Total Pageviews

Thursday, September 27, 2012

BELANJAWAN PAKATAN PEMBANGKANG ( 2013 )

 



BELANJAWAN pakatan pembangkang yang digelar Bajet Alternatif sudah diumumkan lebih awal daripada Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Skrip serupa digunakan tahun lalu dan dijangka disambung dengan dialog menuduh bajet kerajaan meniru bajet pembangkang yang lebih banyak menjanjikan 'gula-gula' daripada mengumpul 'gula' itu sendiri.

Mengimbas kembali, apa yang dijanjikan untuk 2013 seperti bantuan RM1,000 setahun kepada warga emas, bantuan kebajikan RM550 sebulan, gaji minimum RM1,100, elaun pendidik sebanyak RM500 dan banyak lagi sebenarnya salinan fotostat daripada bajet bayangan 2012 juga.

Mungkin dapat dilupakan seketika apa yang dibentangkan itu dengan poket kosong, umpama orang yang cuma window shopping, mereka tetap menabur janji-janji baru melalui bajet bayangan 2013 tanpa segan silu, sedangkan janji dan manifesto sebelum pilihan raya umum (PRU) 2008 masih banyak belum ditunaikan.

Lebih menarik, individu yang mengumumkan bajet bayangan untuk lebih 28 juta rakyat itu juga adalah Penasihat Ekonomi Selangor tetapi bajet yang setanding tidak pula dibentang dan dilaksanakan terlebih dahulu untuk lima juta rakyat negeri tersebut selepas lebih empat tahun memerintah.

Dengan bajet poket kosong 2013, mereka janji dan terus berjanji untuk membina jalan raya di Sabah sedangkan di negeri sendiri masih menunggu, mahu turunkan cukai kenderaan 20 peratus tetapi cukai pintu masih tergantung, serta pendidikan percuma dan hapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sesuatu yang masih dinanti-nantikan pelajar negeri yang diperintah pakatan pembangkang.

Bagaimana pula janji-janji mereka di Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang mahupun Perak ketika mereka memegang kuasa dahulu? Mungkin kerana itu tema Hari Merdeka tahun ini begitu sensitif kepada sesetengah pihak.

Bantuan bagi pendidikan prasekolah, anak yang dihantar ke nurseri, menurunkan cukai pintu dan cukai premis perniagaan serta elaun ibu tunggal juga masih dinanti-nantikan.

Tidak cukup dengan itu, janji-janji 'berat' juga semakin bertambah seperti penurunan harga kereta, pemansuhan tol dan pemansuhan pinjaman PTPTN sedia ada, kononnya semua itu mampu ditampung kerajaan pembangkang, cukup dengan menghapuskan rasuah dan mengawal ketirisan sahaja.

Ini belum mengambil kira rancangan 'kurang cerdik' seperti mengurangkan bilangan kakitangan awam, terowong dasar laut Pulau Pinang, menurunkan harga minyak dalam 24 jam selepas menang PRU, meroboh tembok penjara jika pemimpin mereka dipenjarakan mahupun ada yang mengangkat komunis sebagai hero, menukar Jalur Gemilang dan sebagainya.

Yang nyata, setiap bajet bayangan yang menjanjikan bulan, bintang dan roket itu gagal mendedahkan sumber kewangan yang jelas mahupun kaedah menjana pendapatan serta menarik pelaburan bagi menjamin semua yang dikatakan mampu dipenuhi.

Bagi rakyat biasa tentu sekali apa yang digula-gulakan itu sangat menarik, untuk lima saat, tetapi akal yang waras dan rasional tentu melihat banyak lompang dalam perancangan yang tidak berdiri atas realiti dan kemampuan sebenar pembangkang menunaikan janji mahupun kemampuan negara ini menampung bajet boros mereka itu kelak.

Bagi Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohamad Noorizzuddin Nooh, apa yang cuba dilakukan pembangkang sukar difahami kerana ia umpama bajet bunuh diri.

"Tidak masuk akal, itu yang mampu saya katakan. Selama ini saya bayangkan pembangkang di negara kita lebih bijak.

"Mereka seperti tidak berfikir, tiada rancangan sokongan dan tidak gantikan hasil yang hilang. Asas akaun pun tidak lulus kalau tidak boleh imbang antara tolak dan tambah," tegasnya.

Menurut beliau, bajet pembangkang itu juga tidak menceritakan bagaimana untuk menggantikan hasil hilang yang digunakan untuk menampung semua rancangan mereka menghapuskan kos perbelanjaan tertentu.

Walaupun bajet bayangan pembangkang itu dikatakan ada pelan mencari hasil, beliau tetap merasakan ia tidak mampu menampung apa yang cuba dilakukan mengikut moto Negara Berkebajikan mereka.

"Mereka nampaknya mengambil contoh elemen tertentu dari beberapa negara maju lain yang mempunyai sistem kebajikan sosial tetapi negara terbabit juga hanya mengamalkan sesetengah aspek yang disebutkan bajet pembangkang itu.

"Tiada satu kerajaan pun mampu melaksanakan kesemua elemen yang pembangkang sebut dalam bajet itu secara serentak seperti menghapuskan tol, pendidikan percuma dan sebagainya, jika tidak negara itu boleh lumpuh," jelasnya.

Katanya lagi, bajet bayangan sepatutnya sesuatu yang realistik dan boleh dilaksanakan secara serentak dalam tempoh satu ke dua tahun dan bukannya yang tidak masuk akal mahupun diganti dengan alasan tunaikan satu demi satu dahulu selepas mendapati janji itu sukar ditunaikan.

Profesor Ekonomi, Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Amir Baharuddin pula berpendapat, bajet yang dibentang pembangkang itu umpama ditambah secara main-main sedangkan bajet bayangan terdahulu sudah banyak kepincangannya.

"Bajet eutopia ini macam main-main ditambah. Asas pun tak ada, hendak dapatkan pertumbuhan yang tinggi pula. Janji yang bukan-bukan, budak tingkatan enam pun boleh hasilkan bajet sebegini!

"Kalau nak lebih mudah, ambil bajet tahun lepas dan tukar nombor-nombor sahaja. Ini bukan caranya. Untuk hasilkan bajet perlu sekurang-kurangnya sembilan bulan kerja, berbincang dengan ramai pihak sebelum kumpul semuanya dalam satu belanjawan," tegasnya.

Beliau turut menempelak janji kononnya dengan menghapus atau mengurangkan cukai mereka masih boleh menguruskan sebuah kerajaan kerana ia jelas menipu rakyat dan itu belum melibatkan pembayaran hutang negara.

Tambahnya, untuk susutkan hutang negara juga mengambil masa bertahun-tahun dan bukannya dalam satu belanjawan sahaja, jika tidak bajet kerajaan untuk tahun itu hanya untuk membayar pinjaman semata-mata.

Beliau memaklumkan pertumbuhan 4.5 peratus juga kini sukar dicapai melihatkan situasi global tetapi sasaran bajet pembangkang umpama satu usaha simplistik untuk mengelirukan rakyat.

"Dia (pembangkang) boleh janji apa saja tapi pelaksanaannya tentu 'sakit'. Perubahan kekal di bawah kuasa Perlembagaan dan Parlimen, mereka tidak boleh buat apa pun yang dibentangkan selagi tidak memegang kuasa.

"Mereka perlu ubah Perlembagaan untuk buat semua yang dijanjikan itu dan ini akan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga. Jika tidak, mereka terpaksa akur juga kepada sistem sedia ada," jelasnya.

Beliau juga kesal dengan taktik pembangkang sekali lagi membentang satu bajet dengan poket kosong seperti tahun lepas, lebih-lebih lagi diumumkan lebih awal daripada bajet kerajaan.

Tambahnya, tindakan itu umpama satu bentuk hasutan yang mengganggu perjalanan proses kerajaan dipilih majoriti rakyat dan menyusahkan kerja Perdana Menteri.

Amir menegaskan, pembangkang sepatutnya menyokong apa yang ada kini dan ubah apa yang mereka mahu jika sudah berkuasa, agar apa yang mereka lakukan itu tidak dibalas setimpal kelak.

"Kalau dia perintah dan orang buat begitu, dia suka? Ini cara kebudak-budakan berjanji itu dan ini. Rakyat bukan sahaja kena fikirkan kenapa mereka bentang bajet bayangan malahan kenapa melangkaui pembentangan Perdana Menteri.

"Kalau agendanya baik dan betul, mereka tak bentang sekarang, patut tak bentang langsung sebaliknya akan bantu stabilkan negara," ujarnya.

Menurut beliau, secara individu memang pembangkang banyak duit tapi untuk perbelanjaan negara tentu mereka akan menggunakan hasil daripada cukai dan memerah keringat rakyat.

Tambahnya, jika pembangkang pamkan duit sendiri ke dalam tabung negara mahupun meminjam dengan orang kaya seperti George Soros sekalipun belum tentu ia akan mencukupi.

"Orang kaya seperti Soros pun tiada cita-cita nak biayai negara lain. Mungkin derma main-main beberapa juta sana sini tetapi payah untuk orang sepertinya beri pinjaman berbilion ringgit kepada negara seperti Malaysia.

"Oleh itu, rakyat perlulah berwaspada dengan perkembangan ini kerana orang yang cetak wang palsu pun sudah ramai, yang janji palsu lagi banyak," tegasnya. --UM

Tuesday, September 18, 2012

AMARAN DEMI AMARAN...OOPS..INI LAIN PUNYA AMARAN DA...!!!

18/09/2012

AMARAN Majlis Peguam - “Tragedi besar akan terjadi di Malaysia jika PR menang”


Oleh: HHalem.
Andrew Khoo - “Bagi saya, tragedi besar akan terjadi di Malaysia jika PR menang dan kemudian gagal sebagai sebuah kerajaan”
Di Petaling Jaya semalam satu forum diadakan bertajuk “Aktivisme Politik Baru dan Penjajaran Semula: Implikasi untuk PRU 13 Malaysia”.
Panel terdiri daripada :-
1- Peguam Andrew Khoo, Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam.
2- Bridget Welsh, Profesor Madya Sains Politik dari Universiti Pengurusan Singapura.
3- Peguam Lim Heng Seng. bekas Pengerusi Mahkamah Perusahaan
Kepada soalan mengenai samaada Pakatan Rakyat mampu dan bersedia kah untuk memerintah negara Malaysia selepas Pru13 nanti?
Ini jawapan-jawapan mereka.
Peguam Andrew Khoo :-
Pertamanya, untuk Pakatan merampas Putrajaya dan memerintah Malaysia adalah tipis samasekali kerana terdapat isu-isu yang tidak dapat diselesaikan dan menggugat peluang keemasan tersebut.
Andrew Khoo berkata Pakatan tiada kredibiliti langsung kerana yang “menyekat kredibiliti PR” adalah kerana PR masih belum tampil dengan “kabinet bayangan” atau “kerajaan menunggu”.
“Walaupun mereka mempunyai dasar biasa dalam Buku Jingga... ketidakupayaan atau keengganan PR untuk membentuk kabinet bayangan... bermakna mereka tidak dapat menyuarakan apa bentuk polisi mereka,” – kata Andrew.
Andrew Khoo harus faham bahawa Pakatan memang lemah didalam hal ini kerana bagi mereka untuk mencari calon bertanding Pru13 pun satu masalah besar, ini kan pula hendak membentuk kabinet bayangan.
Pergolakan dan pergaduhan merebut jawatan menteri-bayangan akan berterusan dan menampakkan kelemahan dan akan menjurus kepada perpecahan. Mereka tidak mahu menteri-bayangan nampak berat sebelah kearah mana-mana parti. Ini yang Pakatan mahu elakan.
Keduanya, Andrew Khoo selanjutnya berkata bahawa amalan Pakatan Pembangkang “sentiasa mempunyai jawatankuasa tiga” mewakili DAP-PAS-PKR, tetapi apa yang dipersoalkan adalah, siapa paling “berwibawa” untuk bercakap mengenai dasar dicadangkan.
Dengan lain perkataan, Andrew Khoo mempertikaikan siapa yang memperkudakan siapa yang sebenarnya didalam Pakatan pembangkang. Siapa kah kuasa penentu didalam PR berbanding sepertimana yang terdapat didalam BN?
Ketiganya, Pakatan telah berjanji untuk menukar pelbagai dasar negara yang telah terbukti mantap sebagai sebahagian daripada kempen Pru13. Cadangan terbaru termasuk membuat kereta lebih murah, membanteras jenayah dan menangani isu-isu wanita.
“Saya mempunyai kebimbangan. Bagi saya, tragedi besar akan terjadi di Malaysia jika PR menang dan kemudian gagal sebagai sebuah kerajaan. Itu akan dalam beberapa cara meletakkan kemungkinan bahawa akan ada satu lagi pembangkang”
Ini merupakan rumusan terakhir dan mustahak bagi Andrew Khoo iaitu ia adalah satu tragedi jika Pakatan membentuk kerajaan baru di Putrajaya.

Profesor Bridget Welsh :-
Welsh juga seperti Andrew kurang yakin dengan sikap Pakatan yang suka mencampur aduk tugas penjawat awan dengan politik.
Kata Welsh, Pakatan akan bermasalah dan menghadapi “cabaran bekerja dengan penjawat awam” jika mengambil alih kerajaan pusat.
“Tidak pernah parti-parti politik yang mentadbir negara, birokrasi yang memerintah negara”
Kebimbangan Welsh memang berasas berdasarkan contoh-contoh yang ada di Selangor dan Pulau Pinang, dimana mainan politik Pakatan menganggu gugat kerja-kerja penjawat awam yang sepatutnya tidak perlu dicampur oleh orang-orang politik.
Rumusan kedua-dua diatas sudah tentu cukup merisaukan Pakatan.
Andrew Khoo adalah dari Majlis Peguam, dimana kita tahu mereka adalah jurucakap dan penyokong kuat Pakatan Rakyat. Mereka sendiri juga mencampur aduk dasar-dasar majlis peguam dengan isu-isu politik yang berat sebelah. Majlis Peguam merupakan kaki pembangkang dan sekutu kuat Pakatan Rakyat.
Yang menariknya disini ialah kata-kata diatas adalah pandangan Andrew Khoo, penyokong dan sekutu kuat PR, bukannya ciptaan kata-kata dari Umno-BN.

Masing-masing telah nampak kelemahan dan kepincangan Anwar/PR dan akan kalah teruk pada Pru13 nanti.
Soalan standard kepada PAS-PKR :-
Adakah Majlis Peguam sudah dibeli oleh Umno?
Adakah ia pandangan Majlis Peguam, atau ia adalah hal peribadi Andrew?

Sumber rujuk kenyataan dari MInsider>

Saturday, September 15, 2012

UNTUK PENGUNDI PRU13.....

Saya tertarik dengan selogan ini:-

" SOKONG ISLAM ANDA SELAMAT, SOKONG PAS ANDA SESAT "

Masbi.

DERHAKA KEPADA KEDUA -DUA ORANG TUA

Oleh : Pemikir
Gambar Hiasan ; Sumber ; Google
1. Pertamanya, saya bersyukur kepada Allah dengan Izin-Nya dapatlah saya memulakan karya dengan Artikel pertama merujuk kepada hala tuju baru Suara Pemikir. Setelah sekian lama sibuk yang teramat...

2. Mungkin anda semua tertanya tanya kenapa tajuk ini menjadi pilihan saya. Mungkin juga ada yang menyangka saya ingin mengulas akan isu yang berlaku pada Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR. Jauh Sekali... Saya telah lari dari semua itu. Apa pun perkara itu memang merupakan pencetus idea kepada penulisan artikel ini. Setakat itu sahaja... Tidak lebih dari itu... Berkaitan isu itu... anda gunakanlah akal fikiran dan perasaan yang tenang dan bebas untuk menilainya sendiri.

3. Kita kembali kepada tajuk di atas. Antara perkara yang paling ditegah oleh Allah dan pesuruhnya Nabi SAW adalah menderhaka kepada ibu bapa. Namun, saya bukanlah mahu membicarakan hal ini dari sudut agama secara mendalam. Apatah lagi saya bukanlah orang yang arif akan agama. 


4. Dalam tulisan ini saya lebih ingin berkongsi pengalaman yang saya dan beberapa rakan alami berkaitan tajuk di atas dan mungkin jua anda mempunyai pengalaman yang sama.

5. Tidaklah sampai tahap menderhaka kepada orang tua, namun sebagai manusia biasa saya pernah terlalai akan tanggungjawab sebagai seorang anak. Mungkin belum lagi menyimpang jauh namun setakat kelalaian itu pun Allah telah tunjuk betapa Allah memulianya insan bernama Ibu dan Bapa atau apa jua panggilan anda terhadap mereka.

6. Hal ini disedari di saat berbual bersama rakan rakan dan tentunya rakan saya, ada yang muda yang berumur dan ada juga yang telah 'senior'. Di saat itulah seorang rakan meluahkan perasaan akan tersepitnya hidup dia dari sedut kewangan. Saya pun pada hakikatnya pada masa itu dalam keadaan yang sama, namun saya hanya berdiam dan lebih berminat untuk mendengar.

7. Setelah sekian lama berbicara, maka bersuaralah rakan kami yg paling senior dan berkata "Cuba tengok betul betul, kalau kalau ada menyinggung perasaan orang tua...". Semua terdiam seketika. namun ada juga yang mulut 'longkang'... "Ala bukan sebab tu la... tu yang lari dari rumah buang mak bapak, enjoy kelab malam OK je. Siap boleh duduk kondo mewah lagi..."

8. Tapi sebagai orang senior beliau tetap cool. "lain orang lain cara Allah membalasnya. Pada yang dia sayang ni, buat salah sikit Dia dah tegur..." Semua terdiam.

9. Alhamdulillah... Setelah muhasabah diri, dan menilai kembali saya boleh katakan bahawa ianya 100% benar. Saya tidak tahu hendak menerangkan bagaimana tetapi anda bermuhasabahlah akan perlakuan dan layanan pada orang tua dan anda akan tahu dengan sendirinya.
10. Apa yang saya boleh katakan, ianya adalah satu pengalaman hidup yang Indah... kalaupun anda tidak pernah lalali akan hal itu namun satu keajaiban yang belaku pada tindakan kita terhadap orang tua kita adalah - Lagi banyak anda memberi, lagi nikmat akan anda rasakan. Allah memberikannya dari segenap sudut yang anda pasti tidak menyangka...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


" Ya Allah, ampunlah dosa-dosaku kerana  menderhakai kepada dua ibubapaku. Lindungilah mereka daripada seksa kubur dan api neraka ...Amin "

Masbi.

Saturday, September 8, 2012

MUNGKIN SEJARAH INI BOLEH BERUBAH...!!!

Artikel Dari Seorang Cina Yang Korang Akan Menyesal Jika Tak Baca!


Setelah PR memerintah, Anwar pun ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan masing-masing Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2.  
Pada suatu hari, Hadi Awang, setelah mendapat tekanan dari akar umbi PAS, mengusulkan hudud di dalam Parlimen.  DAP pantas membantah menuduh PAS mengkhianati kerjasama PR.  Anwar bangun menghalang Hadi bercakap kerana ternyata telah melanggar perjanjian PR.   Keadaan kecoh dengan pertikaman lidah di antara ketiga-tiga parti, adegan membaling kerusi dan bertumbuk terjadi sehingga memaksa sidang ditangguhkan.  
Hadi Awang dikenakan tindakan oleh Majlis Disiplin PR dan tekanan diberikan kepada PAS agar memecat Hadi Awang.  Mat Sabu kemudiannya mengambil tempat Hadi Awang dan memastikan yang PAS tidak akan lagi membuat usul mengenai hudud atau apa-apa jua yang bertentangan dengan PR terutamanya kehendak dan perjuangan DAP.   Soal hudud pun tamat setakat itu.  
Dengan semua kepimpinan atasan PAS telah dikuasai oleh golongan pro-Anwar dan talibarut DAP, maka usul mengenai penghapusan hak keistimewaan bumiputera pun dilakukan oleh DAP.  Begitu juga dengan Dasar Kesamarataan Total.  DAP, PKR dan PAS menyokong dan begitu juga MCA, Gerakan dan MIC.  Tinggallah UMNO keseorangan membantahnya.  Ketiga-tiga komponen BN tersebut akhirnya mengambil keputusan keluar dari BN dan BN pun berkubur.    
Di masa yang sama, Majlis Peguam dan badan-badan NGO yang bertemakan ‘hak asasi manusia’ akan mengemukakan tuntutan agar kerajaan mengiktiraf hak LGBT.   Anwar akhirnya akan mengumumkan ‘keterpaksaan’ menerima tuntutan mereka bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dari segi ‘hak asasi manusia’ dan meletakkan negara seiring dengan negara-negara maju.  
Media asing pun memuji-muji dan menyanjung Malaysia.  
Dan secara tiba-tiba isu-isu berkenaan pihak istana yang mampu memberi gambaran buruk terhadap institusi Raja mula mengambil tempat di semua bentuk media di Malaysia.  Ini dilakukan secara berterusan dalam jangkamasa yang lama iaitu bertahun-tahun sehingga imej institusi tersebut menjadi buruk-seburuk-buruknya. Akhirnya, satu usul tergempar dikemukakan iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja.    
Pada ketika ini, desas-desus pemberontakan mula kedengaran dan mungkin sudah pun tercetus secara kecil-kecilan.  Dalam sekelip mata, Malaysia bukan lagi sebuah negara yang stabil yang mampu menarik pelaburan dan pelancongan.  
Tanpa pengalaman, PR gagal menjana ekonomi sedangkan mereka terperangkap untuk menunaikan segala janji bulan bintang yang terpahat di dalam Buku Jingga.   Hutang negara pun bertambah secara drastik.  
Menyedari ramai rakyat mula resah dan tidak puas hati, PR perlu memastikan mereka kekal berkuasa.  Maka dengan kuasa yang ada, keputusan pilihanraya pun dimanipulasi dan sempadan pilihanraya dirombak bagi memastikan kedudukan mereka selamat.  Pengkritik mereka akan disenyapkan dengan berbagai cara sepertimana yang mereka lakukan hari ini iaitu memecat, jika pengkritik tersebut adalah orang dalam, menghitamkan media yang melaporkan salahlaku mereka dan tidak hairan juga jika ada saja yang ‘terjun bangunan’ jika berpotensi membuka pekung mereka.  
Media asing yang selama ini menyokong PR mula mengkritik Malaysia.   Kerajaan PR mula hilang kawalan dan media asing mula menggambarkan Anwar sebagai diktator yang boros dan tidak berwibawa dan tidak mampu mentadbir.    
Rakyat yang semakin marah mula memberontak secara besar-besaran.   Kaum Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar kesamarataan total tidak lagi dapat menahan sabar.  Mereka juga nekad membela Raja-raja yang terbuang.  Ekonomi Malaysia ranap sepenuhnya.  
Akhirnya, pihak asing pun tampil memberi ‘bantuan’ sekali gus, segala sumber dan hasil negara entah bagaimana, tiba-tiba menjadi milik mereka.  
Hanya beberapa penggal PR memerintah, Malaysia kembali menjadi negara dunia ketiga.  
Jika kaum Cina bimbang dengan penguasaan PAS, kaum Melayu pula bimbang dengan penguasaan DAP.  Justeru, kenapa perlu diambil risiko memberi undi kepada mana-mana dari kedua parti ini?  
Di bawah BN, kaum Cina telah pun berjaya menguasai 80% kek ekonomi Malaysia.   Di bawah BN juga, Islam kekal di kedudukan tertinggi dan umat Islam berpeluang mengerjakan ibadah tanpa batasan.  
Pendek kata, jika wang yang dikhuatiri oleh kaum Cina, maka BN memberi mereka peluang mengejarnya dan jika akhirat yang dikejar kaum Melayu maka BN tidak pernah menghalang mereka merebutnya.  
Hidup kita ternyata aman, damai, sejahtera dan makmur di bawah pemerintahan BN.  Justeru, tepuk dada, tanya selera, apakah yang lebih penting dari keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan generasi akan datang?   Kenapa kita harus mengambil risiko mengundi ‘malaikat yang kita tidak kenal?’ 
Ditulis oleh Timbalan Editor, Sinchew Daily 28 Ogos 2012.

SEJARAH TIDAK BOLEH DIUBAH................



Tunku Abdul Rahman : Provokasi Elemen Komunis Punca 13 Mei

Filed Under ( ) by Pisau Dotnet on 7.9.12

AIDCNews – 06/09/12 – bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj berkata provokasi elemen komunis yang melampau antara faktor tercetusnya peristiwa hitam negara, 13 Mei 1969.

Tunku Abdul Rahman berkata demikian ketika menulis buku bertajuk “Sebelum dan Selepas 13 Mei”, terbitan Utusan Melayu Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Menurutnya anasir komunis telah menanam sentimen kebencian dan provokasi melampau ketika menjelangnya pilihanraya tahun tersebut.

“Bila kempen Pilehanraya itu telah sa-paroh berjalan, mereka telah melancharkan kempen2 menulis dengan chat merah chogan2 kata dan tanda2 di-atas jalan2 raya dan tembok2 – merah ia-lah warna pertubohan Komunis.

“Chogan2 kata ini menggesa tiap2 orang supaya memulaukan Pilehanraya dan yang lain mengandongi perkataan2 yang menyanjong tinggi sifat2 dan ajaran2 Mao Tze Tung. Mereka tidak peduli bahawa perbuatan mereka itu melanggar Undang2, dan amat-lah sukar bagi Kerajaan hendak menangkap mana-mana orang yang menulis chogan2 kata itu kerana chogan2 kata itu di-tulis pada malam yang gelap gelita tetapi tulisan-nya dapat di-bacha dengan jelas oleh semua orang di-siang hari yang terang benderang”.

Sentimen kebencian melampau itu menurut Tunku mendorong berlakunya pembunuhan.

“Kesempatan itu timbul bila satu peristiwa telah berlaku pada 24hb April, ia-itu kira2 dua minggu sa-belum daripada Hari Mengundi. Pada kira2 jam 8.30 malam itu sa-orang pekerja UMNO bernama Enche’ Kassim Omar yang sedang dalam perjalanan pulang ka-rumah-nya telah melihat beberapa orang berkumpul di-kawasan Jelutong, Pulau Pinang. Dia telah memberhentikan motosikal yang sedang di-naiki-nya untok melihat dan bertanya kerana pada fikiran-nya satu kemalangan telah berlaku.

“Ketika itu juga dia telah di-serang oleh kumpulan orang yang ada di-situ dan telah di-bunoh dengan kejam-nya. Sa-telah itu mereka menchontengkan chat merah ka-seluroh badan mayat orang yang telah mereka bunoh itu. Perbuatan mereka adalah satu pembunohan yang di-sengaja, dan boleh berlaku ka-atas sa-siapa jua pun. Pembunoh2-nya ia-lah Parti Buroh”.

Namun pembunuhan Kassim Omar itu tidak disambut dengan sentimen provokasi oleh masyarakat Melayu, berbanding dengan pembunuhan seorang lelaki Cina bernama Lim Soon Seng.

“Si-mati bukan-lah sa-orang yang terkenal dan pada lazim-nya mayat-nya itu memadai-lah di-kebumikan dengan sa-chara sederhana, tetapi Komunis tidak hendak melepaskan peluang yang bagitu baik untok membuat sa-suatu yang boleh mendatangkan faedah kapada perjuangan mereka. Akhir-nya mereka dapat juga sa-orang dari rakan sa-perjuangan untok di-sanjong sa-bagai “Pahlawan” yang akan menjadi lambang perjuangan mereka”

Tunku juga turut mendedahkan penglibatan Syed Hamid Ali (adik kepada Syed Husin Ali, bekas Presiden PRM), Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya antara tiga individu yang datang berjumpanya untuk memohon kebenaran diadakan perarakan mayat ‘pahlawan’ itu.

Impikasi perarakan mayat itu berlakunya peristiwa 13 Mei.

Tarnskrip lengkap tulisan Tunku Abdul Rahman “Sebelum dan Selepas 13 Mei” dalam bab, ” Upacara pengebumian Pahlawan Merah” :

UPACHARA PENGKEBUMIAN “PAHLAWAN” MERAH

Ketika sidang perwakilan sedang memberi fikiran mereka dengan bersunggoh2 di-dalam Persidangan Antara Bangsa yang begitu penting, kempen Pilehanraya telah berjalan dengan hebat-nya di-seluroh Malaysia Barat.

Dalam kempen itu timbul-lah perkara2 yang menyakitkan hati, yang boleh menimbulkan permusohan dan pergadohan antara satu sama lain. Saya telah pun memberi beberapa chontoh tentang apa yang telah berlaku dan tentang bagaimana hasutan2 dan fitnah2 telah di-jalan dengan chara berterang2 dan umpat keji yang terlalu bersifat peribadi telah di-bisekan2 dari mulut ka-mulut.

Memang telah menjadi kelaziman di-mana2 jua dalam dunia bebas ini perkataan2 yang pedas dan kenyataan2 yang tidak bijak di-keluarkan dalam kempen2 Pilehanraya. Amalan2 yang sa-rupa itu juga tentu-lah di-jangka berlaku di-Malaysia ini, tetapi kebebasan beruchap di-dalam Pilehanraya2 itu tidak-lah sa-kali2 boleh di-jadikan alasan untuk mengeluarkan kata2 yang melanggar batas, terutama sa-kali di-dalam sa-buah Negara yang berbilang kaum di-mana perasaan pendudok2-nya mudah tersinggong dalam perkara2 mengenai kaum mereka.

Perasaan hangat ini jelas kelihatan terutama-nya sa-kali di-sabelah Utara Malaysia Barat; di-sabelah Selatan kempen Pilehanraya telah berjalan dengan chara yang lembut dan terator dengan tidak berlaku sa-barang kejadian yang tidak di-ingini.

Di-dalam suasana yang saperti ini-lah Komunis telah meresap masok di-kalangan mereka itu. Tujuan utama mereka sa-makin jelas kelihatan dari sa-hari ka-sahari. Mereka berazam hendak menjatohkan Perikatan dari memegang kuasa dengan memechahkan pengaroh-nya sama ada dengan chara baik atau pun jahat.

Mereka mengamalkan pengaroh jahat menerusi dua saloran dan menghalakan serangan2 mereka kapada dua sasaran besar – melemahkan UMNO melalui PAS, dan melumpohkan MCA menerusi Gerakan dan parti2 politik China yang lain.

Pada pendapat mereka Pilehanraya telah memberikan kesempatan yang sangat baik kapada Komunis China untok melakukan perbuatan2 provokasi supaya timbul peristiwa2 sama ada besar atau pun kechil, dengan tujuan hendak menjayakan ranchangan mereka memulaukan Pilehanraya Kebangsaan ini. Lebeh luas mereka dapat menyebarkan perasaan bimbang, atau kechewa, atau pun takut, maka lebeh besar-lah harapan mereka untok menjayakan pemulauan itu.

Bila kempen Pilehanraya itu telah sa-paroh berjalan, mereka telah melancharkan kempen2 menulis dengan chat merah chogan2 kata dan tanda2 di-atas jalan2 raya dan tembok2 – merah ia-lah warna pertubohan Komunis.

Chogan2 kata ini menggesa tiap2 orang supaya memulaukan Pilehanraya dan yang lain mengandongi perkataan2 yang menyanjong tinggi sifat2 dan ajaran2 Mao Tze Tung. Mereka tidak peduli bahawa perbuatan mereka itu melanggar Undang2, dan amat-lah sukar bagi Kerajaan hendak menangkap mana-mana orang yang menulis chogan2 kata itu kerana chogan2 kata itu di-tulis pada malam yang gelap gelita tetapi tulisan-nya dapat di-bacha dengan jelas oleh semua orang di-siang hari yang terang benderang.

Mereka memperhebatkan kempen mereka itu dengan menggunakan anchaman terhadap keselamatan orang ramai, dan menyebarkan risalah2 di-kalangan orang2 China untok menggesa mereka supaya memulaukan Pilehanraya. Tujuan mereka jelas untok menunggu berlaku-nya sa-suatu peristiwa yang boleh mereka gunakan untok mengambil kesempatan bagi menjayakan ranchangan mereka itu.

Kesempatan itu timbul bila satu peristiwa telah berlaku pada 24hb April, ia-itu kira2 dua minggu sa-belum daripada Hari Mengundi. Pada kira2 jam 8.30 malam itu sa-orang pekerja UMNO bernama Enche’ Kassim Omar yang sedang dalam perjalanan pulang ka-rumah-nya telah melihat beberapa orang berkumpul di-kawasan Jelutong, Pulau Pinang.

Dia telah memberhentikan motosikal yang sedang di-naiki-nya untok melihat dan bertanya kerana pada fikiran-nya satu kemalangan telah berlaku.

Ketika itu juga dia telah di-serang oleh kumpulan orang yang ada di-situ dan telah di-bunoh dengan kejam-nya. Sa-telah itu mereka menchontengkan chat merah ka-seluroh badan mayat orang yang telah mereka bunoh itu.

Perbuatan mereka adalah satu pembunohan yang di-sengaja, dan boleh berlaku ka-atas sa-siapa jua pun. Pembunoh2-nya ia-lah Parti Buroh.

Pembunohan yang kejam ini tentu-lah telah menimbulkan rasa chemas di-kalangan Pasokan2 Keselamatan kerana kejadian itu boleh di-jadikan sebab terchetus-nya rusohan kaum. Oleh kerana bimbang berlaku-nya tindak balas, maka Kerajaan telah meminta keluarga si-mati dan pemimpin2 Melayu di-Pulau Pinang supaya bersabar, dan mereka telah bersetuju tidak menyebarkan berita pembunohan itu supaya Komunis tidak akan mendapat kesempatan untok menghalang Pilehanraya.

Kesabaran mereka itu telah memberi pertolongan yang sangat besar untok menyekat buat sementara waktu chita2 Komunis; tetapi mereka telah bertanggong-jawab mengalirkan darah ka-atas bumi.

Sa-puloh hari kemudian, ia-itu pada 4hb Mei, Komunis telah mendapat peluang yang sa-lama ini di-tunggu2-nya bila satu kejadian berlaku di-Negeri Selangor; kejadian ini berlaku enam hari sa-belum hari membuang undi.

Pada pagi2 hari itu, tiga orang mata2 yang sedang meronda telah bertembong dengan sa-kumpulan pemuda2 di-Kepong, yang terletak di-pinggir bandar Kuala Lumpur. Pemuda2 itu sedang menulis dengan chat tanda2 di-atas jalan raya. Bila di-chabar oleh mata2, mereka telah menentang mata2 itu dengan membalingkan kayu api, besi2 tajam, dan ketol2 besi, dan kemudian mereka telah berundor masuk ka-kawasan sa-buah pasar lama yang berdekatan.

Sa-lepas dari mengenalkan diri mereka, ketiga orang mata2 itu pun menghambat pemuda2 tersebut. Rupa-nya mereka keluar bersiap sedia untok menghadapi sa-barang kemungkinan dan memang hendak menchari gadoh, dan sekarang mereka telah dapat apa yang mereka mahu.

Mereka telah melawan bersunggoh2 hingga mata2 itu terpaksa melepaskan tembakan untok mempertahankan diri. Akhir-nya sa-orang dari pengachau2 itu telah terchedera, dan kemudian-nya mati di-Rumahsakit Umum kerana lukanya itu. Nama-nya ia-lah Lim Soon Seng, berumor dua puloh empat tahun. Keluarga dan rakan2-nya telah membawa mayat si-mati itu untok di-simpan di-Rumah Mayat di-Jalan Sultan, jalan yang sa-habis sebok di-bandar China Kuala Lumpur; mayat itu sa-patut-nya di-bawa balek ka-rumah-nya sendiri di-Kepong.

Si-mati bukan-lah sa-orang yang terkenal dan pada lazim-nya mayat-nya itu memadai-lah di-kebumikan dengan sa-chara sederhana, tetapi Komunis tidak hendak melepaskan peluang yang bagitu baik untok membuat sa-suatu yang boleh mendatangkan faedah kapada perjuangan mereka. Akhir-nya mereka dapat juga sa-orang dari rakan sa-perjuangan untok di-sanjong sa-bagai “Pahlawan” yang akan menjadi lambang perjuangan mereka.

Polis telah menerima permohonan untok mengadakan satu perarakan mayat pada 10hb Mei, ia-itu Hari Mengundi.

Tujuan mereka hendak mengadakan perarakan itu pada 10hb Mei sangat-lah jelas. Anasir2 yang menganjorkan perarakan itu berniat hendak menimbulkan satu kejadian yang akan menghalangkan Pilehanraya atau pun menchegah pembuangan undi pada hari itu.

Polis telah mengambil keputusan yang bijak dengan menolak permohonan hendak mengadakan perarakan pada hari itu, tetapi sa-telah ibu bapa si-mati dan pemimpin2 Parti Buroh Kepong bertalu2 membuat rayuan hendak mengadakan istiadat pengkebumian sa-chara terhormat, maka Polis telah bersetuju membenarkan perarakan mayat itu di-adakan pada 9hb Mei.

Tatkala membenarkan-nya, Polis telah meletakkan sharat2 yang ketat supaya perarakan itu melalui jalan2 yang tertentu, dan mereka yang hadzir atau mengiringi mayat itu hendak-lah di-hadkan kapada satu bilangan kechil mereka yang berkabong. Rengkas-nya istiadat pengkebumian itu hendak-lah di-adakan menurut sa-bagaimana yang lazim di-buat sahaja.

Meski pun bagitu, apa yang berlaku ia-lah perarakan mayat itu telah bertukar menjadi satu perarakan yang terbesar sa-kali pernah di-lihat di-bandar Kuala Lumpur. Dalam hal ini Komunis-lah yang bertanggong-jawab. Ia-nya tidak sa-kali2 merupakan satu perarakan mayat, tetapi lebeh merupakan satu tunjuk perasaan politik Komunis yang sa-habis2 liar.

Gambar2 yang saya siarkan dalam buku ini dapat mencheritakan sendiri peristiwa itu dan dapat membuktikan bahawa Komunis dan anasir2 jahat lain ada-lah bertanggong-jawab di-atas kejadian yang burok itu. Tunjok perasaan itu berjalan pada seluroh hari itu, sa-telah perarakan itu berjalan sa-jauh lapan batu dengan beribu2 orang mengambil bahagian di-dalam-nya atau menyaksikan-nya dari kaki lima atau pun di-tepi2 jalan.

Untok mengetahui dengan sah hal2 yang telah berlaku, saya kemudian-nya telah meminta supaya di-rakamkan kenyataan2 dari Pegawai2 Kanan Polis yang ada hubongan-nya dengan perarakan mayat itu atau pun yang menjaga hal2 kawalan dan keamanan sa-masa tunjok perasaan yang besar itu berlaku akibah dari perarakan itu.

Saya siarkan kenyataan2 itu di-sini supaya orang ramai di-Malaysia ini dapat mengetahui-nya dengan sa-jelas2-nya, sa-lain dari apa yang telah tersiar dan di-bacha dalam akhbar2, mengenai segala hal yang telah terjadi dan siapa yang berdiri di-belakang perarakan itu hingga menimbulkan berbagai2 rupa perbuatan provokasi (yang boleh menimbulkan kemarahan) sa-hari sa-belum dari Hari Mengundi.

Enche’ Abu Bakar bin Abdul Aziz, Pegawai Penjaga Daerah Polis Kuala Lumpur, telah menyatakan :-

“Pada 7hb Mei, 1969, bapa si-mati (Lim) telah di-panggil berjumpa saya untok menyiapkan peratoran2 bagi perarakan mayat anak-nya. Sa-lepas dari berjumpa dengan saya, dia telah bersetuju mengadakan perarakan mayat itu pada hari Juma’at, 9hb Mei, 1969. Sunggoh pun bagitu dia mengaku kapada saya yang dia tidak bertanggong-jawab di-atas segala persiapan2 bagi perarakan itu, dan dia akan bawa kemudian kelak orang2 yang bertanggong-jawab membuat persiapan2 itu untok berjumpa saya.

“Kemudian bapa si-mati sa-kali lagi datang di-temani oleh sa-orang lain bernama Yap Kau untok berunding dengan saya mengenai jalan2 yang akan di-lalui oleh perarakan itu. Rundingan itu tidak mengambil keputusan kerana Yap Kau berkata yang dia tidak mempunyai kuasa untok membuat keputusan.

“Keesokan-nya, 8hb Mei, 1969, Yap Kau, Miss Tan Siew Eng dan sa-orang Melayu telah datang ka-pejabat saya, tetapi bapa si-mati tidak bersama. Mereka berkata yang mereka telah menentukan sendiri jalan2-nya dengan menunjokkan kepada saya di-atas sa-keping kertas. Kemudian saya berhubong dengan Enche’ Mansor, Pegawai Penjaga Lalulintas, yang kemudian-nya telah datang ka-pejabat saya. Sa-telah itu kami telah membinchangkan bersama2 jalan2 yang akan di-lalui itu. jalan2 itu ia-lah sa-bagaimana yang telah di-terangkan oleh Enche’ Mansor dalam kenyataan-nya.

“Yap Kau telah memperkenalkan Miss Tan kapada saya sa-bagai salah sa-orang dari ahli2 yang mengatorkan perarakan mayat itu, dan kemudian-nya memperkenalkan Syed Hamid sa-bagai sa-orang ahli Jawatankuasa Penyelenggara yang menjaga hal2 mayat bagi perarakan itu. Kemudian saya telah memperkenalkan Enche’ Mansor kapada tiga orang itu.

“Kedua2 orang China itu, ia-itu Yap Kau dan Miss Tan, telah bercakap kapada kami dalam bahasa Melayu dan mereka faham bahasa itu. Syed Hamid telah hadzir bersama. Apakala saya tanya Syed Hamid kenapa dia datang, dia berkata dia datang untok memperhatikan supaya tidak akan timbul silap faham di-atas apa yang telah di-persetujukan, dan juga kerana dia salah sa-orang dari ahli2 jawatankuasa yang bertanggong-jawab untok menguruskan perarakan mayat itu.

“Sa-belum Syed Hamid meninggalkan pejabat saya, dia telah berkata “sekarang kita telah bersetuju.” Tujuan-nya berkata demikian ia-lah supaya kami tidak boleh lagi mengubah jalan2 yang telah pun di-persetujukan di-antara kita semua.

“Miss Tan juga berkata ia-itu untok mengelakkan dari menyakitkan hati mereka yang mengambil bahagian dalam perarakan itu, lebeh baik Polis tidak menghantar orang2-nya yang memakai uniform menjaga perarakan itu, lebeh2 lagi anggota Pasokan Simpanan (F.R.U). Dia berkata bahawa dengan ada-nya anggota2 Polis yang beruniform dari Pasokan Simpanan, maka orang2 yang akan mengambil bahagian dalam perarakan akan merasa sakit hati kerana si-mati yang telah di-tembak Polis itu telah di-anggap oleh mereka sa-bagai sa-orang “Pahlawan”. Mereka minta supaya lesen itu di-keluarkan atas nama Yap Kau.”

Yap Kau yang tersebut dalam kenyataan Enche’ Abu Bakar itu ia-lah sa-orang ahli Jawatankuasa Parti Buroh Chawangan Kepong. Miss Tan Siew Eng ia-lah Naib Pengerusi bagi chawangan itu. Orang Melayu yang mengenalkan diri-nya sa-bagai Syed Hamid ia-lah Syed Hamid bin Syed Ali yang menjadi Yang di-Pertua Persatuan Penuntut2 Universiti Malaya.

Anggota2 F.R.U ia-lah Pasokan Simpanan Persekutuan, ia-itu anggota2 pasokan Polis yang mendapat latehan yang tinggi mutu-nya, terutama sa-kali dalam kerja2 menyuraikan tunjok2 perasaan dan rusohan2.

Dari kenyataan itu dan dengan ada-nya tiga orang tersebut tadi, maka nyata-lah bahawa perarakan mayat itu telah di-ambil aleh dari keluarga si-mati oleh anasir2 politik yang mempunyai tujuan2 yang jahat supaya peluang itu dapat di-pergunakan untok membangkitkan anchaman politik yang berpanjangan.

Sa-benar-nya perkara membawa mayat ini hanya-lah satu perkara yang mudah dan kechil sahaja, tetapi mereka sengaja membesar2kan-nya.

Enche’ Mansor bin Mohd. Noor, Pegawai Penjaga Lalulintas, Polis Daerah Kuala Lumpur juga telah membuat satu kenyataan :-

“Pada jam 9.55 pagi, hari Khamis, 8hb. Mei, 1969, saya telah berada di-pejabat O.C.P.D untok berunding dengan-nya mengenai jalan2 yang akan di-lalui oleh perarakan mayat Lim Soon Seng. Pada jam 10.05 pagi, tiga orang telah datang ka-Pejabat O.C.P.D itu – mereka ia-lah Yap Kau, Tan Siew Eng (sa-orang perempuan China) Naib Pengerusi Parti Buroh Selangor, dan sa-orang Melayu, Syed Hamid bin Syed Ali.

“Ketiga2 orang ini telah datang ka-pejabat dan memohon kebenaran mengadakan perarakan mayat Lim Soon Seng. Mereka menuntut supaya perarakan itu melalui jalan2 yang telah di-tetapkan oleh mereka, tetapi O.C.P.D dan saya tidak bersetuju dengan jalan2 yang di-chadangkan oleh mereka.

“Saya berkeras supaya jalan2 yang patut di-lalui ia-lah daripada Jalan Sultan terus ka-Jalan Petaling, Jalan Kuching, Jalan Maxwell, Jalan Ipoh, kemudian terus ka-Kepong. Sa-balek-nya mereka menuntut jalan2 yang lain sa-bagaimana berikut :- Jalan Petaling, Jalan Kinabalu, Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ipoh.

“Ini bererti-lah perarakan itu akan melalui jalan2 di-tengah2 kota. Mereka berkeras hendak melalui jalan2 ini, sambil berkata bahawa sama ada Polis bersetuju atau pun tidak, mereka akan melalui juga jalan2 itu.

Oleh yang demikian saya terpaksa bersetuju dengan sharat bilangan orang2 yang akan mengikut dalam perarakan itu tidak-lah boleh lebeh dari sa-ribu. Kemudian O.C.P.D telah mengeluarkan lesen.”

Dari kenyataan-nya itu dapat-lah kita saksikan bahawa jalan2 yang di-chadangkan oleh Polis akan membawa perarakan itu melalui jalan2 yang kebanyakan-nya bersempadan dengan sa-panjang2 sungai, ia-itu jalan2 besar yang tidak melalui kawasan yang penoh dengan bangunan2.

Sementara jalan2 yang di-chadangkan oleh pehak yang menguruskan perarakan itu ia-lah jalan2 dari Utara ka-Selatan yang melalui tengah2 kota, yang penoh dengan kedai2 perniagaan. Jalan2 ini pada lazim-nya penoh sesak dengan orang ramai di-sapanjang siang hari dan sampai-lah ka-tengah malam.

Keadaan pada ketika itu meletakkan pehak Polis berada dalam kedudokan yang terdesak, kerana keesokan hari-nya ia-lah Hari Mengundi. Untok kepentingan Negara, maka mustahak-lah di-ambil segala langkah yang perlu bagi menghindarkan dari berlaku-nya sa-suatu perkara yang boleh menghalang Pilehanraya.

Sa-bagai pehak yang bertanggong-jawab untok menjaga undang2 dan keamanan, pehak Polis tidak bertujuan hendak membuka sa-barang peluang kapada pehak2 yang liar untok melakukan kekachauan.

Keluarga si-mati mempunyai hak untok membawa mayat, dan mengikut sa-bagaimana biasa, kena-lah mereka mendapatkan kebenaran dari Polis bagi mengadakan satu perarakan. Ini-lah chara hidup kita di-Malaysia, dan boleh di-katakan hampir pada sa-tiap hari kita dapat melihat perarakan yang sa-umpama itu berjalan di-Kuala Lumpur.

Polis tidak dapat membantah langkah menyerah persiapan2 mengadakan perarakan mayat itu kapada Parti Buroh Chawangan Kepong dan juga kapada anasir2 yang lain yang tidak ada kait-mengait dengan keluarga si-mati, tetapi pehak Polis sa-benar-nya faham dan mengerti tujuan pehak2 yang menganjorkan perarakan itu.

Oleh yang demikian tentu-lah pehak Polis perlu bersiap sedia untok menjalankan kewajipan mereka yang biasa dan berjaga2 untok menghadapi sa-barang tunjok perasaan yang mungkin timbul dari perarakan itu, tetapi mereka juga mesti berhati2 supaya kekachauan yang mungkin timbul itu tidak akan berlanjutan di-sapanjang hari itu.

Mereka cuma dapat meletakkan sharat2 yang tertentu untok perarakan itu, dan ini telah di-persetujukan di-antara kedua2 belah pehak dan juga pehak keluarga si-mati. Bagaimana persetujuan itu akan di-amalkan tidak-lah dapat di-agakkan sa-hingga keesokan hari-nya.

Di-dalam satu kenyataan yang terchatit, Enche’ Mansor bin Mohd. Noor telah melaporkan sa-bagaimana berikut :-

“Pada jam 8.45 pagi, 9hb. Mei, 1969, saya telah pergi ka-Rumah Mayat (Chik Sin Tong) di-Jalan Sultan untok menyaksikan sama ada persiapan2 dan peratoran2 bagi perarakan mayat itu di-jalankan sa-bagaimana yang telah di-persetujukan oleh Polis. Sa-kumpulan besar orang ramai telah berhimpun di-situ. Menurut lesen yang telah di-keluarkan, perarakan itu patut-lah di-mulakan pada jam 9.30 pagi, tetapi tidak di-mulakan sa-hingga 9.55 pagi.

“Perarakan itu sa-patut-nya membelok ka-kiri dari Jalan Sultan menghala ka-Bulatan Merdeka, tetapi sa-balek-nya telah membelok ka-kanan dan berjalan melalui Jalan Petaling, mereka telah menyorak2 dan mengejek2 Polis Lalulintas yang sedang bertugas dengan tujuan hendak menaikkan kemarahan mereka itu (Polis). Dengan berbelok ka-kanan, maka mereka telah melanggar sharat yang pertama.

“Kemudian perarakan itu telah berhenti di-penjuru Jalan Petaling dengan Jalan Cecil. Sa-masa di-situ mereka telah mula beruchap kapada orang ramai, menyanyi lagu2 dan menyebarkan risalah2 ajaran Mao, dan menampalkan risalah2 di-tembok2 dan tiang2 rumah2 kedai. Salah satu daripada risalah2 itu berbunyi “Rejim Tunku Abdul Rahman Kejam” ; dan yang satu lagi berbunyi “Ajaran Mao sahaja yang boleh di-amalkan di-sini”.

Mereka telah membawa sepandok2 gambar Mao dalam perarakan itu – saya tidak dapat menyatakan berapa banyak-kah sepandok2 gambar itu.

“Saya telah mendahului perarakan itu untok pergi ka-Foch Avenue dan telah menyoal ketua mereka yang berada di-kepala perarakan (kerana mereka telah mengikut jalan yang salah), “Kamu hendak ikut jalan mana?” Jawab-nya “Aku ta’ tahu dan aku ta’ peduli.”

“Perarakan itu telah berhenti tiap2 lima atau enam ela untok beruchap kapada beribu2 orang yang membanjiri kedua2 belah jalan raya. Ketika itu saya sedang berdiri di-hadapan Bangunan Malayan Banking dari mana saya dapat menyaksikan orang ramai telah bertambah2 ramai. Bilangan-nya sudah pun meningkat beribu2 orang, ia-itu berkali2 ganda melebehi dari sa-ribu orang yang telah dipersetujukan. Mereka bertempek “Polis anjing buruan Kerajaan.”

Dari laporan itu jelas-lah bahawa pehak polis telah bersabar daripada melakukan tindakan ka-atas perarakan itu. Sa-kali pun perarakan itu baru bergerak kira2 satu batu jauh-nya, tetapi jelas-lah bahawa mereka yang mengambil bahagian dalam perarakan itu bukan-lah sahaja terdiri daripada orang2 yang berkabong, sama ada yang di-upah atau sa-balek-nya, bahkan juga penunjok2 perasaan yang chuba hendak membangkitkan kekachauan, dan pemimpin2-nya tidak terdaya hendak mengawal perarakan itu. Penunjuk2 perasaan itu tahu bahawa Polis tidak akan menjalankan sa-barang tindakan kechuali ada sebab2 yang besar untok mereka berbuat bagitu.

Perbuatan2 provokasi ada-lah sa-bahagian daripada ranchangan mereka, tetapi usaha2 dan chabaran2 mereka tidak berjaya menyentoh perasaan Polis.

Kenyataan Enche’ Mansor bin Mohd. Noor yang telah di-chatitkan selanjut-nya memberikan gambaran yang umum mengenai dengan perarakan itu, dan menunjokkan kelakuan mereka yang telah mengambil bahagian, dan juga apa yang telah berlaku di-beberapa tempat di-sapanjang2 jalan yang di-lalui oleh perarakan itu. Kenyataan itu ada-lah sa-bagaimana berikut :-

“Apakala perarakan itu tiba di-penghujong Jalan Petaling berhadapan dengan Malayan Banking, mereka telah membelok ka-kanan masok ka-Jalan Yap Ah Loy, ia-itu jalan yang tidak di-benarkan, menghala ka-Jalan Klyne dan kemudian-nya berpusing masok ka-Jalan Mountbatten – semua jalan2 ini ada-lah jalan yang di-tegah masok.

“Kemudian mereka bergerak melalui Jalan Mountbatten hingga mereka sampai di-penjuru Jalan Mountbatten dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pada jam 11.25 pagi perarakan itu telah tiba di-penjuru jalan ini. Kemudian mereka bergerak perlahan2 menuju ka-Jalan Ipoh.

“Di-hadapan Bangunan MARA kira2 500 orang yang menaiki motosikal yang sedang menunggu di-situ telah menyertai perarakan itu. Pada ketika itu saya telah menulis sa-berapa banyak nombor2 motosikal itu. Mereka telah berhenti di-hadapan Bangunan MARA untok sa-kali lagi membuat uchapan kepada orang ramai.

“Pada jam 12.35 tengah hari mereka telah sampai di-hadapan Ibu Pejabat UMNO dan sa-kali lagi membuat uchapan kepada orang ramai dan mengeluarkan kata2 yang menghina.

“Pada jam 2.25 petang mereka telah sampai di-penjuru Jalan Jinjang dan Jalan Ipoh. Ketika itu hujan mulai turun.

“Pada jam 3.00 petang mereka telah tiba di-Ibu Pejabat Parti Buroh Malaysia, Kepong. Di-Kepong beribu2 orang telah berator di-kiri kanan jalan untok memberi minuman kapada mereka. Mereka telah berhenti sa-lama 45 minit di-tempat itu untok menyusun sa-mula perarakan tersebut.

“Pada jam 5.00 petang mereka telah sampai di-Balai Polis Kepong dan bergerak sa-hela sambil memberi uchapan kapada orang ramai dengan menyebarkan ajaran2 Mao dan memaki Polis. Perasaan orang ramai telah mula menjadi hangat dan kami menjangka kekachauan akan meletus di-saat itu.

“Pada jam 5.30 petang mereka telah tiba di-penjuru jalan kechil yang menuju masok ka-tanah perkuboran dan terus berjalan hala ka-perkuboran.

“Sa-telah itu saya telah balek dan tiba untok membuat laporan di-Pusat Kawalan pada jam 6.00 petang.

“Kelakuan orang2 yang mengikuti perarakan mayat itu amat-lah liar dan merupakan perbuatan provokasi, dan sa-kira-nya pehak polis tidak dapat menahan kesabaran maka tentu-lah kekachauan telah terchetus pada hari itu juga. Bilangan mereka tidak kurang dari 10,000 orang. Beribu2 orang mungkin terbunoh kira-nya kami tidak menahan sabar. Saya tidak shak lagi ini-lah yang mungkin berlaku. Mereka memang telah mengatorkan segala2-nya dengan rapi.

“Menurut Inspektor Sakunathan, dia telah melihat senjata2 di-sembunyikan di-dalam keranda dan mayat si-mati telah di-usong di-luar keranda itu dan di-balut dengan kain. Ini telah di-sahkan oleh Insepktor itu.”

Sikap polis yang bijak menghadapi keadaan yang sangat merbahaya yang telah di-timbulkan oleh Komunis dan puak2 pelampau kiri untok mengambil kesempatan dari perarakan mayat itu patut-lah di-beri kepujian yang sa-tinggi2-nya. Memandang kapada peristiwa2 yang telah berlaku kemudian-nya, dan kapada perasaan yang sa-makin bertambah hangat apakala perarakan itu sa-makin dekat dengan tanah perkuboran, maka kenyataan Enche’ Mansor itu boleh-lah di-katakan sederhana. Biar-lah saya mengulangi-nya “beribu2 orang mungkin terbunoh kira-nya kami tidak menahan sabar. Saya tidak shak lagi ini-lah yang mungkin terjadi.”



Dari gambar2 yang telah di-ambil dan laporan2 yang telah di-buat, maka nyata-lah tunjok perasaan yang besar ini telah di-ranchang dan di-ator dengan rapi-nya. Nyata-lah bahawa dari sa’at Parti Buroh dengan sa-chara kebetulan mendapat sa-orang “Pahlawan,” maka Komunis dan puak pelampau kiri ini bertujuan hendak mengambil kesempatan itu untok kepentingan mereka dengan sa-penoh-nya.

Mereka telah berjaya mengambil aleh untok mengatorkan perarakan mayat itu. Mereka menuntut supaya perarakan mayat itu di-adakan pada Hari Mengundi. Mereka mengarahkan semua chawangan dan penyokong2 parti itu supaya bersiap sedia untok menggunakan sa-penoh2-nya perarakan mayat itu bagi kepentingan mereka. Dalam masa 5 hari mereka telah bersebok menyediakan beribu2 poster dan chogan2 kata. Mereka telah mengatorkan satu persatu-nya dengan tersusun rapi.

Tidak-lah mudah hendak mengumpulkan 500 buah motosikal untok berada di-satu tempat dan satu masa yang tertentu. Terkechuali untok perlumbaan motosikal, tetapi mereka telah berada dan menunggu untok bersama2 menyertai di-dalam perarakan itu di-pertengahan jalan. Kita tentu dapat menggambarkan bagaimana bising bunyi injin motosikal yang beratus2 itu dapat menaikkan lagi perasaan di-dalam suasana yang telah pun sedia hangat.


Ini mungkin bukan satu kejadian yang berlaku sa-chara kebetulan, dan bukan-nya perhimpunan yang terjadi dengan sendiri. Ia-nya telah di-ator dan di-ranchangkan terlebeh dahulu. Perarakan motosikal ini-lah satu2-nya peristiwa yang dapat menggambarkan bagaimana pehak Komunis telah bersunggoh2 berusaha untuk menggunakan perarakan mayat itu sa-bagai satu helah untok menimbulkan suasana yang tegang yang boleh merebak sa-hingga tidak terkawal lagi. Dengan itu mereka mengharapkan supaya Kota Kuala Lumpur dan seluroh Negara terperangkap di-dalam keadaan huru-hara.

Mereka telah gagal dalam usaha mereka yang besar ini. Sekarang soal-nya ia-lah sama ada mereka akan menchuba sa-kali lagi. Ketika itu tidak-lah dapat hendak di-agakkan sa-takat mana-kah kesan daripada peristiwa2 tegang di-sapanjang2 hari Juma’at itu akan menchachatkan Pilehanraya pada keesokan hari-nya.

Satu perkara yang nampak dengan jelas pada malam itu ia-lah sa-kali pun ada-nya seruan supaya memulaukan Pilehanraya, tetapi Pilehanraya pasti-lah berlangsong menurut seperti yang telah di-tetapkan.

Komunis sa-kali lagi gagal kerana bilangan pengundi2 yang telah keluar untok mengundi pada hari keesokan-nya ia-lah sa-habis2 ramai sa-kali dalam sejarah Malaysia.

EXPERIMENT...


Monday, September 3, 2012

Penjelasan Sebalik Dakwaan Dipukul

Tulisan ini agak panjang. Saya berharap rakan-rakan pembaca blog ini dapat membaca perlahan-lahan dari atas ke bawah mengikut turutan tanpa meninggalkan satu perenggan pun supaya anda jelas dengan apa yang saya ingin sampaikan.
Apabila disebut perkataan seni ramai diantara kita akan ingat kepada hasil kerja tangan. Seperti seni lukis, seni hiasan, seni pertukangan, seni masakan dan juga beberapa seni lain. Perkataan seni juga mengingatkan kita kepada dunia hiburan.
Tidak ramai diantara kita yang ingat atau sedar bahawa politik juga ada seni yang tersendiri. Persepsi, muslihat, propaganda dan tipu helah antara elemen yang ada dalam seni politik. Tidak kira parti mana dan dinegara mana setiap parti ada cara tersendiri dan tertentu untuk mempengaruhi rakyat atau mengubah pendirian serta pemikiran rakyat agar menyokong parti mereka.
Di Malaysia, parti pemerintah negara lebih kepada memilih pendekatan menjelaskan kepada rakyat apa kerja dan sumbangan dan jasa-jasa yang mereka lakukan dalam usaha membangunkan negara dan menolong rakyat. Pendekatan cara itu pun perlu, tetapi ianya tidak cukup kuat.
Dalam politik setakat orang ramai suka atau sayang kepada kita tidak cukup untuk kita mendapat sokongan atau kemenangan. Kita perlu buat agar orang ramai suka dan sayang kepada kita, dalam masa yang sama mereka marah dan benci kepada pihak musuh. Itu pun belum cukup lagi. Elemen simpati juga diperlukan. Apabila elemen suka dan sayang bercampur dengan marah serta kebencian dan dicampur lagi dengan elemen simpati, ianya akan menghasilkan satu keputusan yang memuaskan.
Di Malaysia ketiga-tiga elemen itu digunakan sebaik mungkin oleh pembangkang. Kekalahan yang sederhana teruk BN pada PRU 1999 juga disebabkan oleh tiga elemen tersebut.
Sebagai seorang pemimpin yang pernah berada dalam kerajaan dan mempunyai jawatan serta kuasa yang besar sudah tentulah Anwar ada penyokong-penyokongnya yang tersendiri yang telah termakan budinya atau menyukainya kerana penampilannya serta tutur katanya yang menarik. Dan orang-orang ini semuanya ada perasaan suka dan sayang kepadanya. Itu pasal Anwar naik dengan cepat dalam Umno sehingga tinggal satu tahap lagi untuk menjadi orang nombor satu negara.
Apabila Anwar dipecat maka sudah tentulah penyokong-penyokongnya marah kepada Tun M dan juga kepada Umno. Anwar mengambil peluang tersebut untuk memburuk-burukkan Tun M serta Umno dan menyemai perasaan benci kepada pengikut-pengikutnya terhadap Tun M serta Umno . 
Perlu diingat pengikut Anwar bukannya kecil. Beliau seorang TPM dan Timbalan Presiden Umno sudah pastilah mempunyai pengikut yang ramai. Pengikut yang ramai tersebut pula menjadi ejen untuk menyemaikan perasaan benci kepada orang ramai melalui pelbagai pendekatan, termasuklah ceramah-ceramah. 
Sebaik sahaja Anwar ditangkap dan ditahan dibawah ISA sebelum ditahan dipenjara, Wan Azizah dan keluarganya pula memainkan peranan agar orang ramai terus membenci Tun M dan Umno. Wan Azizah dan keluarganya juga banyak bermain dengan sentimen kesedihan untuk menagih simpati orang ramai. 
Dengan penuh sedih dan sayu Wan Azizah duduk bersusun dengan anak-anaknya menceritakan bagaimana Anwar ditangkap. Kononnya polis datang tendang pintu rumah mereka bagaikan hendak menangkap penjenayah besar. Dibawa dalam van bersama Azizah kemudian dipisahkan dalam perjalanan dengan Anwar dibawa menaiki kenderaan lain dan matanya ditutup. Dia ikut ke Bukit Aman dan dihalau balik serta tidak dibenarkan bertemu Anwar. Apa yang Azizah lakukan, dengan lakonan sedihnya itu membuatkan orang ramai menitiskan air mata yang akhirnya telah mengundang simpati kepadanya. 
Tidak cukup dengan itu, selang sehari dua selepas Anwar ditangkap Wan Azizah berkata pula kononnya Anwar disuntik dengan kuman HIV oleh pihak polis. Kemarahan orang ramai dan kebencian mereka kepada Tun M, Umno dan polis makin meningkat. Manakala simpati kepada Wan Azizah terus bertambah. 
Tidak lama selepas itu, tup...tup....muncul Anwar buat kali pertama di depan orang ramai selepas ditahan dengan matanya yang lebam di Mahkamah Petaling Jaya. 
Apa lagi ???
Segala kemarahan dan kebencian orang ramai terhadap Umno dan BN serta simpati kepada Wan Azizah dan keluarga diterjemahkan diatas kertas undi pada PRU ke 10 pada tahun 1999. BN mengalami kekalahan yang agak boleh tahan, tetapi tidaklah sampai hilang 2/3.
Tun M mengambil tanggungjawab atas keputusan PRU yang tidak berapa memihak kepada BN itu. Beliau berjaya membetulkan tanggapan dan persepsi masyarakat terhadap Umno dan kerajaan serta melawan apa sahaja isu yang dimainkan pembangkang. Selepas beberapa tahun Tun M berjaya. Penyokong-penyokong Umno atau BN kembali berani memakai baju Umno/BN atau menampal pelekat kereta. Setelah kepercayaan rakyat berjaya dipulihkan Tun melepaskan jawatan dan menyerahkannya kepada Pak Lah. Akhirnya keputusan PRU ke 11 pada tahun 2004 menyaksikan BN menang dengan selesa.
Sokongan besar rakyat berjaya diperolehi BN pada PRU 2004. Malangnya BN tidak menggunakan peluang tersebut untuk mengekalkan atau menambahkan lagi sokongan rakyat kepada mereka. BN buat perkara-perkara yang tidak disukai oleh rakyat. Keputusan-keputusan yang tidak logik, kenaikan harga petrol, janji tidak naikkan harga eletrik, kemudian dinaikkan dan perkara-perkara lain yang menyusahkan rakyat. Walaupun tewas dibeberapa kerusi dalam pilihanraya negeri Sarawak sebelum itu (2006) kerajaan seolah-olah tidak mempedulikan isyarat yang diberikan. Kerajaan terus dengan keputusan-keputusan atau tindak tanduk yang tidak popular dimata rakyat.
Seperti biasa, pembangkang hanya menunggu peluang untuk menyemaikan perasaan benci orang ramai terhadap kerajaan yang memerintah. Kebetulan Anwar berada di luar penjara dan dia memang pakar dalam hal untuk menyemaikan sentimen kebencian. Umno dan BN berjaya dibencikan dari segenap sudut. Dari kenaikan harga barang, amalkan rasuah hinggalah kepada perkara yang remeh temeh. Ditambah pula dengan cerita-cerita Anwar bagaimana dia 'dizalimi', ditangkap dan dipenjara. Akhirnya kita semua dapat saksikan bagaimana keputusan PRU ke 12 pada tahun 2008. Oleh yang demikian janganlah beranggapan sentimen orang suka atau orang kasih sayang kepada kita boleh menjamin kemenangan. Sentimen kebencian kepada musuh dan simpati juga diperlukan untuk memastikan kemenangan.
Seorang bekas pembantu peribadi Anwar Ibrahim, saudara Rahimi Osman, orang yang dipertanggungjawab untuk menjaga jadual kempen pilihanraya atau road show Anwar untuk PRU 2008, pengiraan yang beliau lakukan selepas keputusan pilihanraya mendapati 80 peratus kerusi yang Anwar turun padang dimenangi pembangkang termasuklah yang ditandingi Pas dan DAP.
Itu kehebatan seni politik Anwar Ibrahim yang kita semua kena akui. Hebatnya Anwar sampaikan video yang disahkan oleh pakar 99.9 peratus tulen pun beliau boleh pusingkan cerita itu fitnah yang dibuat oleh musuh. Lebih syok lagi apabila Dewan Ulama Pas adakan satu usul khas dalam muktamar mereka untuk mempertahankan Anwar Ibrahim dalam isu video tersebut. Itu ulama, orang yang alim, yang hafal quran dan sebagainya, pun Anwar boleh butakan hati mereka, apatah lagi kita yang bukan ulama. Saya bersyukur walaupun ilmu agama saya tidaklah sehebat ulama tetapi hati saya tidak buta untuk menyokong Anwar Ibrahim.
Menjelang PRU 13 akan datang, ramai orang berkata pilihanraya itu adalah ibu kepada segala pilihanraya. Pembangkang hanya perlukan selangkah lagi untuk lompat naik keatas. Manakala BN hanya ada selangkah sahaja lagi untuk jatuh ke bawah. Samada BN akan jatuh atau pembangkang yang berjaya lompat kita pun tak tahu. 
Dalam pilihanraya undi ahli Umno, ahli Pas, ahli PKR atau ahli mana-mana parti tidak cukup untuk mencatatkan kemenangan. Undi golongan yang tidak berparti atau pun dipanggil golongan atas pagar yang menentukan menang kalah satu-satu parti. Dan golongan yang tidak berparti atau tidak berpolitik ini kebiasannya mereka tidak ambil peduli perkara-perkara politik melainkan ada isu besar atau isu kontrovesi yang membuatkan orang ramai bercakap dan menarik perhatian mereka untuk tahu. Satu lagi isu yang selalu orang bercakap. Apabila selalu orang bercakap lama kelamaan mereka juga akan tahu. 
Apabila Datuk Najib menjadi PM ramai orang bercakap beliau anak Tun Razak dan kebanyakan orang tua-tua tahu Tun Razak seorang yang baik. Di kampung-kampung orang bercakap tentang Najib orang bagus dan dari keturunan orang baik-baik. Sokongan orang ramai kepada Umno mula meningkat selepas Datuk Najib ambil alih negara. Apabila menyedari perkara itu mereka tukar strategi pula dengan menyerang dan menimbulkan kebencian orang ramai terhadap isteri PM. Macam-macam cerita yang mereka cipta untuk menimbulkan kebencian orang terhadap isteri PM. Nama Rosmah dah jadi perkataan wajib atas pentas ceramah mereka. Apabila diulang-ulang bertahun-tahun , lama kelamaan akan jadi bualan orang termasuklah golongan yang tidak ambil tahu pasal politik. 
Berbalik kepada isu kontrovesi yang boleh menarik perhatian orang ramai termasuklah golongan tidak berparti atau berpolitik. Kontrovesi boleh wujud dengan pelbagai cara samada gembira atau sedih. 
Seperti yang saya katakan diatas, apabila Anwar ditangkap Wan Azizah menceritakan bagaimana 'kezaliman' polis menangkap Anwar. Kemudian Wan Azizah dakwa Anwar disuntik kuman HIV. Tidak cukup dengan itu, Wan Azizah kata lagi Anwar diberi racun arsenik hinggakan kalau genggam rambutnya maka rambutnya itu akan gugur. Semuanya itu melahirkan simpati orang ramai kepada mereka sekeluarga.
Terbukti apa yang dituduh oleh Wan Azizah itu tidak benar. Jika benar sudah lama Anwar mati atau terlantar sakit.
Menjelang PRU 13 yang akan menentukan samada Anwar akan sampai ke Putrajaya atau tidak, taktik-taktik diatas digunakan dengan begitu agresif oleh Anwar dan PKR untuk menarik perhatian orang ramai yang tidak ambil tahu pasal politik agar memberikan sokongan kepada mereka. 
Dengan nada sedih dan gaya lakonan tersendiri diatas pentas ceramah Anwar menceritakan bagaimana dia dan keluarga difitnah dan diaibkan oleh Umno melalui tuduhan liwat dan aksi bersama pelacur untuk memalukan dia. 
"Saya dan keluarga telah lama difitnah, diaibkan oleh Umno, tapi kami sabar dengan ujian ini". Kalau ada Wan Azizah bersama di pentas ceramah dia akan kata pula " tapi nasib baiklah saya ini ada isteri seperti Azizah yang tabah dan selalu pesan agar saya bersabar", dan Wan Azizah pula akan pamerkan senyuman macam kerang busuk untuk tagih simpati.
Kemudian muncul pula cerita-cerita kononnya ada cubaan untuk mengancam nyawanya seperti kenderaannya cuba disabotaj dengan merosakkan bahagian brek. Di sini
Lakonan kecederaan beliau semasa perhimpunan bersih 2 tahun lepas.
Pengawal peribadi Wan Azizah disuntik racun. Dikatakan cuba menyasarkan suntikan kepada Wan Azizah tetapi tersalah suntik pengawal peribadinya. Bodohnya tukang suntik. Lelaki dengan perempuan pun tertukar ke ? Lihat di sini...
Tempohari dikatakan berlaku di Johor kereta Anwar dibaling telur dan dirosakkan. Bukannya saya tidak pernah mengikuti ceramah Anwar Ibrahim. Setiap kali Anwar turun padang untuk berceramah dia akan diiringi oleh pengawal-pengawal yang terdiri pencacai-pencacainya. Ada rakan saya memanggil mereka-mereka ini UTK Pekak. Ini kerana lagak dan gaya mereka mengalahkan UTK Polis. Punyalah ramai UTK Pekak mengelilingi Anwar dan ramainya penyokong PKR di tempat ceramah, tak mungkin mereka tidak dapat menangkap orang yang cuba mengkhianati Anwar ?
Terbaru yang berlaku di Kota Bharu dua hari lepas. Bas PKR disimbah cat merah dan dipecahkan cermin. 
PKR melabur wang yang banyak untuk mendapatkan bas tersebut bagi mengadakan siri jelajah mereka. Pelaburan yang besar tidak akan berbaloi jika hasil tidak memuaskan. PKR mahu semua orang bercakap dan tahu tentang kewujudan bas itu. Mereka mesti memastikan setiap siri jelajah yang menggunakan bas tersebut akan dipenuhi puluhan ribu orang. Mereka mahu idea kreatif mereka itu menarik perhatian dan menjadi bualan orang ramai dengan harapan akan diterjemahkan diatas kertas undi kelak. 
Untuk menjadi perhatian dan perbualan orang ramai ianya memerlukan kontrovesi. Dan untuk mencetuskan kontrovesi agar menjadi perhatian ramai maka berlakulah kejadian bas disimbah cat dan dipecahkan cermin. 
Setahu saya PKR amat berhati-hati dalam soal keselamatan. Jika ada sidang media yang dilakukan di pejabat mereka setiap wakil media atau orang awam yang ingin mengikuti sidang media tersebut akan diteliti satu persatu. Jika ada individu-individu yang meragukan mereka tidak benarkan masuk.
Dalam soal bas itu, mestilah PKR akan memasang pengawal untuk menjaganya atas faktor keselamatan. Tetapi semasa kejadian tidak ada pengawal yang menjaganya. Kemana hilangya semua UTK Pekak mereka ? Kenapa mereka tidak jaga bas ?
Apabila berlaku kejadian tersebut ianya mula menjadi perhatian orang ramai dan orang mula bercakap mengenainya. Akhirnya kontrovesi berjaya dicipta dan bas itu mula menjadi perhatian. 
Sinar Harian 3.Sept.2012
Seperti biasa musuh politik mereka dipersalahkan dan simpati akan datang kepada mereka termasuklah dari golongan yang tidak berparti. Dan dalam masa yang sama mereka berjaya wujudkan kebencian terhadap musuh politik mereka.
Secara logiknya mari kita berfikir
Perlukah musuh politik melakukan begitu kerana dengan lakukan begitu masyarakat akan membenci mereka dan sokongan kepada PKR akan meningkat ?
Jika musuh yang melakukannya, mengapa mereka hanya baling cat dan pecahkan cermin sahaja ? Kerosakkan yang boleh diperbaiki dengan kos yang tidak terlalu mahal. Bukankah baik jika mereka bakar sahaja bas tersebut ?
Musuh tidak perlu sayang untuk bakar bas tersebut kerana itu bukan harta mereka. Orang yang tak bakar maknanya dia sayang bas tersebut. Siapa lagi yang menyayangi bas tersebut jika bukan pemilik dan sekutu-sekutunya ?
Selain dari isu bas timbul juga cerita kononnya bilik hotel penginapan Anwar juga cuba diceroboh. Lihat di sini. 
Seperti biasa juga seperti kejadian yang lepas-lepas, Umno juga yang menjadi mangsa untuk dipersalahkan oleh penyokong-penyokong mereka. 
Dalam masa satu hari dua kejadian di Kota Bharu sudah boleh menimbulkan simpati dan seterusnya meningkatkan sokongan orang ramai kepada mereka, dan orang ramai membenci Umno. Itulah sebahagian dari seni politik.
Simpati dan benci adalah perkara yang paling mudah untuk kita dapat jika kita pandai. Apabila kita berjaya mewujudkan simpati terhadap kita dan mewujudkan benci terhadap musuh maka kita akan mendapat sokongan.
Saya tidak bercakap kosong. Saya ada melakukan eksperimen terhadap perkara ini. Dan tujuan saya lakukan eksperimen untuk memberi contoh dan membuktikan kepada anda. 
Sebelum saya jelaskan apa yang berlaku terlebih dahulu saya memohon maaf banyak-banyak kepada semua rakan-rakan pembaca dan rakan-rakan saya. Untuk lakukan perkara ini saya memikirkannya hampir 30 jam. Setelah hampir 30 jam pun masih belum dapat keputusan lagi. Saya perlu berfikir panjang kerana ianya melibatkan kepercayaan orang ramai terhadap saya. Perasaan takut terhadap rakan-rakan pembaca menyelubungi diri saya. Walaupun hubungan saya dengan anda sekadar antara seorang penulis blog dengan pembacanya dan tidak melibatkan apa-apa bayaran tetapi perasaan hormat serta takut kepada anda semua tetap ada.
Pendapat dan nasihat yang diberikan kawan-kawan bercampur-campur. Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Itu yang membuatkan saya berfikir panjang. 
Setelah timbul cerita bas PKR disimbah cat merah dan dipecahkan cermin serta bilik hotel Anwar cuba diceroboh , saya dan Papa Gomo serta House PK dan beberapa rakan lain berbincang dan kami sudah menjangka Umno akan menjadi mangsa untuk disalahkan.
Perbincangan sesama kami melalui BBM group sudah boleh mengagak dua kejadian yang berlaku di Kota Bharu adalah sebahagian dari seni politik. Kami memikirkan bagaimana untuk menyampaikan mesej yang jelas kepada rakyat tentang perkara itu. Sampai bila kita nak biarkan Umno yang menjadi kambing hitam ?
Satu cadangan dikemukakan tetapi tidak semua yang setuju agar cadangan diadakan satu ekspirimen bagi meyampaikan mesej yang jelas kepada orang ramai.
Disaat saya masih lagi berfikir samada setuju atau tidak untuk melakukan eksperimen tersebut, tanpa saya ketahui tiba-tiba sahaja meletup cerita melalui mesej broadcast blackberry kononnya saya dipukul empat lelaki di Puchong. Saya sendiri pun agak terkejut.
Telefon saya dihujani panggilan dan sms bertalu-talu. Ada yang saya jawab dan ada yang tidak. Tiba-tiba sakit kepala dan pening. Sebab saya masih belum bersedia.  Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi menjawab panggilan telefon dan sms. Begitu juga dengan BBM dan twitter. Ramai yang menghubungi untuk melahirkan rasa simpati. Ada yang tawarkan wang perubatan, dan ada yang tawarkan untuk mencari orang yang memukul saya. 
Akhirnya saya mengambil keputusan untuk meneruskan eksperimen kerana benda telah pun berlaku dan saya sedia menerima akibatnya. Itulah yang buat tulisan ini petang semalam.
Seingat saya dua hari sebelum itu saya memeriksa pengikut twitter saya @rbf_online sebanyak 769 pengikut. Tetapi selepas tersebar berita saya dipukul tak sampai 1 jam saya lihat pengikut saya telah mencecah kepada 800. Dan sehingga jam 5.00 petang tadi pengikut saya meningkat kepada 833. 
Maknanya berlaku pertambahan yang mendadak. Jika sebelum ini pengikut saya bertambah hanya 1 atau 2 sehari dan ada harinya tidak bertambah, tetapi semalam bertambah dengan mendadak sedangkan saya tidak melakukan apa-apa tweet semalam. Jika sebelum ini orang yang mengikuti mungkin boleh dikatakan pembaca blog ini , para kenalan, ahli keluarga atau orang yang ambil tahu pasal rbf online sahaja. Tetapi selepas berita saya dipukul orang yang selama ini yang tidak pernah ambil tahu atau ambil pusing pasal rbf online tiba-tiba sahaja mereka ambil berat dan ambil tahu serta menyokong saya dengan mengikuti twitter saya. Sebabnya mereka simpati kepada saya.
Sekiranya saya seorang penulis blog yang tidaklah berapa hebat boleh meningkatkan sokongan dan berjaya meraih simpati, apatah lagi seorang pemimpin besar seperti Anwar dan sebuah parti seperti PKR yang mempunyai dana yang besar. Sudah tentu ada pelbagai cara dan strategi yang boleh mereka lakukan untuk meningkatkan sokongan dan mendapat simpati rakyat. 
Melalui eksperimen ini kita dapat mesej jelas, sekiranya anda berjaya mendapat simpati maka sokongan kepada anda semakin meningkat. Bodohlah sekiranya Umno yang rosakkan bas PKR kerana ianya akan meningkatkan sokongan orang ramai kepada PKR. 
Jadi jangan terkejut sekiranya selepas ini muncul pula cerita kononnya rumah Anwar cuba dibakar, pejabat PKR dibaling bom atau sebagainya. Anda kena faham itu adalah sebahagian dari seni politik untuk menagih sokongan orang ramai.  
Akhir kalam saya mohon maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut jika eksperimen yang dijalankan telah menyusahkan anda. Saya sedar dan saya tahu bahawa saya terpaksa membayar eksperimen ini dengan harga yang mahal kerana ianya melibatkan kepercayaan orang ramai terhadap saya. Tetapi tak mengapalah, saya redha jika kerana tujuan ini saya hilang kepercayaan anda. Inilah perjuangan.....ianya memerlukan pengorbanan. Semoga anda semua memaafkan saya.

Dipetik daripada tulisan RBF ( dengan izin )