“Sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan
solat lima waktu dalam sehari”. Anda mungkin terkejut dengan data ini
tetapi itulah hakikatnya. Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh
tokoh motivasi terkenal di Malaysia, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah,
bahawa sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak
menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini
diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan
motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap
gaya hidup masa kini.
Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah antara golongan yang kerap
meninggalkan ibadah solat ini ialah golongan para pelajar sekolah,
golongan belia, pekerja kilang, anggota pasukan seragam dan juga para
peniaga (Utusan Malaysia 2008, 23 Jun).
Advertise Here
Menurut kajian itu lagi hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang
menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari, sementara bagi
pelajar -pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja
mengakui bersembahyang lima kali sehari. dan fakta ini ternyata menyamai
dapatan kajian yang menunjukkan bahawa sejumlah 86.2% responden
mengakui kerap meninggalkan solat dan sejumlah kecil responden yang
melaksanakan solat dengan secukupnya.
Selain dari itu kadar pelaksanaan yang rendah dalam ibadah solat di
kalangan responden dalam kajian ini juga mungkin dapat dikaitkan dengan
tahap pengetahuan dan kemahiran responden dalam menunaikan ibadat
tersebut.
Apakah faktor yang menyebabkan jumlah besar responden tidak menunaikan
solat dalam kehidupan mereka? Persoalan ini mungkin tidak dapat
diselesaikan dengan menjaga fakta-fakta atau cara melaksanakan solat.
Sesungguhnya ia melibatkan banyak faktor lain termasuk motivasi
pelaksanaan solat dan ibadat. Menurut al-Kumayi (2009) terdapat tiga
halangan dalam melaksanakan ibadah iaitu:
Malas (kasal) mengerjakan ibadat kepada Allah, sedang setiap insan
sanggup dan berupaya melakukan ibadah.
Lemah fikiran (futur) atau tidak memiliki tekad yang kuat kerana
terpengaruh dengan kehidupan dunia.
Bosan (malal) atau cepat berasa bosan melakukan ibadah sedangkan tujuan
belum tercapai.
Sesungguhnya amalan atau perbuatan meninggalkan solat ini merupakan
masalah yang serius atau cukup berat, kerana baik buruknya perlakuan
seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya
baik, dilakukan dengan peluh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun,
syarat dan penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan
keji dan mungkar. Aspek ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah
yang timbul dalam organisasi atau pun yang melakukan tindakan-tindakan
yang bertentangan dengan syarak.
Apa tindakan yg En Masbi akan lakukan sekiranys anak menantu yg dok serumah bangun tido pukul 10 pagi? Subuh tak tahu pukul berapa..
ReplyDelete