Artikel Dari Seorang Cina Yang Korang Akan Menyesal Jika Tak Baca!
Setelah PR memerintah, Anwar pun ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan
masing-masing Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana
Menteri 1 dan 2.
Pada suatu hari, Hadi Awang, setelah mendapat tekanan dari akar umbi
PAS, mengusulkan hudud di dalam Parlimen. DAP pantas membantah menuduh
PAS mengkhianati kerjasama PR. Anwar bangun menghalang Hadi bercakap
kerana ternyata telah melanggar perjanjian PR. Keadaan kecoh dengan
pertikaman lidah di antara ketiga-tiga parti, adegan membaling kerusi
dan bertumbuk terjadi sehingga memaksa sidang ditangguhkan.
Hadi Awang dikenakan tindakan oleh Majlis Disiplin PR dan tekanan
diberikan kepada PAS agar memecat Hadi Awang. Mat Sabu kemudiannya
mengambil tempat Hadi Awang dan memastikan yang PAS tidak akan lagi
membuat usul mengenai hudud atau apa-apa jua yang bertentangan dengan PR
terutamanya kehendak dan perjuangan DAP. Soal hudud pun tamat setakat
itu.
Dengan semua kepimpinan atasan PAS telah dikuasai oleh golongan
pro-Anwar dan talibarut DAP, maka usul mengenai penghapusan hak
keistimewaan bumiputera pun dilakukan oleh DAP. Begitu juga dengan
Dasar Kesamarataan Total. DAP, PKR dan PAS menyokong dan begitu juga
MCA, Gerakan dan MIC. Tinggallah UMNO keseorangan membantahnya.
Ketiga-tiga komponen BN tersebut akhirnya mengambil keputusan keluar
dari BN dan BN pun berkubur.
Di masa yang sama, Majlis Peguam dan badan-badan NGO yang bertemakan
‘hak asasi manusia’ akan mengemukakan tuntutan agar kerajaan mengiktiraf
hak LGBT. Anwar akhirnya akan mengumumkan ‘keterpaksaan’ menerima
tuntutan mereka bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dari segi ‘hak
asasi manusia’ dan meletakkan negara seiring dengan negara-negara maju.
Media asing pun memuji-muji dan menyanjung Malaysia.
Dan secara tiba-tiba isu-isu berkenaan pihak istana yang mampu memberi
gambaran buruk terhadap institusi Raja mula mengambil tempat di semua
bentuk media di Malaysia. Ini dilakukan secara berterusan dalam
jangkamasa yang lama iaitu bertahun-tahun sehingga imej institusi
tersebut menjadi buruk-seburuk-buruknya. Akhirnya, satu usul tergempar
dikemukakan iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja.
Pada ketika ini, desas-desus pemberontakan mula kedengaran dan mungkin
sudah pun tercetus secara kecil-kecilan. Dalam sekelip mata, Malaysia
bukan lagi sebuah negara yang stabil yang mampu menarik pelaburan dan
pelancongan.
Tanpa pengalaman, PR gagal menjana ekonomi sedangkan mereka terperangkap
untuk menunaikan segala janji bulan bintang yang terpahat di dalam Buku
Jingga. Hutang negara pun bertambah secara drastik.
Menyedari ramai rakyat mula resah dan tidak puas hati, PR perlu
memastikan mereka kekal berkuasa. Maka dengan kuasa yang ada, keputusan
pilihanraya pun dimanipulasi dan sempadan pilihanraya dirombak bagi
memastikan kedudukan mereka selamat. Pengkritik mereka akan disenyapkan
dengan berbagai cara sepertimana yang mereka lakukan hari ini iaitu
memecat, jika pengkritik tersebut adalah orang dalam, menghitamkan media
yang melaporkan salahlaku mereka dan tidak hairan juga jika ada saja
yang ‘terjun bangunan’ jika berpotensi membuka pekung mereka.
Media asing yang selama ini menyokong PR mula mengkritik Malaysia.
Kerajaan PR mula hilang kawalan dan media asing mula menggambarkan Anwar
sebagai diktator yang boros dan tidak berwibawa dan tidak mampu
mentadbir.
Rakyat yang semakin marah mula memberontak secara besar-besaran. Kaum
Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar kesamarataan total tidak
lagi dapat menahan sabar. Mereka juga nekad membela Raja-raja yang
terbuang. Ekonomi Malaysia ranap sepenuhnya.
Akhirnya, pihak asing pun tampil memberi ‘bantuan’ sekali gus, segala
sumber dan hasil negara entah bagaimana, tiba-tiba menjadi milik mereka.
Hanya beberapa penggal PR memerintah, Malaysia kembali menjadi negara dunia ketiga.
Jika kaum Cina bimbang dengan penguasaan PAS, kaum Melayu pula bimbang
dengan penguasaan DAP. Justeru, kenapa perlu diambil risiko memberi
undi kepada mana-mana dari kedua parti ini?
Di bawah BN, kaum Cina telah pun berjaya menguasai 80% kek ekonomi
Malaysia. Di bawah BN juga, Islam kekal di kedudukan tertinggi dan
umat Islam berpeluang mengerjakan ibadah tanpa batasan.
Pendek kata, jika wang yang dikhuatiri oleh kaum Cina, maka BN memberi
mereka peluang mengejarnya dan jika akhirat yang dikejar kaum Melayu
maka BN tidak pernah menghalang mereka merebutnya.
Hidup kita ternyata aman, damai, sejahtera dan makmur di bawah
pemerintahan BN. Justeru, tepuk dada, tanya selera, apakah yang lebih
penting dari keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan generasi akan
datang? Kenapa kita harus mengambil risiko mengundi ‘malaikat yang
kita tidak kenal?’
Ditulis oleh Timbalan Editor, Sinchew Daily 28 Ogos 2012.
No comments:
Post a Comment