Salam saudaraku,
Kafir mengkafir dikalangan orang-orang Melayu wujud apabila kegairahan mereka untuk menang pilihan raya. Fenomena ini berlaku kerana keinginan mengecap rasa bagaimana nikmatnya memerintah sesabuah negara. Dengan andaian, sebagai pemerintah kuasa berada didalam tangan, apa yang dikhendfaki semua boleh dapat. Bagitulah mudahnya (barangkali) tafsiran yang terdapat di setiap sanubari individu ahli sesabuah parti politik.
Orang Melayu mengkafirkan orang Melayu. Bahkan ada orang Kafir yang mengambil kesempatan menumpang tui mengkafirkan orang Melayu. Gejala ini berlaku disebabkan kegairahan untuk berpolitik tanpa batas.
Allah telah berfirman bahawasanya orang-orang Islam sahaja yang diterima memasuki Mekah Al Mukaramah dan Madinah Al Munawarah. Allah tidak redha selain daripada Orang Islam sahaja yang boleh dan dibenarkan mengunjungi dua buah kota suci ini. Terdapat beberapa cubaan orang-orang kafir sebelum ini untuk menyeludup masuk tetapi Allah telah menggagalkan usaha-usaha mereka.
Soalan saya, sekiranya orang-orang Melayu yang dikafirkan itu telah menjadi kafir saperti yang di "fatwakan" oleh sabuah parti politik, mengapa Allah tidak menggagalkan kemasukan orang-orang Melayu "kafir" itu. Jika sekiranya orang-orang Melayu tersebut termasuk saya, yang menjadi kafir,mengapa mereka derduyun-duyun dibenarkan pergi keMekah dan Madinah menunaikan haji dan umrah setiap tahun. Tidak kurang daripada 28,000 rakyat Malaysia tahun lalu telah menunaikan haji dan umrah.
Disisi Allah, semua tetamuNYA (orang Islam ) diterima menunaikan ibadah haji dan umrah. Oleh yang demikian dapatkah kita menerima perbuatan kafir mengkafir sesama Islam itu sebagai perbuatan yang diredhai ALLAH.?
Fikir-fikirkan lah.
No comments:
Post a Comment