Petronas untung besar tiap-tiap tahun, satu-satunya syarikat GLC yang meraih keuntungan besar dari luar negara dari hasil projek petrolium, dan mungkin salah satu lagi sebabnya 90% orang Melayu beli minyak di stesyen Petronas. Berikut dipaparkan sebahagian daripada bintik-bintik keluh kesah rakyat marhain.
" ..... Daripada keuntungan besar itu, berapa ramaikah peniaga-peniaga kecil
Melayu-Bumiputera dari sektor IKS yang telah dikorbankan dan berapa
banyak pula bahagian untuk syarikat-syarikat besar yang sudah tentu
bukan milik Melayu-Bumiputera yang diberikan hak meletakkan produk
mereka di stesen-stesen Petronas?
Daripada keuntungan besar itu, berapa banyakkah pula peruntukan yang
disediakan oleh Petronas untuk membantu memajukan ekonomi
Melayu-Bumiputera memandangkan Petronas adalah syarikat GLC? Atau
sebenarnya Petronas langsung tidak mempunyai sebarang perasaan dan
beranggapan, mereka telah pun memenuhi tanggungjawab sosial membantu
peningkatan dan penguasaan ekonomi oleh Melayu-Bumiputera.
Perangai korporat keparat sebenarnya telah menjadi darah daging
syarikat-syarikat GLC di Malaysia. Kebanyakan pegawai yang dinaikkan ke
kedudukan dan jawatan utama untuk membantu memperkembangkan ekonomi
khususnya Melayu-Bumiputera, bertindak seperti syaitan yang kesurupan
darah perempuan bersalin anak sulung. Mereka yang diharap-harapkan,
mereka yang paling tidak boleh diharap.
Campurtangan dan cuba tunjuk pandai sebahagian daripada mereka yang
dipertanggungjawabkan, sehingga melupakan tanggungjawab sosial entiti
seperti Petronas kepada masyarakat, menyebabkan misi utama syarikat yang
menggunakan dana rakyat itu hanya berkisar tentang keuntungan. Dan
seperti kapitalis lain, sebarang cara akan digunakan untuk menambahkan
keuntungan walaupun terpaksa melupuskan peniaga-peniaga kecil yang
bergantung harap kepada mereka sepertimana yang dilakukan oleh Petronas
Dagang.
Lebih menarik lagi ialah apabila permintaan Menteri agar GLC seperti
Petronas membantu secara lebih aktif, apa yang mereka lakukan ialah
menjuih dan mencebik sekalipun pada masa yang sama, mereka dinaikkan
oleh kuasa rakyat sebagai CEO dan sebagainya dalam GLC tersebut."
Disunting dari The Flying Kick: Masbi
No comments:
Post a Comment