Total Pageviews

Monday, October 15, 2012

MEMOIR UNTUK MARADZIAH

" Semasa aku  mula mengenali sekolah ( era tahun  50 -60 han )  banyaklah perkara-perkara  yang berlaku disekeliling samaada aku faham atau mengerti dengan apa  yang berlaku itu,  aku kurang pasti. Yang ingin ditunjulkan disini adalah satu-satunya senario yang baru aku dapat pengertiannya kini.

Waktu pagi diantara jam 6.30 pagi  ( selepas subuh ) ada beberapa orang  yang baru pulang dari berjamaah di surau atau masjid yang singgah diwarung-warung menjual kuih sedang menikmati juadah pagi yang masih panas, dengan kopi O ( waktu itu belum ada peniaga Melayu yang menjual teh tarik. Teh tarik telah mula  diperkenalkan oleh "mamak" - peniaga berbangsa India )dalam era 70 han. Kopi O panas dan nasi lemak adalah menu pagi yang sukar dilupai.

Diantara jam 8-9 pagi terdapat pula satu gulongan orang Melayu yang " bertenggek" dikedai kopi berbangsa  China dengan memadai meminum secawan kopi dan bersembang dengan "member" sehingga jam 12.00 tengah hari. "Time" itu belum ada kedai makan atau restoran Melayu. Restoran China telah menjadi pilihan orang Melayu samada untuk minum kopi O atau "order"  "mee bandung" dari peniaga Melayu yang menyewa disudut restoran China tersebut. Menu direstoran China itu hanyalah  air minuman sejuk atau panas, roti bakar kaya (sekaya) atau telur satengah masak dicampur dengan lada hitam dan "toyu" yang menjadi idaman para pengunjung restoran.

Tibalah lah pulak masa disabelah petangnya mulai  seawal jam 4 petang, ada satu gulongan orang Melayu China atau orang India yang sudah berumur mungkin didalam usia 40-50 tahun dan ada yang sudah lanjut usia. Ada dianatara mereka kelihatan berambut dan bermisai  hitam bercampur putih. Ada diantara mereka  yang tidak terurus rambutnya. Jikalau  Melayunya pulak  dengan songkok hitam atau berbaju Melayu dan berseluar pentolon. Jarang-jarang sekali kita dapat melihat orang Melayu berkongkok putih (Ketayap ) Sarapan atau menu yang disediakan dikedai-kedai tersebut adalah serupa sahaja dari pagi hingga kemalamnya. Senario inilah yang ingin aku paparkan semula kepada pembaca  pada  zaman yang serba canggih ini.

Mengapakah mereka ini setiap petang menghabiskan masa dikedai-kedai kopi China  berbual kosong tampa tujuan. Bagiku yang masih belajar disekolah rendah tidak pun tahu menahu dan tidak juga hendak ingin tahu persoalan itu semua, bahkan ianya  tidak  langsung terlintas dikepala "otak"  ku pada ketika itu. Tidak adakah kerja yang hendak dilakukan? Tidak adakah anak-anak  dan isteri yang harus dijaga dan beri nafkah ? Jikalau hendak pergi dengar ceramah agama pun pada era tersebut bukan ada ceramah-ceramah agama sapertimana yang terdapat sekarang ini. Forum perdana jauh sekali. Mereka tidak boleh disalahkan didalam soal ini.

Ya!! Soalan itu kini telah pun terjawab. 

Isteriku telah kembali kepangkuan Ilahi pada tanggal 6.10.2012  jam 11.15 pagi, dua hari sebelum aruah menyambut hari kelahiran yang ke 61 tahun dan  satelah 38 tahun  bersama-samaku  menempuh sukaduka,senang lenang, pahit maung dalam menempuh kehidupan.

" Engkau mampu senyap sepi dikala aku menengkingmu, dan engkau masih berupaya mengukir senyum dengan memeluk anak-anak yang tidak tahu apa-apa pada ketika itu. Makan mimunku tetap kau jaga, pakaianku tetap kau urus, kerenahku kau tetap terima dengan penuh redha dan sabar. Jarang sekali kulihat airmata mengalir dipipimu  dan aku tahu yang kau mempunyai hati yang cekal dan tabah menempuh dugaan.

Kau mampu membesar dan mendidik anak-anakku kadang-kadang  tampa kehadiran ku, Kau mampu mendorong mereka kemenara gading dan mereka kini berbangga mempunyai saorang ibu saperti mu. Bagi mereka tidak akan ada lagi saorang ibu sepertimu. Bagiku engkaulah isteri yang tidak dapat aku lupakan dan tiada pengganti sehingga kakhir hayatku. Dihari-hari terakhir mu kau juga sepi seribu bahasa, tidak ku dengar kelohan atau melihat  kesangsian dari matamu. Hanya airmata yang berlinangan membasahi pipimu. Kau masih tersenyum walaupun ku tahu yang kau menyimpan perasaan sedih kerana akan meninggalkan kami buat selama-lamanya. Anak-anakku tentu bergembira dan bersyukur kerana mendapat saorang ibu sapertimu.

Bagiku, aku telah melakukan apa yang terdaya untuk bersamamu disaat-saat akhir hayatmu. Aku kempunan untuk bersama denaganmu walaupun sesaat lagi. Ku tunaikan kehendakmu tanpa mengira masa dan waktu. Perasaan tidak puas untuk berbakti kepadamu masih menjadi igauanku selama-lamanya.

Kini baru aku mengetahui  apa itu erti " kekosongan"...."



Penulis...



5 comments:

  1. terasa sedih pilu yg amat sgt tatkala membaca nukilan luahan rasa hati sang suami buat arwah isteri tercinta.. tak tersedar airmata ku mengalir laju di pipi, cuba menahan sebak di dada.. namun diri ini amat terharu dgn keikhlasan, keluhuran & kesetiaan cintamu itu.. ingin ku zahir kan di sini, isterimu juga bertuah memiliki suami sepertimu.. bahagia memiliki suami yg bertanggungjawap & penyayang sepertimu.. di atas kesucian cinta kalian jugalah, isterimu harus pergi ke pangkuan Ilahi.. bersabarlah.. redha & izinkanlah isterimu tenang di sana.. anak2mu masih memerlukanmu, menyayangimu & tetap akan bersamamu walau apa saja rintangan dlm hidup ini.. Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik buat kita..
    Bacaan Al-Fatihah buat arwah Maklong tersayang, Aminnn...

    ReplyDelete
  2. Abah dah buat yg terbaik utk aruah Emak... Kami yg melihat usaha Abah selama menjaga Emak terserlah keikhlasan. Bukan calang2 suami yg mampu sedemikian.. Sudah terbalas sedikit jasa bakti aruah Emak pada Abah sepanjang perjalanan hidup bersama.. Walaupun masih rasa kekurangan, tapi ianya memenuhi apa yang sepatutnya Abah lakukan...

    Mari kita sama2 doakan kesejahteraan aruah Emak. Teruskan kasih sayang kita terhadap aruah Emak. Hubungan hanya terputus di alam nyata.. Relakan Emak pergi bertemu Ya-Rabb..

    Kami sentiasa berada di sisi Abah. Tidak mengira waktu...

    Salam hormat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. T.Kasih diatas kata-kata semangat. Allah tidak akan menguji manusia dengan ujian yang tidak dapat diterima hambaNYA.

      Delete
  3. Count down 30 days from today. .."just to let you know...There is no such word as replacement..you're no match to them.."
    5 years memory of tears dropping is due in 60 days. .you are always in my heart..ALfatihah.....Bismillahhirrohma nirrohim...

    ReplyDelete