Penulis bukanlah saorang doktor, dan bukan juga saorang pengamal perubatan tetapi sebagai manusia biasa yang sangat berminat dalam bidang ini dan tidak boleh duduk "diam" selagi tidak dapat memberi pendapat ( peribadi ) mengenai penyakit-penyakit utama yang menghantui rakyat Malaysia terutama kencing manis ( diabetes ),darah Tinggi ( hypertension ) kegemukan ( obesity ) dan batu karang ( kidney stone ) dan berbagai lagi.
Namun demikian hasrat penulis bukanlah untuk menulis jurnal perubatan dan juga sedar bahawa penulis tidak layak langsung untuk membincang mengenai subjek ini. Apa yang penulis sangat-sangat berminat adalah tentang penyakit seharian yang sering dilupai oleh semua gulungan manusia. Penulis bermula dengan satu penyakit iaitu " mulut berbau " atau bad breath (halitosis) dalam bahasa perubatan. Penulis ingin berseluruh dan berkongsi pengalaman mengenainya.
Apa perasaan anda semasa anda ingin mengadakan perhubungan intim dengan pasangan anda tiba-biba pasangan anda menoleh muka sepantas kilat sebaik sahaja anda berada diatas pasangan anda itu atau anda cuba untuk mencium pipinya ? Pernahkah perkara ini berlaku kepada anda ? Apa perasaan anda semasa itu..? Anda tentu hilang "stim" dan perasaan hendak marah pun ada tetapi apa yang sangat ditakuti ialah perasaan rendah diri akan mengambil tempat diseluruh anggota anda termasuk " keris " kesanyangan anda menjadi layu dan tidak bermaya. Jika mulut anda berbau maka itulah jadinya...
Halitosis atau " bad breath" adalah satu penyakit yang " common" kepada manusia dengan tidak mengira umur. Ianya menyebabkan pasangan atau kawan-kawan anda merasa rimas bila bersama dengan pesakit ini kerana mulut andaa berbau tanpa disedari oleh anda sendiri. Mulut berbau busuk disebabkan oleh lepasan gas yang berbau apabila pengumpulan bakteria bercambah dalam mulut disebabkan oleh sisa-sisa makanan yang terlekat dicelah-celah gigi sesaorang itu. Sekiranya mulut tidak dijaga dengan baik, gejala ini boleh merosakan gigi dan gusi. dan Cara mencegah mulut daripada berbau adalah dengan mengosok gigi salepas makan sekurang-kurang 3 kali sehari. atau pada orang yang mampu boleh juga berkumur dengan menggunakan " mouth wash " yang boleh didapti di farmasi atau pasaraya.
Elakan diri daripada merokok, meminum minuman keras, memakan makanan yang berbau saperti, bawang putih, buah jering, petai dan sebagainya. Berus gigi tiap-tiap hari, bersihkan lidah dan menggunakan "floss" bagi sisa makanan yang melekat pada gigi dan sukar atau degil dibersihkan. Halitosis juga boleh disebabkan tabiat mengambil pemakanan berbau dan juga boleh berpunca daripada dalaman perut atau usus. Lain-lain punca halitosis ialah kencing manis " diabetes " Mulut kering, Gastritis atau infeksi pada kerengkong, hidung atau penyakit resedung dan juga paru-paru. Maka adalah sangat penting untuk kita menjaga kesihatan diri terutama dibahagian mulut. Jika ini berterusan sila jumpa doktor anda dengan segera. Baru-baru ini penulis bersama dengan isteri telah pergi ke klinik kesihatan gigi dan membuat "scaling" iaitu proses membuang "tartar" benda putih dan kehitaman yang melekit di bahagian bawah gigi yang disebabkan reaksi bahan kimia yang dikeluarkan oleh air liur ketika sedang tidur diwaktu malam.
Oleh demikian adalah sangat penting untuk kita menjaga kesihatan diri terutama dibahagian mulut untuk mengelak daripada infeksi yang lebih serius saperti gigi reput, kerosakan/ radang gusi, kanser mulut dan sebagainya.
Pemakanan yang seimbang sangat penting untuk kesihatan badan. Kekurangan ambilan makanan yang tinggi kalsium boleh menyebabkan tulang dan gigi mudah reput. Kadang-kadang orang muda pun sudah kehilangan banyak gigi dan ada yang kehilangan keseluruhan gigi sebelum mencapai umur 50 tahun.
Sumber: Internet.
No comments:
Post a Comment