Total Pageviews

Wednesday, January 9, 2013

ULAR DUA KEPALA....!!!!

BERTAUBAT

Artikel ini telah disiarkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 6 Januari, 2013.
1. Harun Din, pemimpin PAS menyuruh saya bertaubat kerana saya telah berkata dalam bahasa Inggeris “Better the devil you know than the angel you don’t”. 2. Mungkin kerana Harun Din tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris maka ia fikir ini bermakna saya sanggup bersama dengan syaitan. Makna sebenarnya pepatah ini ialah “lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali”.
3. Kalau Harun Din fikir saya bermaksud lebih baik saya bersama syaitan yang saya kenal daripada malaikat yang saya tidak kenal dan ini salah di sisi agama, maka dia bolehlah suruh saya bertaubat. Tak apalah.

4. Tetapi pada 24 Januari 1999, Nik Aziz berkata dengan jelas dalam bahasa Melayu yang saya yakin Harun Din tentu faham yang berbunyi seperti berikut, “siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima samada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima”. 5. Amat jelas dengan ini Nik Aziz sanggup terima pertolongan syaitan pun untuk Kerajaan Islamnya. Demikian pendirian Nik Aziz kerana kononnya begitu kuat perjuangannya untuk mendirikan Kerajaan Islam? Apakah jenis Kerajaan Islam hasil dari pertolongan syaitan sama-samalah kita fikir.
6. Harun Din nampaknya terima Kerajaan Islam yang didirikan dengan pertolongan syaitan. Sebab itu Harun Din tidak menegur Nik Aziz jauh sekali dari menuntut supaya ia bertaubat.
7. Saya tidak akan bertaubat kerana salahfaham Harun Din berkenaan dengan apa yang telah saya katakan. Sepatutnya Harun Din meminta maaf dari saya kerana salah fahamnya tentang apa yang saya perkatakan dalam Bahasa Inggeris. Dan saya akan maafkannya kerana manusia memang lemah dan tidak pernah bebas dari membuat kesalahan.
8. Orang Islam di Malaysia sebenarnya bernasib baik kerana kita semua menganggotai mazhab yang sama, iaitu kita dari mazhab Sunni yang berimam dengan Imam Shafie. Kita tidak sepatutnya berpecah seperti orang Islam di sesetengah negara Islam lain yang berpecah kepada Sunni dan Syiah dan sering bermusuh dan membunuh sesama mereka.
9. Malangnya persahabatan dan perpaduan orang Melayu Islam di Malaysia ini ditamatkan apabila Parti PAS ditubuh. Dalam keghairahan PAS untuk mendapat undi orang Melayu di Malaysia mereka sengaja menyalah tafsir agama Islam dan membuat dakwaan bahawa mereka sahaja yang Islam sehingga orang Melayu berpecah dan bermusuh sesama mereka.
10. Tuduhan yang pertama ialah orang UMNO kafir kerana mereka bekerjasama dengan orang kafir. Saya tidak percaya ada orang Melayu yang terima dakwaan ini. Ia tidak dibuat dengan cara yang mengikuti kehendak agama Islam. Tetapi rupa-rupanya tuduhan ini begitu berkesan sehingga berlaku sembahyang dua imam kerana kononnya imam orang yang tidak sokong PAS kafir, perkahwinan semula orang Melayu yang berkahwin sebelum PAS ditubuh, perkuburan berasingan bagi orang PAS kerana ibu bapa mereka sendiri yang dikebumikan di kubur lama dan orang UMNO tidak Islam, penolakan sembahyang jenazah orang UMNO dan penceraian serta perpecahan dalam keluarga kerana fahaman politik yang berbeza.
11. Kemudian Hj Hadi menokoktambah kepada perpecahan orang Melayu Islam dengan amanatnya. Hj Hadi mendakwa bahawa PAS menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO tetapi kerana kononnya mengekalkan perlembagaan penjajah, kerana kononnya UMNO mengatakan politik suku agama suku.
12. Sesungguhnya perlembagaan itulah yang memberi kebebasan bersuara, berparti dan berpolitik kepada PAS. Dikebanyakkan negara yang diakui negara Islam tidak ada kebebasan seperti ini. Sepatutnya PAS menolak semua kebebasan ini. Tetapi sebaliknya PAS menggunakannya untuk memfitnah dan mengkafirkan orang UMNO. Islam menyuruh orang Islam setia kepada Allah, Rasul dan ulil amri, iaitu pemerintah. PAS sebenarnya tidak setia kepada ulil amri.
13. UMNO tidak pernah berkata politik suku agama suku. UMNO berpegang kepada ajaran bahawa Islam adalah Ad-deen, cara hidup. Cara hidup memang termasuk politik. Sebab itu UMNO berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air. Habbul watan minnal iman.
14. Sebaliknya PAS sekarang menerima pemimpin orang kafir yang secara terbuka menolak negara Islam PAS serta pemimpin Pakatan yang percaya kepada kebebasan tanpa had serta pluralisme dalam agama dan kebebasan keluar dari agama Islam.
15. Tetapi UMNO tidak akan tuduh orang PAS sudah menjadi kafir. Selagi tidak ada dakwaan oleh tokoh-tokoh Islam yang tidak berkepentingan UMNO akan terima orang PAS sebagai orang Islam. Kita dalam UMNO masih ingin bersaudara dengan orang PAS seperti ditegaskan oleh agama Islam bahawa orang Islam itu adalah bersaudara. Perbezaan politik antara PAS dengan UMNO tidak bermakna pengasingan politik dari agama, atau agama suku politik suku. Perbezaan politik dikalangan orang Islam berlaku di mana-mana sahaja. Namun mereka semua masih Islam.
16. Tanpa bertaubat kerana berbagai kesalahannya disisi Islam, Nik Aziz telah memurtadkan tiga juta orang UMNO. Dakwaan ini dibuat olehnya tanpa usul periksa. Tidak ada kajian yang dibuat, samada secara ilmiah atau tidak. Ketidakadilan Nik Aziz jauh berbeza dari ajaran Islam yang menegas bahawa apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Hakim tidak boleh terdiri dari orang yang teribat dan berpentingan. Memurtadkan orang UMNO adalah satu ketidakadilan disisi agama Islam.
17. Tetapi, Alhamdulillah, sudah ramai pemimpin dan ahli PAS yang sedar tentang kesalahan PAS dan pemimpinnya dari segi Islam.Mereka telah tidak lagi taksub dengan nama Islam yang diberi kepada Parti PAS. Mereka sedar PAS bukan berjuang untuk Islam. PAS hanya ingin memperalatkan Islam untuk kepentingan politik duniawi pemimpin-pemimpinnya.
18. Mereka yang keluar dari PAS ini berpeluang untuk benar-benar berjuang untuk agama Islam, berjuang untuk mengembangkan ajaran Islam yang sebenar, terutamanya untuk persaudaraan dalam Islam, tentang berpegang kepada tali Allah dan jangan bercerai-berai.
19. Saya tidak akan suruh Harun Din bertaubat. Tetapi Harun Din harus tanya hati kecilnya samada dia didorong oleh agama atau politik duniawi apabila menyuruh saya bertaubat dan tidak Nik Aziz.
Uncategorized

SAMPAI BILA MELAYU NAK KENA TIPU...




Wednesday, January 09, 2013

HOT NEWS !!! KENAPA PAS BERI TANAH KEPADA DAP ??? 

Sehingga saat ini rakyat Kelantan masih bingung dan tercari-cari apa rasionalnya sehingga mendorong Kerajaan PAS Kelantan meluluskan pemilikan tanah pajakan seluas 10,526 ekar di Gua Musang kepada pemimpin Cina DAP dari Perak.Rakyat pribumi sendiri masih dibelenggu masalah hak milik tanah sekalipun sudah berpuluh tahun membanting tulang meneroka kawasan berkenaan demi sesuap nasi, alih-alih Cina DAP dari luar pula yang sakan meraih laba keuntungan sehingga tahun 2092.Untuk baki selama 79 tahun lagi dari sekarang hak milik pajakan tanah tersebut terus menjadi milik Pengerusi DAP Perak,Ngeh Koh Ham dan sepupunya Nga Kor Min melalui syarikat swasta Upaya Padu sdn Bhd yang baru mereka ambil alih baru-baru ini.persoalannya kenapa dan apa jasa pemimpin DAP Perak itu kepada negeri ini sehinggakan keutamaan pajakan tanah yang luas mata memandang itu hanya dinikmati oleh mereka ??? Sedangkan sekelumit manfaat daripada mereka untuk menambah baik taraf kehidupan rakyat marhaen negeri ini langsung tak kelihatan.Padahal bukannya tidak ada syarikat berwibawa dan individu usahawan berkaliber yang terdiri daripada anak Melayu Kelantan yang jika diberi peluang seperti itu tentu sahaja akan memanfaatkannya demi kebaikan negeri dan anak watan sendiri.Kedua-dua pemimpin DAP Perak itu pula bukannya memiliki latar belakang sebagai usahawan genuine yang berjaya, sebaliknya sekadar pemimpin politik. 
Kalau pun PAS begitu terhutang budi mahu membalas jasa dek kerana sokongan DAP kepada perlantikan pemimpin PAS Perak, Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak tidak berapa lama dulu, bukan begini caranya. Cukup-cukuplah beribu ekar tanah di Perak diluluskan hak milik tanah 999 tanah di sana kepada Cina-Cina DAP,buat apa lagi di beri habuan tanah pajakan berpuluh tahun di Kelantan untuk memuaskan nafsu serakah pemimpin DAP pula.Dengan keluasan 10,526 ekar tanah di Kelantan itu yang hampir menyamai luas Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat di Putrajaya,sekiranya Kerajaan PAS Kelantan mengikut kaedah penganugerahan hak milik tanah mengikut acuan FELDA bermakna sekitar 1,000 buah keluarga bakal beroleh manfaat berupa tanah seluas 10 ekar tiap-tiap keluarga.Tapi disebabkan kepentingan politik dan dikaburi puncak kuasa yang tidak pasti, akhirnya tanah yang merupakan amanah rakyat itu hanya memberi manfaat kepada beberapa kerat politikus dan kroni pemimpin DAP dalam syarikat itu sahaja.Lebih menyakitkan hati rakyat bila mana hasil bumi Kelantan berupa kayu kayan balak yang nilainya berjuta-juta ringgit terus mengalir ke tangan orang lain. Bagaikan mengulangi sejarah air mata rakyat di awal dekad 1960-an dan 1970-an dulu di mana hasil bumi negeri di lebih 300,000 ekar tanah menjadi habuan sebuah syarikat milik Cina Singapura juga melalui kaedah pajakan tanah. 
Patutlah lebih 90% para peneroka FELDA di serata tanah rancangan seluruh negara begitu alergik dengan PAS,tentunya berkait rapat dengan kebimbangan yang hak milik tanah mereka bakal tergadai atau dipajak kepada Cina DAP atau Cina SIngapura seandainya PAS diberi muka memijak sesuka hati wilayah yang mereka pertahankan.Menteri Besar Kelantan,Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh sahaja mengugut rakyat dengan ancaman tindakan undang-undang dan saman misalnya dalam usaha untuk menutup kebenaran, namun rakyat tidaklah bodoh untuk terus berdiam diri membiarkan saja harta benda negeri dan hasil buminya terus mengalir ke tangan DAP.Dari Timur ke Barat,dari Utara ke Selatan Kelantan di setiap jajahan negeri ini ada sahaja suara-suara anak Kelantan yang bangkit menuntut jawapan konkrit.Kenapa,mengapa dan untuk apa tanah Kelantan dibiarkan menjadi milik DAP? Rakyat Kelantan menanti jawapan hari demi hari,namun yang ada cuma jawapan bersimpang siur daripada Kerajaan Negeri yang terus berbelit sambil menegakkan benang yang basah.Jika beginilah gaya PAS memerintah negeri,sikit-sikit pajak tanah,sikit-sikit tebang balak yang sebahagian besar hasilnya hanya menguntungkan segelintir manusia haprak sahaja, usahlah menangis tak berlagu bila PRU 13 tiba kelak rakyat bangkit membuang PAS jauh terperosok ke dalam longkang.
RENUNG-RENUNGKAN

TO HELL WITH AMANAT HADI...




This article appeared in the New Straits Times on Jan 3, 2013

1. From its inception the leaders of the Pan Malayan Islamic Party (PMIP) now known as PAS (Parti Islam SeMalaysia), in their quest for support condemned UMNO members as infidels (kafir) for cooperating with non-Muslims. This was followed in April 1981 by Hadi Awang’s statement that UMNO members are kafir (infidels) because UMNO perpetuates the constitution of the colonialist, perpetuates the rules and regulations of the infidels, perpetuates the rules of the pre-Islamic Arabs, the Jahiliah. Because of these things the struggles of PAS constitute a jihad (holy struggle), their speeches are jihad, their donations (to PAS) are jihad. Because of their struggle (war) against these people (UMNO members), if they die they become syahids (Islamic martyrs) they die in Islam. He said that they don’t have to be a Jew, don’t have to be a Christian, don’t have to be Hindu or Buddhist, they become infidels if they separate politics from religion.

2. The effect of these two pronouncements is far more than is generally known. They have resulted in a deep split among the Malay Muslims who are all Sunnis and followers of the same Imam, Imam Shafie. Usually the splits within the Muslim community are due to the interpretations and teachings of different Imams. Thus the Sunnis and the Shiahs are so deeply divided that they regarded each other as non-Muslims. As a result they have been fighting and killing each other for more than a thousand years.

3. There was no such division among Malay Muslim until PAS was formed. Immediately PAS declared that those who did not join it are infidels (kafir). But the most potent cause of the split among Malay Sunnis is due to the pronouncement of Hadi Awang, presently the President of PAS. His diatribe against UMNO and condemnation of UMNO Malays as kafirs (apostates or infidels) has resulted in the rejection of PAS members of UMNO Imams during prayers. They would hold separate prayers behind their own Imam.

4. PAS members even build their own mosques, refuse to eat meat slaughtered by UMNO supporters, reject the validity of marriages officiated by UMNO kadis, and bury their dead in separate burial grounds.

5. Members of the same family who are UMNO followers are shunned by those who support PAS.

6. In fact PAS members truly believe that the 3 million UMNO members, their families and their supporters are not Muslims. They are all kafir or infidels and apostates.

7. Malays are not usually violent but there have been deaths such as those in Memali where police personnel and PAS supporters lost their lives. Because we don’t have the regular violence and killings as occurred in other Muslim countries where the Muslims are divided into Shiah and Sunnis, the split and animosities between the Muslim Malays are not so noticeable. It is only during elections that this split becomes a factor.

8. PAS members have become so fanatical in their support for the Party that even when the Party and the leaders breach their own injunctions they continue their blind support of the party. Thus after saying that UMNO is kafir because it works with kafir, now that PAS has done exactly the same, PAS members continue to support their party. Their fanaticism seem to blind them to the hypocrisy of their leaders.

9. It is perhaps worthwhile to examine the pronouncements of Hadi Awang because most PAS members look up to him as infallible and sinless (ma’asum). What indeed does Hadi mean when he made his amanat of 1981.

10. He said that PAS is opposed to UMNO because it had perpetuated the constitution of the colonialist. Which part of the constitution is he referring to?

11. The constitution adopted by Malaysia upon independence provides for :
a) A constitutional monarchy;
b) A parliament elected by the people;
c) An Executive Prime Minister and Cabinet from the party or representatives who have the support of the majority in Parliament;
d) The separation of power between the executive, the legislative and the judiciary;
e) The rule of law and equality before the law;
f) Trials conducted by the courts where the procedures include evidence by witnesses and also circumstantial evidence;
f) The monarch to appoint the Prime Minister or Chief Minister based on the support of the elected legislators but may not dismiss the Government so formed unless a vote of non-confidence has been passed against the Government concerned;
g) Freedom to believe in and practice other religions and
h) No imposition of Islamic law on non-Muslims.

12. There are elements of the western non-Muslims concepts of governance in all these and more. If PAS consider their acceptance make UMNO kafir, what would PAS replace them with. Would PAS want the:

a) Constitutional monarch to be replaced with an absolute monarch?
b) Would PAS wish to replace elected Parliaments with a Dewan made of nominees of the absolute ruler?
c) Would PAS accept a Prime Minister and his Cabinet appointed by the monarch even if they are not supported by the majority of the members of the Dewan?
d) Would the separation of power between the executive, the legislative and the judiciary be abolished?
e) Should there be no rule of law?
f) Should trials be conducted without need of duly-appointed judges in legally constituted courts?
g) Should courts only find an accused person guilty if there are four witnesses of high-standing to vouch for the facts of the crime?
h) Should constitutional evidence such as DNA and thumbprints be rejected?
i) Should the monarch be given the power to appoint and dismiss the Government at his whim and fancy?

13. To clear the air and to give the religions basis for the pronouncement of Hadi Awang that the constitution is colonial, he must explain how the Malaysian Constitutions has to be changed so as not to be a perpetuation of the colonial constitution.

14. I suspect he would answer that I am not qualified to question him as I am not a religious scholar. But I would be living under Hadi’s constitution if his PAS adorers were to give him victory in the 13th General Election. As a citizen I must know what I would be in for, even if the DAP and its supporters don’t want to know. And I believe many citizens, Muslims and non-Muslims would want to know.

15. DAP may believe that they would be able to handle Hadi and his “Amanat”, but the DAP struggle to do this will destabilise the country, preventing it from developing and growing.

Che Det

Kalau UMNO tu kafir, PKR dan kumpulan Erdogan dalam PAS khususnya Dr Zulkifli yang tak setuju negara ISlam dan undang-undang hudud tu tak kafir ke?

Saturday, January 5, 2013

NAH AMEK KAU........

LUAHAN HATI SEORANG PENGUNDI CINA YANG KECEWA !!! I4TT CADANGKAN SAMAN JE KERAJAAN NEGERI MACAM PENGGUNA AIR !!!

Salam to all...

Ini ada sikit kejutan buat korang semua.

Email dari seorang pengundi Selangor berbangsa Cina yang mana telah mengundi Pakatan pada PRU-12 yang lalu.

Luahan hati ini agak sedih gak la aku baca.

Email ini didalam bahasa Inggeris dan aku akan translatekan untuk korang k.

Adakah kehidupan saya berubah setelah mengundi Pakatan pada 2008 

Saya mengundi untuk perubahan pada tahun 2008. Nanti dulu. Izinkan saya perbetulkan semula, saya mengundi untuk hari esok yang lebih baik pada tahun 2008.

Saya berbangsa Cina dilahirkan didalam keluarga yang berpendapatan rendah, segala-galanya tentang kehidupan dewasa saya adalah sederhana. 

Bertentangan dengan kepercayaan popular rakyat Malaysia bahawa orang Cina di Malaysia mendapat lebih daripada kaum-kaum lain, sejujurnya ​​saya tidak mendapat gaji 5 angka walaupun telah 20 tahun bekerja, saya juga tidak mempunyai minat dan kemampuan untuk membuka perniagaan sendiri. 

Seperti kebanyakan orang Cina yang serba sederhana dan bekerja di syarikat-syarikat besar, tinggal di KL agak menyukarkan.

Membesarkan 2 orang anak yang berada di pra-sekolah dan juga isteri yang tidak bekerja, saya hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 

Ayah saya keuzuran dan ibu mertua tinggal bersama kami selepas anak kembar kami dilahirkan. 

Kami tinggal menyewa disebuah rumah teres di Puchong yang mana rumah itu sendiri punya bermacam-macam masalah, dengan masalah bumbung yang bocor, dinding yang retak dan serangan anai-anai.

Walaupun Puchong bukanlah tempat yang terbaik untuk hidup, tetapi adakah saya mempunyai pilihan ? 

Sekurang-kurangnya ia adalah lebih baik daripada Cheras. 

Seringkali kami terpaksa berhimpit kerana keadaan rumah agak kecil. 

Saya tidak berniat untuk menceritakan kisah sedih saya dan simpati didalam surat ini.

Saya tidak bersungut, tetapi apa yang saya tahu sepatutnya keadaan ini boleh menjadi lebih baik.

Didalam kempen pilihan raya pada tahun 2008, saya fikir adalah amat mustahil bagi kerajaan sedia ada untuk mengatasi tawaran dan janji yang dibuat oleh Pakatan Rakyat di Selangor terutamanya. 

Kerana sering rasa dikecam dan dipinggirkan oleh UMNO-Barisan, saya tidak berfikir dua kali untuk memberikan undi kepada Pakatan.

Tetapi selepas pilihan raya umum 2008, politik (atau dalam kes ini, ahli-ahli politik) dan tindakan Pakatan untuk memenuhi janji bagi Selangor telah membuatkan saya tidak ubah seperti orang asing. 

Penantian saya tanpa jemu untuk mendapatkan bantuan kewangan secara langsung bagi meringankan beban perbelanjaan keluarga saya yang mana dalam keluarga berpendapatan sederhana (middle-income), ternyata penantian yang sia-sia. 

Izinkan saya menerangkan secara terperinci.

Pakatan Rakyat berjanji pada tahun 2008 untuk memberi pendidikan percuma kepada semua kanak-kanak pra-sekolah di Selangor yang berumur antara 5 - 6 tahun. 

Pada tahun 2011, anak kembar saya masuk ke usia 5 tahun, tetapi saya masih perlu membayar sendiri yuran pendidikan tadika anak-anak saya berjumlah RM150 sebulan bagi seorang anak.

Mungkin mereka memerlukan masa untuk merealisasikan rancangan dalam skim pemberian pendidikan percuma pra-sekolah, tetapi sekali lagi Pakatan cuba mendapatkan mandat baru untuk kekal mentadbir selangor pada PRU-13, tetapi saya masih juga tetap membayar sendiri yuran pendidikan pra-sekolah untuk kedua-dua anak kembar saya sehinggalah mereka mula Darjah 1 tahun depan. 

Adakah hidup saya atau kehidupan keluarga berubah selepas mengundi Pakatan ???

Jadi, selepas membuat perkiraan, jika saya membayar RM150 sebulan bagi setiap anak untuk pendidikan prasekolah, saya terpaksa membelanjakan RM3, 600 setahun dalam yuran pendidikan anak kembar saya sahaja. 

Baiklah, mari kita beralih kepada janji/manifesto yang lain pula.

Salah satu janji yang paling menarik dibuat oleh Pakatan Rakyat pada tahun 2008 yang membuatkan saya untuk mengundi Pakatan adalah elaun khas antara RM150 hingga RM 250 sebulan untuk semua suri rumah sepenuh masa di Selangor. 

Prospek mendapat pendapatan tambahan, mungkin bagi anda jumlahnya sedikit, tetapi jumlah itu dapat memberikan manfaat yang besar kepada keluarga saya. 

Ia boleh membantu saya dalam perbelanjaan dapur atau bayaran bill utiliti. 

Sudah tentu janji ini juga, tidak ditunaikan sama sekali. 

Jika ia ditunaikan pasti saya dan isteri akan mempunyai pendapatan isi-rumah tambahan sebanyak RM3, 000 setahun. 

Baiklah, mari kita beralih ke janji lain.

Saya dan isteri saya sentiasa berharap untuk memiliki tempat tinggal yang selesa dengan seberapa segera mengikut kemampuan kami. 

Saya telah hidup menyewa sejak kami mula bersama dan terus terang saya katakan keadaan ini sangat membosankan. 

Memiliki harta sendiri (rumah) adalah satu pelaburan yang bijak terutama jika berlaku perkara buruk atau tidak terancang pada masa hadapan. 

Jadi saya telah terpedaya dengan janji Pakatan untuk 'membantu' setiap rakyat Selangor untuk memiliki rumah sendiri. 

Jelas sekali, bantuan tidak pernah dihulurkan seperti yang dijanjikan. 

Kami masih menyewa rumah yang kami diami sekarang.

Dan sekiranya laporan akhbar dan internet adalah benar, saya tahu Pakatan Rakyat mempunyai terlalu banyak untuk menjawab berkaitan janji-janji yang tidak mereka tepati di Selangor. 

Maaf jika saya tidak tahu, tetapi saya tidak pernah melihat mereka (Pakatan) secara aktif menubuhkan institusi agama selain daripada Islam seperti yang dijanjikan

Dan saya tertanya-tanya, adakah Pakatan menganggap agama kami lebih rendah daripada agama Islam yang hebat dianuti oleh sebahagian besar rakyat di negara ini ?

Bagaimana tentang janji Pakatan untuk memberi perkhidmatan perubatan percuma kepada semua rakyat Selangor yang berusia 65 tahun ke atas ? 

Walaupun saya sentiasa menghentam dan mengkritik Kerajaan Persekutuan, ayah saya dan ibu mertua masih mendapat khidmat perubatan secara percuma di Klinik Rakyat 1Malaysia

Kedua-duanya menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, namun mereka masih menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan percuma yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat. 

Saya bertanya kepada diri saya sendiri, mengapa saya masih enggan mengakui kegagalan Pakatan dalam menunaikan janji-janjinya ? 

Keegoan saya menghalang saya untuk menjawab persoalan ini.

Saya tidak arif tentang harta, seperti yang anda tahu, saya tidak punya harta. 

Tetapi, saya masih ingat janji Pakatan Rakyat untuk menurunkan cukai kediaman sebanyak 20% dan 10% di premis komersial di Selangor. 

Saya juga tidak pernah melihat janji ini dilaksanakan dimana-mana di Selangor ini.

Memandangkan perkara ini tidak berkaitan dengan saya secara langsung, maka saya abaikan janji ini juga.

Tetapi lawak terbesar daripada mereka semua adalah apabila Pakatan mentertawakan dan memperlekeh bila mana Kerajaan memperkenalkan gaji minimun sebanyak RM900 pada tahun lepas. 

Bagi saya, ia adalah lebih baik RM900 itu daripada pembohongan untuk membela orang miskin seperti petani dan nelayan dengan melaksanakan gaji minima sebanyak RM1, 200 ! 

Adakah Pakatan Selangor merealisasikan janji ini ? Tidak.

Tidak kira apa sahaja yang Pakatan Rakyat rancang sama ada berkaitan manifesto politik mereka untuk mendapatkan lebih ramai pengundi melalui PKR Buku Jingga atau belanjawan Pakatan Rakyat 2013, amat jelas kepada saya hakikat apa yang telah dijanjikan kepada rakyat berbanding apa yang sedang dilaksanakan dalam dunia realiti adalah dua perkara yang amat jauh berbeza.

Bagi seorang Cina yang lahir dan menetap di Selangor seperti saya, undi saya untuk Pakatan kini telah secara langsung melibatkan kos sara hidup yang saya tanggung sebanyak RM6, 600 setahun hanya untuk yuran pra-sekolah anak-anak dan elaun suri rumah bagi isteri saya.

Ingat, sama seperti orang lain, saya mengundi Pakatan pada 2008 (PRU-12) untuk mengubah taraf hidup saya.

Walau bagaimanapun, dengan semua janji-janji yang tidak mampu ditunaikan Pakatan dan pelbagai siri alasan, semestinya saya tidak akan mengulangi kesilapan yang sama sekali lagi.


KS Lee
Puchong

Thursday, January 3, 2013

SATU KEMENAGAN "BLESSING FROM ALLAH"

TERKINI!! Akhirnya Kes Madrasah Salihiah Diselesaikan Luar Mahkamah!! Tukar Kerajaan Kedah Sekarang.


Masih ingat dengan peristiwa Madrasah Salihiah? Madrasah yang berumur 103 tahun, terletak diatas tanah wakaf. Madrasah ini juga yang mahu dirampas oleh Pas untuk dibangunkan tanah wakafnya menjadi Shopping Mall.

Punca begini, waris tanah wakaf tersebut, memberi amanah kepada MAIK untuk uruskan Madrasah terbabit, namun MAIK salahguna amanah dengan menjual tanah wakaf tersebut kepada taukeh cina dari Penang untuk projek Shopping Mall.

Semuanya atas nasihat dan saranan dari Pas Kedah. Patutkah sebuah jabatan agama, menjual tanah wakaf yang diwakafkan untuk dijadikan madrasah dan surau? Kalau dijual untuk dibangunkan menjadi tempat yang elok-elok takpa juga. Tapi, tapak wakaf madrasah dan surau, hendak dijadikan shopping mall, yang dah tentunya akan ada banyak maksiat.

Bersungguh-sungguh Pas Kedah dan MAIK mahu merampas tanah wakaf. Dengan harapan, mereka boleh robohkan Madrasah dan surau terbabit untuk jadikan shopping mall. Lawak betul, sebuah parti Islam dan jabatan agama Islam, mahu rampas tanah wakaf untuk dijadikan shopping mall? ha ha ha.. dunia sudah terbalik!

Disebabkan kejadian pelik itulah, waris tanah wakaf dan rakyat Kedah yang prihatin bangkit mempertahankan Madrasah Salihiah. Malah mereka bertekad untuk mempertahankan Madrasah sehingga ketitisan darah yang terakhir.

Pelbagai onak dan duri yang mereka hadapi untuk mempertahankan madrasah salihiah. Pelbagai orang politik, NGO dan segala agensi mereka merayu untuk bantu bersama namun segala usaha gagal.

Laporan polis, laporan SPRM, malah memfailkan kes ini ke mahkamah untuk mempertahankan madrasah terbabit. Di mahkamah pun pihak madrasah menghadapi pelbagai rintangan.

Akhirnya mereka hanya berharap pada jalan terakhir, iaitu mengadap menyembah duli yang maha mulia Sultan Kedah, yang kini menjadi YDP Agong.

Setelah mereka adukan permasalahan mereka pada Yang Dipertuan Agong, akhirnya YDP Agong dengan bijaksananya menyelesaikan perkara yang genting ini dengan mudah.

Setelah berbincang panjang lebar diantara pihak Istana dan pihak madrasah. Pihak madrasah setuju untuk memberikan tanah wakaf terbabit pada kerajaan negeri untuk dimajukan.

Kerana, Kerajaan Negeri perlu ganti tanah wakaf terbabit dengan saiz yang sama dan tidak jauh dari tapak asal wakaf. Maksudnya dalam qariah yang sama. Kemudian, MAIK terpaksa memulangkan wang rm1.43juta kepada pewaris madrasah. Kerana tanah wakaf itu asalnya milik pewaris madrasah. Jadi duit itu hak pewaris.

Akhirnya segala permasalahan selesai begitu saja. Semua ini atas kebijaksanaan YDP Agong, merangkap Sultan Kedah. Kalau harap kerajaan negeri Kedah, sampai kiamat pun tak selesai hal ini.

Apa yang kerajaan negeri Kedah tahu, rampas tanah, buat serupa hak mak bapak depa punya, tanpa sebarang ganti rugi atau ganti tapak. Selamatlah Sultan Kedah dengan adil menyelesaikan permasalahan ini.

Mc harap, lepas ni tidak ada lagi sengketa yang berlaku kat madrasah tu. Cuma Mc terkilan dengan kerajaan Pas Kedah, kenapa nak tunggu Sultan Kedah selesaikan? Pas Kedah taktahu hukum hakam ke?

Atau Pas Kedah lebih nampak hukum DUIT dan harta DUNIA dari hukum akhirat. Jadi mereka pun sanggup gadaikan tanah wakaf untuk meraih sumber kewangan.

Teruk betui la Kerajaan Pas Kedah ni. Mengaku Islam tapi kerja tak macam orang Islam pun.

Alhamdullilah.. selesai sudah masalah Madrasah Salihiah. Apakah KUIN juga perlu mengadap bantuan dari YDP Agong untuk selesaikannya?

Kalau semua YDP Agong nak selesaikan, Pas Kedah jadi kerajaan buat apa?


McTheory:
Pas Kedah tak layak jadi Kerajaan Negeri, jadi tukang kutip sampah layak la!!

AMBILAH IKTIBAR WAHAI ANAK2 KU...

<iframe width="560" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/7pSZKaXlKLM" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

LANJUTAN DARI ..."KAFIRKAH AKU...."



Thursday, January 3, 2013

Haji Hadi Kafirkan Diri Sendiri ?

Suatu ketika dahulu pada 7 April 1981, berlangsunglah satu ceramah umum di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu yang menampilkan Hadi Awang sebagai penceramah utama yang kemudiannya telah mencipta sejarah perpecahan ummah yang berpanjangan sehingga lebih dua dekad.  Semuanya gara-gara sebuah Amanat atau Fatwa yang disampaikannya, yang antaranya berbunyi: 

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'. 
Daripada Amanat Hadi di atas, adalah jelas bahawa beliau menyeru pengikutnya menentang UMNO kerana mengamalkan  perlembagaan penjajah, undang-undang kafir, dan peraturan jahiliyah.  Beliau  kemudian merujuk kepada penentangan itu sebagai jihad di mana sekiranya terkorban dalam keadaan menentang UMNO adalah syahid kerana UMNO itu kafir akibat mengambil sikap  ‘politik suku, agama suku’ iaitu mengamalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir, dan peraturan jahiliyah yang seperti yang disebut sebelum itu. 

Menurut Islam, dalam konteks di atas, sebuah penentangan yang dipanggil jihad adalah penentangan yang bersifat peperangan atau pertempuran antara orang Islam dengan pihak yang  memerangi Islam dan orang Islam.   Syahid pula adalah kematian dalam ketika sedang berjuang ke jalan Allah SWT iaitu memerangi pihak yang memerangi Islam dan orang Islam itu tadi.   Kafir pula adalah merujuk kepada mereka yang tidak mengucap kalimah syahadah iaitu tidak beriman kepada Allah SWT.  

Justeru, kita tidak perlu pergi jauh untuk melihat betapa Amanat Hadi itu adalah bercanggah dengan ajaran Islam kerana terbukti UMNO langsung tidak menepati ciri-ciri kafir sepertimana yang digariskan oleh Al-Quran. 
Malang bagi kita kerana ramai juga umat Islam di Malaysia yang terlalu mudah terpengaruh dan menjadi taksub dengan Amanat Hadi kerana enggan menggunakan akal yang dikurniakan Allah SWT untuk mengupas intipati Al-Quran.  Kerana itu terjadilah perpecahan yang teruk dan berpanjangan di kalangan umat Islam iaitu antara jiran tetangga, saudara mara, adik beradik, keluarga dan suami-isteri.   Walaupun zaman telah berubah, namun ketaksuban segelintir mereka masih kekal sama selagi Hadi sendiri tidak meletakkan titik noktah mahupun memadamkan amanatnya. 

Dari perkembangan semasa, nampaknya Hadi tidak akan sekali-kali menarik balik Amanatnya, atau dalam ertikata lain, masih inginkan pengikutnya berpegang kepada kepercayaan bahawa UMNO itu kafir kerana masih mengamalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir, dan peraturan jahiliyah.

Namun, yang menggerunkan kita ialah dalam keghairahan ‘berjihad’ menentang UMNO yang ‘kafir’, Hadi telah tidak semena-mena telah ‘mengkafirkan’ diri sendiri apabila turut menjunjung perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah yang diamalkan UMNO.  Untuk itu, Buku Jingga yang menjadi Dasar Bersama Pakatan Rakyat merupakan dokumen rasmi yang merekodkan bagaimana Hadi mengkafirkan diri sendiri kerana di dalamnya terdapat ikrar PR yang berbunyi: 
“Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.”
Ini diperkuatkan lagi dengan Ucapan Dasar Hadi sebagai Presiden PAS di dalam Muktamar PAS 2012 yang bertajuk, Negara Berkebajikan Teras Perpaduan.  Antara kandungan ucapan ini ialah:  
“Selain dari melaksanakan tekad kita bersama Pakatan Rakyat sebagaimana yang sama-sama kita rangkakan dalam Buku Jingga, PAS juga ingin melebarkan 20 komitmen untuk membaiki kerosakan yang ada dalam negara kita sekiranya diberi ruang untuk ke Putrajaya, selain dari iltizam untuk sama-sama membangunkan negara kita ke arah yang lebih baik menerusi MANIFESTO khusus yang akan dibentangkan kepada rakyat bila tiba masanya yang sesuai nanti.”

Antara intipati terpenting komitmen PAS ialah, untuk memartabatkan Islam sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, mengiktiraf dan mengupayakan peranan generasi muda, meningkatkan dan mengiktiraf peranan wanita, membela dan memajukan golongan petani, meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatan kesihatan tanpa membebankan rakyat, agenda khas ekonomi dan pengurusan kewangan, memperkenalkan keadilan sistem pendidikan, memperkenalkan seni-budaya yang memartabatkan nilai hidup insan, dan sebagainya.

Sebenarnya, Hadi telah lama mengkafirkan dirinya iaitu ketika menuju PRU-11 lagi,  iaitu ketika  PAS mencari formula untuk mengekalkan kemenangan dan meluaskan kejayaan pilihan raya.  PAS kemudian membuat perkiraan politik bahawa kerjasama dengan DAP adalah wajib; persekongkolan dengan Anwar adalah perlu. Maka demi mencapai formula kemenangan itu, Hadi berkata; 
"Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR-Pas) dahulu, maka Pas perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan hudud di peringkat persekutuan.  Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini. Seandai menang dalam pilihan raya akan datang, pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!"

Justeru, apa sudah jadi Hadi?  Akhirnya, perlembagaan dan undang-undang yang dahulunya dikatakan menjadi punca UMNO jatuh kafir kini turut dijunjung dan dipegang oleh Hadi. 

Nampaknya, begitu tinggi sekali riak, takbur dan egonya manusia yang mengangkat diri sendiri sebagai Ulama ini, sehingga sanggup mengkafirkan diri sendiri daripada menarik balik amanatnya.   MasyaAllah!   Apa lagi yang nak dikata..??