Labels:
Artikel,
Suara Pemikir
Oleh : Pemikir
1. Pertamanya, saya bersyukur kepada
Allah dengan Izin-Nya dapatlah saya memulakan karya dengan Artikel
pertama merujuk kepada hala tuju baru Suara Pemikir. Setelah sekian lama
sibuk yang teramat...
2. Mungkin anda semua tertanya tanya
kenapa tajuk ini menjadi pilihan saya. Mungkin juga ada yang menyangka
saya ingin mengulas akan isu yang berlaku pada Azmin Ali, Timbalan
Presiden PKR. Jauh Sekali... Saya telah lari dari semua itu. Apa pun
perkara itu memang merupakan pencetus idea kepada penulisan artikel ini.
Setakat itu sahaja... Tidak lebih dari itu... Berkaitan isu itu... anda
gunakanlah akal fikiran dan perasaan yang tenang dan bebas untuk
menilainya sendiri.
3. Kita kembali kepada tajuk di atas.
Antara perkara yang paling ditegah oleh Allah dan pesuruhnya Nabi SAW
adalah menderhaka kepada ibu bapa. Namun, saya bukanlah mahu
membicarakan hal ini dari sudut agama secara mendalam. Apatah lagi saya
bukanlah orang yang arif akan agama.
4. Dalam tulisan ini saya lebih ingin
berkongsi pengalaman yang saya dan beberapa rakan alami berkaitan tajuk
di atas dan mungkin jua anda mempunyai pengalaman yang sama.
5. Tidaklah sampai tahap menderhaka
kepada orang tua, namun sebagai manusia biasa saya pernah terlalai akan
tanggungjawab sebagai seorang anak. Mungkin belum lagi menyimpang jauh
namun setakat kelalaian itu pun Allah telah tunjuk betapa Allah
memulianya insan bernama Ibu dan Bapa atau apa jua panggilan anda
terhadap mereka.
6. Hal ini disedari di saat berbual
bersama rakan rakan dan tentunya rakan saya, ada yang muda yang berumur
dan ada juga yang telah 'senior'. Di saat itulah seorang rakan meluahkan
perasaan akan tersepitnya hidup dia dari sedut kewangan. Saya pun pada
hakikatnya pada masa itu dalam keadaan yang sama, namun saya hanya
berdiam dan lebih berminat untuk mendengar.
7. Setelah sekian lama berbicara, maka
bersuaralah rakan kami yg paling senior dan berkata "Cuba tengok betul
betul, kalau kalau ada menyinggung perasaan orang tua...". Semua terdiam
seketika. namun ada juga yang mulut 'longkang'... "Ala bukan sebab tu
la... tu yang lari dari rumah buang mak bapak, enjoy kelab malam OK je.
Siap boleh duduk kondo mewah lagi..."
8. Tapi sebagai orang senior beliau
tetap cool. "lain orang lain cara Allah membalasnya. Pada yang dia
sayang ni, buat salah sikit Dia dah tegur..." Semua terdiam.
9.
Alhamdulillah... Setelah muhasabah diri, dan menilai kembali saya boleh
katakan bahawa ianya 100% benar. Saya tidak tahu hendak menerangkan
bagaimana tetapi anda bermuhasabahlah akan perlakuan dan layanan pada
orang tua dan anda akan tahu dengan sendirinya.
10.
Apa yang saya boleh katakan, ianya adalah satu pengalaman hidup yang
Indah... kalaupun anda tidak pernah lalali akan hal itu namun satu
keajaiban yang belaku pada tindakan kita terhadap orang tua kita adalah -
Lagi banyak anda memberi, lagi nikmat akan anda rasakan. Allah
memberikannya dari segenap sudut yang anda pasti tidak menyangka...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
" Ya Allah, ampunlah dosa-dosaku kerana menderhakai kepada dua ibubapaku. Lindungilah mereka daripada seksa kubur dan api neraka ...Amin "
Masbi.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
" Ya Allah, ampunlah dosa-dosaku kerana menderhakai kepada dua ibubapaku. Lindungilah mereka daripada seksa kubur dan api neraka ...Amin "
Masbi.
No comments:
Post a Comment