Total Pageviews

Saturday, May 31, 2014

ALLAH IS ALWAYS "THERE"

TAHNIAH BN DIATAS KEMENANGAN DI TELUK INTAN...

INNALILLAHHIROJIUN...DIATAS PERMEGIAN SAORANG SAHABATKU..


Berita sedih: Cikgu Man Pendek pulang ke rahmatullah


Assalamualaikum

Bekas ahli Dewan Undangn Negeri kedah mewakili Pulau Langkawi, Ismail Yaacob atau lebih terkenal dengan nama Cikgu Man Pendek telah pulang ke rahmatullah pada 6:30 pagi pada  20hb. Mei 2014 di rumahnya di Kg Bendang Baru Langkawi.


Cikgu Man adalah saorang tokoh veteran UMNO yang sangat banyak jasanya kepada masyarakat Langkawi khususnya di Kuah.


Cikgu Man adalah sahabat karib penulis. Penulis telah berdamping rapat degan aruah sejak tahun 60 puluhan dan  mendapat banyak pertulongan dari beliau. Beberapa masaalah setempat dapat diselesaikan dengan  bantuan Cikgu Man.


Tahun lalu penulis ditimpa  musibah ( kebakaran rumah ) di Jalan Penarak Langkawi, Aruah Cikgu Man, adalah orang yang pertama memberi kata-kata peransang dan nasihat supaya penulis terus bersabar dengan dugaan Allah itu. 


Aruah Cikgu Man adalah orang yang kedua dilantik menjadi ADUN salepas Cikgu Khamis ( Saorang guru besar berasal dari Jelempok Perlis ) ketika itu  dilantik sebagai wakil  UMNO dalam Perikatan ( sekarang BN -  dalam PRU 1. DUN Jerlun Langkawi )   Pada zaman lima puluhan itu tiada ada orang atau individu yang sudi menawarkan diri untuk menjadi calun pilihan raya.


Penulis rasa  kesal kerana tidak dapat melawat  Cikgu Man walau pun telah dimaklumkan sebelum itu semasa aruah sedang menerima rawatan dihospital Langkawi. Kaadaan kesihatan beliau pada ketika itu tidaklah menunjukan kecemasan dan khabarnya aruah dibawa kehospital kerana penat biasa.


Diatas pemergian saorang tokoh veteran masyarakat satempat serta dengan ketiadaan beliau sangatlah dirasai oleh semua masyarakat di Langkawi terutama di kasawan Kuah, dan pada diri penulis sendiri kehilangan Cikgu Man tiadak ada gantinya.

Kepada keluarga aruah Cikgu Man banyaklah bersabar kerana yang hidup itu pasti akan menenui ajalnya.

Marilah kita memanjatkan doa kepada Allahusubhanawata'ala  agar roh beliau diletakan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Amin ya rabbul a'lameen.





Sunday, May 25, 2014

DAH LAMA MELAYU MAKAN BABI



Sabtu, Mei 24, 2014


RAMAI ORANG ISLAM MALAYSIA MAKAN BABI

       

Berita 2 produk Cadbury disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM, mengandungi DNA babi, porcine, kini viral di laman sosial.


Berita sama dimuatkan di Buletin Utama TV3.

Tinjauan saya ke 7-Eleven, Giant dan EON Big awal malam tadi mendapati 2 produk terbabit, Dairy Milk Hazel Nut dan Dairy Milk Roast Almond telah ditarik dari rak Cadbury.

Berikut kenyataan rasmi dipaparkan di facebook Cadbury Dairy Milk :

'Kami di Cadbury ingin memberi maklum balas berkenaan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pagi ini.

Pihak kami telah dimaklumkan bahawa Cadbury Dairy Milk dengan kacang Hazel (nombor siri 200813M01H I2 yang tarikh luputnya adalah pada Nov 13, 2014) dan Cadbury Dairy Milk dengan Buah Badam (nombor siri 221013N01R I1 yang tarikh luputnya adalah pada Jan 15, 2015) telah diuji positif dengan kesan DNA khinzir. Pihak kami telah mengambil tindakan segera dengan menarik semula kesemua produk-produk yang terjejas daripada pasaran.

Produk-produk Cadbury yang lain adalah tidak terjejas dalam siri ujian yang telah dilakukan.

Pihak kami sedang menjalankan sisasatan rapi ke atas kesemua rangkaian bekalan kami bagi memastikan kualiti produk kami terus mematuhi kesemua piawaian yang telah ditetapkan. Pihak kami juga ingin menegaskan bahawa kesemua cokelat Cadbury Malaysia adalah dihasilkan di Malaysia dan dijamin Halal menerusi sijil JAKIM, dan ini termasuk sumber bekalan bahan-bahan mentah dan lokasi yang digunakan. Kami mengamalkan prosedur kawalan kualiti yang ketat dan memastikan produk kami mencapai standard tertinggi dalam keselamatan dan kualiti produk.

Kami ingin mengucapkan terima kasih ke atas sokongan yang diberikan kepada Cadbury'


Perhatikan, TIADA permohonan maaf dikemukakan oleh pihak pengurusan Cadbury Dairy Milk, dalam kenyataan di atas.

Melalui komen orang ramai di facebook Cadbury, sokongan itu diyakini semakin luntur di kalangan pengguna, rata-rata sebelum ini penggemar produk terbabit.



Pihak pengurusan Cadbury Dairy Milk harus menjelaskan kepada pengguna Islam : 

1. Bagaimanakah 2 produk terbabit mengandungi porcine?

2. Siapakah individu/pihak bertanggungjawab mencampurkan porcine itu ke dalam produk?

3. Sejak bilakah pengguna beragama Islam ditawarkan produk mengandungi porcine?

4. Bagaimanakah pengguna Islam berpeluang mengetahui, peralatan digunakan untuk mengeluarkan 2 produk haram itu tidak digunakan sewaktu memproses produk lain keluaran Cadbury?

5. Apalah tindakan Cadbury untuk menangani kes pengguna Islam selama ini ditipu?

6. Mengapakah Cadbury tidak memohon maaf daripada pengguna beragama Islam dalam kenyataan rasmi dicetak di facebook?

7. Apakah tujuan sebenar porcine dicampurkan ke dalam produk ditawarkan kepada pengguna beragama Islam.

Cadbury seharusnya tahu, terbabit dengan sentimen agama, bak mencelupkan tangan ke dalam kuali minyak mendidih.

Berita lebih menarik, KKM membuat pengumuman secara terbuka berhuung kes ini, pada jam 5.41 petang, 23 Mei lalu. 

Klik di sini.

Manakala, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM , hanya mengeluarkan kenyataan rasmi menarik kembali Sijil Pengesahan Halal 2 produk Cadbury itu pada kira-kira jam 6 petang tadi.

Klik di sini.

Perbezaan waktu, hampir 24 jam selepas KKM bertindak berani berkongsi maklumat tepat di laman facebook agensi itu.


Kelembapan JAKIM terbukti. Mungkin Ketua Pengarah JAKIM, Dato' Haji Othman Mustapha tertidur lena seketika.


Jika berlandaskan  kenyataan JAKIM ... 

"... pemeriksaan secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk berkenaan telah dibuat dan pemeriksaan terakhir adalah pada 20 Februari 2014 dan didapati mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia"

Maksudnya, DNA babi telah dicampurkan ke dalam 2 produk Cadbury selepas tarikh itu.  


JAKIM usah lepas tangan.

Hemat saya, agensi itu wajib menjalankan siasatan terperinci terhadap produk disahkan mengandungi DNA babi itu dan menjelaskan fakta di sebalik kejadian kepada semua rakyat Malaysia beragama Islam.

... BUKAN sekadar menarik kembali sijil pengesahan halal produk itu.

Pengguna Islam, kini berstatus 'pemakan DNA babi', berasa ditipu telah mula bersuara. 

Mereka mendesak agar produk Cadbury Dairy Milk diboikot. 

Dalam hal ini, saya amat bersetuju.



Apapun, TAHNIAH kepada Ketua Pengarah KKM, Datuk Noor Hisham Abdullah dan kakitangan beliau. Jika pendedahan ini tidak dibuat, pasti lebih ramai orang Islam di negara ini berterusan makan DNA babi.



CADBURY DNA BABI



Dua produk Cadbury disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengandungi DNA babi, porcine.

Klik di sini.




Agak mustahil jika pengeluar produk itu, Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd  tidak mengetahui produk terbabit dicampur dengan DNA babi, porcine.  

Apakah tujuan mereka sebenarnya?

Molek jika umat Islam di Malaysia memboikot semua produk Cadbury biarpun syarikat terbabit kini bertindak menarik kembali produk itu dari pasaran.

Oh! Tidak, saya dan keluarga tidak akan membeli produk syarikat itu lagi. Setakat ini syarikat terbabit belum lagi mengeluarkan kenyataan memohon maaf.

Facebook Cadbury, klik di sini.

Saturday, May 24, 2014

PEMBUAT COKLAT BUMIPUTRA SUDAH GIGIT JARI DAH LAMA DAH....


DNA BABI, KKM & JAKIM DIDESAK PERIKSA SEMUA PRODUK CADBURY ! CADBURY PULA HENDAKLAH GANTUNG SEMUA PRODUK!



RESPON KKM
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata pihak pengeluar produk berkenaan, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk itu dari pasaran dengan serta-merta. 

Katanya, siasatan dilakukan ke atas tiga sampel coklat Cadbury berkenaan bagi tujuan pemantauan selepas timbul dakwaan dalam media sosial adanya DNA babi dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas dalam rangkaian media sosoal, semalam.

"Di dalam media sosial itu telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (babi)(porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk. 

"Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya," kata kenyataan itu.

Dua sampel yang disahkan mengandungi DNA Khinzir itu babi ialah Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan satu lagi Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015. 


"Tindakan berkenaan diambil mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang antara lain bertujuan melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya,” katanya dalam kenyataan itu.

Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya. 

“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, boleh mengemukakan kepada kementerian melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq


RESPON JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggantung serta merta sijil pengesahan halal dua produk coklat Cadbury yang dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine).
DNA khinzir itu dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, tindakan itu diambil berikutan analisis yang dijalankan KKM dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti punca pencemaran.
Tambahnya, selepas sijil halal dikeluarkan, pemegang sijil adalah tertakluk kepada pemeriksaan berkala Jakim terhadap syarikat pengeluar produk.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Jakim telah menjalankan pemeriksaan berkala terhadap syarikat pengeluar coklat terbabit pada 20 Februari lepas dan mendapati syarikat tersebut ketika itu mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia. - Bernama
RESPON UMAT ISLAM
Bagaimana dengan keluaran Cadbury yang lain? 
Mungkinkah keluaran yang lain turut tercemar dengan DNA Babi?
Cadbury patut menggantung semua keluaran makanannya sehingga selesai siasatan dilakukan? Perkara ini adalah lumrah dalam industri makanan.

Tuesday, May 6, 2014

ORANG CINA JUGA KENA BANTAH UNDI KOTOR PKR..



Kami juga sokong pengundian PKR bersih dari " kekotoran " yang kami selalu lalui...


Kami dapat imej kat bawah ni menunjukkan kaum Cina yang demo Bersih ituhari dan mengatakan bahawa rakyat tolak Pilihanraya Kotor dan Birokrat Korup...dan jelas ianya ditujukan kepada SPR dan Kerajaan BN..




Cina beng tidak suka kepada pengundian kotor. Mereka juga kena kutuk pengundian kotor dibeberapa cabang PKR yang sedang berjalan sekarang ini. Malangnya mereka tidak berkesempatan untuk memuatnaik gambar2 kedalam FB atau Blog mereka...Takpa kita tolong muatnaikkan dan kita layan je  puak2 cinabeng ni...

: Ikhsan dari Ikrar Pemuda