Total Pageviews

Friday, May 27, 2011

BIASISWA PELAJARAN - KERAJAAN

Akhir-akhir ini presiden MCA telah menimbulkan persoalan biasiswa pelajar Cina. Sebelum ini beliau tidak faham apa yang diperkatakan  PM mengenai biasiswa. Banyak pihak dalam keraguan mengenai peratusan agihan biasiswa kepada kaum bukan Bumiputra. Semalam PM telah menguraikan apa yang dimaksudkannya dan diharap semua pihak faham tentang perkara yang berbangkit itu.Saya telah lama benar hendak memberi pendapat dan hari ini adalah peluang untuk saya berbuat demikian.

Saya bersetuju sekiranya ada pendapat yang mahu biasiswa pelajaran diberikan berdasarkan kepada merit mengikut posisi kaum dinegara ini. Melayu adalah kaum yang terbanyak diMalaysia dan ikuti dengan bangsa Cina, India dan lain-lain. Bagitu jugak jika di lihat keseluruhannya dari aspek Agama. Amat wajar waima agihan hendaklah mengikut posisi yang disebutkan diatas.

Saya melihat dari aspek pengagihan ekonomi, politik, pekerjaan, jawatan dan sebagainya, hendaklah diagihkan mengikut kehendak presiden MCA itu. Tetapi presiden MCA ini bermain kayu tiga. Biasiswa dia nak 60%, ekonomi dia nak 60%, politik dak nak 60%, tetapi kekuatan MCA tak setaramana mungkin hanya mewakili  20% daripada keseluruhan orang Cina di Malaysia. ( Maaf kalau fakta saya tak tepat )

Saya amat bersetuju sekiranya presiden MCA dan semua kaum Cina diMalaysia, bersetuju membuat deklarasi dan dimetrikan sebagai undang-undang Malaysia,  bahawa setiap sudut  menegenai semua aspek terutamanya ekonomi dan  perjawatan yang dikuasai orang Cina diberikan quota 50% ( Sekurang-kurangnya) kepada orang Melayu dan India. Pastikan didalam kilang-kilang swasta Cina, apajua bentuk syarikat-syarikat yang dimonopoli orang Cina yang mempunyai pekerja melebihi 10 orang, saperti syarikat insuren, hospital swasta Cina, klinik-klinik besar,  pejabat peguam, perbankan, dan lain-lain ( Tak cukop tempat nak tulis  ) mempunyai komposisi 50:50. Pengagihan ini termasuk dari peringkat tertingginya hingga kebawah. Kalau ada 10 orang eksukutif, maka agihan jawatan itu hendaklah 50:50  Barulah ini yang boleh dikatakan sama rata, sama rasa.  Camna mr presiden???? Kalau mr presiden kata yes, saya bersetuju kita berikan biasiswa 50% kepada kaum Cina

Sekiranya orang Cina saperti presiden MCA bersetuju, saya yakin Malaysia akan menjadi satu negara makmur dan teraman didunia ini. Sanggupkah Mr Presiden??????????? atau mr presiden  nak hak orang saja tetapi takmau memberi hak sendiri...!!! Harta orang aku nak, harta aku, aku yang punya. Ala hai mr presiden biar praktikal la sikit.

Sunday, May 22, 2011

ALLAH TELAH MAKBULKAN...

Satu-satunya cara orang Islam memohon "dipertunjukan"  sesuatu adalah dengan cara menunaikan "Solat Hajat". Solat ini perlu dilakukan sekiranya orang Islam telah sampai dipenghujung jalan tanpa dapat melihat "cahaya". Berlainan dengan orang-orang kafir yang ingin "melihat" masa depan dengan melakukan pemujaan, menurun,menilik dengan menggunakan medium atau sebagainya. Perbuatan saperti ini adalah syirik,  iaitu  dosa yang amat besar disisi ALLAH.

Pergolakan politik di Malaysia hari ini telah sampai ketahap serius. Kerananya, perpaduan Melayu telah berpecah dan telah menjadi berpuak-puak ( Politik ). Berbagai-bagai masalah dan kekerosotan berlaku dan tidak dapat diuraikan dengan mudah. Masalah yang berlanjutan ini telah mengundang dan menyebabkan ketidakstabilan politik, ekonomi dan sosial rakyat Malaysia. Parti-parti pembangkang telah bergabung dan menentang Parti Kerajaan habis-habisan dengan harapan untuk memerintah Malaysia.

Pendekatan yang telah diambil oleh sasetengah pihak atau gulongan terutama Parti PAS dan PARTI KEADILAN melalui konsep " PAKATAN RAKYAT"  adalah dengan memohon pertunjuk dari ALLAH melalui  Solat Hajat. ( Sembahyang Hajat )

Dengan kuasa NYA yang maha kuasa lagi berkuasa, permohonan doa melalui Solat Hajat ini telah  dimakbulkan oleh ALLAH dan telah dipertunjukan satu demi satu:-

1- Musnahnya jawatan saorang Timbalan Perdana Menteri kerana kezaliman dan rasuah yang dianutinya.
2- Kemusnahan yang berlaku sedikit demi sedikit keatas Parti Keadilan
3-Kebanyakan orang-orang kuat parti tersebut telah meninggalkan parti
4-Kehinaan telah ditunjukan melalui salah laku dan perbuatan sendiri oleh ketua dan pemimpin
5-Kehinaan yang diterima dari setiap sudut
6-Menghina Sultan-sultan Melayu
7-Kes liwat ( Sodomi I )
8-Kes liwat ( Sodomi II )
9- Perjalanan kes mahkamah yang panjang menyebabkan kegelisahan dan keaiban terhadap diri sendir dan
    keluarga.
10-Orang Islam mempersendakan kesucian masjid dengan membenarkan orang perempuan kafir memasuki 
    masjid tampa menutup aurat.
11-Pembunuhan pelajar berumur 7 tahun oleh saorang ustaz.
12-Orang Islam merusuh dalam masjid ( peristiwa  sumpah laknat )
13-Kezaliman kerajaan orang kafir dan Islam  terhadap peniaga-peniaga  Islam di Malaysia
13-Video lucah dengan pelakunya mirip sasaorang kenamaan Islam dari parti pembangkang
14-Kegagalan didalam setiap sudut dan strategi perjuangan parti.

Bersolat dan bertaubatlah.....

Tuesday, May 17, 2011

SELAMAT HARI CIKGU...

Salam semua

Sempena hari GURU aku ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu aku yang telah mendidik dari sekolah rendah hinggalah aku menjijak tangga menara gading.

Peranan guru memanglah hebat sekali, sebab itulah kerajaan memberi segala-galanya kepada cikgu. Apalagi yang cikgu nak, sebut saja dapat. Bersyukur-lah cikgu dengan rezeki yang datang mencurah-curah. Harap jangan jadi cikgu yang lupa daratan sanggup menggigit tangan orang yang memberi.Tak kurangnya ada banyak cikgu yang bersikap demikian. Cikgu kenalah banyak bersabar dan berbaktilah dengan jujur setimpal dengan ganjaran yang diterima. Harus cikgu ingat setitik keringat yang jatuh kebumi itu adalah untuk anak bangsa. Ingat cigu, didikan cikgu hari ini akan menentukan nasib anak murid cikgu 20 tahun yang akan datang. Bagi aku, semua dah ok, cuma tunggu hari nak pi batu dua sahaja. Anak-anak pun dah besar dan berumah tangga. Kesihan tengok cucu-cucu apalah nak jadi kepada mereka kalau lah kita semua dan juga cikgu-cikgu lupa daratan.

Aku dapati banyak orang yang memuji cikgu hingga "melangit" Tak kurang juga yang membangkitkan kisah nostalgia mengenai cikgu-cikgu mereka. Disini aku ingin "nostalgiakan" kisah saorang guru yang membuat aku tidak lupa kepada perangai garang yang tak tentu tempat.

Semasa aku belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid ada dua cikgu berbangsa Sikh. Saorang cikgu Singh tu sangatlah gentlleman, lemah lembut dan beliau ( mendiang ) adalah saorang penulis buku sejarah yang terkenal.  Namanya Ajmeer Singh. Ironinya kedua-dua Singh ini nama serupa dan mengajar pun mata pelajaran yang serupa iaitu sejarah dan kedua-dua memakai serban. Saorang lagi Singh ini dia mengajar history ( Pada zaman itu history disebut tawarikh, sekarang sejarah ) Kebanyakan pelajar Kolej ( SAHC) tentu ingat Mr Singh ini. Semua member-member aku tau kisah cikgu ini, sebab kebanyakan daripada  mereka yang ambik history   mungkin masih merasai kehangatan "penampaq baii" sorang ni.  Mr. Singh ini memang terkenal dengan "tempeleng" dia. Ceritanya bagini:-

Semasa ambil LCE ( Sekarang PMR ) aku dapat "A".dalam mata pelajaran sejarah. Dulu susah nak dapat A, kerana jawapan peperiksaan kena tulis panjang - objektif ( dalam Bahasa Inggeris pulak tu ) Budak2 zaman ini ambik periksa hanya dengan tanda "ya" atau "tidak" ( Subjektif ).

Bila aku naik form Four ( Tingkatan Empat ) aku cadang nak ambik sejarah dalam peperiksaan SC ( Senior Cambridge ). Jadi aku kenalah masuk kelas cikgu Singh ni. Satu hari cikgu singh ni bagi homework, aku dan beberapa orang member tak buat homework (kerja rumah). Singh ni suruh berdiri siapa yang tak buat kerja rumah. Aku bersama lebih kurang 10 orang member  pun berdirilah. Yang berdiri dibarisan hadapan semua kena tempeleng. Bukan tempeleng main-main. Saorang member tu kena tempeleng sampai tersungkur. (Kalau zaman sekarang cikgu Singh tu sah  tidur dalam lokap, tayar kereta kena pancet, dan rumah kena cat merah.). Bila sapai giliran aku, Singh ni tanyak kenapa aku tak buat kerja rumah, dengan spontan aku jawab aku tak nak ambik sejarah dalam peperiksaan SC ( Senior Cambridge ) Selamat aku..

Mulai dari tarikh tersebut aku benci Mr Singh ini. Aku dengar cerita, semasa dia masuk University Malaya      (Singh ni semasa mengajar kami dulu bukan ada ijazah. Entah apakah sijil yang dia ada kami kurang periksa.) dia kena reg ( buli ) dengan pelajar-pelajar yang pernah menerima penampar bai..semasa di kolej  dulu. Dalam hati aku, aku kata "padan muka dia.."

Sehingga kehari ini, aku berasa syukur kerana kebanyakan  cikgu sudah ada ilmu untuk disampaikan kepada pelajar-pelajar. Tanpa mereka kemana halatuju anak-anak kita. Tetapi, ada cikgu yang pada hari ini berperangai lebih teruk daripada mr singh dan telah dirasuk  "setan"  untuk  mendera kanak-kanak dan juga sanggup menjadi pembunuh. Wallahualam...






disebperistiwasemasa