Total Pageviews

Wednesday, June 27, 2012

BUKAN SENANG NAK JADI PEMERINTAH...

Nak memerintah sesabuah negara bukanlah senang saperti makan kacang - kopek dan kunyah. Itu sahaja yang harus  anda lakukan. Contoh ketara yang kita boleh ambil iktibar ialah di antaranya pemerintahan negeri Selangor oleh PKR, Kedah oleh PAS, P.Pinang oleh DAP dan Kelantan (PAS).

Cuba anda  berhenti sajenak dan tumpukan pemikiran anda kepada kerajaan-kerajaan yang di sebutkan diatas.

Selangor dengan peristiwa aneh yang bertali arus dengan kelab malam, sarang pelacuran yang berselindung disebalik spa dan rumah urut, peningkatan jenayah ( pembunuhan dan dadah ) kisah-kisah murtad, sex songsang, LBGT,  masaalah masjid dan surau yang telah dinodai oleh maknusia ( yang tak pernah mengetahui apa itu  hadas kecil dan besar ), sampah sarap yang tak tertahan baunya  dan berbagai-bagai "drama dan telenova " yang di lakonkan artis-artis dari parti-parti politik. Maaf,  kerana saya tak dapat paparkan  kesemua  peristiwa-peristiwa disini kerana telah menjadi umum.

Kedah pulak  dengan peristiwa meroboh surau yang telah diwakaf sejak 100 tahun semata-mata untuk menunjukan taat setiakawan  kepada rakan kongsi sehingga sanggup mengujudkan fatwa untuk menghalalkan tindakan. Hutan-hutan takungan ( tadahan ) air  telah digondolkan sehingga ketahap oren. Nite club tumbuh bagai cendawan selepas hujan, banjir yang tak dapat dikawal, kelohan pemborong-pemborong  kecil binaan  bumiputra yang tidak mendapat projek dari kerajaan dan kegagalan membangunkan Kulim Biotech Park keperingkat yang lebih sesuai dengan namanya.

Di Pulau .Pinang pulak, boria sudah tidak kedengaran lagi, tetapi digantikan pulak dengan saman menyaman diantara UMNO dan DAP. Rumah baru untuk rakyat termiskin  sudah tiada, rumah mewah muncul  sebanyak-banyaknya saolah-olah  sekaranglah masanya untuk membina rumah-rumah tersebut.
Takut kalau-kalau nanti kalah PRU 13, peluang nak dapat imbohan akan lesap. Kemelut Jabatan Agama belum lagi nampak penyelesaianya. Perbuatan rebut merebut jawatan yang dipertua menyebabkan orang Melayu Pulau Pinang ternganga-nganga dan tak sedar yang langau lalat telah berada didalam mulut. Pokok pala sudah ditebang, Tanjung Tokong sudah tinggal " Tok Kong", Tanjung Bunga sudah jadi "Tanjung Batu", Bayan Lepas sudah " terlepas"

Kelantan, tak usah cakapla, minum aye karat sokmo. Itu negeri bulan ada lebih besar dari negeri-negeri lain di Malaysia. Rakyat kelantan tua muda, janta betina keluar mencari rezeki di negeri-negeri  lain yang ekonominya lebih baik dari negeri ibunda. Jutaan ringgit dihantar pulang. Kelantan tak rugi dan tak payah ada pembangunan, duit senantiasa mengalir masuk setiap bulan. Apa kata kalaulah di Malaysia ini ada negeri-negeri yang mendahului atau mengutamakan anak watan sendiri daripada orang luar dari segi penerimaan jawatan ( pekerjaan ) baik dalam sektor awam mahu pun swasta? Apa akan jadi kepada ribuan anak Kelantan yang berhijrah mencari rezeki  setiap bulan, dan apa akan jadi kepada negeri Kelantan ? Memadai kah dengan kebanggaan  " serambi Mekah " atau patung Budha terbesar ditenggara ?

Nak bina lebuh raya pulak. Tetapi duit tak ada. No problem, ada caranya. Mintak derma melalui "wakaf". Bila nak siap lebuh raya yang bernilai berbilion ringit, jikalau setakat derma melalui wakaf. Nak bina sabuah masjid dengan wang "wakaf" pun mengmbil masa bertahun tahun jikalau tidak diberi perhatian serious mengenainya, inikan pula lebuh raya. Viable ka projek ni?

"Dinar emas" apa ceritanya pulak?....

Baru-baru ini timbul pulak dengan  gahnya  expo syiah yang di peluporkan oleh peminat-peminat syiah di Malaysia. Bukankah penyebaran serta dakyah syiah di haramkan di Malaysia? Bagaimana perkara ini boleh terlepas pandang oleh pemerintah PAS di Kelantan. Sekarang apa sudah jadi - too late to do anything now. Nasi sudah menjadi bubur.

Saya kurang periksa tentang ketulinan atau kesahihan  surat yang dipaparkan dibawah ini ( tulisan rumi )  tulin atau pun tidak. Tetapi salinan dalam tulisan jawi boleh dipercayai ketulinanya. Lihatlah apa yang dipaparkan dibawah. (Ikhsan dari The Unspinners)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhmdGAQ8cN_zZEWJdeu3WC1bTMjhufegd-AGaKYDlEBXwXdXD6Kvtt7E6UCOEYuot6-2et22nS0ZKJH072Zc9KaJaiRUFsC0aXEJSuUOD99_oD3phLiYTYfbWF5VD0XPZI1ZtZAcp49zRc/s1600/Expo+Syiah+Kelantan.PNG
Bukan senang nak jadi pemerintah. Bolehkah pembangkang  mengambilalih tampok pemerintahan Malaysia daripada BN? Adakah PAS atau PKR waima DAP sekali pun mempunyai kepakaran saperti yang dimiliki BN ? Lihat contoh-contoh yang diberikan diatas. Baru empat tahun memerintah apa sudah jadi kepada rakyat di negeri-negeri yang di perintah?



No comments:

Post a Comment