Total Pageviews

Thursday, August 30, 2012

THEY FAILED.......

Tun Dr Mahathir: Jangan percaya Anwar Ibrahim

  1. In his campaign to become President of the US Barack Obama promised change, “time for change”, he said. 
  2. He promised to close down Guantanamo Detention Camp. 
  3. He promised to stop trials of detainees by Military Courts. 
  4. He promised to pull out from Iraq and Afghanistan. 
  5. And many more. 
  6. Now four years into his first term he has failed to keep his promises. 
  7. Guantanamo is still holding so-called terrorists; still torturing them. No military courts but no trials by civilian courts either. 
  8. Instead of pulling out from Iraq and Afghanistan he approved a “surge” in the troops sent to this area. Later he pulled out some troops but American soldiers are still in the two countries. 
  9. Making promises during campaigns for elections is easy. Keeping them is a different matter. The best hope is that people’s memory is short. They would normally forget the promises. 
  10. Now the opposition in Malaysia have copied Obama and is promising change. 
  11. Give them a chance they say. The BN has ruled this country for 55 years. It is time to change. They will change this into a welfare state. Everything will be free. No fees for education. No tolls. Large subsidy for petrol. 20% royalty to oil producing states etc.etc. 
  12. The Socialist and Communist have tried this welfare state idea. They failed. Malaysia has no ideology. But the reality is that the Government needs money in order to develop the country and to subsidise living cost for the people. But when Government foregoes taxes, tolls and fees, it will have less money. But it will have to spend more on running an maintaining utilities, expressways, schools, operational and development cost, pension etc. 
  13. So where does the Government get necessary funds? 
  14. Borrowing is okay if the money is invested and giving a return. But borrowing money in order to just spend will lead to non-payment of debts. 
  15. That’s what happened to Greece. It’s bankrupt now. The whole of Europe cannot put it back together again. 
  16. Admittedly the BN has ruled this country every since independence. But look at the record and compare it with other countries which gained independence at the same time. Compare it even with the developed West. They are in deep financial trouble and try as they might, they have not been able to overcome the crisis. 
  17. Remember 1997-98 crisis. The then Deputy PM and Minister of Finance tried the IMF solution without the IMF loans. Banks and companies were faced with the threat of bankruptcy from non-performing loans. Imports cost more. Cost of living shot up. 
  18. The track record of the Minister of Finance then was bad although there is a fondness of claiming success brought about by other people as his success. PNB, UIA were part of the claim. 
  19. Now as leader of the Opposition he is claiming to bring about change. What good change did he introduce when he was in the Government? All he was interested in was getting up the leadership ladder of UMNO in order to become Prime Minister. How he achieved his objective does not bear scrutiny. 
  20. Five years to give a trial as Government is dangerous. Many things can be destroyed in five years. Besides the Opposition as Government will ensure there will be no return for the BN. Officers in the Government will be used to “gempar” (threaten) whoever tries to change Government. 
  21. Already we see this person who claims to fight for free speech suing and resorting to the courts to shut the mouth of his critics. Other powers of the Government will be similarly abused. Nepotism and cronyism will be employed as indeed they are in the party he now heads. 
  22. The record is there. Malaysians must not allow themselves to be hoodwinked as I was hoodwinked by the appearance of religious piety in the past. 
  23. The BN has listened to the people and has changed many laws and policies. All that the people need to do is to urge the BN to carry out whatever change the people desire. 
  24. Better the devil you know than the angel you don’t.

Wednesday, August 22, 2012


Monday, August 20, 2012

Tindakan Ustaz Nasharuddin Dapat Restu Dr Haron Din...



Laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012 dan beberapa ulasan daripada pelbagai pihak sehubungan dengan kenyataan saya di Mekah al-Mukaramah adalah dirujuk.

HUDUD

Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti-Islam.

Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Pelaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf beyond any shadow of doubt iaitu tahap pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang-undang Islam.

Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan Islam is over my dead body menunjukkan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja at whatever cost untuk pertahankan agama saya.

Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan-syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, insya-Allah saya tidak akan biarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya menghina agama saya.

Pas harus lebih tegas menyatakan pendiriannya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangannya untuk menegakkan syariah Allah SWT namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh.

Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum.

Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi daripada ahlinya sahaja.
- Isu pertemuan di Mekah

Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu’ dzan (bersangka buruk), nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah (bertakwalah) dan beristghfarlah khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal.

Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan di hadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukanlah suara umat Islam.

Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang ulama di Mekah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut.

Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil Haram. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia.

Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kesucian Islam.

Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau UMNO, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar daripada Pas atau UMNO. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah.
Rasullullah menyebut, "Man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum.." (Siapapun yang tidak menganggap penting urusan/perkara yang menimpa kaum muslim, maka dia bukan termasuk golongan mereka (muslim).

Adakah Berbincang Tentang Ummah Satu Jenayah?

Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk UMNO....

Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah.

JOM RAYA


Sunday, August 19, 2012

GEMPAR Aidil Fitri..! Nik Aziz Tersalul-salul Ketika Membaca Khutbah Pagi Tadi Kerana Teingatkan Abby Abadi ....

Setelah menjadi keldai tunggangan DAP dan PKR untuk sekian lama, pemimpin PAS masih tidak mengerti dan faham bahawa mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk menjayakan agenda liberalisme, pluralisme serta penghapusan kepentingan dan hak-hak Melayu di negara ini.

Sentiasa sahaja PAS akan mempertahankan kedua-dua sekutunya dalam Pakatan Rakyat apabila mereka diserang tetapi adalah parti itu benar-benar faham apa yang mereka cuba pertahankan...?

Takkan pemimpin PAS seperti Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat begitu bodoh dan bebal sehingga tidak dapat membaca perancangan DAP dan PKR yang akan menyisihkan masa depan Islam dan Melayu sekiranya mereka berkuasa?

Dalam isu fatwa haram mengundi dan menyokong DAP yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Abdullah Sama'ah, PAS begitu beria-iya mempertahankan DAP.

Pernahkan kita lihat DAP melakukan perkara yang sama mempertahankan PAS dalam mana-mana isu selama ini?

Yang kita dengar hanya amaran demi amaran dari DAP jika PAS masih berkeras untuk menegakkan Negara Islam serta melaksanakan Hukum Hudud.

Akhirnya PAS kecundang di gelanggang sendiri - Negara Islam bertukar menjadi Negara Berkebajikan dan Hukum Hudud terus lenyap sekali daripada agenda Pakatan Rakyat.

Kalaulah DAP iklhas menyokong PAS mengapa parti cauvinis Cina itu selama ini tidak pernah mahu duduk semeja dengan PAS bagi berdialog atau berbincang mengenai Hukum Hudud atau Negara Islam?

Ini membuktikan DAP tidak berminat langsung untuk mengkaji mengenai Islam dan ini telah ditegaskan puluhan kali oleh pemimpinnya, yang dungu hanya PAS.

Dituduh pula Umno menolak Hukum Hudud sementara DAP hanya sekadar menentangnya.

Sekali lagi pemimpin jumud PAS tidak tahu membezakan antara maksud perkataan tolak dan tentang.

Tolak maknanya tidak menerima manakala tentang pula membawa erti melawan atau menyanggah.

Walaupun kedua-dua istilah membayangkan maksud yang hampir sama, 'menentang' adalah lebih kuat maksudnya daripada 'menolak'.

Justeru, Umno hanya 'menolak' Hukum Hudud bukan kerana parti Melayu itu 'menentang' hukum Allah swt tetapi tidak menerima pendekatan dan cara ianya mahu dilaksanakan oleh PAS.

Berlainan dengan DAP yang bukan setakat menentang Hukum Hudud malah menghina hukum Allah serta memperlekehkannya.

Pelik sekali Abdul Hadi selaku Presiden PAS membuat perbandingan dengan mengatakan perlembagaan parti itu mempunyai peraturan untuk memecat mana-mana ahli yang meminum arak dan memakan babi, sesuatunya yang dikatakan tidak ada dalam Umno.

Bagi PAS kalau ahli minum arak dan makan babi amat merbahaya tetapi jika pemimpin PAS balun RM50 juta wang caruman ahli dalam Kohilal tidak mengapa atau berkhalwat dengan isteri orang dan kemudian mengahwininya bila-bila masa pun boleh dihalalkan, malah boleh dipilih sebagai Timbalan Presiden!

Sebab itu Nik Aziz boleh keluarkan pelbagai fatwa sesat seperti pangkah PAS masuk syurga atau hatta boleh bersekutu dengan syaitan sekalipun kalau syaitan boleh beri kemenangan kepada parti itu atau Abdul Hadi boleh keluar fatwa mengkafirkan ahli Umno!

Mungkin PAS terlepas pandang melihat sikap sebuah parti Islam bernama Parti Keadilan dan Pembangunan, AKP yang kini berkuasa di Turki di bawah Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.

Erdogan seperti semua maklum adalah penyokong kuat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan seringkali memberi dana besar kepada PKR untuk menjalankan aktivitinya.

AKP pula adalah sebuah parti Islam liberal yang tidak peduli atau 'angkat pot' samada anggota parti atau wakil rakyatnya kaki botol, taik judi atau kaki perempuan.

Bagi DAP dan PKR, hak kesamarataan dan kebebasan beragama semua penganut mana-mana agama atau kepercayaan di negara ini menjadi tunggak dan prinsip perjuangan Pakatan Rakyat.

Bagi Anwar dan Karpal Singh, PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat jika terus bermimpi mengenai Hukum Hudud dan Negara Islam.

Bagi Umno, keadaan realiti masyarakat majmuk di Malaysia hendaklah dijadikan asas dalam menggubal hukum syariah sedemikian rupa.

PAS mengganggap Malaysia seperti juga mana-mana negara Arab seperti Arab Saudi, Pakistan atau Sudan yang melaksanakan Hukum Hudud.

Lihat sahaja dalam kes Sudan yang memperkenalkan undang-undang syariah sejak tahun 1983 oleh presiden ketika itu, Ja'afar Numeiri.

Pergolakan terus berlaku disebabkan sebahagian rakyatnya yang beragama Kristian dan animis (pemuja elemen alam seperti pokok, batu dan sebagainya) menentang pelaksanaan hukum tersebut bukan kerana faktor agama tetapi kerana Islam telah dipergunakan oleh pemimpin negara itu untuk tujuan politik peribadi.

Akhirnya Sudan, sebuah negara Islam dan mempunyai keluasan terbesar di benua Afrika, berpecah dan kehilangan wilayah selatan (kini sebuah negara merdeka di panggil Sudan Selatan) yang amat jaya dengan minyak.

Adakah di Sudan, Islam menang dan syiar agama itu menjadi semakin kukuh dan kuat serta umat Islam menjadi lebih maju dan kaya setelah pelaksanaan Hukum Hudud ala Ja'afar Numeiri?

Friday, August 17, 2012


Pemimpin Umno Kelantan Dan Terengganu Pandang Rendah Peranan Bloggers ! Tak Nak Ubah Ker ?

Saya rasa tajuk artikel ini saja sudah cukup memberi hint kepada anda halatuju penulisan saya seterusnya ... Saja saya tulis dekat nak Raya ni supaya mereka yang berkenaan tu, bila dah berjumpa beraya sesama anda, boleh berbincang sejenak isu yang saya timbulkan ini..... itu pun kalau mereka cakna dengan perkembangan dunia politik dialam maya.

Setakat ini saya berani katakan bahawa pemimpin2 Umno di Kelantan dan Terengganu langsung tidak pandang akan peranan bloggers ! Bukan saja tidak hiraukan bloggers malah sesetengah mereka melihat secara NEGATIF akan bloggers. Menganggu, mengacau, menyemak dan tidak diperlukan. Adalah sorang dua tu yang nampak sedar tapi majoriti yang lainnya - Bloggers ni SERABUT !

Mereka tidak sedar banyak isu2 politik masakini yang bermula dari blog, ditangani oleh bloggers dan dijawab oleh para bloggers pro Umno. Peperangan politik didunia maya ini tidak banyak disedari oleh pemimpin2 Umno Pantai Timur yang rata2nya masih berfikiran konservatif.

Kelantan dan Terengganu punya persamaan dari segi politik dimana hampir kesemua isu nya melibatkan isu2 Melayu Islam dan parti Pas. Disinilah lubuk kekuatan Pas, dan waktu sama disinilah juga sebenarnya banyak isu yang boleh dibangkitkan tentang Pas.

Kalau disebelah pantai barat kita boleh lihat betapa rancaknya peranan para bloggers dalam menangani setiap isu yang timbul. Pantang ada isu sikit ....... berderu mereka serbu macam semut ! Kalau takde isu pun, mereka akan pecahkan otak wujudkan isu ! Pendekata, meriahlah.....Dan peranan mereka pula jelas diiktiraf oleh para pemimpin. Tapi di sini .... hampeh.

Cuba tanya berapa ramai bloggers pro Umno yang aktif di sini ?

Tidakkah anda mahu melihat dunia bloggers Pantai Timur ini juga turut 'meriah' dengan pelbagai isu yang begitu cepat dan tangkas ditangani oleh para bloggers pantai timur sendiri ? Malah mode operasi diPantai Timur mungkin boleh bertukar kearah MENYERANG dengan mencari pelbagai isu yang selama ini tidak dipandang langsung.

Peluru yang sama juga akan dibekalkan kepada para bloggers dipantai barat kerana setiap isu lokal jika diolah dengan betul, akan menjadi isu nasional.

Tapi sayang .... seperti yang saya sering katakan kepada rakan2 bloggers dari Pantai Barat, disini pemimpin2 Umno tidak pandang walau sebelah mata akan peranan bloggers. Tak tahulah mereka TAKUT senjata akan makan tuan ( ! ) atau mereka tidak mampu untuk berfikir diluar kawasan masing2 ! Semua hanya pentingkan diri dan kawasan mereka saja.

Tak kisahlah kalau ada yang nak marah dengan artikel saya ini. Nak kejut orang yang tidur lena kenalah keras sikit. Nak maki orang yang kejut itu pun, maki lah ..... janji dah bangun !

Punyalah banyak isu Pas yang boleh dibangkitkan tapi takde siapa yang mahu ambil cakna. Dan kalau ada mana-mana pemimpin yang kena serang, ikut pandai mu lah .. Cuba kalau ada Team Bloggers yang mampu memainkan peranan dengan berkesan ...... Terutama di Kelantan - Umno serius ke nak menang ? Atau di Terengganu - Bukan ke cukup makan jer ?

Tak perlulah saya berikan contoh2 .... anda semua tahu sendiri. Saya bukan maksudkan bloggers yang sibuk bersama2 pemimpin melaporkan perasmian itu ini ..... semua kerja itu dah ada 'pekerja' nya. Faham2 sendirilah ...

PRU13 dah semakin hampir ...... saya sekadar memberi pandangan saja. Untuk cadangan pula ..... takkanlah saya nak tulis kat sini ! Giler ... ramai juga orang Pas baca ni hehehehe ....

Akhir kata, kepada semua Pemimpin Umno Kelantan dan Terengganu - SELAMAT HARI RAYA !

                                             *******************************

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI 

RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG INI YANG 

BERUGAMA ISLAM, WALAU DIMANA SAHAJA ANDA BERADA......


The ULTIMATE CHALLENGE Tun M Kepada Pas - Mahu Hudud ? Join Umno !



Saya melihat kenyataan Tun Mahathir ini sebagai cabaran hebat kepada Pas untuk membuktikan segala laungan mereka tentang Hudud adalah IKHLAS dan bukan semata-mata Retorik demi Kuasa Politik. Saya copy sepenuhnya artikel Sinar dibawah.

“Umno akan mewujudkan sebuah negara Islam yang lengkap jika Pas berbesar hati untuk menyertai Umno."

“Untuk membina sebuah negara Islam, orang Melayu harus bersatu dalam satu pakatan dan membangunkannya secara lengkap

“Apabila Pas meninggalkan PR yang disertai parti bukan Islam, baru mereka boleh meneruskan perjuangannya yang didokong selama ini.

“Selagi Pas bersama parti yang tidak mengakui Islam adalah agama unggul, hukum hudud tidak dapat di laksanakan,”


APAKAH PAS BENAR2 IKHLAS MAHUKAN HUDUD ? Nah...... Tun Mahathir sudah melontarkan THE ULTIMATE CHALLENGE kepada kepimpinan Pas !

Saya TIDAK NAMPAK Pas akan sambut cabaran Tun Mahathir ini. Pelbagai alasan akan diberikan. Paling best, kita akan lihat pemimpin2 Dap ketakutan dan kita akan dengar Mursyidul Agong PR memberi warning kepada pemimpin2 Pas supaya jangan percaya janji Tun Mahathir.

Kita tunggu dan saksikan apakah Pas benar2 ikhlas mahu hudud ATAU semuanya hanya LAKONAN semata2.


Hudud boleh dilaksana jika Pas sertai Umno

Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.

“Sebelum itu, kita harus pastikan hudud yang akan dilaksanakan adalah bukan hudud Pas, sebaliknya hukum hudud yang ditetapkan oleh agama Islam.

“Pas harus keluar dari PR secepat mungkin kerana mereka saling berpelukan dengan orang kafir yang secara nyata menolak hudud,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis sumbangan dan berbuka puasa peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, di Masjid Pekan Jerlun, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan PR dan menetapkan pendirian sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

“Apabila Pas meninggalkan PR yang disertai parti bukan Islam, baru mereka boleh meneruskan perjuangannya yang didokong selama ini.

“Selagi Pas bersama parti yang tidak mengakui Islam adalah agama unggul, hukum hudud tidak dapat di laksanakan,” katanya.

Menurutnya, dunia mengiktiraf Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi ia tidak dapat melaksanakan hudud kerana Malaysia mempunyai kehidupan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Umno akan mewujudkan sebuah negara Islam yang lengkap jika Pas berbesar hati untuk menyertai Umno.

“Negara Islam lain juga menaruh harapan kepada Malaysia, namun masih ada orang yang cuba memecahbelahkan orang Islam. Oleh kerana itu hajat kita tidak tercapai.

“Untuk membina sebuah negara Islam, orang Melayu harus bersatu dalam satu pakatan dan membangunkannya secara lengkap.

“Kita tidak usah mempedulikan orang yang memperjuangkan hanya untuk menjadi Perdana Menteri, sebaliknya semua orang Melayu dan Islam mesti bersatu untuk membina sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud,” katanya.


Sunday, August 12, 2012

<object width="640" height="360"><param name="movie" value="https://www.youtube.com/v/-VO4v5Mb1Vg?version=3&amp;hl=en_US"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="https://www.youtube.com/v/-VO4v5Mb1Vg?version=3&amp;hl=en_US" type="application/x-shockwave-flash" width="640" height="360" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>
<iframe width="560" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/-VO4v5Mb1Vg" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Wednesday, August 8, 2012

Tuesday, August 7, 2012


Jawatankuasa Royalti Buat Husam Hilang Akal

Pada kenyataan selepas solat subuh kelmarin, YAB Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat melahirkan rasa gembiranya terhadap surat yang diterima dari Perdana Menteri Malaysia berhubung penubuhan jawatankuasa mengkaji semula Bayaran Tunai kepada negeri. Ternyata Nik Aziz begitu ikhlas meluahkan perasaannya.
Tetapi ia tidak berpanjangan kerana bila YB Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan menjejakkan kaki di KLIA selepas pulang dari luar negara, terus sahaja Husam mempertikaikan dan membuat kenyataan yang bertentangan dengan semangat Nik Aziz sebelumnya. Akibatnya pada sebelah malam, Nik Aziz terpaksa berubah nada. Nik Aziz terpaksa juga melahirkan sentimen berlainan supaya selari dengan Husam.
Hari ini Husam dalam kenyataan di HarakahDaily dilaporkan berkata, “Kita tidak akan tarik balik saman terhadap PETRONAS dan prosidingnya akan didengar oktober ini.”
Husam juga dilaporkan berkata, “Kenapa tuntutan Kelantan tidak menggunapakai penyelesaian dengan Terengganu sahaja.”
Seterusnya Husam juga berkata “Mengapa di dalam kes Kelantan perlu ada jawatankuasa khas?”
Sebenarnya, apa yang ditimbulkan Husam menunjukkan kebodohan beliau dan seperti seorang yang kurang siuman.
Husam Hilang Akal
Saman Kerajaan Kelantan Terhadap PETRONAS
Husam tidak memahami kenyataan rasmi PM atau Husam sememangnya bodoh? Ini kerana tiada kaitan kenyataan Jawatankuasa yang ditubuhkan dengan saman Kerajaan Kelantan terhadap PETRONAS.
Kerajaan Kelantan menyaman PETRONAS kerana didakwa tidak melunaskan perjanjian yang tercatat di dalam suratcara pada 9 Mei 1979 yang menjanjikan pembayaran tunai kepada Kelantan sebanyak 5% dua kali setahun sebagai ganti penyerahan hak Kelantan kepada PETRONAS.
Jelas dari kenyataan rasmi PM semalam, jawatankuasa itu bukan untuk membincangkan hal tersebut kerana PM berkata,
“Kerajaan Persekutuan mengambil pendirian bahawa dari segi perundangan, Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri tersebut iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri.
“Pada masa ini, tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan. Oleh itu, dari segi perundangan, kerajaan negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum,”
Jadi tiada sebab Husam perlu memperlekehkan jawatankuasa tersebut dengan membuat kenyataan bahawa Kerajaan Kelantan tidak akan menarik balik saman ke atas PETRONAS.
Menggunapakai Kaedah Penyelesaian Terengganu

Kemudian Husam cuba memperlekehkan jawatankuasa itu dengan menimbulkan persoalan mengapa pembayaran Wang Tunai kepada Kelantan tidak menggunapakai kaedah Terengganu.
Pertama, bukankah pendirian PAS menentang kaedah yang digunapakai di Terengganu kerana kadang-kadang guna nama royalti dan kadang-kadang guna nama Wang Ehsan?
Kedua, bukankah pendirian PAS menentang kaedah yang digunapakai di Terengganu yang kadang-kadang diberi terus kepada Kerajaan Negeri dan kadang-kadang diberi melalui saluran pusat dan lain-lain?
Begitu benakkah Husam?
Mungkin. Tetapi yang pastinya, kenapa kaedah di Terengganu tidak digunapakai kerana PM menyedari bahawa kaedah itu menimbulkan banyak salah faham dan tidak dipersetujui oleh banyak pihak. Oleh yang demikian, PM mahu penyelesaian yang mutlak dan bukan sahaja untuk negeri Kelantan tetapi juga untuk Negeri Terengganu dan Negeri Pahang.
Sebab itu PM berkata,
“Kerajaan Persekutuan sentiasa meletakkan keutamaan kepada kehendak rakyat dengan membuka pintu rundingan tetapi pada waktu sama tidak boleh membelakangkan perundangan negara”.
PM juga menjelaskan bahawa penyelesaian ini adalah untuk semua negeri-negeri di Pantai Timur menerusi kenyataan berikut,
“Kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu Bayaran Tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia.”
PM juga memaklumkan selain setiap Kerajaan Negeri tersebut akan diwakili oleh individu yang diperkenankan oleh KDYMM Sultan negeri-negeri berkenaan.
Memang benakkah Husam?
Rasanya memang benak. Ini kerana Husam seterusnya bertanya, “Kenapa di dalam kes Kelantan perlu ada jawatankuasa khas?”
Bukankah kenyataan itu jelas jawatankuasa khas ini untuk semua negeri di Pantai Timur.
Husam seharusnya baca semula kenyataan PM dan kalau beliau tidak lagi faham pergilah mendapat nasihat guaman untuk kepentingan rakyat. Itu adalah lebih mulia daripada menghabiskan wang membayar peguam untuk kepentingan politiknya menyaman sesiapa sahaja yang mempertikaikan tindakannya.
Perkataan Royalti
Rakyat Kelantan harus mencabar Husam untuk menunjukkan kalimah perkataan ROYALTI di dalam suratcara yang Husam jaja ke sana ke mari. Tidak ada langsung perkataan royalti di dalam perjanjian itu. Apakah Husam telah mengelirukan rakyat Kelantan selama ini?
Memahami Kenyataan PM
Dari kenyataan PM semalam adalah jelas beliau mahu jawatankuasa khas mengkaji semula 2 perkara berikut,
  1. Negeri manakah yang layak menerima pemberian Bayaran Tunai dari hasil petroliam di kawasan luar perairan negeri, dan
  2. Apakah kaedah dan berapakah jumlah yang patut diberi kepada negeri yang layak.
Jelas jawatankuasa khas ini bertujuan untuk memastikan satu sistem pemberian Bayaran Tunai yang telus dan adil supaya kontroversi yang menyelubungi pemberian wang tunai kepada Terengganu sebelum ini tidak berulang.
Adil dan Telus
Jawatankuasa khas ini bertujuan menyelesaikan isu. Sebaliknya kaedah Husam dan PAS adalah untuk mengekalkan isu. Patutlah Husam tidak gembira.
Sebelum Husam pergi lebih jauh, ada baiknya Husam umumkan dahulu laporan audit bebas Bazaar Tok Guru yang dijanjikan Husam hampir 3 tahun dahulu. Husam perlu ingat, bezanya Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan yang dianggotai oleh Husam ialah, Kerajaan Persekutuan mendengar dan menyelesaikan masalah, bagaimana dengan Kerajaan Negeri Kelantan? Berjanji dan majlis pecah tanah sahaja tidak akan cukup menyelesaikan masalah rakyat.
Selain dari laporan audit bebas Bazaar Tok Guru, Husam perlu fokus untuk memastikan projek Kambing Jamnaparinya membuahkan hasil, semua waris yang patut menerima wang di dalam skim Takaful Kifalah menerimanya tanpa kelewatan dan Lebuhrayanya siap.

Rate this:

 
 
 
 
 
 
2 Votes

Saturday, August 4, 2012

ULASAN YANG MENARIK DARI UTUSAN


SALAH satu perkara menarik yang menjadi perbincangan dalam arena politik negara ialah mengenai kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang yang turut disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Pergilah ke mana sahaja dan berbuallah dengan sesiapa sahaja, topik mengenai kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang sentiasa menjadi perhatian.

Ditubuhkan oleh sekumpulan ulama melalui perpecahan yang berlaku di dalam UMNO pada tahun 1951, perjuangan politik Pas kini semakin terarah daripada sebuah parti yang mampu berdikari kepada sebuah parti yang dilihat menjadi 'pak turut' dan sekadar 'kuda tunggangan' dalam pakatan pembangkang.

Rekod cemerlang Pas kerana memerintah Kelantan sejak tahun 1990 semakin pudar akibat perkongsian impian politik bersama PKR dan DAP untuk menawan Putrajaya, sekali gus menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Walaupun suatu ketika Pas dilihat sebuah parti yang jauh lebih berwibawa berbanding PKR dan DAP namun Pas tidak mampu bertahan untuk menjadi sebuah parti yang terus berjuang sendirian bagi mencapai cita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Perkongsian impian dengan kedua-dua parti itu jelas menunjukkan Pas terpaksa mengorbankan banyak kekuatan dan jati diri semata-mata untuk memenuhi rentak politik PKR dan DAP. Malahan golongan ulama yang menjadi tonggak utama di dalam Pas kini dikatakan semakin terhakis suara mereka.

Ulama-ulama Pas majoritinya berada di dalam Dewan Ulama dan mereka seolah-olah tidak mempunyai kuasa politik bagi menentukan hala tuju parti itu biar pun hakikatnya, Pas 'dilahirkan', 'dibesarkan' dan dididik oleh golongan berkenaan.

Kesudahannya, akibat semakin kurangnya kuasa politik golongan ulama di dalam Pas, maka arah tuju Pas juga semakin tidak jelas, sebaliknya dari semasa ke semasa parti itu terus bercelaru dalam usahanya mencari kuasa politik.

Oleh itu apabila pemimpin-pemimpin Pas membuat kenyataan yang dilihat cuba menunjukkan mereka parti kuat dalam pakatan pembangkang ia dilihat hanyalah sekadar satu mimpi yang tidak mungkin menjadi kenyataan.

Berikut penulis paparkan beberapa mimpi politik Pas berdasarkan perjalanan parti itu sejak mereka berkawan dengan PKR dan DAP.

Menjadi parti dominan - Pas masih lagi bermimpi untuk menjadi dominan dalam pakatan pembangkang biar pun hakikatnya PKR dan DAP sudah pasti tidak akan mengizinkan perkara itu berlaku. Sebab itulah ramai pemerhati politik melihat impian Pas untuk bertanding 80 kerusi hanyalah satu impian yang tidak akan kesampaian.

Ini memandangkan PKR biar pun sedang menghadapi pelbagai kemelut dalaman dan luaran serta semakin terhakis sokongannya di kalangan rakyat, namun parti itu tetapi mahu menjadi pemimpin utama dalam pakatan pembangkang.

Impian PKR sudah tentulah bukan sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan kerana parti itu mempunyai hubungan rapat dengan DAP dan ia jauh lebih erat berbanding hubungan PKR dengan Pas.

Sebab itulah kita menyaksikan bagaimana dalam apa juga isu, pemimpin-pemimpin PKR dikatakan lebih menyebelahi DAP biar pun ia boleh menyinggung perasaan Pas.

Dalam pilihan raya umum akan datang PKR dan DAP sudah tentu akan memastikan Pas hanya bertanding sekitar 66 hingga 67 kerusi sahaja seperti mana pilihan raya umum lalu, manakala PKR dan DAP akan menentukan siapa antara mereka akan bertanding lebih banyak kerusi.

Apa yang menyedihkan, apabila keputusan sudah dibuat, Pas akan 'diarahkan' oleh sekutunya untuk menyediakan jentera pilihan raya untuk bertempur.

Ahli-ahli Pas akan dikerah memenuhi majlis-majlis ceramah PKR dan DAP, menggantung bendera kedua-dua parti itu dan bersedia membuat kenyataan bagi membela pemimpin-pemimpin pembangkang. Itu sahaja tugas Pas!

Malahan mereka juga akan bersedia bertakbir tanpa mengira siapa pun yang berucap.

l Impian mewujudkan negara Islam - Pas masih lagi bermimpi untuk memperjuangkan negara Islam sedangkan ia sudah lama berkubur berikutan keputusan parti itu menegakkan negara berkebajikan. Namun begitu oleh kerana menyedari sokongan orang Melayu kepada mereka semakin merudum maka mahu tidak mahu Pas terpaksa mendendangkan semula soal memperjuangkan negara Islam.

Kita percaya dalam soal ini seperti mana kata penganalisis politik, Ahmad Masrizal Muhammad, semua itu hanyalah sandiwara dalam usaha Pas menarik sokongan orang Melayu.

Semua orang tahu Pas sudah tidak lagi sinonim dengan perjuangan Islam selagi mereka berada dalam pakatan pembangkang. PKR dan DAP sudah pasti tidak akan membenarkan Pas meneruskan perjuangan Islamnya.

Laluan Pas dalam soal ini hanyalah sekadar retorik politik kerana di dalam parti itu sendiri terdapat penentangan yang cukup ketara. dalam soal berkenaan. Golongan ulama masih berhasrat untuk meneruskan perjuangan Islam yang dianggap perjuangan asal Pas. Tetapi dalam masa yang sama, di dalam Pas juga terdapat kelompok pemimpin-pemimpin tertentu yang begitu mahu menjaga hati dalam soal hubungan dengan PKR dan DAP. Oleh itu dalam keadaan mereka begitu ghairah untuk memburu kuasa bersama kedua-dua parti berkenaan, ada di kalangan pemimpin tersebut yang tidak mahu ada perkara berbangkit yang mampu menjejaskan impian berkenaan.

l Pemimpin Pas jadi Perdana Menteri - Inilah mimpi yang paling menyeronokkan bagi pengikut-pengikut Pas kerana mereka merasakan pemimpin-pemimpin utama mereka layak tetapi hakikatnya pemimpin mereka sendiri tiada keyakinan diri. Sebab itulah mereka membuat kenyataan-kenyataan yang menyatakan jika pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum nanti yang akan menjadi Perdana Menteri ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengikut-pengikut Pas harus memahami bahawa kedudukan pemimpin mereka di dalam pakatan pembangkang sekadar penyokong setia dan pengikut sahaja, pemimpin-pemimpin PKR dan DAP mendominasi segala agenda politik pakatan tersebut.

Apatah lagi, berbanding Pas, pemimpin-pemimpin PKR lebih mendapat kepercayaan pemimpin DAP sebab itulah biar pun PKR mempunyai kerusi yang kurang dalam Parlimen berbanding Pas, namun DAP tetap memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi ketua pembangkang.

Pemimpin-pemimpin Pas hanya digunakan untuk membuat kenyataan-kenyataan menyokong dan membela pemimpin PKR dan DAP. Oleh itu tidak usahlah pengikut-pengikut Pas bermimpi pemimpin mereka akan menjadi pemimpin utama dalam pakatan pembangkang.

l Berhasrat menggantikan UMNO - Inilah mimpi paling mengasyikkan bagi Pas sehingga mereka sanggup mencetak kemeja t yang tertulis perkataan Pas ganti UMNO.

Tetapi semua orang tahu sejauh manakah kemampuan Pas untuk berbuat demikian. Pas bukan seperti UMNO kerana dalam pembangkang, Pas diibarat seperti melukut di tepi gantang demi mencari kuasa.

Ini berbeza dengan UMNO yang menjadi tonggak kekuatan BN tetapi sentiasa menghormati kesepakatan yang dicapai bersama komponen parti itu sejak merdeka.UMNO tidak pernah mahu menjadi 'abang besar' di dalam BN tetapi dalam pakatan pembangkang semua orang tahu siapa 'abang besar' yang Pas dilihat perlu akur.

Kesimpulannya, Pas boleh terus bermimpi dan bermimpi untuk menjadi parti utama dalam pakatan pembangkang tetapi ia tidak akan menjadi kenyataan.

Bak kata Ahmad Masrizal, ''Pas dalam pakatan pembangkang sebenarnya adalah tidak ke mana. Tiada kekuatan suara, fikrah apatah lagi kekuatan politik untuk menentukan hala tuju pakatan itu. Itulah jatuh nasib Pas dalam Pakatan Pembangkang, tampak hebat berceramah siang dan malam tetapi ironisnya hanya setakat melukut dalam lingkaran pakatan Pembangkang.'' - Utusan Malaysia

Thursday, August 2, 2012

KITA TUNGGU SALEPAS PRU13 NANTI....



Tuesday, July 31, 2012

HOT NEWS !!! KANTOI !!! PKR DI JANGKA KALAH DALAM 16 KERUSI PADA PRU 13 !!! WAJIB BACA !!!


Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak ‘kecut’ untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini.PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini,menjadikan semuanya 40 kerusi.Walaubagaimanapun,analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja.Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak,Indera Mahkota,Ketereh,PJS,Bagan Serai, Wangsa Maju,Ampang,Nibong Tebal,Selayang,Kelana Jaya,Merbok,Lembah Pantai,Telok Kemang,Kuala Langat,Sg. Siput dan Hulu Selangor.Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan.Sebenarnya,ketidakyakinan PKR untuk menghadapi PRU adalah berasas.Ini berdasarkan hasil kajiselidik yang diadakan oleh beberapa pihak antaranya,Majlis Professor,universiti-universiti tempatan serta Merdeka Center yang menunjukkan bahawa populariti pakatan haram semakin merosot akhir-akhir ini.

Malah,dalam semua kajian menunjukkan yang undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi BN,juga semakin positif di pihak BN.Merdeka Center,contohnya,mendapati bahawa kaum Cina merasa gembira apabila Perdana Menteri mengiktiraf sijil Koleh TAR dan menghapuskan Akta Hasutan.Dengan itu,PKR hanya mampu mensasarkan maksima 70% undi Cina bagi PRU kali ini walaupun sebelum ini begitu gah mengumumkan mendapat sokongan lebih 90% dari kaum itu.PKR juga menyedari yang undi Melayu kini berbalik kepada BN dengan pantas sekali.Oleh yang demikian,antara strategi yang digariskan untuk menghadapi pilihanraya kali ini ialah agar Ketua Umum membuat kenyataan berani dan besar mengenai pembelaan kaum Melayu termasuk menjuarai beberapa kes kontroversi yang melibatkan nasib orang Melayu.

Nampaknya,PKR sekali lagi akan membuat ‘U Turn’ dengan kembali mengangkat perjuangan Melayu.Sebelum ini,PKR seperti juga PAS,telah ‘mempersetankan’ sahaja perjuangan demi bangsa Melayu.Siapa yang boleh lupa bagaimana beberapa pemimpin mereka mengungkap kata-kata ‘malu menjadi Melayu’.Malah,Anwar sendiri menghina ketuanan Melayu.Kononnya,bangsa tidak membawa apa-apa makna dan perlu dilupakan jika kita ingin hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu.Sedangkan,kaum Cina dan India diberi ruang sebesar-besarnya untuk membela bangsa dan mempertahankan budaya dan bahasa bagi menyatakan kewujudan mereka yang kukuh di negara ini.saya pasti tidak semua kaum Melayu itu mudah lupa dan akan melupakan sahaja kata-kata dan layanan PKR terhadap mereka.Oleh itu,jika PKR serius ingin mengangkat strategi ‘membela Melayu’ ini sebagai peluru untuk menyerang BN dalam pilihanraya,maka rasanya PKR terpaksa menambahkan lagi bilangan jangkaan kerusi yang mereka akan kalah.

Walaubagaimanapun,saya percaya,PKR cukup sedar akan kesilapan mereka dalam menangani soal ‘Melayu’ sebelum ini.Oleh yang demikian,mereka tidak meletakkan kaum Melayu sebagai satu faktor khas dalam Sasaran Pengundi.Secara keseluruhannya,pembentangan di dalam Temurapat Pilihanraya PKR tersebut meletakkan hanya tiga golongan sebagai sasaran pengundi iaitu :

1. ‘working class’ yang mengundi mengikut isu dan berumur antara 26 – 45 tahun,

2. ‘golongan muda’ yang mengundi mengikut sentimen ahli politik muda dan berumur antara 22 – 25 tahun serta

3. ‘pengundi India’ yang menjadi kumpulan penentu dan cenderung untuk beralih undi secara besar-besaran.

Secara dasarnya,nampak jelas bahawa PKR sendiri masih mencari-cari kekuatan diri untuk menghadapi PRU kali ini.Masalah yang dihadapi PKR ialah sama seperti semua parti-parti sekutu dalam pakatan haram,iaitu walaupun mereka berada dalam satu pakatan tetapi mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya adalah bersendirian.Dengan itu,mereka bukan sahaja beradu kekuatan dengan BN tetapi secara tidak langsung mereka juga terpaksa membuktikan kekuatan sesama sendiri bagi memastikan parti dan pemimpin mereka tetap ‘diberi muka’ sekiranya pakatan haram menang dalam PRU ini.Lebih malang lagi bagi PKR ialah apabila terdapat beberapa pihak di dalam kepimpinan atasan parti itu sendiri yang juga beradu kekuatan sesama mereka.Kewujudan beberapa ‘kem’ dan peningkatan rasa curiga serta ‘dingin’ di antara pemimpin-pemimpin PKR ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada ketidakyakinan mereka untuk menang dalam Pilihanraya.

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, August 1, 2012

ANAK MELAYU SEMUA TOLONG DENGAR BETUL-BETUL..

Yang baik ambil buat tauladan yang buruk buang buat sempadan...

http://www.youtube.com/watch?v=_W6rc3mBk1o&feature=player_embedded