Total Pageviews

Tuesday, November 12, 2013

SATU PENGALAMAN " INDAH" DI KEDAI MESRA PETRONAS.

Baru-baru ini, heboh sejagat tentang Petronas menganaktirikan Ushawan Melayu mengenai penerimaan produk IKS yang terpaksa melalui proses penapisan "quality" yang sangat ketat untuk memasuki kedai Mesra Petronas.

Pengalaman penulis pada satu ketika dahulu terpaksa membayar RM 7K untuk memasuki dua jenama produk untuk dipasarkan dikedai tersebut. Pada ketika itu perasaan penulis tidak dapat diceritakan lagi, sungguh syok tak terhingga kerana produk telah dapat menembusi Kedai Mesra Petronas. Duit boleh cari 'no problem'. Bukan itu sahaja bahkan kelulusan diberikan hingga  900 lebih kedai Mesra Petronas diseseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak. Wow... ini sudah baik..ini sudah bagus....bukan senang kalau hendak berniaga di Kios Mesra Petronas yang berprestej ini. Petronas sudah sedia untuk membantu usahawan Melayu pasarkan produk dikedai Mesra Petronas...syabas...

Tetapi sayang seribu kali sayang, kelulusan  yang diberikan itu hanyalah untuk 3 bulan ( percubaan sahaja.)  Sekiranya anda berniaga melebihi 3 bulan maka perniagaan anda itu dianggap tidak sah dan boleh dikenakan tindakan. Sekiranya anda mahu berniaga disitu lebih lama anda harus membayar lagi. Belum mula berniaga lagi sudah kena bayar RM 7K. Mungkin ini adalah salah satu syarat yang dikenakan kepada semua peniaga tidak kira bangsa. Syarikat gergasi multi-international saperti N**** ok lah...no problem punya, tetapi bagi syarikat bumiputra yang baru nak belajar berniaga macam mana pulak ya??

Itu tidak termasuk karenah sasetengah  pemilik Kedai Mesra yang mempunyai mentaliti "asalkan produk itu produk Melayu maka ianya mesti dikenakan berbagai syarat."  Ada sasetengah tokey Melayu ini pandang sabelah mata sahaja dan ada juga yang tak mahu pandang langsung. Ada produk IKS yang dianggapkan hanya sesuai menjadi penghias dinding sahaja.  'Tokey Melayu ' ini tidak sedar diri  jika sekiranya Petronas tidak diwujudkan oleh Kerajaan mereka sendiri entah sedang merepat kat mana-mana. Walau bagaimanapun  tidak semua pulak bagitu, ada pengurus-pengurus kios yang baik hati dan sanggup membantu usahawan Melayu. Banyak ushawan Melayu yang berjaya melepasi sekatan bersyarat ini.

Untuk mendapatlkan tempat yang sesuai dan strategik maka ongkosnya mestilah lebih jugak.. Sanggupkah  anda membayar lebih dari RM 7K sekiranya kebenaran berniaga hanyalah untuk 3 bulan sahaja ? Inilah ketetapan yang di syaratkan Petronas.

Hai...apalah nasib kau bangsa Melayu.. engkau ditindas oleh bangsa kau sendiri...Ulu kayu parang jugak yang membantu menebang sabatang pokok.

Perniagaan  engkau macam mana pulak ?.. Dah serik berniaga dengan Mesra Petronas.!!!.... dah 'close shop' pun...



No comments:

Post a Comment