Total Pageviews

Sunday, August 31, 2014

TUN Vs DSN

Salam semua,

Sabenarnya saya bukanlah penulis yang mahir berbicara tentang apa yang saya nak tuliskan. Sebagai rakyat Malaysia yang mengundi sejak 8 dekat yang lalu, saya terpanggil untuk memberi pendapat berhubung kritikan  Y.BHG.  TUN kepada YB. DSN (Datuk Seri Najib) khususnya mengenai pemansuhan akta ISA.

TUN mengulas dengan panjang lebar tentang apa yang telah berlaku semenjak akta ISA dimansuhkan, terutama perkara-perkara negatif saperti bertambahnya jenayah berat, judi, dadah dan perdagangan orang yang sedang bermaharajalela diakhir-akhir ini. . Penentangan habis habisan terhadap UMNO adalah juga hasil daripada pemansuhan akta ini. Satu konsensious yang dibuat oleh PKR bagaimana hendak menjatuhkan kerajaan BN adalah dengan berterusan  mengasak UMNO disetiap sudut. 

Mengambil satu contoh yang amar berbahaya, akhir-akhir ini ada juga individu-individu yang menggelarkan KPN sebagai anjing BN. kerana PDRM telah memberkas " Polis DAP"  sebagai menyambut cabaran LGE sabelum ini.(  Akhirnya pada 31 Ogos 2014  polis telah bertindak dan telah menangkap hampir 200 orang ahli PPS di P.Pinang - Syabas Khalid dengan ketegasan tuan itu )

Pada dasarnya,  saya amat bersetuju dengan cara TUN menegur DSN. Keadaan pemikiran rakyat negara akhir-akhir ini dilihat saperti kucar kacir kerana ide TUN telah bertembung dengan cara DSN mentadbir negara Malaysia. Sebagai saorang yang berminat membaca blog, saya dapati kebanyakan daripada orang Melayu tidak berapa "berkenan" dengan cara pentadbiran DSN. Keluhan dari rakyat marhain tidak diberi perhatian sewajarnya.( walaupun pada satu ketika DSN mengakui telah mendengar " bisikan" rakyat.) Pengurusan subsidi dan BRIM jugak tidak mendapat banyak munafaat kepada mereka. Peniaga kecil bumiputra bersungut dengan cara agihan kemewahan negara yang tidak bagitu membantu mereka. Pemborong-pemborong binaan mengeluh kerana tidak ada projek, pada hal kita dengar projek kerajaan  berbilion-bilion dan banyak lagi keluhan demi keluhan dari hari kehari yang dapat dibaca melalui blog-blog dan media-media maya.

Satelah meneliti jawapan DSN semasa memberi reaksi kepada saranan TUN, saya bersetuju dengan hujah yang diberikan oleh DSN, bahawa dengan pemansuhan akta ISA, kita dapat melihat " semut-semut keluar dari sarang " salepas diberi spray sheltox. Wajah-wajah sabenar " penjenayah " telah dapat dilihat melalui proses ini. " Penjenayah berat " yang dilepaskan  dari " hotel Kajang dan Sg. Buluh " tidak sempat bermahajalela semula satelah setiap langkah mereka untuk mengerjakan jenayah telah dihidu oleh polis. Banyak sarang memproses dadah telah dirobek dan penghuni-penghuninya telah diheret semula ke bilik kebal Kajang untuk bermastautin disana. Sementara itu rakyat boleh merasa lega buat sementara. Sekurang-kurang sehingga PRU 14.

Ada juga mereka-mereka dari kalangan manusia yang cuba menguji dan menjolok sentimen etenik dengan mengemukakan berbagai isu. Termasuklah isu-isu sensitif saperti isu  agama, pelajaran ekonomi, kebudayaan dan sebagainya. Mereka mencipta berbagai cara dan strategi untu melemahkan oponen. Bagi mereka inilah masanya untuk menguji DSN.

Watak-watak dan "badut-badut "  dari pembangkang yang bermulut leser telah dikenal pasti dan telah diambil tindakan mahkamah ( setakat mana keberkesananya belum lagi diketahui ). Saorang demi saorang daripada pengkhinat negara telah dibawa kepengadilan. Saya percaya inilah satu-satunya  proses penyingkiran   ( elimination ) musuh negara khusnya musuh kepada perpaduan Melayu dinyahkan melalui cara yang " subtle" dan halus ini. Kita akan lihat nanti kebanyakan dari  pemimpin-pemimpan pembangkang yang "over board " ini akan kecundang akhirnya.

Pada pendapat saya sikap ( stand ) yang diambil oleh UMNO suapaya kesemua ahlinya bersikap defensif adalah terbukti berkesan. Nampaknya musuh sudah kehabisan peluru dan tenaga. Saperti perlawanan tinju dimana oponan asyik menahan diri dan akhirnya penyerang kehabisan tenaga dan di umumkan kalah.  Saya harap bagitulah kehendaknya salepas PRU ke14 nanti. Saya juga percaya Malaysia boleh menjadi sabuah negara aman tanpa mereka-mereka yang disebutkan diatas itu. Inilah cara DSN menengani dan mengurus pentadbiran kerajaan.Pendapat saya..Wallahuaqlam...


Friday, August 29, 2014

I AM ALWAYS MYSELF...

From the album: Mobile Uploads
By Jeslin Mambo


ADAKAH KITA ADIL BILA BERGADUH

Dalam perhubungan yang matang, anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya. Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

2) Jangan Balas Dendam
Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya pasangannya sedar bahawa kesalahan telah dilakukan. Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak begitu. Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah, anda mengatakan bahawa anda betul dan dia salah-hukuman telah dijatuhkan, susah nak selesaikan pergaduhan anda!

3) Jangan Tinggikan Suara
Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda. Walau apa pun, anda mesti ingat, merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik. Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain. Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.

4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif
Masa situasi konflik tengah hangat, janganlah terlalu sangat “terasa”, jangan terlalu sensitif atau “take it too personal”. Keadaan yang tengah “panas” boleh buat anda terlepas cakap.Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini. Oleh itu,kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja “melepas” cakap tanpa berfikir panjang.

5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil
Bila tengah bergaduh tu, jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah. Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya, tak perlulah diungkit. Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu, membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah. Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah 3 – 4 bulan lepas contohnya jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.

6) Mendengar Dengan Teliti
Walaupun susah nak dibuat, anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti. Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian, tak dengar dengan baik dan teliti, bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.

7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa
Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar ~ fokus! Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja. Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara, macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan. Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai. Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat, jadi pastikan anda fokus!

8) Biasalah, dah terlalu marah sangat, anda pun “naik angin”… bila perkara macam ni berlaku, biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda. Sebelum perkara macam ni berlaku, fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan. Anda ingin selesaikan masalah, bukan nak serang pasangan anda.

9) Mesti Hormat
Perbalahan/pertelingkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik. Nak jadi macam ni, anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja. Beri perhatian, sabar, tenang, buat “eye contact”, tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai. Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda. Bersama, dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.

10) Jangan Tinggalkan
Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku, dari mula sampai selesai. Ramai orang bila dah tak tahan, marah sangat, terus tinggalkan pasangan, bermaksud terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu je. Pasangan pun dia tinggalkan. Walaupun rasa tak boleh tahan sangat, marah ke, “tension” ke, jangan angkat kaki, tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je. Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar, mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke… kemudian pastikan anda datang semula. Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.

DIANTARA TAFAKUR DAN AL-FATIHAH

MH17 - Program Tafakur Kerajaan Pusat "tidak boleh dilaksanakan"??

Syed Akbar Ali at OutSyed The Box - 1 day ago
"Tidak boleh dilaksanakan" maksudnya jangan buat lah maksudnya haram lah. *Yang berikut ini bukan saya cakap ok. Mengikut "Memo Jabatan Mufti Negeri Perlis" yang berikut, Mufti Perlis yang cakap. * "*Program tafakur yang dicadangkan oleh Kerajaan Pusat tidak boleh dilaksanakan di Negeri ini kerana bertentangan dengan Fatwa Kebangsaan Tahun 1987 dan Fatwa Negeri Perlis Tahun 1974.*"



*********************************************




Assalamualaikum, Sebagai orang yang beriman kita hendaklah tahu dan
boleh membezakan diantara  perkataan "tafakur" dengan " Al-Fatihah". 

Saya menyambut seruan kerajaan,  semasa " jenazah" ( untuk orang Islam )
sampai di lapangan terbang KLIA.  saya  berdiri dan menghadiahkan Al-Fatihah. Biasanya tidak sampai seminit pun. Saya bukan tafakur. Bagi orang-orang
bukan Islam mereka bolehlah bertafakur..... Wallahuaqlam..




Wednesday, August 13, 2014

SURAT TERBUKA UNTUK ANUAR...???

Salam Datuk Seri, Saya perlu akui bahawa saya bukan penyokong tegar Datuk Seri selama ini. Meskipun demikian, pada PRU13 yang lalu, saya diamanahkan menjaga Facebook Datuk Seri dan juga Datuk Seri Wan Azizah, saya menjaganya dengan baik dengan hasrat membantu PR mencapai kemenangan.

 Di dalam isu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri perlu jelaskan matlamatkan Datuk Seri. Adakah Datuk Seri hanya ingin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditukarkan? Atau Datuk Seri inginkan Datuk Seri Wan Azizah menjadi Menteri Besar? Kedua-dua objektif itu berbeza.

Seperti mana PRK Kajang, meskipun ada di kalangan PR tidak bersetuju dengan PRK Kajang, tapi semua turun berkempen untuk kemenangan Datuk Seri Wan Azizah, demi menjaga keutuhan PR. Kerusi Dun Kajang adalah kerusi PKR, yang PKR boleh menentukannya siapa calon tanpa merujuk kepada Pas dan DAP. Tapi Datuk Seri, jangan pula Datuk Seri anggap kerusi Menteri Besar Selangor sama dengan kerusi Dun Kajang. Kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik ketiga-tiga parti – Pas, DAP dan PKR.

Cuma persetujuannya ialah hanya mereka di kalangan PKR yang dipersetujui ketiga-tiga parti boleh dilantik menjawat jawatan terpenting ini. Atas setiakawan, Pas dan DAP telah lama mengisytiharkan bahawa kerusi Menteri Besar Selangor perlu dilantik dari kalangan PKR. Tiada siapa yang ingin merampas kerusi itu daripada PKR.

Itu sudah satu kejayaan bagi Datuk Seri dan PKR. Akan tetapi, ini tidak bermakna Datuk Seri dan PKR tidak perlu mendapatkan pandangan daripada Pas dan DAP terhadap calon ganti kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. PR bergerak atas nama konsensus – di mana setiap parti ada kuasa vetonya.

Dalam hal pengganti Khalid, Datuk Seri tahu ada kuasa veto keempat iaitu istana Selangor, kuasa yang terbesar dalam kemelut ini. Ramai yang sudah memberi nasihat kepada PKR bahawa pandangan istana perlu dijadikan pertimbangan dalam strategi politik PKR. Akan tetapi, sangat malang, nasihat ini telah dibawa angin. Datuk Seri dan PKR telah mengambil langkah untuk memecat Tan Sri Khalid.

Semua memahami itu satu langkah terdesak supaya Pas dan DAP memotong nama Tan Sri Khalid daripada senarai calon dari PKR yang layak menjadi Menteri Besar Selangor. Kita boleh memahami mengapa Datuk Seri inginkan isteri Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor, selaku Presiden PKR. Akan tetapi, itu kehendak Datuk Seri dan PKR. Ini bukan bermakna semua akan menerimanya.

Halangan pertama ialah istana – sebagaimana nasib yang dihadapi Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Idris Jusoh. Saya percaya Datuk Seri juga sayangkan PR dan negeri Selangor. Dan dengan itu, Datuk Seri tidak mahu Dun dibubarkan, sebab itulah Datuk Seri cuba berjumpa dengan Sultan dan berunding dengan Pas dan DAP.

Atas dasar itu, Datuk Seri sekarang kena mempertimbangkan untuk situasi menang-menang. Datuk Seri perlu mengalah untuk mengemukakan Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor. Lantiklah calon lain dari PKR yang diperkenan Sultan. Dengan ini, kerusi Menteri Besar Selangor masih akan kekal di tangan PKR dan kerajaan negeri Selangor masih kekal di tangan PR.

Selama ini pun, Tan Sri Abdul Khalid tiada jawatan besar di dalam PKR ketika menjawat Menteri Besar Selangor. Jadi, sepatutnya tiada masalah untuk mengemukakan calon lain. Untuk PR menjadi kuat, ketiga-tiga parti perlu kuat secara sendirian.

Usah lagi paksa Pas memberi jawapan, PKR akan kehilangan Selangor tanpa Pas. Pas dan DAP ada prinsip mereka sendiri. Nasib baik, kedua-duanya ada perbezaan prinsip, jika tidak, Pas dan DAP dah cukup kuota Adun untuk membentuk kerajaan tanpa PKR. Datuk Seri sudah mendapat signal jelas dari PAS bahawa Pas ingin kekal bekerjasama dengan PR daripada kenyataan Presiden dan juga Majlis Syura Pas.

Pas dah berkali-kali tegaskan bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan Umno. Lebih besar lagi, Pas telah membuat ketetapan tidak akan menuntut kerusi Menteri Besar dari PKR. Itu sudah satu kemenangan besar untuk Datuk Seri dan PKR.

Tapi di dunia ini, you cannot win all. You gotta give some to take some. Yang Datuk Seri dan PKR perlu lakukan sekarang ialah mencari satu nama calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid yang boleh diterima istana (selain Datuk Seri Wan Azizah), dan dengan ini, segalanya akan selesai. Asalkan Datuk Seri dapat clearkan laluan istana, semua akan menyokong tanpa syarat.

Pada ketika itu, Datuk Seri dan PKR boleh terus menerajui Negeri Selangor dengan aman dan damai tanpa Tan Sri Abdul Khalid, orang yang dituduh menjadi duri dalam daging PKR. Dengan itu, objektif terbesar Datuk Seri dan PKR tercapai, cuma objektif kedua sedikit tersasar, tapi ia sudah cukup bagus.

Kalau sekiranya objektif kedua lebih besar daripada objektif membuang Tan Sri Abdul Khalid, maaflah saya kerana tersalah anggap. Lawan tetap lawan. Tapi lawan Datuk Seri bukanlah PAS dan DAP mahupun istana.

 Akhir sekali, PR melambangkan kejayaan kareer politik Datuk Seri. Mendapat 52 peratus undi popular di PRU13 ialah satu kejayaan. Bagi saya, itulah yang Datuk Seri perlu pertahankan.

Surat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Timmy Say August 13, 2014 Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim -

Friday, August 8, 2014

EGO OH EGO...

EGO PEMUTUS SILATURRAHIM

Ego adalah sifat-sifat seseorang sbg individu dari segi kelakuannya, keupayaannya berfikir, keperibadiannya dsb. Ego dikaitkan dgn perasaan mementingkan diri atau menganggap diri sendiri lebih mulia drpd orang lain dan perasaan megah akan diri sendiri serta menganggap diri sentiasa betul. Org yg ego tidak akan mudah mengaku bersalah dan sukar memohon maaf apatah lg memaafkan.

Ego ada dlm diri setiap org samada mampu dikawal ataupun tidak.

Ego adalah punca terbesar pemusnah kepada ikatan silaturrahim.

Didik diri dgn merasakan diri sebagai seorg hamba dengan merasa, hina, lemah, miskin dan bodoh utk hindar rasa ego yg keterlaluan.
(Sifat insan kamil mengkamil)

BETUL KE SEMUA NI?

Pesanan ini utk diri saya kerana bila saya terbaca status saya dikemudian hari nnt saya terkesan dgn ayat saya sendiri...

sekian ok bai..

Tuesday, August 5, 2014

WhatsApps LeAkS....

HOT! Pas Ugut Mahu Keluar Pakatan Rakyat? #KrisisSelangor



Nampaknya kebiadapan DAP mempersoalkan sumber WhatApps bocor Dr Zuhdi Marzuki dan mendesak beliau dikenakan tindakan displin memang menyakitkan hati orang-orang PAS. Ini mungkin kerana ramai faham, yang bocor itu perbincangan sulit, dan lebih penting lagi, apa hak DAP nak beri arahan pada PAS?

Ramai yang hairan kenapa PAS kena ikut saja telunjuk DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang sedangkan dari segi jentara dan ahli, juga senioriti PAS paling lama.

PAS tubuh tahun 1951, DAP 1966 dan PKR 1999. Orang Melayu kata... dah banyak rasa asam garam.

Semenjak dua menjak ini, kerana PR berkuasa melalui undi bukan Melayu dan Islam, DAP mula mempamerkan taringnya, dia macam ketua yang tak dilantik, de facto leader dalam PR.

Parti itu selalu ugut PAS apabila PAS mahu melaksanakan hasrat asal penubuhan parti itu, iaitu Negara Islam dan Hukum Hudud.

Ini juga persoalan yang dibangkitkan oleh bekas Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan melalui facebooknya pagi Khamis tulisnya...

"jika DAP melalui kenyataan beberapa pemimpinnya secara terbuka mahu keluar pakatan pembangkang kalau PAS bawa Enakmen Hudud ke Parlimen kenapa PAS tidak boleh melihat worst case scenario yang sama?"

Soalan AJK kanan PAS pusat itu bukan hanya luahan perasaan beliau semata-mata... tapi ramai pemimpin PAS dah rasa yang kenyataan DAP dan PKR dalam isu WhatApps bocor ini sudah lebih sudu dari kuah.

Nampak hasrat depa perlekeh PAS, sedangkan selama ini tanpa PAS dengan kekuatan jentara akar umbinya... jangan harap DAP dan PKR nak menang besar.

PAS yang paling banyak berkorban dan terkorban dalam 'games' Pakatan Rakyat ini.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki, kata Nasrudin apa yang perbincangan mengenai isu keluar PR ini adalah satu perbincangan panjang.

"Perbahasan ini agak panjang. Saya menyalinnya semula dengan tekun dan memerhati satu baris ke satu baris keseluruhan conversation group ini, mengunakan tulisan saiz 12 dengan format potrait A4, saya perolehi sebanyak 115 muka surat. Perbahasan non stop menjangkau 2 hari dengan tulisan setebal 115 muka surat A4," katanya dalam kenyataan bertajuk Pengkhianat Mesti Bertanggungjawab.

Menurut beliau, perbahasan non stop menjangkau 2 hari dengan tulisan setebal 115 muka surat A4, tiba – tiba hanya disebarkan secebis perca yang hanya mengandungi 11 baris ayat untuk membentuk satu persepsi buruk dan jahat kepada Dr Zuhdi Marzuki.

"Bukan sahaja ia adalah perbuatan yang tidak adil malah jahat dan khianat. Pencetus masaalah sebenar yang mencemarkan landskap politik semasa tanahair bukanlah Dr Zuhdi tetapi individu yang membocorkan maklumat perbincangan tertutup. Tanpa pendedahan itu, sudah tentu isu ini tidak tercetus. Terutama pendedahan yang hanya mengambil perca kecil dari keseluruhan lembaran conversation group,"katanya.

Bahkan beliau mencabar... pengkhianat yang membocorkan WhatApps itu supaya mendedahkan keseluruhan perbincangan group AJK PAS Pusat tersebut.

"Saya percaya, jika didedahkan keseluruhannya atau perbahasan secara penuh, persepsi buruk dan sangkaan yang bukan – bukan tidak akan berlaku kepada Dr Zuhdi,"katanya.

Berikut kami siarkan kenyataan beliau sepenuhnya tanpa suntingan.


Pengkhianat Mesti Bertanggungjawab.

Oleh : Nasrudin bin Hassan
( Kenyataan Peribadi tidak mewakili PAS Pusat dan boleh Print Screen )

1. Tidak semena - mena nama Dr Zuhdi Marzuki menjadi besar dan menggegarkan politik tanahair. Secebis perca conversation group whatsapp AJK PAS Pusat disalin keluar oleh individu berhati busuk sedang ia adalah whatsapp group tertutup yang menjadi medan perbahasan dan perbincangan AJK PAS Pusat sebagai mesyuarat tidak rasmi untuk memudahkan banyak perkara dengan memanfaatkan kemudahan sistem komunikasi moden yang wujud hari ini.

2. Apa yang berlaku ialah kami anggota group whatsapp AJK PAS Pusat sedang berbincang mengenai perkembangan politik terkini yang sedang melanda negara khasnya mengenai isu MB Selangor. Timbul pelbagai pandangan dari kalangan AJK PAS Pusat mengenainya. Sebahagian bersetuju dan sebahagian tidak bersetuju dan sebahagian yang lain pula diam tanpa respon. Saya sifatkan ini perkara biasa dalam semua keadaan. Jarang benar untuk kami bersetuju sebulat suara dalam satu - satu isu yang dibincangkan. Perbedaan pandangan itu akan menapis dan menyaring pandangan sebahagian yang lain sementara perbahasan menjadi masak sebelum disimpul menjadi rumusan atau keputusan.

3. Perbahasan ini agak panjang. Saya menyalinnya semula dengan tekun dan memerhati satu baris ke satu baris keseluruhan conversation group ini, mengunakan tulisan saiz 12 dengan format potrait A4, saya perolehi sebanyak 115 muka surat. Perbahasan non stop menjangkau 2 hari dengan tulisan setebal 115 muka surat A4, tiba – tiba hanya disebarkan secebis perca yang hanya mengandungi 11 baris ayat untuk membentuk satu persepsi buruk dan jahat kepada Dr Zuhdi Marzuki. Bukan sahaja ia adalah perbuatan yang tidak adil malah jahat dan khianat. Pencetus masaalah sebenar yang mencemarkan landskap politik semasa tanahair bukanlah Dr Zuhdi tetapi individu yang membocorkan maklumat perbincangan tertutup. Tanpa pendedahan itu, sudah tentu isu ini tidak tercetus. Terutama pendedahan yang hanya mengambil perca kecil dari keseluruhan lembaran conversation group.

4. Alang – alang berbuat dosa, kenapa tidak individu ini mendedahkan keseluruhan conversation group AJK PAS Pusat tersebut. Saya percaya, jika didedahkan keseluruhannya atau perbahasan secara penuh, persepsi buruk dan sangkaan yang bukan – bukan tidak akan berlaku kepada Dr Zuhdi. Justeru itu saya cabar individu yang telah membocorkan maklumat perbincangan dalaman Group AJK PAS Pusat itu tampil mendedahkan keseluruhan isi kandungan perbahasan mengenai isu ini. Kita lihat bagaimana wajah perbahasan dan apa sebenarnya yang berlaku. Jangan minta saya mendedahkannya kerana nakal – nakal saya pun, tidaklah sebusuk perut dan sebenak aqal individu yang menyalin keluar perca conversation group AJK PAS Pusat tersebut.

5. Ramai menganggap itu adalah kenyataan Dr Zuhdi sedang Dr Zuhdi tidak pernah membuat kenyataan sedemikian. Apa yang tertera melalui perca conversation yang didedah adalah satu daripada banyak – banyak scenario analisis yang dibentang oleh Dr Zuhdi apabila anggota group sedang berbincang mengenai satu topic yang menelur dari perbahasan mengenai isu MB Selangor iaitu “bagaimana kalau PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat”. Apa scenario yang akan berlaku ? Analisisnya dikemukakan hasil dari cakap – cakap orang bawah dan orang awam secara negative atau positif yang dipungut naik oleh Dr Zuhdi untuk bahan perbincangan mengenai topic tersebut. Ia bukan pemikiran tulen Dr Zuhdi. Malah, bukan Dr Zuhdi yang cadang topik PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat. Ianya dicadangkan oleh anggota group AJK PAS Pusat yang lain. Seperti juga mana – mana pengkaji dan penganalisis mengemukakan hasil analisis sebagai contoh, mereka dapati orang melayu masih ramai yang berfikiran feudal maka bukan bermakna penganalisanya juga berfikiran feudal.

Cakap – cakap mengenai PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat ini sudah lama berlegar dikalangan ahli PAS dan sebahagian pimpinan. Malah Dewan Ulamak PAS Pusat lebih setahun lalu pernah mencadangkan supaya Tahaluf Siasi ( Kerjasama Politik ) antara PAS dengan PKR dan DAP itu dikaji semula. Ini menggambarkan scenario itu telah lama berlaku dan mudah serta pantas untuk dianalisis.

6. Sementara itu adalah perbahasan dan perbincangan tertutup maka tidaklah Dr Zuhdi memperindah susun kata sebagaimana mahu dibentang pada khalayak melalui slide show dan seumpamanya, melainkan beliau sekadar menggunakan bahasa dan “istilah lepas” bagi memudahkan perbincangan dan memahami kedudukan scenario yang dianalisisnya. Malah perbahasan itu belum berakhir dan belum merumuskan apa – apa melainkan banyak perkara akan dibawa secara rasmi ke Mesyuarat Penuh AJK PAS Pusat pada 10 Ogos akan datang .

7. Jujur saya menyebut bahawa bukan sahaja Dr Zuhdi dilihat buruk bila conversationnya dikerat kecil begitu malah melalui 115 muka surat conversation yang saya maksudkan tadi, anda akan dapati ramai lagi rakan – rakan saya dari anggota group AJK PAS Pusat turut dilihat buruk seperti Dr Zuhdi malah lebih teruk dari Dr Zuhdi JIKA conversation mereka juga dikerat – kerat kecil sebagaimana dilakukan kepada Dr Zuhdi.

8. Saya teringat seorang kawan saya semasa belajar di Pondok Pasir Tumbuh puluhan tahun yang lalu. Beliau pernah maki hamun Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz kerana beliau mendengar Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz berkata UMNO baik dan secular baik. Sedang menurut pengajian Islam, Sekular bercanggah dengan Islam dan pengamal fahaman secular adalah sesat ! bagaimana Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz kata UMNO baik dan secular baik . Masa itu saya sendiri terpinga – pinga. Saya kata tidak mungkin Tok Guru berkata demikian. Beliau bersumpah Wallahi Demi Allah dia dengar sendiri di Dewan Zulkifli Kota Bharu masa kuliah pagi Jumaat. Oleh kerana beliau adalah kawan saya dan saya yakin beliau juga tidak menipu. Maka saya diamkan diri dan minggu berikutnya saya beli kaset rakaman kuliah Tok Guru dan saya halusi satu persatu perkataan dan ucapan Tok Guru. Akhirnya saya dapat jawapannya. Ucapan penuh Tok Guru ialah “ Tuan – tuan ! kita kena tolak fahaman yang bertentang dengan aqidah Islam. Tidak kira apa fahaman itu, muktazilah baik, sosialis baik, nasionalis baik, sekularisme baik, semua kita kena tolak. Kita orang Islam mesti terima Al Quran, orang UMNO baik , Orang PAS baik mesti beramal dengan al Quran … !”

9. Malangnya kawan saya dalam keadaan kurang mahir loghat Kelantan pula mendengar sebahagian dari keseluruhan ucapan akhirnya dia faham Tok Guru kata secular baik, UMNO baik …. Saya senantiasa tersenyum lebar bila mengenang peristiwa itu. Saya kira begitulah lebih kurang jadinya pada Dr Zuhdi. Keseluruhan conversation kami selama 2 hari non stop hanya dipetik dan didedahkan 11 baris dengan tujuan yang sangat jahat bagi membina persepsi buruk pada Dr Zuhdi yang lantang mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR terutama apabila timbul isu MB Selangor. Percayalah, yang mengkritik keras Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu MB Selangor ini bukan Dr Zuhdi seorang tapi ramai pimpinan PAS turut sama mengkritik. Tinggal lagi berani melakukannya secara terbuka atau tidak . Ada yang tidak berani kritik terbuka tetapi pedas dan keras kritikannya secara tertutup kerana tidak tahan sabar dengan sikap dan tindakan Datuk Seri Anwar dalam isu MB Selangor. Ada yang berani menyebut secara terbuka di facebook tetapi menyembunyikan wajah dan identiti. Akhirnya si pemberani seperti Dr Zuhdi inilah yang menjadi sasaran .

10. Saya sekali lagi menyelar individu yang telah membocorkan perca conversation group AJK PAS Pusat dan mencabar supaya tampil buat pengakuan dan dedahkan keseluruhan conversation anggota group mengenai isu MB Selangor ini jika beliau adalah seorang yang bertanggungjawab dan berani. Jika tidak, memang ia seorang yang penakut dan pengkhianat. Menikam rakan dari belakang demi memuaskan hati war lordnya yang berada di luar parti. Seperti juga mana – mana pengkaji dan penganalisis mengemukakan hasil analisis sebagai contoh, mereka dapati orang melayu masih ramai yang berfikiran feudal maka bukan bermakna penganalisanya juga berfikiran feudal. Cakap – cakap mengenai PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat ini sudah lama berlegar dikalangan ahli PAS dan sebahagian pimpinan. Malah Dewan Ulamak PAS Pusat lebih setahun lalu pernah mencadangkan supaya Tahaluf Siasi ( Kerjasama Politik ) antara PAS dengan PKR dan DAP itu dikaji semula. Ini menggambarkan scenario itu telah lama berlaku dan mudah serta pantas untuk dianalisis. - AgendaDaily

SYABAS DR. M

Tun M memang digeruni ramai pemimpin dunia. Kalau anda mengikuti tulisan beliau, anda pasti terbaca entri terbaru beliau tentang Yahudi kali ini. Kami kongsikan untuk tatapan semua.

Artikel by Che Det: Orang Yahudi (Terjemahan artikel Dr M bertajuk The Jews)



1. Orang Yahudi mengaku kononnya mereka “manusia terpilih Tuhan”. Walaupun mereka dituduh menyalib Nabi Isa, walaupun dipaksa tinggal di petempatan haram di Eropah, walaupun terpaksa melalui pembunuhan beramai-ramai oleh orang Eropah, namun orang Yahudi tidak pernah berhenti percaya bahawa mereka lebih hebat , bangsa yang dipilih Tuhan.


2. Yahudi adalah golongan Semitik. Begitu juga orang Arab. Tetapi hari ini, Yahudi berlakuan seolah-olah hanya mereka adalah golongan Semitik. Mereka melabelkan semua orang yang mengkritik Yahudi sebagai “anti-Semitik”. Bagi apa jua jenayah dan kesalahan yang mereka lakukan, mereka tidak mengaku bersalah, malah akan melabelkan orang lain sebagai anti-Semitik.

3. Dalam dunia terbuka hari ini, kita boleh menyalahkan sesiapa sahaja dan ianya akan disenangi kerana ia adalah sebahagian daripada kebebasan bersuara. Tetapi, bagi Yahudi, sesiapa yang mengkritik mereka tidak akan terlepas daripada label “anti-Semitik”. Dan bagi kebanyakan masyarakat Eropah, mereka menyokong dasar Yahudi dan sanggup memenjarakan sesiapa sahaja yang dituduh anti-Semitik.

4. Jelaslah bahawa Yahudi fikir hanya mereka sahaja yang ada keistimewaan, dan berada di satu kedudukan yang mulia dan tidak boleh dikutuk bahkan dikritik sedikit pun.

5. Perlakuan mereka melambangkan sikap angkuh sombong mereka. Mereka masih meneruskan kejahatan jenayah tanpa perikemanusiaan walaupun satu dunia tidak menyukainya. Sekarang ini, mereka terlibat dalam pembunuhan ratusan nyawa di Gaza, dan juga memusnahkan bandar-bandar. Hospital, sekolah, dan bangunan persendirian turut diranapkan dengan roket.

6. Seluruh dunia boleh mengutuk tindakan kebinatangan mereka, tetapi Yahudi tetap tidak peduli. Malahan mereka mengumumkan untuk membunuh lebih ramai rakyat Palestin mengacaubilaukan Semenanjung Gaza.

7. Semasa Eropah mengambil sedikit tanah Palestin untuk membentuk Israel, mereka dengan jelas menyatakan hak-hak orang Arab di Israel perlulah dihormati.

8. Yahudi pula mengabaikan peraturan tersebut dan bertindak merampas tanah dan harta milik Arab termasuk rumah dan ladang ternakan. Melalui serangan ganas mereka, contohnya di Deir Yassin, mereka memaksa rakyat Palestin untuk lari dari tanah mereka. Kemudian, Yahudi merampas tanah orang Arab tersebut.

9. Selama lebih 60 tahun, orang Palestin menjadi pelarian dan terpaksa tinggal di kawasan perlindungan pelarian. Tiada pampasan yang diberikan kepada mereka. Mereka juga tidak dibenarkan kembali ke tanah asal milik mereka. Inilah contoh tindakan perkauman yang paling teruk sekali.

10. Tidak puas dengan tanah yang dihadiahkan oleh UN kepada mereka, Yahudi menjarah pula tanah Palestin di luar Israel untuk dirampas lagi. Kemudian, mereka bina petempatan haram ekslusif bagi diri mereka

11. Mereka bina jalan di atas bumi Palestin, tetapi tiada rakyat Palestin yang dibenarkan menggunakannya. Mereka bina tembok di sepanjang perkampungan Palestin, memisahkannya dan orang Palestin tidak lagi dapat berhubung dengan sanak-saudara di perkampungan lain. Mereka juga tidak benarkan Palestin diisytihar sebagai negara, yang ada cumalah Pihak Berkuasa Palestin. Dan.. Eropah menyokong tindakan Yahudi yang sombong dan angkuh itu.



12. Mereka lancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza supaya bekalan makanan dan ubatan serta bahan binaan tidak dapat dihantar ke Gaza selepas pengeboman dan serangan roket oleh tentera Israel. Kapal yang menghantar bekalan ke Gaza juga diserang dan dirampas di Perairan Antarabangsa. Malah, kapal agensi kemanusiaan dipaksa berlabuh di perlabuhan Israel, dan barang kargo tersebut dirampas pula. Acapkali berlaku di mana kapal yang diserang tentera laut Israel di luar perairan Israel.. dan pekerja kemanusiaan ditembak dan dibunuh sewenang-wenangnya.


13. Israel mempunyai lebih daripada puluhan ribu rakyat Palestin di dalam tahanan kerana tuduhan “anti-Israel”. Tiada penghakiman dilakukan. Tempoh penahanan tidak ditetapkan (mungkin selama-lamanya?)

14. Secara berkala, apabila ada askar Israel ditawan oleh Palestin, Yahudi akan menawarkan pertukaran tebusan dengan beberapa ratus rakyat Palestin bagi digantikan dengan askar yang ditawan. Tetapi, dengan begitu cepat, akan ada tangkapan baru dibuat dari kalangan rakyat Palestin demi menggantikan tahanan yang dibebaskan.

15. Jika sekiranya rakyat Palestin menghantar pengebom berani mati atau melancarkan serangan roket, maka Israel akan menyerang balas dengan sangat keterlaluan. Mereka akan hantarkan kumpulan tentera untuk memusnahkan perkampungan Palestin dan bunuh nyawa lelaki, wanita, kanak-kanak, orang tua, dan juga orang uzur.

16. Terkini, selepas pembunuhan tiga penuntut Israel oleh individu tidak dikenali, Israel mengebom Gaza dengan serangan udara. Hospital, sekolah, dan rumah semuanya dimusnahkan. Malah lebih 500 orang terkorban dan ribuan yang lain cedera. Hospital yang merawat pesakit juga dibom supaya orang sakit tidak dapat lari.

17. Inilah mesej yang ingin ditonjolkan oleh Israel.. bahawasanya Yahudi adalah suci dan mulia, dan sesiapa yang menganggu mereka terpaksa membayar harga berlipat kali ganda daripada kesakitan yang dihadapi mereka.

18. Segala apa jua yang Israel lakukan adalah bercanggah dengan undang-undang antarabangsa, berlawanan dengan moral, dan menyalahi hak asasi manusia. Yahudi adalah penjenayah dalam semua rang undang-undang manusia bertamadun.

19. Tetapi, Yahudi Israel melakukan jenayah ini tanpa risau dihukum. Mereka ada negara seperti Amerika dan Eropah di belakang mereka. Merekalah manusia pilihan Tuhan dan mereka lebih berkuasa daripada mana-mana undang-undang, apa jua kod etika moral, dan juga bebas dari nilai kemanusiaan.

20. Semasa Yahudi dilayan dengan teruk oleh Nazi di Jerman, mereka menagih simpati dan sokongan dunia. Tetapi penderitaan mereka tidak mengajar mereka apa-apa, tidak membantu mereka memahami erti kesengsaraan. Malah, kini mereka berkelakuan lebih teruk daripada Nazi, dan tidak kisah langsung segala kejahatan yang mereka lakukan.

21. Eropah dan Amerika bertanggungjawab mencipta raksasa ini, tetapi mereka seakan tidak peduli kemusnahan yang dilakukan Yahudi. Mereke terus menerus menyokong dasar penghapusan etnik Arab oleh Yahudi. Mungkin mereka tidak puas hati dengan layanan Eropah terhadap mereka pada masa lampau.

Sepatutnya mereka perlu menyalurkan kemarahan mereka terhadap Nazi Jerman dan Eropah. Mungkin mereka terlampau pintar, dan mungkin juga bagi mereka “Membunuh Arab lebih mudah dan menyeronokkan”

-Original Article by Dr Mahathir Mohamad, Malaysian 4th Prime Minister 

-Sumber

Friday, August 1, 2014

APA ITU KENCING MANIS / DIABETES..