Total Pageviews

Tuesday, October 1, 2013

HAPUSKAN SEKOLAH VERNAKULAR....

SEKOLAH VERNAKULAR BERCANGGAH DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA, MALAH JUGA BERCANGGAH DENGAN KONSEP 1MALAYSIA...

Ramai orang sekarang bercakap parti yang berasaskan perkauman sudah tidak lagi releven. Maka timbullah idea supaya diwujudkan parti tunggal yang multi etnik dan konsep cuma satu bangsa sahaja iaitu Bangsa Malaysia. Mereka semakin menerima dasar keterbukaan sehinggakan mereka yang tidak bersetuju akan dilabel sebagai rasis. Ok mari kita kupas isu ini secara adil tanpa berpihak kepada mana-mana kepentingan dan parti politik.

Kalau UMNO jadi parti tunggal, maka mungkin perkataan "Malay" tidak relevan digunakan bagi nama parti itu. Sebaliknya akan menjadi "United Society National Organisation". Begitu juga kalau PAS menjadi parti tunggal, maka ini bermakna PAS perlu membenarkan penganut agama lain menyertai PAS dan menggugurkan perkataan "Islam" yang dieksklusifkan oleh partinya. Kalau ini berlaku PAS akan menjadi parti pluralisme.

Maka inilah yang sepatutnya terjadi kalau kita benar-benar mahukan sistem parti tunggal yang multi etnik. Nampaknya sejak dahulu lagi Datuk Onn Jaafar sudah nampak masalah multi etnik ini, mungkin sebab itu beliau keluar dari parti UMNO dan menubuhkan parti yang multi etnik. Sistem politik parti tunggal yang multi etnik itu baik kalau kena caranya. Namun boleh jadi tidak baik kalau struktur sosial masyarakat masih lagi berpolarisasi diantara kaum.

Cuba lihat struktur sosial masyarakat yang ditinggalkan oleh penjajah British di Tanah Melayu. Semasa menjajah Tanah Melayu, British memecahkan kosentrasi kuasa politik dan ekonomi penduduk Tanah Melayu mengikut kaum. Orang Melayu dibiarkan menjalani kehidupan tradisional dikampung-kampung. Kaum-kaum pendatang Cina dikerahkan berkerja dilombong-lombong bijih timah dan ditempatkan mereka dibandar-bandar untuk menjalankan kegiatan ekonomi, India di estet-estet. Ini adalah polarisasi diantara kaum.

Masyarakat dipecah-pecahkan supaya konsentrasi kuasa politik dan ekonomi berpecah kepada poket-poket kecil mengikut kaum. Inilah "pecah dan perintah" ala British yang menyebabkan kuasa politik dan ekonomi tidak lagi tertumpu supaya sumber dan keupayaan untuk menentang penjajahan dilemahkan. Kemudian sistem "pecah perintah" ala British ini telah terbawa-bawa kedalam sistem persekolahan dan mewujudkan sekolah vernakular di Malaysia.
Jadi kalau masih wujud sekolah vernakular di Malaysia, ia seperti sistem yang ditinggalkan oleh penjajah Britsih itu. Kita mahukan sistem politik yang berkonsepkan Malaysian Malaysia mahupun 1Malaysia yang multi etnik, tetapi kita lupa konsep Malaysian Malaysia dan 1Malaysia itu mesti dalam bentuk pakej. Jika tidak, ia bukanlah Malaysian Malaysia mahupun 1Malaysia.

Kalau mahu membuat konsep 1Bangsa Malaysia buatlah dengan betul-betul bukan buat dengan berat sebelah. Buatlah disemua peringkat - iaitu diperingkat sekolah rendah dan menengah, diperingkat universiti, organisasi syarikat dan jabatan kerajaan, diperingkat parti-parti politik, dan secara meritokrasi (tender terbuka) untuk mendapatkan kontrek dan projek kerajaan. Perpaduan kaum mesti dilaksanakan dalam satu pakej barulah konsep Malaysian Malaysia mahupun 1Malaysia itu boleh tercapai.

Bagi memudahkan agenda 1Bangsa Malaysia diaplikasikan pada masa sekarang, ia boleh dibuat secara berperingkat. Buat masa ini boleh dimulakan diperingkat sistem persekolahan dengan melaksanakan sistem 1Sekolah untuk semua kaum dahulu. Ini kerana pendidikan bernegara atau bermasyarakat perlu bermula disekolah - bak kata perumpamaan mendidik dari rebungnya. Selepas itu dilain-lain peringkat secara sendirinya akan menjadi lebih mudah mengaplikasikan konsep multi etnik.

Isu-isu seperti yang berlaku di Sekolah Pristana berpunca dari sentimen agama. Maka sepatutnya sekolah kebangsaan bersifat sekular kerana ia bersifat neutral terhadap semua agama. Kalau ada murid-murid yang berpuasa sepatutnya merekalah yang tidak pergi ke kantin, bukan kantin yang perlu ditutup. Jika tidak dapat bersabar hanya kerana orang makan dihadapan kita itu bermakna puasa kita gagal kerana berpuasa itu latihan untuk bersabar.


Jadi "Sekolah Kebangsaan" seharusnya bersifat sekular kerana ia perlu menampung para pelajar yang berbilang kaum, agama dan kepercayaan. Namun sekarang ini sekolah kebangsaan dilihat seolah-seolah sudah menjadi sekolah agama untuk orang Melayu sahaja. Mungkin sebab ini ramai kaum-kaum yang lain lebeh gemar menghantar anak-anak mereka belajar ke sekolah vernakular. Maka ini menambahkan lagi berlakunya polarisasi kaum di Malaysia.

Justeru itu sekolah kebangsaan seharusnya bersifat sekular dan sekolah vernakular juga perlu dimansuhkan. Ini bukan bertujuan melupuskan bahasa ibunda kaum-kaum yang lain, tetapi walaupun bersistemkan satu sekolah ia masih boleh mengajar bahasa ibunda dan sastera masing-masing sebagai mata pelajaran pilihan. Apa yang penting ialah pelajar-pelajar diletakkan didalam satu sekolah supaya anak-anak pelbagai bangsa di Malaysia ini bercampur gaul, dengan ini akan merapatkan jurang diantara kaum.

Misalnya cuba lihat Singapura, dimana Singapura dan Malaysia hampir sama dari segi komposasi penduduk. Singapura mempunyai 65% pendudok Cina dan Malaysia mempunyai 65% penduduk Melayu. Apa yang terjadi di Singapura amat menarek. Sekolah Cina dihapuskan. Sekolah India dan Melayu juga tiada. Yang ada hanya sekolah Inggeris yang menjadi penyatu bangsa Singapura.

Pada mulanya Lee Kuan Yew menghadapi tentangan kuat dari pemimpin masyarakat Cina yang radikal. Ada diantara mereka dimasok penjara. Akhirnya apa yang di buat oleh Singapora nampak berjaya. Polarisasi kaum berkurangan. Rakyat Singapora terus maju. Negara Singapura yang tidak ada hasil asli saperti minyak dan bijeh boleh menjadi negara yang terkaya didunia.

Berlainan di Malaysian, sekolah vernakular dibiarkan berkembang dan tumboh. Manakala sekolah kebangsaan pula seolah-olah telah menjadi sekolah agama untuk orang Melayu sahaja. Ini merupakan puncha polarisasi kaum yang ada di Malaysia kerana para pelajar sekolah dari kechil lagi telah diasingkan. Dimana ramai para pemimpin kerajaan di Malaysia bukanlah seorang yang idealism dan mempunyai daya tahan yang kuat saperti Lee Kuan Yew.

Jangan kata pula Singapura negara kechil yang senang diurus, ini sindrom penafian untuk menafikan kebijaksanaan Lee Kuan Yew didalam politik. Cuba bandingkan sistem pengangkutan awam di Singapura hanya dengan sistem pengangkutan awam dibandar Shah Alam Selangor sahaja. Jelas amat jauh bezanya, ini menunjukkan Lee Kuan Yew memang seorang politikus yang idealism.

Namun disini disarankan bahasa Malaysia dijadikan penyatu untuk rakyat Malaysia disekolah-sekolah. Bahasa Melayu itu dipanggil bahasa Malaysia kerana ia bermaksud bahasa Melayu untuk semua bangsa di Malaysia. Cara ini sudah dilaksanakan dahulu namun entah macamana dahulu sistem bahasa Malaysia ditukar kepada eksklusif bahasa Melayu. Isunya lihat disini (klik).

Inilah yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia dari kaum bukan Melayu sekarang tidak menganggap bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan yang utama di Malaysia. Ramai yang tidak fasih berbahasa Melayu sebaliknya berbangga dengan bahasa Inggeris. Justeru itu eloknya bahasa Melayu itu dipanggil semula sebagai bahasa Malaysia, bahasa untuk semua bangsa Malaysia.

Justeru itu agenda 1Sekolah itu adalah agenda nasional yang merentasi kaum dan parti politik, hasilnya bukan boleh dilihat sekarang ia adalah wawasan dalam jangka masa panjang. Cuba bayangkan kalau sejak selepas merdeka dahulu Malaysia hanya menggunakan sistem satu sekolah sahaja tentu kita sekarang tidak melalui polarisasi kaum seperti yang berlaku sekarang. Apa yang kita alami sekarang adalah hasil dari apa yang disistemkan dahulu.

Ada ahli politik berkata sekolah vernakular itu dibawah kuasa undang-undang. Ini benar, tetapi mereka telah lupa konsep ketuanan Melayu itu juga dibawah kuasa undang-undang. Jadi kalau tidak mahu menggubal undang-undang untuk memansuhkan sekolah vernakular dan ketuanan Melayu, maka tidak payahlah nak beretorik dengan slogan 1Bangsa Malaysia. Itu sebabnya timbul persoalan membuat persetujuan (deal) diantara kaum lihat disini (klik).

No comments:

Post a Comment