Total Pageviews

Friday, July 8, 2016

FITNAH - 3





KEPADA SEMUA PEMEGANG
ACC FB YG ADA FRENT @ FOLLOW MAKCIK JELITA WAN TLG BLOCK @ UNFRENT SPESIS INI KERANA AMAT MEMALUKAN .BERSELINDONG DI SEBALIK JUBAH NYE TAPI ISLAMNYE HANCOR LEBOR
Makcik Jelita Wan...... ramai yang berutang tapi sengaja tak nak bayar..bila yang bagi utang tagih mula buat khianat kutuk macam2...bila kena lawan mula kata dah kutuk tak perlu bayar..entah NYIE mana ajar pun tak reti ler makcik.......
Benarkah yang di jaja nya makcik ,? atau sengaja di jaja ? atau kena buat repot polis ? banyak yang saya dengar sehingga maruah org pun makcik jaja ,apa makcik nak tahu kah dengan maruah sendiri yang org tahu setakat ini makcik , atau saya copy paste dari tengu anis ...dan postkan di sini ? ada siap dgn pengakuan dari seseorang . setujukah saudara mat tanjung . kita mulakan disini .begitu juga dgn chat saya dengan mak cik jelita ?
Like ·
Makcik Jelita Wan.. rumah ni tdk ada d Tambunan k.. sy lahir dn d besarkn d Tambunan pn belum penah nmpk rmh mcm ni ada d sini.. terang2 gmbr sna ada gmbr org asli ko ckp ni rmh ada d Tambunan.. sapa yg bagi tau kmu rmh ni Tambunan?? Adoiiii hahahahaaa..
Percutian termurah n fantastik..tp lilin .pelita..lampu tidak d sediakn. Bw sendiri...fyi no kamar kecil!!
· 2039D Kay Castelo's photo.

ADAKAH AKU SEORANG YANG ZALIM...???



" Ya Allah..orang ini,,,??????? telah berlaku zalim kepadaku.. aku mohon balasan yg setimpal atas dia dan bantulah aku keluar dari kesusahan ini..aamiin ya Allah " - Noriza.


Bagi menjawab fitnah diatas,  maka tuan empunya badan yang difitnah itu membuat kesimpulan saperti berikut :

1- Zalimkah sasorang lelaki  membuat pilihan untuk berkahwin dengan saorang janda beranak 6 dan sanggup pula mengambil resiko berkahwin dan menyerahkan segala-galanya kepada takdir.

2- Zalimkah sasaorang itu yang  ingin berumah tangga dengan janda beranak 6 dengan mengambil resiko walaupun telah ditentang oleh rakan karib pada awalnya.

3- Terdapatkah  keadilan sekiranya kebahgian dalam perkahwinan itu hanya sempat bertahan 3 minggu, dan pada hari-hari selanjutnya merupakan ranjau sepanjang jalan.

4-  Adakah adil bagi kedua-dua belah pihak sekiranya saban hari dan minggu hanya kekeruhan sahaja yang wujud tanpa kegumbiraan dan keceriaan.

5- Adakah zalim sekiranya suami bertindak mengasingkan tempat tidur sekiranya isteri terus menerus mempertikaikan keputusan suami dan bersikap enteng tak enteng terhadapnya. Suami pulak dikatakan tidak bertanggjawab dan selalu menghilang apabila terdapat permasalahan.

6- .Adakah suami berlaku zalim salepas 3 bulan berkahwin isteri melontar kuci rumah kearah " dashboard" kereta semasa suami memandu  dan kemudian menggarahkan suami turun dari kenderaan meninggalkan suami ditepi jalan dalam kebun kelapa sawit pada waktu senja ( magrib ) kerana hanya bertengkar didalam kereta sebelum itu.

7- Zalimkah  sekiranya suami meninggalkan rumah beberapa hari kerana isteri masih berdegil dengan menunjukan kebiadaban dan enggan bertegur sapa atau bermohon maaf walaupun suami telah memaafkannya.

8- Zalimkah suami apabila isteri mencabar dan  mengakui yang dia  boleh mendapatkan apa juga pertolongan daripada kawan lelakinya pada bila-bila masa jika dikehendakinya dan zalimkah suami apabila isteri sendiri mengaku yang dia selalu menerima panggilan dan wassap tiap-tiap malam dari " ex boyfriend " diantara jam 10.00 ke 11.00 malam. ???

9- Patutkah suami dikatakan zalim apabila isteri menghalau suami keluar dari rumah yang disewa oleh suami pada jam 12.00 malam kerana sifat  isteri yang  sombong dan panas baran.

10- Zalimkah  apabila suami memberi nafkah bulanan kepada isteri sebanyak  RM 400.00 sebulan tanpa gagal selama 21 bulan sepanjang masa perkahwinan., dan membantu isteri dengan membayar ansuran kereta baru yang dibelinya  sebanyak RM 400,00 tiap-tiap bulan. Suami tidak pernah bersuara atau meminta-minta  (wang ) daripada isteri  walaupun  pendapatan bulanan isteri  20 kali ganda daripada pemberian nafkah. Siapakah yang lebih zalim  apabila isteri menyembunyikan kunci kereta daripada suaminya.

11- Zalimkah  apabila suami membeli perkakas letrik serta peralatan dapur dan kemudianya barang-barang tersebut dikembalikan, semata-mata isteri enggan menerima hadiah atau belian suami kerana mungkin isteri bersifat terlalu egoistik, sombong dan bongkak. Mungkin isteri  beranggapan dia tidak perlu bergantung kepada suami untuk hidup.

12- Zalimkah suami apabila isteri dengan sukarela keluar rumah suami dan menyewa rumah yang lain, dan mengenakan syarat sekiranya suami hendak datang kerumah barunya  suami perlu mengikut syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh isteri.

13- Zalimkah suami apabila isteri menolak akan bantuan ikhlas suaminya untuk membantu menyediakan pengankutan  berpindah serta mengecat semula rumah yang bakal didiami isteri dan anak2 nya.

14- Siapa yang lebih zalim apabila isteri membuat fitnah serta mengugut untuk membuat laporan polis kerana isteri mensyaki dengan tanpa usul periksa suaminya akan mengaibkan anak2 gadisnya.

15- Zalimkah  apabila suami memberi nafkah zahir dengan belian pakaian tidak kurang daripada lima pasang setahun saperti kasut, bag pakaian, jam tangan dan lain-lain termasuk alat-alat solek. Siapakah yang lebih zalim apabila kesemua barang-barang tersebut itu dikembalikan kepada suami saperti botol-botol ayer wangi yang sudah pun digunakan termasuk kain telekong ( solat ).

16- "Zalim" adalah satu perkataan yang subjektif. Orang yang menyebutnya tentulah faham apa erti zalim terutama dalam kontek ugama Islam.
Apa kah orang itu dikira tidak zalim sekiranya dia memulangkan semula " ayat-ayat "  iaitu kitab suci Al-Quran yang telah dihadiahkan kepadanya oleh pemberi dengan harapan bahawa ayat-ayat ( Firman ) dari ALLAH  itu boleh memberi kesan serta jaminan kebahgian keatas kehidupan berumah tangga supaya berkekalan sehingga ka jannah. Tidakkah perbuatan ini dikira saperti  menghina  satu pemberian yang ikhlas tambahan pulah pemberian itu merupakan sabuah kitab tafsir Al-Quran yang suci itu..?

17- Zalimkah suami apabila isteri mengatakan ibu mertuanya  dan  isteri pertama suami ( aruah ) juga kedua-duanya  bodoh. Padahal aruah telah meninggal dunia setahun dahulu sebelum  isteri  berkenalan dengan suami dan isteri berkahwin setahun salepas aruah meninggal. Siapa yang lebih zalim dan sombong apabila isteri memulangkan satu pemberian dari ibu mertuanya iaitu  sabuah bakul rotan. Bakul rotan itu dipulangkan semula salepas digunakannya. Hinanya ibu suami dimata bekas isterinya.

18- Tidak zalimkah isteri pada mulanya  menuduh suami yang dikahwini itu  tidak ada wang dan   berkahwin  dengannya sebab isteri bergaji tinggi dan berpangkat  besar.

19- Siapa yang lebih zalim apabila isteri pula berkata suaminya saorang yang kaya, mempunyai banyak harta tetapi kedekut. Isteri menuduh suami selalu mengelak daripada membayar apabila membeli-belah di pasar raya dan tidak memberi nafkah serta  menghabiskan rezeki anak tirinya. Wajarkan ungkapan saperti itu dikeluarkan oleh saorang isteri tanpa usul periksa..

20- Tidak zalimkah isteri apabila menemplak suami dengan ugutan sekiranya suami mahu isteri melakukan kerja-kerja rumah, dia boleh berhenti kerja dan  suami hendaklah membayar RM 5,000.00 sebulan dan menyediakan saorang pembantu rumah.

21- Siapa yang lebih zalim dan sombong apabila isteri hanya dapat menyediakan sarapan, makan tengah hari dan makan malam tidak melebihi sepuluh kali setiap satu dalam masa 21 bulan perkahwinan. Zalimkah apabila suami memahami kesibukan isteri yang selalu sibuk dengan tugas-tugas kerja dipejabat dan kuliah di universiti untuk mendapatkan Phd.

22- Zalimkah apabila suami membantu isteri sebagai pemandu kenderaan seringkali membawa isteri kedestinasi kerja diluar kawasan saperti Kelantan, Trengganu, Pahang, Perak dan Pulau Pinang.

23-  Tidak zalimkah  apabila isteri  memulangkan kesemua barang-hantaran perkahwinan termasuk dua bentuk cincin emas. tas tangan, bag pakaian, minyak wangi, jam tangan, pakaian, kain tudung, dan juga lain-lain barang yang tidak sepatutnya dikembalikan saperti langsir pintu dan tingkap. Kasut yang telah diguna mug ( cawan ) minuman dan tilam. Siapa yang zalim apabila isteri berkata " ada isteri engkau ceraikan " . Zalimkah suami melafaz talak apabila dua bentuk cincin emas ( satu cincin pertunangan dan satu lagi cincin perkahwinan )  dikembalikan..??..Zalimkah suami apabila dihina dan tahna sedemikian rupa.

24- Siapa yang lebih zalim apabila isteri mengarahkan suami keluar daripada bilik hotel keesokan harinya, kerana dikatakan suami memalukan kawannya kerana tidak membeli Panadol saperti yang diarahkan.

25- Zalimkah suami sekiranya isteri keluar rumah selain daripada membuat tugas harian tanpa mendapatkan keizinan serta memaklumkan kepada suami terutama apabila membuat tugasan  yang memerlukan penginapan dihotel hingga beberapa hari. Patutkah isteri menyepi dan tidak menjawab SMS dan talipon  atau menalipon  suami semasa isteri berada disepanjang kursus atau tugasan diluar daerah.

26- Siapa yang lebih zalim berbanding dengan isteri yang berdua-duaan dengan pemandu yang bukan muhrim didalam kenderaan semasa didalam perjalanan yang  mengambil masa hingga enam jam bagi satu-satu perjalanan yang selalunya  diwaktu malam. Suami telah menzalimi dirinya, isterinya kerana tidak mencerahkan hukum ugama diantara halal dengan  haram.

27- Adilkah kepada suami apabila  isteri bertolah  ke Kelantan pada 6.00 ptg. dengan bertemankan sesaorang dan enggan menjawab talipon dan wassap  dalam perjalanan.. Dan apabila menjawab lain ditanya dan lain pulak yang dijawab. Ini telah menimbulkan syak wasangka dan fitnah kepada suami yang membuat telahan  bahawa teman yang bersama isteri adalah saorang lelaki.

28- Adilkah apabila berjauhan suami bertanya samaada isteri  merinduinya,  dan isteri menjawab " tidak..siapa suruh cari gaduh"

29- Adilkah kepada suami apabila isteri selalu enggan melayan talipon dan wassap dari suami semasa isteri berada di luar kawasan selama 3 hari dua malam. Adilkah apabila isteri pergi ke Johor Baharu selama tiga hari tanpa memberi tahu suami apa tah lagi mendapat keizinan darinya.

30- Adilkah apabila isteri membiarkan suaminya tidur dilantai dalam bilik hotel  pada hal isteri bersama anaknya tidur diatas katil dan membiarkan suami tidur dengan  berbantalkan kusyen kerusi tanpa selimut walaupun isteri tahu bahawa bilik berhawa  dingin  tersangat sejuk terutama pada tengah malam.  Isteri meradang  hanya kerana  suami keluar malam untuk berbincang perniagaan dengan menantunya.

31- Zalimkah suami apabila isteri menolak dan membatalkan temujanji untuk bertemu dengan keluarga suami hanya kerana isteri hendak menunaikan perlawaan teman lelakinya untuk  minum teh semasa berada diluar kawasan. Isteri sanggup mengambil resiko dengan meninggalkan suami dibilik hotel untuk berjumpa dengan saorang lelaki yang bukan muhrimnya.

32- Zalimkah suami apabila isteri keluar rumah beberapa kali berkiamullail dan bertazkirah semalaman ditempat -tempat yang berbeza tanpa izin suami. Sedangkan perbuatan saperti itu ( keluar rumah tanpa izin suami ) adalah haram disisi agama.

33- Zalimkah suami yang selalu memberi ingatan yang merupai nasihat agar isteri menjaga diri,bersabar, tidak panas baran yang melampau, dan  selalulah  bersyukur dan bertawadoq dengan apa yang ada.

34- Adilkah kepada suami apabila isteri berkata dia tidak ada masa untuk bertandang kerumah asal suami kerana sibuk dengan kerja-kerja pejabat, kuliah pembelajaran yang membebankan dan penat dengan urusan yang banyak.

35- Dimanakah letaknya kesabaran apabila suami dimasukan kewad hospital untuk menjalani satu pembedahan " hernia  " dan  isteri berkata suami berbohong mengenai perkara tersebut.( Tetapi pembedahan ditangguhkan oleh doktor kerana sebab-sebab tertentu.-  Walaubagaimana pun isteri bersengkang mata diwad disisi suami apabila pembedahan dijalankan sebulan salepas ditangguhkan.)

36- Zalimkah suami kerana mengambil kesempatan membawa isteri ke Pulau Pinang pergi dan balik semasa isteri mengikuti pembelajaran di universiti.

37- Zalimkah suami kerana membawa isteri berbulan madu di Kota Kinabalu dan Labuan di Sabah dan Cameron Highland dengan semua perbelanjaan ditanggung suami.

38- Adilkah sekiranya isteri menuduh dan memfitnahkan bahawa suaminya suaminya suka melayan filem dalam Astro, membuang masa dengan tidak pergi kemasjid, dan gemar melihat gambar lucah dalam face book.

 39- Zalimkah suami satelah dia memohon untuk menangguhkan prosiding perceraian dimahkamah sebanyak 3 kali, diatas ingatan untuk memberi peluang kepada isteri berbaik-baik  semula demi menyelamatkan rumah tangga yang sudah retak dan mencari belah.

40- Zalimkah suami apabila isteri tidak hadir ke Mahkamah Syariah diatas tuntutan cerai oleh suami bagi kali yang keduanya. Zalimkah suami apabila isteri mengutus surat kepada Mahkamah memberi pengakuan  yang dia akur dan bersetuju untuk bercerai dihadapan Hakim tanpa kehadiranya.

41- Zalimkah suami kerana banyak bersifat sabar diatas karenah isteri sepanjang masa perkahwinan. Bukankah kedua-dua mereka itu sepatutnya bersifat tolaransi diantara satu sama lain. Isteri taat kepada suami dan suami  memberi keaadilan kepada isteri.

42 -  ZALIMKAH SUAMI APABILA HAKIM MENSABITKAN PENCERAIAN DENGAN PERSETUJUAN DAN TANPA APA-APA BANTAHAN DARI ISTERI... 

43- Adilkah apabila isteri berkata dia dizalimi.

Wallahuaqlam..

           "  Ya Allah, engkau maha mengetahui segala-galanya. Engkaulah Hakim yang tidak ada tolak bandingannya, maka engkau hakimilah diriku sama ada aku berada dipihak yang benar atau pun disebaliknya... Ameen.. "


Mohd Salehuddin.