Total Pageviews

Friday, November 11, 2011

ALAHAI TUAN MUFTI...

Salam semua,

Ana terkejut besar satelah membaca berita dari sabuah akhbar aliran perdana yang memetik saorang mufti telah terkejut mengenai laporan yang diterimanya bahawa PM serta rombongan telah selesai mengerjakan ibadat haji pada hal terdapat dua  rukun  yang belum lagi di selesaikan. Berita tersebut telah dilaporkan oleh portal propembangkang  yang kita semua ketahui bahawa  kebanyakanya berita atau laporan mereka  ini tidak konsistan terutamanya menegenai pemimpin BN.

Ana tak salahkan sesiapa, tetapi kita semua mengatahui bahawa PM mengerjakan ibadat haji bukan secara bersaorangan tetapi dikelilingi oleh jamaah yang telah  "masak" dengan ibadat haji. Lagi pun pihak Kerajaan Saudi telah menyediakan pembantu untuk memudahkan PM serta rombongan mengerjakan haji. Tak kanlah semua pengiring - pengiring tidak tahu yang mana satu rukun , wajib atau sunat didalam hal sebegini.

 Sebagai saorang ulamak bertaraf  mufti tidak lah dengan mudah terkejut atau melenting apabila mendengar berita yang tidak sahih dan tepat laporannya. Mungkin tuan mufti terlebih dahulu  boleh membuat andaian atau analisa sendiri sebelum "Terkejut". Diluar sana banyak orang yang sanggup membuat dosa dan noda melalui fitnah-fitnah terutama kepada pemimpin Kerajaan BN.
 

Wednesday, November 9, 2011

KOMEN ANA...

Mulai hari ini saya akan menggunakan bahasa diri sebagai  "ANA". Ana adalah bahasa Arab yang bermaksud "saya".  Ana bukan nak jadi ustaz "magi" yang boleh dimasak serta merta. Ana bukan lulusan Mesir atau lebih mudah dikatakan "lulusan Timur Tengah". ( Ana melawat Timur Tengah dalam tahun 1983 ).

Dalam PRU 12 yang lalu, calun BN telah diranapkan di Permatang Pauh. Salah satu sebabnya kerana sumbangan internet yang digunapakai  pihak pembangkang menghentam BN. Calun BN telah di "londehkan" dengan isu sex oleh blog2 pembangkang. Pada satu ketika saorang kawan ana yang pro pembangkang memberi tahu bahawa apa yang dilondehkan itu adalah betul kerana beritanya telah keluar dalam internet. Ana terus bangkang dan mengatakan bahawa berita yang diambil dari internet itu tidak sahih. Perbalahan hampir  terscetus diantara kami berdua dek kerana perkara tersebut.

Hari ini ana perhatikan blog2 pro BN telah mengatasi blog pro Pakatan dalam nisbahnya boleh mencecah  9BN : 1 PEMBANGKANG.  Mungkin  pertanda kali ini (PRU13 ) BN boleh menang di Permatang Pasir kerana blog propembangkang tidak sehebat dulu lagi.Blog2  proBN telah bersiap sedia untuk menentang segala tohmahan yang bakal di putar blog propembangkang.

Budaya berinternet dikalangan rakyat Malaysia  tidak boleh disangkal lagi. Semua lapisan sudah pandai menggunakan internet, terutama Blog2  bebas yang  boleh di " signup" dengan percuma. Blog2 internet telah tumbuh laksana cendawan tumbuh salepas hujan( termasuk blog ana ). Perkembangan internet di negara kita terlalu pesat dan telah melonjak dengan pantas mendahuli negara maju jika dibandingkan dengan usia internet  negara ini. Disebaliknya perkembangan budaya serta mental  rakyat Malaysia tidak sepantas perkembangan internet. Oleh kerana itu, ana bimbang sekiranya kita ( Terutamanya Melayu )  menerima dan mempercayai berita internet tanpa usul periksa dengan akal yang waras, saperti yang telah berlaku di Permatang Pauh maka tunggulah akan kemusnahan  umat Melayu.

Saturday, November 5, 2011

KAFIR HINA ISLAM - BLOGERS DIPERTANGUNGJAWABKAN..

"Dunia sekarang sudahlah terbalik, pemudi berbaju belang pemuda berbaju batik "  Bagitulah bunyinya lirik sabuah lagu nyanyian aruah R Azmi.  Tetapi bukan itu yang saya maksudkan. Apabila LKS serta koncu2nya menghina Islam, para bloggers pro kerajaan pula yang diberi tanggungjawab untuk mempertahan agama orang Melayu sejak turun temurun ini.. Bloggers lah yang mula-mula memberi reaksi kepada tuduhan gila itu. Kemana perginya alim ulamak Islam. apa sudah jadi kepada mereka, masih tidurkah mereka atau perkara sebegini sudah menjadi kebiasaan dan tidak apa kepada mereka.?

 Bangkit lah wahai alim ulamak Malaysia... sanggupkah tuan-tuan dan puan-puan menerima  penghinaan demi penghinaan  yang berterusan saperti ini di negara tercinta  Malaysia ini...???

Thursday, November 3, 2011

AKTA UNIVERSITI

Salam semua,

Saya berpendapat UNMO dan Kerajaan yang memerintah ( BN ) akan mendapat banyak manfaat daripada pemansuhan Akta Universiti dan Kolej (AUKU) 1971 sekiranya ini berlaku.

Jika diperhatikan kebanyakan pelajar  dari universiti seluruh Malaysia terbahagi kepada tiga gulongan, berdasarkan kepada Pilihan Raya Pelajar setiap tahun:

1- Pro Kerajaan ( BN )
2- Pro Pakatan ( Pakatan Rakyat /PAS / DAP )
3- Berkecuali

 Ringkasnya pelajar cermelang dalam berpolitik pro kerajaan akan mendapat perhatian daripada parti2 politik saperti UMNO dan lain-lain parti pro kerajaan BN. UMNO dan BN  mempunyai banyak ruang kosong  ( pekerjaan ) dalam berbagai bidang termasuk, ekonomi, pelajaran, politik, sosial dan berbagai-bagai lagi. Kecermelangan Pelajar2  Pro Kerajaan diuniversiti boleh memberi impak dan dengan mudah diserap masuk dan  diterima untuk memenuhi kekosongan yang terdapat dalam bidang atau sektor yang disebutkan itu.

Pelajar Pro Pakatan ( Pas dan PKR ) walau pun menunjol dalam bidang berpolitikus akan menghadapi kesusahan mendapatkan pekerjaan dengan jabatan-jabatan kerajaan atau swasta yang  pro kerajaan.( Kecuali kerja sendiri lah..)  Nama-nama   mereka ini  sudah terserlah sebagai pelajar anti kerajaan sejak diuniversiti lagi. Pakatan Pembangkang hendaklah menyediakan banyak kerja kosong dan ini mungkin tercapai sekiranya mereka memenangi pilihan raya yang akan datang.

Saya tidak pula menidakan  bekas pelajar-pelajar pro pakatan akan menggangur salepas ini. Mereka perlu bersaing sengit untuk mendapat pekerjaan kecuali dalam bidang yang sedia ada dan yang bakal  disediakan oleh pakatan pembangkang.  Banyak organisasi yang pro pembangkang boleh menyelamatkan mereka. Tetapi banyak mana sangat ????

Yang jadi mangsa siapa???... pelajar2  yang berkecuali. Harap-harap  ini tidak berlaku.