Total Pageviews

Sunday, June 26, 2011

OH TANAH AIRKU....... KERAJAAN UMNO GAGAL MENYELAMATKAN TANAH " Melayu" - PART I

Tanah...oh tanah..

TANAH, AYER DAN API. Tiga elemen ini  adalah anugerah Allah. Ditambah satu lagi  anugerah Allah ialah UDARA yang kita bernafas setiap saat demi untuk hidup. Apakah pentingnya elemen-elemen ini..?  Kerana empat elemen inilah manusia sanggup  bermusuhan. Anak dengan bapak, adik dengan abang, jiran bersama jiran, bangsa bersama bangsa, negeri bersama negeri dan akhirnya negara bersama negara. Mereka  bermusuhan dan sanggup menyerahkan  ajal demi TANAH..

Lihat Israel dengan Palestine, Pakistan dengan India, Korea Utara dengan Korea Selatan dan China dengan Taiwan. Banyak lagi contoh-contoh yang tidak perlu ditulis dalam ruang yang sempit ini.

TANAH MELAYU TERHAKIS DI PULAU PINANG?