Total Pageviews

Saturday, June 30, 2012

NAJIB DANCE TO THE TUNE.....

Pelajar ijazah kelas pertama tak perlu bayar balik.....Apa Lagi Mahukan Ini Semua Akan Berusaha Untuk Belajar

JOHOR BAHRU – Seramai 4,430 pelajar ijazah sarjana muda kelas pertama yang menamatkan pengajian sebelum tahun 2010 tidak perlu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini berikutan keputusan kerajaan yang bersetuju memperluaskan dasar pinjaman boleh ubah kepada pelajar berkenaan.Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Skim Simpanan Pendidikan Nasional-i (SSPN-i) dan penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN kepada 255 pelajar Parlimen Pasir Gudang, di sini, hari ini.Mohamed Khaled berkata, pinjaman yang ditukarkan kepada biasiswa untuk pelajar cemerlang itu diputuskan pada 15 Jun lepas selaras dengan tindakan kerajaan melaksanakan semula dasar pinjaman boleh ubah bagi pelajar ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2010."Sebanyak 4,430 pelajar itu merupakan mereka yang diluluskan pinjaman pendidikan PTPTN selepas 1 Julai 2005 dan menamatkan pengajian sebelum 1 Januari 2010 melibatkan pembiayaan RM116.2 juta,” katanya.Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, peluasan dasar pinjaman boleh ubah itu dibuat selepas kerajaan berpendapat bahawa pelajar cemerlang wajar diberi pengiktirafan selain menggalakkan pelajar terus berusaha mendapatkan keputusan cemerlang. – BERNAMA INILAH USAHA KERAJAAN DIBAWAH PERTADBIRAN NAJIB SUPAYA PELAJAR TERASA INGIN LAGI BERUSAHA UNTUK MENDAPATKAN GRED YANG LEBIH TINGGI.......INILAH YANG PATUT DIBUAT OLEH KERAJAAN SUPAYA PELAJAR AKAN TERUS MEMBERI TUMPUAN KEPADA PELAJARAN.DATUK SERI NAJIB MEMANG HEBAT,INI MEMBUATKAN PEMBANGKANG SEMAKIN LAMA PRU 13 SEMAKIN TAKUT.ITULAH SEBABNYA MEREKA MAHUKAN BILA DIADAKAN PRU UMUM AKAN DATANG.

Wednesday, June 27, 2012

BUKAN SENANG NAK JADI PEMERINTAH...

Nak memerintah sesabuah negara bukanlah senang saperti makan kacang - kopek dan kunyah. Itu sahaja yang harus  anda lakukan. Contoh ketara yang kita boleh ambil iktibar ialah di antaranya pemerintahan negeri Selangor oleh PKR, Kedah oleh PAS, P.Pinang oleh DAP dan Kelantan (PAS).

Cuba anda  berhenti sajenak dan tumpukan pemikiran anda kepada kerajaan-kerajaan yang di sebutkan diatas.

Selangor dengan peristiwa aneh yang bertali arus dengan kelab malam, sarang pelacuran yang berselindung disebalik spa dan rumah urut, peningkatan jenayah ( pembunuhan dan dadah ) kisah-kisah murtad, sex songsang, LBGT,  masaalah masjid dan surau yang telah dinodai oleh maknusia ( yang tak pernah mengetahui apa itu  hadas kecil dan besar ), sampah sarap yang tak tertahan baunya  dan berbagai-bagai "drama dan telenova " yang di lakonkan artis-artis dari parti-parti politik. Maaf,  kerana saya tak dapat paparkan  kesemua  peristiwa-peristiwa disini kerana telah menjadi umum.

Kedah pulak  dengan peristiwa meroboh surau yang telah diwakaf sejak 100 tahun semata-mata untuk menunjukan taat setiakawan  kepada rakan kongsi sehingga sanggup mengujudkan fatwa untuk menghalalkan tindakan. Hutan-hutan takungan ( tadahan ) air  telah digondolkan sehingga ketahap oren. Nite club tumbuh bagai cendawan selepas hujan, banjir yang tak dapat dikawal, kelohan pemborong-pemborong  kecil binaan  bumiputra yang tidak mendapat projek dari kerajaan dan kegagalan membangunkan Kulim Biotech Park keperingkat yang lebih sesuai dengan namanya.

Di Pulau .Pinang pulak, boria sudah tidak kedengaran lagi, tetapi digantikan pulak dengan saman menyaman diantara UMNO dan DAP. Rumah baru untuk rakyat termiskin  sudah tiada, rumah mewah muncul  sebanyak-banyaknya saolah-olah  sekaranglah masanya untuk membina rumah-rumah tersebut.
Takut kalau-kalau nanti kalah PRU 13, peluang nak dapat imbohan akan lesap. Kemelut Jabatan Agama belum lagi nampak penyelesaianya. Perbuatan rebut merebut jawatan yang dipertua menyebabkan orang Melayu Pulau Pinang ternganga-nganga dan tak sedar yang langau lalat telah berada didalam mulut. Pokok pala sudah ditebang, Tanjung Tokong sudah tinggal " Tok Kong", Tanjung Bunga sudah jadi "Tanjung Batu", Bayan Lepas sudah " terlepas"

Kelantan, tak usah cakapla, minum aye karat sokmo. Itu negeri bulan ada lebih besar dari negeri-negeri lain di Malaysia. Rakyat kelantan tua muda, janta betina keluar mencari rezeki di negeri-negeri  lain yang ekonominya lebih baik dari negeri ibunda. Jutaan ringgit dihantar pulang. Kelantan tak rugi dan tak payah ada pembangunan, duit senantiasa mengalir masuk setiap bulan. Apa kata kalaulah di Malaysia ini ada negeri-negeri yang mendahului atau mengutamakan anak watan sendiri daripada orang luar dari segi penerimaan jawatan ( pekerjaan ) baik dalam sektor awam mahu pun swasta? Apa akan jadi kepada ribuan anak Kelantan yang berhijrah mencari rezeki  setiap bulan, dan apa akan jadi kepada negeri Kelantan ? Memadai kah dengan kebanggaan  " serambi Mekah " atau patung Budha terbesar ditenggara ?

Nak bina lebuh raya pulak. Tetapi duit tak ada. No problem, ada caranya. Mintak derma melalui "wakaf". Bila nak siap lebuh raya yang bernilai berbilion ringit, jikalau setakat derma melalui wakaf. Nak bina sabuah masjid dengan wang "wakaf" pun mengmbil masa bertahun tahun jikalau tidak diberi perhatian serious mengenainya, inikan pula lebuh raya. Viable ka projek ni?

"Dinar emas" apa ceritanya pulak?....

Baru-baru ini timbul pulak dengan  gahnya  expo syiah yang di peluporkan oleh peminat-peminat syiah di Malaysia. Bukankah penyebaran serta dakyah syiah di haramkan di Malaysia? Bagaimana perkara ini boleh terlepas pandang oleh pemerintah PAS di Kelantan. Sekarang apa sudah jadi - too late to do anything now. Nasi sudah menjadi bubur.

Saya kurang periksa tentang ketulinan atau kesahihan  surat yang dipaparkan dibawah ini ( tulisan rumi )  tulin atau pun tidak. Tetapi salinan dalam tulisan jawi boleh dipercayai ketulinanya. Lihatlah apa yang dipaparkan dibawah. (Ikhsan dari The Unspinners)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhmdGAQ8cN_zZEWJdeu3WC1bTMjhufegd-AGaKYDlEBXwXdXD6Kvtt7E6UCOEYuot6-2et22nS0ZKJH072Zc9KaJaiRUFsC0aXEJSuUOD99_oD3phLiYTYfbWF5VD0XPZI1ZtZAcp49zRc/s1600/Expo+Syiah+Kelantan.PNG
Bukan senang nak jadi pemerintah. Bolehkah pembangkang  mengambilalih tampok pemerintahan Malaysia daripada BN? Adakah PAS atau PKR waima DAP sekali pun mempunyai kepakaran saperti yang dimiliki BN ? Lihat contoh-contoh yang diberikan diatas. Baru empat tahun memerintah apa sudah jadi kepada rakyat di negeri-negeri yang di perintah?



Tuesday, June 26, 2012

AMBOI SEDAPNYA MENGATA ORANG ....

Satu jari menunjuk orang, 4 jari lagi menunjuk diri sendiri...

Nizar, dalam temubual diloby parlemen berakata, PM Najib sanggup melutut kepada pemandu teksi kerana hendak menagih undi PRU 13. Katanya lagi, jikalau setakat menagih undi melalui pemberian BRIM beliau boleh  bersetuju dan OK. Tetapi jikalau sampai melutut kepada pemandu teksi maka sudah tercemarlah maruah agaknya.!!

Sekiranya pemandu teksi yang mendapat bonus untuk menukar tayar, siapa yang untung?? bukan kah anak bini mereka yang mendapat  untung, wang untuk menukar  tayar boleh digunakan untuk membeli buku anak-anak, atau boleh dibayar sewa rumah yang melambung tinggi di bandar-bandar besar saperti Kuala Lumpur dan Johor Baharu.

Tetapi, apa kata Nizar pulak apabila ada ahli PAS yang sanggup masuk pasar menjual daging babi dan bersalaman pulak dengan penjual daging babi dek nak menunjukan bahawa PAS adalah sahabat karib DAP????? Melayu boleh untung kah???

Dino.

Sunday, June 24, 2012

MELAYU KENA BACA BIAR FAHAM....


Sunday, June 24, 2012

Zamkata Fires Torpedoes At Air Asia.

There is a really hot posting on Zamkata today. It is so hot that a virus hit Zam's computer this morning.  Here is an excerpt from "AirAsia gians, rakyat loses"   Do read the full story at Zamkata

From Day 1, Tony Fernandes has been manipulating Malaysian laws and law-makers to his advantage; and each time he gets what he wanted, he gets more arrogant and cocky.

My Comment : Well this was  possible because he had Slumberjack's family, especially the SIL and that crook from Jalan Riong on his side.

The Ministry of Domestic Trade & Consumerism issued guidelines where restaurants, hotels and airlines are forced to list all-inclusive prices, but for a decade AirAsia advertised a non-existent ’fare’ minus many other charges. Also, passengers have been ‘robbed’ of millions due to cancelled flights that are not compensated. Tony Fernandes has very clever ‘reasons’, but the Malaysian rakyat loses.

My comment : Even the delayed flights were bad enough, sometimes delayed for hours. But the cancelled flights have certainly caused people much losses. Not refunding the airfare would be a crime, it is certainly not a favour to refund the fares for cancelled flights. But what about missed appointments, business lost, hotel bookings lost?

The Ministry of Finance vetted, evaluated and decided on airport-taxes and airport-charges. AirAsia refused to pay for years, and openly breaks the gazetted laws. Tony Fernandes has very clever ‘reasons’, but all the while the Malaysian rakyat loses.

The Ministry of Transport supervised and approved the KLIA Master Plan, but AirAsia could override and get their own LCCT built exactly where they wanted, with tax-payers money. Soon, they grumbled that this was not good enough. They wanted their own airport in Negeri Sembilan, regardless of the danger of traffic-control so near to Malaysia’s biggest air-hub. Tony Fernandes has very clever ‘reasons’, but the Malaysian rakyat loses.

My comment : The SIL comes from NS. The MB is the SIL's crony.  Plus the family are shareholders, possibly thru that crook from Jalan Riong. An airport at NS would do wonders for their net worth. Check who bought land around the proposed airport site.  The LCCT was built for about half a billion Ringgit. It is a tin shed - like a huge 1970s bus station. Half a billion? Siapa dapat kontrak?

The Ministry of Federal Territories and Urban Well-being laid out the guidelines for development of KL Sentral as an air-rail hub, and residential units were priced at the top-echelon to the global market. Yet Air Asia can set up a low-cost bus system there against the protests of foreign property-owners, ERL and others who had invested millions. Tony Fernandes has very clever ‘reasons’, but the Malaysian rakyat loses.

My comments : The same links were in place. Itu pasal boleh arrogant.

Malaysia Airlines Rural Air Services was taken away from the people of Sabah and Sarawak and the small private company called FAX caused untold suffering to the peoples with its selfish, restrictive policies. Tony Fernandes has very clever ‘reasons’, but the Malaysian rakyat loses.

My comments : They sapu the aircraft too from MAS. Later after they pulled out, they returned the aircraft in terrible condition. More arrogance. Why? They have cable connections.

Malaysia Airlines :.. In a few weeks, some of Malaysia Airlines’ most profitable routes like Surabaya have been destroyed to give AirAsia a monopoly. Tony Fernandes has very clever ‘reasons’, but the Malaysian rakyat loses.

My comments : The question is siapa yang suruh MAS bagi Surabaya kat Air Asia? Siapa bodoh?  Now Air Asia's nominees are still holding major positions in MAS. Jawatan utama MAS masih dipegang oleh calon Air Asia. Siapa bodoh? MAS Catering dijual kepada keluarga Perdana Menteri Penyamun. Siapa bodoh? 

FlyFirefly.com was financially very successful, and provided Malaysians with affordable and convenient service between West and East Malaysia. This was destroyed because it was threatening AirAsia’s lucrative low-cost monopoly. Tony Fernandes has very clever ‘reasons’, but the Malaysian rakyat loses.

My comments : And we all thought Tony was a clever operator who could survive with free market competition. Rupanya dia guna crony power juga untuk survive. Now they have included Tony in the 'Committee to Reform The Education System'. Maybe 'Commercial Piracy 101' will become required reading? 

Malaysian patriots were fed propaganda that AirAsia is proud of our country ... The main person whom Tony Fernandes has depended on is a Singaporean woman, and all expenditure on aircraft MRO is showered on Singapore. Now, the airline’s main Head Office is in Indonesia, and millions of ringgit will flow there as well. Tony Fernandes has very clever ‘reasons’, but the Malaysian rakyat loses.

My comments : What can we say : Tony is a clever guy. Siapa bodoh? Siapa suruh kita jadi bodoh? Slumberjack's family hold major cables in Air Asia. And Slumberjack is Advisor to MAS ! !  Kucing sudah masuk kedai kari kepala ikan. 

All these are just the tip of the iceberg – for over ten years Malaysians are too scared to speak out due to the “powerful connections” of this wheeler-dealer and Master Manipulator. Tony Fernandes has very clever ‘reasons’, but the Malaysian rakyat loses. When will this end?

My comment : When will this end? This will only end if the PM Dato Najib removes all the pirates from the Cabinet. The Billionaire and multi millionaire Ministers in the Cabinet are all responsible for all this crap. In the Millionaire's Club (aka the Malaysian Cabinet) its 'you scratch my back I scratch your back. Lu jangan kacau projek saya, saya tak kacau projek lu'. Otherwise how can Air Asia get LCCT terminal, get Surabaya, get Sabah & Sarawak? 

Akhir kalam : Siapa bodoh? Dont blame Tony Fernandes - he is just being clever. When we are stupid, other people will take advantage of us.  

Now Tony is in Jakarta. Do you think Tony can do the same thing in Jakarta? The quick answer : Of course he can. How? Bisa diatur Pak. Ini kan Indonesia.  Do you think Indons will be  'out of place'  at QPR games?  Bisa di atur Pak. Bisa di atur.   They can take the seats occupied by Amok, Danny and the other dunggus.  Siapa pandai, siapa bodoh?

Saturday, June 23, 2012

MELAYU MALAYSIA TAK AMBIL KESAH PUN..

Rupanya Empat Melayu Pemimpin PKR Ini Lahir Di Singapura - MyMassa

Berikut bahan yang diterbitkan oleh MyMassa.

Pendedahan oleh MyMassa boleh diikuti di sini :
http://mymassa.blogspot.com/2012/06/wikileaks-bukti-warga-singapura-berani.html
Jika diperhatikan mereka ini juga yang gigih mencari peluang untuk menguasai Malaysia waima dicemari dengan skandal seks Ketua Penasihat mereka. Banyak fitnah tersebar disebabkan pemimpin seperti mereka ini.

Jangan pelik jika banyak perkara Pakatan perjuangkan merugikan ekonomi Malaysia seperti Bersih dan Lynas. Pelik walaupun pelbagai fakta kukuh dikemukan seperti isu Lynas, mereka masih lagi mahu menentang projek tersebut!
Lihat gambar Saifuddin Nasution yang pernah bertemu pegawai tinggi Singapura di Sg Petani, Kedah tanpa sebarang kehadiran media.
Apakah ini bukti kaitan mereka dengan Singapura walau cuba dinafikan dengan berbagai cara.
Selain agen Amerika, ada juga agen Singapura rupanya dalam parti politik yang sedang ghairah mahu rampas negara kita? 
Semoga Allah selamatkan kita semua.
Tulisan ini diharap dapat membuka pintu hati penyokong tegar Pakatan agar berubah dan sedar bahawa tindakan mereka menyokong Pakatan yang cuba mengganggu Malaysia dengan huru hara adalah satu perbuatan yang akan menyusahkan cucu cicit selepas kita.
Marilah kita bertaubat dan membetulkan diri...
Selamat Menyambut 27 Rejab yang jatuh tanggal hari ini ( Isra Mikraj)

Sent from my Samsung Galaxy Tab
Dipetik daripada Panglima Perang Cyber.. 

Saturday, June 2, 2012

BOLEHKAH KAFIR MEMASUKI KOTA MEKAH..?

Salam saudaraku,

Kafir mengkafir dikalangan orang-orang Melayu wujud apabila kegairahan mereka  untuk menang pilihan raya. Fenomena ini berlaku kerana keinginan mengecap rasa bagaimana nikmatnya memerintah sesabuah negara. Dengan andaian, sebagai pemerintah kuasa berada didalam tangan, apa yang dikhendfaki semua boleh dapat. Bagitulah mudahnya (barangkali) tafsiran yang terdapat di setiap sanubari individu  ahli sesabuah  parti politik.

Orang Melayu mengkafirkan orang Melayu. Bahkan ada orang Kafir yang mengambil kesempatan menumpang tui mengkafirkan orang Melayu. Gejala ini berlaku disebabkan kegairahan untuk berpolitik tanpa batas.

Allah telah berfirman bahawasanya orang-orang Islam sahaja yang diterima memasuki Mekah Al Mukaramah dan Madinah Al Munawarah. Allah tidak redha selain daripada Orang Islam sahaja yang boleh dan dibenarkan mengunjungi dua buah kota suci ini. Terdapat beberapa cubaan  orang-orang kafir sebelum ini untuk menyeludup masuk tetapi Allah telah menggagalkan usaha-usaha mereka.

Soalan saya, sekiranya orang-orang Melayu yang dikafirkan itu telah menjadi kafir saperti yang di "fatwakan" oleh sabuah parti politik, mengapa  Allah tidak menggagalkan kemasukan orang-orang Melayu "kafir" itu. Jika sekiranya orang-orang Melayu tersebut termasuk saya, yang  menjadi kafir,mengapa mereka derduyun-duyun dibenarkan pergi keMekah dan Madinah menunaikan haji dan umrah setiap tahun.  Tidak kurang daripada 28,000 rakyat Malaysia  tahun lalu telah menunaikan haji dan umrah.

Disisi Allah, semua tetamuNYA (orang Islam ) diterima menunaikan ibadah haji dan umrah. Oleh yang demikian dapatkah kita menerima perbuatan kafir mengkafir sesama Islam itu sebagai perbuatan yang diredhai ALLAH.?

Fikir-fikirkan lah.



http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=mY5iFtIxPpg#!