Total Pageviews

Tuesday, December 30, 2014

BULAN "DISTRESS"


Salam semua..

Agak lama jugak admin tidak menulis. Kadang-kadang rasa malas dan segan nak buka laptop pun. Nak menulis pun tentu kena ada peristiwa atau pun berita. Awat ..? tak ada berita ka...bukan macam tu. Sebenarnya bulan Disember  adalah bulan yang paling sibuk sekali setiap tahun. Tetapi tahun ini (2014 ) bulan November/Disember adalah bulan yang palik sibuk penuh dengan berita dan peristiwa.

Dengan sekelip mata Malaysia telah terkenal diseluruh dunia dengan berita kehilangan MH370. Tak sampai 3 bulan MH017 pulak ditembak jatuh. Belum sempat nak lupa peristiwa kehilangan 2 buah pesawat Malaysia itu...nah satu lagi pesawat AirAsia ( Indonesia) pulak menjunam kedalam laut Jawa ( Java Sea ). Beratus-ratus jiwa melayang disebabkan mala petaka yang tidak diduga itu. Nanguzubillah-himinanzaliq...

Belum habis lagi neh...Banjir berganda pula melanda Pantai Timur Malaysia...kali ini banjir yang tidak pernah diduga kehebatan impaknya. Beratus-ratus ribu manusia terpaksa mencari perlindungan. Nasib manusia boleh dikatan baiki jugak. Tetapi apa sudah jadi dengan binatang ternakan dan peliharaan...ayam itek, kerbau lembu, kambing dan rusa...Apakah pulak nasib binatang-binatang  liar bukan peliharaan manusia yang selama ini bermastautin dan mendapat   perlindungan  didalam hutan Bagaimanakah nasib  monyet, beruk, kera, harimau, pelanduk dan lain-lain makhluk Allah dari sekecil-kecil  ulat bulu sehingga sebesar-besar gajah???

Aduh...!! admin dah hilang selera nak menulis selanjutnya mengenangkan peristiwa dahsyat yang telah menimpa makhluk Allah...dariNYA ia datang...dan kepadaNYA jugak dia kembali...Walaupun Admin terselamat dari musibah yang melanda, Tetapi admin juga tidak lepas  daripada ketentuan Allah ini. Tiga elemen penting yang menjadi igauan semua hamba Allah yang beriman... Angin..Ayer..dan Api. Admin pernah diuji oleh yang Maha Esa dengan musibah " api ".  tetapi Alhamdullillah admin dapat menerima ketentuan Allah itu dengan  setinggi kesabaran  taqwa dan tawadoq.  Admin pun taktahu bilahlah lagi nak " dikembalikan "...Subhanallah!!

Ada lagi ujian dalam bulan Disember 2014 dari  Allah untuk  admin. Kali ini admin diuji dengan dugaan kerukunan rumah tangga. Masaalah datang bertalu-talu tanpa henti saperti puting beliung membelah awan. Berbagai-bagai rintangan datang dari setiap sudut penghidupan tanpa  "warning" Nasib admin adalah lebih baik kerana kesabaran yang  ada dalam diri admin telah dapat mengawasi nafsu yang senantiasa dibelengu oleh syaitan itu.

Berikut admin paparkan kata-kata hikmah yang admin pinjamkan dari sahabat-sahabat serta pendita-pendita yang arif dalam urusan kebahgiaan berumah tangga. Boleh diambil dan menjadikan iktibar..Insy'Allah.

Pesanan Prof Dr. Muhaya...
Bukan mencari isteri cantik tp mencari kecantikan isteri..
Bukan mencari suami hebat tp mencari kehebatan suami..
Kecantikan & kehebatan bukan pd luaran semata..
Cantik & hebat akan ditelan usia..
tapi jika kita selalu mencari kecantikan & kehebatan suami/ isteri, insyaAllah kita akan terus menyayanginya selamanya..
Renungkan yang ini pulak...

Dan yang ini jugak...


Diakhiri dengan doa.....


C:\Users\acer\Documents\IMG_1250344599293-a.jpg

Posted by MASBI.