Total Pageviews

Saturday, September 27, 2014

WARGA LANGKAWI DAPAT HADIAH BESAR HARI INI....??


Hari ni warga Langkawi khususnya penduduk dikawasan bandar Kuah, telah dihadiahkan dengan  satu hadiah yang istimewa. Setiap tahun ( sejak 6 tahun yang lalu ) temasya bertaraf dunia ini diadakan di Langkawi. Tetapi tahun ini berbeza dengan tahun-tahun yang lalu. Termasya tersebut dimulakan seawal pagi lagi  dengan acara renang. Kebiasaanya temasya yang mendapat sentuhan Kementerian Pelancongan Malaysia itu akan berakhir kira-kira jam 1.00 pagi keesokan harinya

Yang dimaksudkan dengan hadiah istimewa ialah kesesakan lalu lintas dibandar Kuah yang boleh dikirakan sebagai " jem gila ". Perjalanan dari Jetty Point ke bandar Kuah dengan kereta yang biasanya mengambil masa hanya 10 minit, tatapi hari ini satu rekod dunia telah tercipta dengan perjalanan yang mengambil masa hampir dua jam. Sana tutop, sini tutop, sana u-turn, sini u-turn, pusing sana pusing sini.. last-last minyak habis, masa habis, wang pun melayang. Satu keluarga 6 orang pelancung telah membeli tiket ferry untuk pulang  jam 2.00 petang tetapi telah terlibat dalam terafik jam tahap " gila " ini mereka telah terlepas ferry. Satu satengah jam untuk perjalanan 3 kilometer dari pusat bandar Kuah ke terminal feri. Tiket tidak boleh ditukar masa perjalanan atau dikembalikan wang. Bila mereka sampai di Jeti,  feri sudah berlepas dan kenalah pula membeli tiket yang baru. Pelancung saperti ini tidak mengetahui yang bandar Kuah boleh jam saperti  hari ini. Siapakah perancangnya.. ??? Penganjur dapat duit, Kementerian dapat "nama." orang Langkawi dapat apa???Pelancung dapat apa???

Tiap hari  Sabtu pasar malam sepanjang Sungai Kuah diadakan. Tetapi malam ini habuk pun tarak...peniaga Melayu rugi tak dapat berniaga. Semua jalan keluar masuk ditutop. Habis....perancangan logistik tahap apa ni...???  tak boleh diterima oleh akal. Sistem perancangan apakah yang diguna pakai sehingga hampir semua aktibiti untuk hari ini terpaksa diberhenti atau di tangguhkan.

Kepada yang berwajib lain  kali buatlah perancangan yang teratur dan ambil kira semua aspek... Kita bukan anti-temasya saperti ini..bahkan kita sokong kerana ini menaikan nama Langkawi, tetapi jikalaulah persiapan saperti ini yang  dipersembahkan, yang rugi ialah rakyat marhain...baik tak usah buat di Badar Kuah,... carilah tempat lain ..banyak lagi tempat yang sesuai di Langkawi  ini...

1.30pm. Jalan Penarak - kenderaan bertali arus...


9.30 pm  Jalan Penarak - Tak selesai lagi


No comments:

Post a Comment