" Semasa aku mula mengenali sekolah ( era tahun 50 -60 han ) banyaklah perkara-perkara yang berlaku disekeliling samaada aku faham atau mengerti dengan apa yang berlaku itu, aku kurang pasti. Yang ingin ditunjulkan disini adalah satu-satunya senario yang baru aku dapat pengertiannya kini.
Waktu pagi diantara jam 6.30 pagi ( selepas subuh ) ada beberapa orang yang baru pulang dari berjamaah di surau atau masjid yang singgah diwarung-warung menjual kuih sedang menikmati juadah pagi yang masih panas, dengan kopi O ( waktu itu belum ada peniaga Melayu yang menjual teh tarik. Teh tarik telah mula diperkenalkan oleh "mamak" - peniaga berbangsa India )dalam era 70 han. Kopi O panas dan nasi lemak adalah menu pagi yang sukar dilupai.
Diantara jam 8-9 pagi terdapat pula satu gulongan orang Melayu yang " bertenggek" dikedai kopi berbangsa China dengan memadai meminum secawan kopi dan bersembang dengan "member" sehingga jam 12.00 tengah hari. "Time" itu belum ada kedai makan atau restoran Melayu. Restoran China telah menjadi pilihan orang Melayu samada untuk minum kopi O atau "order" "mee bandung" dari peniaga Melayu yang menyewa disudut restoran China tersebut. Menu direstoran China itu hanyalah air minuman sejuk atau panas, roti bakar kaya (sekaya) atau telur satengah masak dicampur dengan lada hitam dan "toyu" yang menjadi idaman para pengunjung restoran.
Tibalah lah pulak masa disabelah
petangnya mulai seawal jam 4 petang, ada satu gulongan orang Melayu China atau orang India yang
sudah berumur mungkin didalam usia 40-50 tahun dan ada yang sudah lanjut usia. Ada dianatara mereka kelihatan berambut dan bermisai hitam bercampur putih. Ada diantara mereka yang
tidak terurus rambutnya. Jikalau Melayunya pulak dengan songkok hitam atau
berbaju Melayu dan berseluar pentolon. Jarang-jarang sekali kita dapat melihat
orang Melayu berkongkok putih (Ketayap ) Sarapan atau menu yang disediakan
dikedai-kedai tersebut adalah serupa sahaja dari pagi hingga kemalamnya.
Senario inilah yang ingin aku paparkan semula kepada pembaca pada
zaman yang serba canggih ini.
Mengapakah mereka ini setiap
petang menghabiskan masa dikedai-kedai kopi China berbual kosong tampa
tujuan. Bagiku yang masih belajar disekolah rendah tidak pun tahu menahu dan
tidak juga hendak ingin tahu persoalan itu semua, bahkan ianya tidak
langsung terlintas dikepala "otak" ku pada ketika itu. Tidak
adakah kerja yang hendak dilakukan? Tidak adakah anak-anak dan isteri
yang harus dijaga dan beri nafkah ? Jikalau hendak pergi dengar ceramah agama
pun pada era tersebut bukan ada ceramah-ceramah agama sapertimana yang terdapat
sekarang ini. Forum perdana jauh sekali. Mereka tidak boleh disalahkan didalam
soal ini.
Ya!! Soalan itu kini telah pun
terjawab.
Isteriku telah kembali
kepangkuan Ilahi pada tanggal 6.10.2012 jam 11.15 pagi, dua hari sebelum
aruah menyambut hari kelahiran yang ke 61 tahun dan satelah 38
tahun bersama-samaku menempuh sukaduka,senang lenang, pahit maung
dalam menempuh kehidupan.
" Engkau mampu senyap sepi
dikala aku menengkingmu, dan engkau masih berupaya mengukir senyum dengan
memeluk anak-anak yang tidak tahu apa-apa pada ketika itu. Makan mimunku tetap
kau jaga, pakaianku tetap kau urus, kerenahku kau tetap terima dengan penuh
redha dan sabar. Jarang sekali kulihat airmata mengalir dipipimu dan aku tahu yang kau mempunyai hati yang cekal dan tabah menempuh dugaan.
Kau mampu membesar dan mendidik anak-anakku kadang-kadang tampa kehadiran
ku, Kau mampu mendorong mereka kemenara gading dan mereka kini berbangga
mempunyai saorang ibu saperti mu. Bagi mereka tidak akan ada lagi saorang ibu
sepertimu. Bagiku engkaulah isteri yang tidak dapat aku lupakan dan tiada
pengganti sehingga kakhir hayatku. Dihari-hari terakhir mu kau juga sepi seribu
bahasa, tidak ku dengar kelohan atau melihat kesangsian dari matamu.
Hanya airmata yang berlinangan membasahi pipimu. Kau masih tersenyum walaupun
ku tahu yang kau menyimpan perasaan sedih kerana akan meninggalkan kami buat
selama-lamanya. Anak-anakku tentu bergembira dan bersyukur kerana mendapat
saorang ibu sapertimu.
Bagiku, aku telah melakukan apa
yang terdaya untuk bersamamu disaat-saat akhir hayatmu. Aku kempunan untuk bersama denaganmu walaupun sesaat lagi. Ku tunaikan kehendakmu tanpa
mengira masa dan waktu. Perasaan tidak puas untuk berbakti kepadamu masih
menjadi igauanku selama-lamanya.
Kini baru aku mengetahui
apa itu erti " kekosongan"...."
Penulis...
terasa sedih pilu yg amat sgt tatkala membaca nukilan luahan rasa hati sang suami buat arwah isteri tercinta.. tak tersedar airmata ku mengalir laju di pipi, cuba menahan sebak di dada.. namun diri ini amat terharu dgn keikhlasan, keluhuran & kesetiaan cintamu itu.. ingin ku zahir kan di sini, isterimu juga bertuah memiliki suami sepertimu.. bahagia memiliki suami yg bertanggungjawap & penyayang sepertimu.. di atas kesucian cinta kalian jugalah, isterimu harus pergi ke pangkuan Ilahi.. bersabarlah.. redha & izinkanlah isterimu tenang di sana.. anak2mu masih memerlukanmu, menyayangimu & tetap akan bersamamu walau apa saja rintangan dlm hidup ini.. Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik buat kita..
ReplyDeleteBacaan Al-Fatihah buat arwah Maklong tersayang, Aminnn...
ALLAH BLESS YOU ALL...THANKS
DeleteAbah dah buat yg terbaik utk aruah Emak... Kami yg melihat usaha Abah selama menjaga Emak terserlah keikhlasan. Bukan calang2 suami yg mampu sedemikian.. Sudah terbalas sedikit jasa bakti aruah Emak pada Abah sepanjang perjalanan hidup bersama.. Walaupun masih rasa kekurangan, tapi ianya memenuhi apa yang sepatutnya Abah lakukan...
ReplyDeleteMari kita sama2 doakan kesejahteraan aruah Emak. Teruskan kasih sayang kita terhadap aruah Emak. Hubungan hanya terputus di alam nyata.. Relakan Emak pergi bertemu Ya-Rabb..
Kami sentiasa berada di sisi Abah. Tidak mengira waktu...
Salam hormat..
T.Kasih diatas kata-kata semangat. Allah tidak akan menguji manusia dengan ujian yang tidak dapat diterima hambaNYA.
DeleteCount down 30 days from today. .."just to let you know...There is no such word as replacement..you're no match to them.."
ReplyDelete5 years memory of tears dropping is due in 60 days. .you are always in my heart..ALfatihah.....Bismillahhirrohma nirrohim...