Bulan Oktober 2012 / Zulkaedah / Zulhijjah 1433, telah meninggalkan banyak kenangan dan nostalgia kepada penulis. Dalam bulan yang mulia ini juga telah berlangsungnya Hari Raya Haji ( Raya Korban ). Seramai lebih kurang 28,500 jamaah Malaysia telah pun berjaya mengerjakan haji iaitu rukun Islam yang kelima. Semoga Allah memberi ganjaran sewajarnya dengan mengurniakan "Haji Mabrur" kepada semua jamaah- Insya'Allah. Alhamdulillah penulis telah pun menunaikan ibadah ini beberapa tahun yang lalu dan sekarang tersangat rindu untuk mengerjakan haji sekali lagi jika diizinkan Allah.
Tanggal 20 Zulkaedah 1433, isteri yang disayangi telah kembali karahmatullah kerana diserang " septicaemic shock" - sajenis penyakit yang bersangkutan dengan infeksi mikrob kedalam saluran darah. Ini mungkin berlaku kerana ginjal ( kidney ) tidak dapat berfungsi disebabkan komplikasi kencing manis ( diabetes ) yang dihidapnya sejak 10 tahun yang lalu.. Tiga minggu sebelum aruah meniggalkan dunia yang fana ini, penulis berasa sesuatu akan berlaku kerana bacaan tekanan darah (B/P) isteri kurang dari 90 (systolic) / 50 (diastolic) setiap kali aruah menjalani rawatan dialysis.
Penulis hanya dapat berdoa dan berdoa kepada Allah untuk mengharapkan satu keajaiban (miracle) akan berlaku. Dalam keadaan sebegini "Yassin" adalah satu-satunya kalam Allah yang dapat memberi ketenangan kepada penulis. Selain daripada itu siang dan malam, anak-anak dan menantu, saudara mara, sahabat handai, kawan dan rakan kepada aruah tanpa disuruh telah berkumpul dan membaca "Yassin". Kepada orang yang sakit hanya kesabaran yang menjadi teman siang dan malam. Hanya dia sahajalah yang melalui segala keperitan dan dugaan. Kita hanya dapat merancang tetapi Allah sahaja yang akan menentukannya. Pada jam 11.15 pagi, Sabtu 2012, Isteri yang telah bersamaku sejak 38 tahun yang lalu telak kembali menemui Allah yang esa.
Allah telah menjanjikan banyak manfaat kepada hambaNya yang beriman sekiranya membaca surah Yassin untuk mendapatkan keselamatan dunia dan akhirat terutama menghadapi penyakit dan disaat-saat kematian. Dua perkara yang Allah telah janjikan satelah kita mengamalkan surah "Yassin" ketika kita menghadapi musibah penyakit atau ketika nazak :
1- Sembuh daripada penyakit yang dihadapi dengan izin Allah, ATAU
2- Maut datang dengan pantas (meninggal dunia) tampa orang yang sakit itu melalui keperitan atau
kesiksaan menghadapi penyakit yang dialaminya.
Bagitulah agongnya kalimah-kalimah YASSIN. Wahai anak-anakku...Ruangkanlah masa dengan amalan bacaan Yassin setiap ketika. Mama kamu telah meninggalkan kita semua dengan bagitu pantas, saolah-olah kita tidak sempat untuk memberi kata-kata terakhir untuknya........Kami semua merindui mu mama...
Wallahualam...
Tanggal: 1/11/2012
Sebagai orang Islam, saya ada beberapa soalan kepada Encik Nik Aziz Nik Mat dan Encik Hadi Awang yang mendakwa kerjasama PAS dan DAP adalah berasaskan landasan syariah.
Soalan 1 dipecahkan kepada 3 bahagian yaitu:
1. Sekiranya kerjasama tersebut di jalin berlandaskan syariah Islam, bagaimana keadaannya dengan kebenaran menggunakan kalimah "Allah" untuk dikaitkan dengan satu kepercayaan syirik (menyekutukan manusia, Jesus dengan Allah). Bukankah sebarang kaitan tersebut dilarang sama sekali berdasarkan Surah 5 Ayat 73 dan Surah 112 ayat 1-4.
1b. Dimana kebenaran penggunaan seumpama ini akan asma-alhusna Allah juga memebawa kepada syirik seprti yang jelas di nukilkan dalam buku karya Encik Hadi Awang bertajuk "Aqidah Muslim" terbitan GC Edar, 1989.
1c. Sekiranya di perbolehkan, adakah pembolehan itu samada meletakkan PAS sebagai parti kaffir atau En Nik Aziz Nik Mat dan En Hadi Awang sebagai kaffir.
Soalan 2.
2a. Kalau benar persefahaman ini berlandaskan syariah, bukankah penolakan Hudud juga bercanggah dengan Syariah dan dengan yang demikian menasakhkan asas persefahaman itu sendiri.
2b. Umum mengetahui Hasan bin Ali dipecat dari PAS kerana cuba menegakkan prinsip-prinsip asas syariah berhubung arak dan judi diSelangor. Bukankah pemecatan ini membelakangkan syariah yang dikatakan menjadi asas persefahaman PAS/DAP itu sendiri?
Soalan Cepumas:
Umum mengetahui orang UMNO itu, (sejahat manapun atau selaknat manapun dikutuk lawan) tetap mengucapkan kalimah dua syahadah yang maksudnya diterjemah umum sebagai
"Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah"
Orang Dap TIDAK PERNAH melafaz kalimah tersebut meletakkan mereka jelas sebagai golongan kaffir.
Adakah "tahaluf siyasi" yang dilaungkan Encik Hadi bin Awang membenarkan Islam berganding dengan Kaffir menyerang Islam lain tatkala Islam itu sendiri dalam keadaan lemah dan pihak Islam BERKALI-KALI meminta penyatuan ummah.
Mohon diperjelaskan berdasarkan Rukun Keempat di pautan ini:
http://www.ismaweb.net/v4/2011/08/tahaluf-siyasi-hukum-syarat-menurut-muhamad-ahmad-rasyid-bhg-4/
Sebagai tambahan ingin saya utarakan bahawa pada puncak kemelut yang paling getir iaitu semasa zaman Khulafa al_Rasyidin:
ALI (AS) TETAP MEMBERI BAIAH KEPADA ABU BAKAR, UMAR DAN USMAN DEMI PERPADUAN UMMAH DAN KELESTARIAN ISLAM KURNIAAN ALLAH.
MALAH ALI (AS) SANGGUP BERDAMAI DENGAN MUAWIYAH APABILA SOLDADU MUAWIYAH MENGANGKAT QURAN DENGAN PEDANG TANDA PERDAMAIAN DAN ALI DITENTANG AKAN TINDAKAN ITU OLEH GOLONGAN KHAWARIJ!
ADAKAH ENCIK HADI AWANG DAN ENCIK NIK AZIZ NIK MAT MELETAKKAN DIRI MEREKA MELEBIHI ALI (AS) SEKALIGUS MENGISYARATKAN PENDIRIAN KHAWARIJ MEREKA? MASYAALLAH! KALAU BEGITU KEANGKUHAN HADI DAN NIK AZIZ.
BACALAH SIRAH ISLAM PASCA KEWAFATAN NABI KALAU ANDA BERDUA TIDAK PERCAYA!
Wallahulam
Warrior 231