ANWAR HASUT UMAT ISLAM SELATAN THAI !
ANWAR HASUT UMAT ISLAM SELATAN THAI !
Anwar Bakal Menghancurkan Selatan Thailand Pula?
Khabar
dari Thailand menyatakan bahawa Anwar akan berceramah di Pattani pada 4
dan 7 Julai. Kunjungan Anwar ke sana adalah untuk mencari pengundi
yang memiliki dwi kerakyataan dengan bantuan beberapa orang politik
pembangkang, orang-orang agama serta NGO-NGO Muslim di Selatan
Thailand.
Beliau kini sedang mendekati Dr. Ismail Lutfi iaitu puak Wahabbi di Thailand dan Tuan Guru Nik Dir Waba.
Anwar
juga akan melabur di koperasi Islam di sana dan merancang untuk
membentangkan kertas kerja ekonomi dalam program yang dianjur oleh
Koperasi Ibnu Affan yang dimiliki oleh Wahabbi di sana.
Jika
khabar yang diterima ini benar, maka kunjungan Anwar ke Thailand ini
perlu dilihat dari sudut yang lebih luas dari sekadar politik kepartian
di Malaysia. Ini bukan sahaja soal berapa banyak undi yang mampu
diraihnya bagi membantu Pakatan Rakyat di Kelantan ataupun Kedah.
Tetapi, kita tidak boleh mengambil mudah kecenderungan Anwar ke arah
mencetuskan huru-hara dan keganasan. Dengan keadaan di Selatan Thailand
yang sedia bergolak di tambah dengan penduduk yang rata-ratanya miskin,
bukan sukar untuk Anwar merekrut kumpulan yang sanggup melakukan
keganasan dengan bayaran yang setimpal sekiranya difikirkannya perlu.
Dari
segi jangka panjang pula, kita perlu melihat dari segi bahaya corak
pemikiran yang bakal disebarkan Anwar di kalangan orang-orang Islam di
sana. Sebelum keadaan menjadi parah, mereka wajar dimaklumkan bahawa
apa yang disentuh oleh Anwar pasti akan hancur.
Sejurus
Anwar melangkah kaki ke dalam UMNO, maka kehancuran peribadi
orang-orang muda di dalam UMNO pun bermula apabila beliau memperkenalkan
mereka kepada politik wang dan cantas-mencantas. Kita bernasib baik
kerana pemimpin tertinggi UMNO terdiri dari mereka-mereka yang amat
bijaksana dan telah berjaya menyelamatkan parti dari terus hancur lebur
dikerjakan Anwar. Akhirnya, mereka yang peribadinya telah hancur,
perlahan-lahan mengikut jejak langkah Anwar Ibrahim dengan meninggalkan
UMNO.
Apabila
Anwar memegang jawatan Menteri Pendidikan, beliau membawa kecelaruan
dalam pemikiran bangsa Melayu dengan menerapkan dasar-dasar ekstrem yang
tidak membawa manfaat kepada bangsa. Dan apabila beliau memegang
jawatan Menteri Kewangan, beliau hampir membangkrapkan negara. Tidak
dapat dibayangkan jika beliau menjadi Perdana Menteri.
Kerana itu, kita merasa bimbang akan nasib dan masa depan saudara-saudara kita di Thailand apabila ‘disentuh’ oleh Anwar.
Apa
yang pasti, Anwar akan membawa bersamanya kecelaruan pemikiran kepada
komuniti Islam di sana. Pada awalnya, beliau akan mengikut rentak
kumpulan yang ditemuinya. Jika Wahabbi, maka Wahabbilah Anwar. Jika
Syiah, maka Syiahlah Anwar. Jika Buddha, maka mesra Buddhalah Anwar.
Lakonan ini akan diteruskan sehingga semua kumpulan mempercayainya,
menyanjungnya dan menobatkannya sebagai pemimpin dan penyelamat mereka.
Apabila
ketaksuban mula menguasai penduduk di sana, Anwar akan secara
perlahan-lahan memasukkan jarum liberalnya. Dan perlahan-lahan juga,
Anwar akan membentuk satu kumpulan liberal di celah-celah kumpulan Islam
di Thailand. Dengan dana yang berterusan dari barat, kumpulan ini akan
menyebarkan fahaman liberal di samping melemahkan lagi umat Islam di
Selatan Thailand melalui perpecahan. Malah wang yang dilaburkan di
koperasi di sana juga kemungkinan besar merupakan dana yang disediakan
oleh sahabat neo-connya di barat.
Cukuplah
Anwar merosakkan Malaysia, jangan benarkan beliau merosakkan saudara
seagama kita yang telah sedia menderita di Selatan Thailand. Kerosakan
sesebuah negara, mampu merebak kepada jiran-jirannya. Dan inilah yang
barat inginkan.
Justeru,
demi Islam dan persaudaraan, umat Islam di Thailand wajar diberi amaran
segera mengenai bahaya kunjungan Anwar ke sana. Mereka perlu tahu
bahawa bahaya yang dibawa Anwar adalah lebih berat dari letupan bom dan
tembakan yang mereka terpaksa lalui setiap hari. Ini kerana Anwar
membawa agenda musuh Islam melalui pemikiran dan emosi dan ia akan
berakar umbi dan merebak sehingga akhirnya umat Islam akan memusnahkan
sesama sendiri dan diri sendiri.

No comments:
Post a Comment