gone wrong with this country, but this beautiful country is far from being a beggar's state, we have yet to slide into the gutter. 

When it come to investing, the average Malaysians are just as clueless, either of poor judgment or insatiable greed.

Many of you  must have read the recent  debacle of some gold trading houses that have been caught operating without licences by Bank Negara. Some members of the opposition and the inimitibly stupid investors blamed Mahathir  for asking them to invest in gold ... accused Mahathir of saying it is better to invest in gold than keeping your money in the bank.

We all know Mahathir had never been an investment guru and would never be one, if stupid is as stupid can be, these investors should have known better,  politicising the issue will not bring their money back.

Some of the investors have set up Facebook account supporting the companies and demanding Bank Negara to stop its action against the companies.One such company called Genneva  has a Facebook set up by its subscribers and have the bloody cheek to blame Bank Negara for their dilemma out of their own stupidity. The Facebook here.

Every sensible investor should know the first mandatory requirement before you part with your money, if the companies are not accredited banks or investment institutions approved by Bank Negara, is to check on the background of the company.

What brings these people to such investment companies? It is greed,  because such companies offer high return that can tempt even those with a sliver of greed and most Ponzi schemes offer nonsensical guaranteed return that anyone who knows about money matters wouldn't touch them with a ten-foot pole. Any company that promised to pay monthly or quarterly dividends should be high on the suspect list of Ponzi scheme.

You can buy paper gold through most banks in Malaysia, why don't these people buy from these accredited banks? Simply because such banks don't guarantee return on your investment, be it gold, unit trusts or any other investment. The only guaranted return a bank can give you is time (fixed) deposit,  which currently pays miserable rate, hence, the attraction to Ponzi schemes.

Malaysians never seemed to learn their lessons from the past. There have been many cases of Ponzi schemes in the past that have defrauded investors of million of ringgits yet thousands still flocked to such schemes without second thought. 

The Swisscash Investment programme, an Internet based scam was one such bogus investment house that defrauded Malaysians of millions of ringgit. The investors learned a bitter lesson with this too-good-to-be-true scheme that promised 300 % return in 15 months. With SC and Bank Negara intervention investors managed to get back 20 cents to the ringgit of their money, which, otherwise, would have been naught.

These greedy Malaysians who think they have the midas touch again blamed the government for their bad judgement and rapacious desire to get rich quickly in a get-rich-quick schemes.

Monday, October 8, 2012

Penderhaka terhadap tanahair....??

Anonymous Anonymous said...
offtopic: http://www.mole.my/content/pas-and-dap-relationship-based-islam-hadi

Sebagai orang Islam, saya ada beberapa soalan kepada Encik Nik Aziz Nik Mat dan Encik Hadi Awang yang mendakwa kerjasama PAS dan DAP adalah berasaskan landasan syariah.

Soalan 1 dipecahkan kepada 3 bahagian yaitu:

1. Sekiranya kerjasama tersebut di jalin berlandaskan syariah Islam, bagaimana keadaannya dengan kebenaran menggunakan kalimah "Allah" untuk dikaitkan dengan satu kepercayaan syirik (menyekutukan manusia, Jesus dengan Allah). Bukankah sebarang kaitan tersebut dilarang sama sekali berdasarkan Surah 5 Ayat 73 dan Surah 112 ayat 1-4.

1b. Dimana kebenaran penggunaan seumpama ini akan asma-alhusna Allah juga memebawa kepada syirik seprti yang jelas di nukilkan dalam buku karya Encik Hadi Awang bertajuk "Aqidah Muslim" terbitan GC Edar, 1989.

1c. Sekiranya di perbolehkan, adakah pembolehan itu samada meletakkan PAS sebagai parti kaffir atau En Nik Aziz Nik Mat dan En Hadi Awang sebagai kaffir.

Soalan 2.

2a. Kalau benar persefahaman ini berlandaskan syariah, bukankah penolakan Hudud juga bercanggah dengan Syariah dan dengan yang demikian menasakhkan asas persefahaman itu sendiri.

2b. Umum mengetahui Hasan bin Ali dipecat dari PAS kerana cuba menegakkan prinsip-prinsip asas syariah berhubung arak dan judi diSelangor. Bukankah pemecatan ini membelakangkan syariah yang dikatakan menjadi asas persefahaman PAS/DAP itu sendiri?


Soalan Cepumas:

Umum mengetahui orang UMNO itu, (sejahat manapun atau selaknat manapun dikutuk lawan) tetap mengucapkan kalimah dua syahadah yang maksudnya diterjemah umum sebagai

"Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah"

Orang Dap TIDAK PERNAH melafaz kalimah tersebut meletakkan mereka jelas sebagai golongan kaffir.

Adakah "tahaluf siyasi" yang dilaungkan Encik Hadi bin Awang membenarkan Islam berganding dengan Kaffir menyerang Islam lain tatkala Islam itu sendiri dalam keadaan lemah dan pihak Islam BERKALI-KALI meminta penyatuan ummah.

Mohon diperjelaskan berdasarkan Rukun Keempat di pautan ini:

http://www.ismaweb.net/v4/2011/08/tahaluf-siyasi-hukum-syarat-menurut-muhamad-ahmad-rasyid-bhg-4/

Sebagai tambahan ingin saya utarakan bahawa pada puncak kemelut yang paling getir iaitu semasa zaman Khulafa al_Rasyidin:

ALI (AS) TETAP MEMBERI BAIAH KEPADA ABU BAKAR, UMAR DAN USMAN DEMI PERPADUAN UMMAH DAN KELESTARIAN ISLAM KURNIAAN ALLAH.

MALAH ALI (AS) SANGGUP BERDAMAI DENGAN MUAWIYAH APABILA SOLDADU MUAWIYAH MENGANGKAT QURAN DENGAN PEDANG TANDA PERDAMAIAN DAN ALI DITENTANG AKAN TINDAKAN ITU OLEH GOLONGAN KHAWARIJ!

ADAKAH ENCIK HADI AWANG DAN ENCIK NIK AZIZ NIK MAT MELETAKKAN DIRI MEREKA MELEBIHI ALI (AS) SEKALIGUS MENGISYARATKAN PENDIRIAN KHAWARIJ MEREKA? MASYAALLAH! KALAU BEGITU KEANGKUHAN HADI DAN NIK AZIZ.

BACALAH SIRAH ISLAM PASCA KEWAFATAN NABI KALAU ANDA BERDUA TIDAK PERCAYA!

Wallahulam

Warrior 231
6:18 PM