GALAKAN DARI PEGUAM NEGARA, MENGHASILKAN POLITIK PROVOKASI DI NEGARA INI!!!
Politik provokasi menyebabkan pihak berkuasa jadi ragu2 untuk ambil tindakan tegas..walaupun brhimpun dibenarkan ngan brsyarat..tapi permit pun tak dimohon. Malah titah perintah Yg Dipertuan Agong pun tidak dihormati dan akur.
Pada tahun 1999..berapa siri demo jalanan dibuat, tapi bila Anwar dimasukkan kedalam penjara..semua siri demo pun terhenti.Kerajaan leh tumpukan perhatian pada pemulihan ekonomi, rakyat juga kembali tumpukan pada kerja harian tanpa ada apa2 gangguan..dan isu2 panas.
Bila Anwar dibebaskan..kembalilah beberapa siri demo jalanan, dari Hindraf sehingga lah kepada Bersih..rakyat kembali pada keadaan tidak stabil..kemarahan dan kebencian dari kedua2 golongan makin meningkat bagaikan "time bomb" yg hanya tunggu masa utk meledak..
Anwar tidak pernah kering idea dalam usaha provokasi ini..bila kerajaan buat bentangan budget ..dia pun buat..dari Budget Barisan Alternative sehingga lah Buku Jingganya..Bila kerajaan buat barisan kabinetnya..dia pun buat juga.
Gitu ler citernya..dah macam budak2 je. Yg seronoknya ramai pempin dan golongan cendiakawan yg ikut rentak permainannya. Dengan tersengih2nya dan ngan bangganya..
Apa2 pun..ngan semangat kebencian dan kemarahan yg semakin membuak2 dari kedua2 pihak..baik dari kem PAKATAN maupun kem BN..apa2 pun keputusan PRU 13, ianya tidak akan membawa kebaikan dan berjalan lancar spt mana pilihanraya2 sebelum ini..apa2 pun keputusan PRU 13, ianya tidak akan disambut ngan semangat kekitaan, semangat menerima keputusan..ianya pasti dan pasti akan dicabar..kemungkinan besar rakyat akan diheret dalam pertelingkahan politik yg terbesar sejak merdeka!!
Bayangkan..mereka ngan selamba dan berani meraikan kemerdekaan cara mereka..cara provokasi malah berbangga dan anggapnya satu kejayaan. Pengkhianatan secara terang dan jelas..
Tapi apa leh buat..hanya Jaminan dari PM utk menjaga kedaulatan negara, hanya AMARAN menteri..dan hanya tangkapan PDRM..tapi semuanya bakal menjadi hampas apabila sampai ke tangan Peguam Negara..spt biasa!!
Esok, entah apa pula yg akan dibuat?? Tengok je ler..macam tengok video China Doll, tengok je ler.....
Komen Penulis Blog..
Sejak PKR dapat memerintah 4 buah negeri salepas PRU 12, berbagai-bagai bentuk penghinaan dilakukan oleh penyokong-penyokong pembangkang terhadap pemerintah atau apa saja bentuk yang terlibat dengan pemerintah (BN.) Penyokong-penyokong PKR mula naik tocang apabila perbuatan menghina, mencaci, menipu mencemoh dan memfitnah direstui ketua tertinggi mereka. Penghinaan terhadap Lagu Kebangsaan Negara ku, Jalur Gemilang, Pasukan Polis, Penghakiman di Mahkamah, menghina masjid menghina ulamak, mencemoh ketua negara serta keluarga dan pemimpin-pemimpin yang lain, Mengutuk dan sabotaj Malaysia diluar negara, sabotaj ekonomi, menghasut rakyat negara jiran supaya membenci Malaysia dan bermacam-macam cara dan bentuk penghinaan yang tak sempat nak disebutkan lagi disini termasuk kebencian terhadap kesultanan ( Raja- Raja Melayu )
Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan bencikan kemungkaran mengharapkan kerajaan bertindak sewajarnya. Rakyat marhain sudah jelek dan muak dengan perbuatan kufur yang tak habis-habis ini. Sayang seribu kali sayang, orang yang diberi tanggungjawab dalam soal ini memandang sangat remeh perkara ini. Kita sama-sama tunggu dan lihat sekiraya KDN tidak membuat sesuatu dalam tempoh 5 tahun akan datang membendung gejala buruk ini dengan mendakwa pesalahlaku dan dihukum dengan hukuman yang setimpal, maka rakyat akan bangkit memberontak serta bertindak bersendirian dan ini akan menyebabkan kehancuran dan kemusnahan negara Malaysia yang tercinta ini.
" Kita beri amaran keras, kita akan bertindak, kita akan mengambil tindakan tegas, kita sudah beri amaran, kita itu...kita ini...." Itulah skrip yang dikeluarkan oleh menteri kita saban hari sebaik sahaja peristiwa mengeji dan mencaci itu berlaku.
Kita faham, menteri tersebut ada motif dan matlamat tersendiri mengenani gejala ini, mungkin ini suatu stategi KDN, tetapi kalau sudah berlarutan dari satu pilihan raya kesatu pilihan raya baru nak bertindak... dan tidak juga bertindak, maka rakyat sudah muak dengan pendekatan yang merugikan negara mereka ini.
Dino Dean.
No comments:
Post a Comment