Bulan Oktober 2012 / Zulkaedah / Zulhijjah 1433, telah meninggalkan banyak kenangan dan nostalgia kepada penulis. Dalam bulan yang mulia ini juga telah berlangsungnya Hari Raya Haji ( Raya Korban ). Seramai lebih kurang 28,500 jamaah Malaysia telah pun berjaya mengerjakan haji iaitu rukun Islam yang kelima. Semoga Allah memberi ganjaran sewajarnya dengan mengurniakan "Haji Mabrur" kepada semua jamaah- Insya'Allah. Alhamdulillah penulis telah pun menunaikan ibadah ini beberapa tahun yang lalu dan sekarang tersangat rindu untuk mengerjakan haji sekali lagi jika diizinkan Allah.
Tanggal 20 Zulkaedah 1433, isteri yang disayangi telah kembali karahmatullah kerana diserang " septicaemic shock" - sajenis penyakit yang bersangkutan dengan infeksi mikrob kedalam saluran darah. Ini mungkin berlaku kerana ginjal ( kidney ) tidak dapat berfungsi disebabkan komplikasi kencing manis ( diabetes ) yang dihidapnya sejak 10 tahun yang lalu.. Tiga minggu sebelum aruah meniggalkan dunia yang fana ini, penulis berasa sesuatu akan berlaku kerana bacaan tekanan darah (B/P) isteri kurang dari 90 (systolic) / 50 (diastolic) setiap kali aruah menjalani rawatan dialysis.
Penulis hanya dapat berdoa dan berdoa kepada Allah untuk mengharapkan satu keajaiban (miracle) akan berlaku. Dalam keadaan sebegini "Yassin" adalah satu-satunya kalam Allah yang dapat memberi ketenangan kepada penulis. Selain daripada itu siang dan malam, anak-anak dan menantu, saudara mara, sahabat handai, kawan dan rakan kepada aruah tanpa disuruh telah berkumpul dan membaca "Yassin". Kepada orang yang sakit hanya kesabaran yang menjadi teman siang dan malam. Hanya dia sahajalah yang melalui segala keperitan dan dugaan. Kita hanya dapat merancang tetapi Allah sahaja yang akan menentukannya. Pada jam 11.15 pagi, Sabtu 2012, Isteri yang telah bersamaku sejak 38 tahun yang lalu telak kembali menemui Allah yang esa.
Allah telah menjanjikan banyak manfaat kepada hambaNya yang beriman sekiranya membaca surah Yassin untuk mendapatkan keselamatan dunia dan akhirat terutama menghadapi penyakit dan disaat-saat kematian. Dua perkara yang Allah telah janjikan satelah kita mengamalkan surah "Yassin" ketika kita menghadapi musibah penyakit atau ketika nazak :
1- Sembuh daripada penyakit yang dihadapi dengan izin Allah, ATAU
2- Maut datang dengan pantas (meninggal dunia) tampa orang yang sakit itu melalui keperitan atau
kesiksaan menghadapi penyakit yang dialaminya.
Bagitulah agongnya kalimah-kalimah YASSIN. Wahai anak-anakku...Ruangkanlah masa dengan amalan bacaan Yassin setiap ketika. Mama kamu telah meninggalkan kita semua dengan bagitu pantas, saolah-olah kita tidak sempat untuk memberi kata-kata terakhir untuknya........Kami semua merindui mu mama...
Wallahualam...
Tanggal: 1/11/2012
No comments:
Post a Comment