Pelajar ijazah kelas pertama tak perlu bayar balik.....Apa Lagi Mahukan Ini Semua Akan Berusaha Untuk Belajar
JOHOR BAHRU – Seramai 4,430 pelajar ijazah sarjana muda kelas pertama
yang menamatkan pengajian sebelum tahun 2010 tidak perlu membayar balik
pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).Menteri
Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini
berikutan keputusan kerajaan yang bersetuju memperluaskan dasar pinjaman
boleh ubah kepada pelajar berkenaan.Beliau memberitahu demikian kepada
pemberita selepas majlis pelancaran Skim Simpanan Pendidikan Nasional-i
(SSPN-i) dan penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN kepada
255 pelajar Parlimen Pasir Gudang, di sini, hari ini.Mohamed Khaled
berkata, pinjaman yang ditukarkan kepada biasiswa untuk pelajar
cemerlang itu diputuskan pada 15 Jun lepas selaras dengan tindakan
kerajaan melaksanakan semula dasar pinjaman boleh ubah bagi pelajar
ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf yang tamat pengajian
mulai 1 Januari 2010."Sebanyak 4,430 pelajar itu merupakan mereka yang
diluluskan pinjaman pendidikan PTPTN selepas 1 Julai 2005 dan menamatkan
pengajian sebelum 1 Januari 2010 melibatkan pembiayaan RM116.2 juta,”
katanya.Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata,
peluasan dasar pinjaman boleh ubah itu dibuat selepas kerajaan
berpendapat bahawa pelajar cemerlang wajar diberi pengiktirafan selain
menggalakkan pelajar terus berusaha mendapatkan keputusan cemerlang. –
BERNAMA
INILAH USAHA KERAJAAN DIBAWAH PERTADBIRAN NAJIB SUPAYA PELAJAR TERASA
INGIN LAGI BERUSAHA UNTUK MENDAPATKAN GRED YANG LEBIH
TINGGI.......INILAH YANG PATUT DIBUAT OLEH KERAJAAN SUPAYA PELAJAR AKAN
TERUS MEMBERI TUMPUAN KEPADA PELAJARAN.DATUK SERI NAJIB MEMANG HEBAT,INI
MEMBUATKAN PEMBANGKANG SEMAKIN LAMA PRU 13 SEMAKIN TAKUT.ITULAH
SEBABNYA MEREKA MAHUKAN BILA DIADAKAN PRU UMUM AKAN DATANG.
No comments:
Post a Comment