MALAI SI, MELAYU MASUK HUTAN, SAPU MELAYU BAKAL BERULANG???!!!
SATU
TULISAN YANG BAIK MENERANGKAN BAHAYA DAN ANCAMAN YANG BAKAL KITA TERIMA
JIKA CINA DAP KOMUNIS DIBERUKAN PELUANG UNTUK BERKUASA DI MALAYSIA.
BACA DAN FAHAMKAN, KEMUDIAN SEBARKAN.
JPX
KEBELAKANGAN
ini, wujud usaha yang berterusan di kalangan pimpinan Parti Tindakan
Demokratik (DAP) untuk menyerang pimpinan dan bekas pemimpin UMNO dengan
pelbagai konotasi dan label negatif.
Sebagai rakyat biasa, kita faham sangat, bahawa semua ini mempunyai tujuan dan niat politik yang sangat sarat.
Mahu tidak
mahu, menyerang dan memberikan label kepada pemimpin UMNO adalah
strategi yang selama ini mendatangkan keuntungan politik kepada DAP.
Tidak menyerang UMNO, juga membawa makna bahawa DAP akan mempunyai ruang
yang semakin sempit dalam politik perdana Malaysia.
Kita harus
menilai kelahiran dan kedewasaan politik DAP dengan sistem nilaian yang
jujur. DAP tidak perlu menunggu lama untuk menampilan ‘isme’ politik
yang mereka mahukan. Apakah mereka peduli dengan soal negara bangsa;
atau mereka hanya mahu melonjak diri dan parti ke puncak kuasa?
Walaupun
mungkin penulis belum lahir di zaman awal kelahiran DAP - sekitar
1966/67; namun penulis tidak mungkin dapat melupakan bahawa dalam tempoh
kurang dua tahun - DAP sudah membawa ‘suntikan budaya politik baru’ ke
dalam negara ini.
Bayangkan,
dengan umur politik setakat dua tahun, DAP sudah komited untuk membawa
‘semangat politik perkauman sempit’ dengan menyuntik isu panas yang
menduga rasional politik rakyat. Tempoh ini adalah satu tempoh yang
sangat muda. Namun, DAP pastinya tahu, dalam ketidaktentuan politik,
dalam suasana kacau-bilau, mereka mampu menampilkan diri dengan budaya
politik yang merosakkan minda rakyat. Ini hakikat yang tidak akan mampu
dinafikan oleh DAP.
Budaya politik
desak mendesak, menggugat kestabilan dan keharmonian politik,
menggunakan isu dan sentimen panas, melupakan keluhuran Perlembagaan
adalah sebahagian daripada ‘roh’ politik DAP. Di atas semangat
solidariti ‘Socialist International’, DAP lebih gemar berselindung di
sebalik slogan yang muluk-muluk, namun jelas, longgar semangat
nasionalisme dan kasih negara.
DAP selama ini
memang dinaungi oleh sebuah gerakan solidariti ‘sosialis antarabangsa’
yang mempunyai hampir 161 keahlian di kalangan parti politik seluruh
dunia. Dengan slogan ‘Progressive Politics For A Fairer World’ - kita
mungkin mampu bertanya apakah ini menjadi kiblat politik akhir kepada
DAP?
Bagaimana
agaknya, dengan hakikat politik kekeluargaan yang nyata di dalam parti
itu, apakah mampu ‘dunia yang lebih adil’ akan dizahirkan oleh DAP?
Atau, apakah dengan wajah dominasi ‘kaum tertentu’ di dalam DAP - parti
itu mampu menampilkan wajah dan cita fairer world dalam jangka masa yang
terdekat ini?
1969: Lambang Politik Progresif DAP?
DAP terlibat
dalam pilihan raya umum pertama pada tahun 1969, memenangi 13 kawasan
Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri. Kalau menurut catatan
politik, kerjasama politik ‘progresif’ Pas dan DAP sudah mula berputik
di dalam PRU 1969 ini. Mungkin inilah agaknya yang impian ‘politik
progesif’ yang menjadi cita Socialist International. Tercapainya impian
DAP untuk berada dalam arus perdana politik inilah yang memberikan
momentum kepada DAP untuk kekal menjadi ‘pemain politik’ Malaysia
sehingga ke hari ini.
Budaya politik
yang kononnya ‘progresif’ yang dinaungi oleh DAP sebenarnya telah
berselindung di sebalik usaha bersungguh membangkitkan soal-soal bangsa
Malaysia berkaitan dengan bahasa kebangsaan (bahasa Melayu), kedudukan
istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan
Melayu.
Apabila
dipakejkan dengan ucapan dan ceramah politik yang emosional, maka dengan
sendirinya ia menzahirkan suasana yang kurang senang di kalangan
masyarakat. Ditambah dengan elemen luaran dan semangat perjuangan
komunisme, maka suasana anarki dan huru-hara adalah sesuatu yang tidak
mungkin dapat dielakkan.
Sudah barang
tentu, banyak lagi insiden yang menjadi pemarak api perkauman pada
tempoh yang sukar itu. Namun, kita haruslah menerima hakikat dan fakta
politik asas bahawa DAP-isme sudah mengubah ‘permainan politik’ untuk
menjadi sesuatu yang lebih bahaya dan memberi keuntungan politik jangka
panjang kepada parti tersebut sehingga ke hari ini.
DAP membawa
brand politik yang bernada tinggi, anti kerajaan, sentimen perkauman
sehingga ke hari ini. Ya, memang benar, hari ini mereka ingin membawa
‘wajah progresif baru’ kepada DAP, dengan kehadiran beberapa orang
Melayu sebagai pemimpin - namun ‘roh’ asal DAP akan terus bergentayangan
dengan idea politik sosialis yang mampu membawa situasi anarki.
Tidak perlulah
kita bertanya di mana ‘titik pertemuan’ yang memungkinkan kepada
kerjasama sebuah parti Islam dan gerakan sosialis yang ditunjangi
ideologi DAP-isme. Titik pertemuan hanyalah ‘punca kuasa’. Inilah juga
yang menjadi ‘gam politik’ kepada kerjasama mereka pada tahun 1969.
Kerjasama ini ada turun naiknya, namun keputusan pilihan raya 2008 sudah
memungkinkan bahawa mereka mampu bersatu di atas nama merealisasi
impian mendapatkan kuasa.
Mahathirisme?
Kita perlu
memahami bahawa serangan demi serangan yang ditujukan kepada mantan
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah satu strategi
lama DAP yang dipakej semula. Yang dihajatkan oleh DAP bukan batang
tubuh Tun Mahathir. Namun, apa yang lebih diperlukan adalah
menggambarkan kepimpinan Mahathir sebagai kepimpinan yang kejam,
autoritarian - dan kononnya tidak sesuai dengan zaman ini. Ironinya, Kit
Siang, Karpal Singh juga sudah berada dalam zaman sama dengan Tun!
Apakah modul politik 2K (Kit Siang dan Karpal) ini sangat relevan dengan
masa dan politik era kontemporari?
Apa yang lebih
merisaukan DAP dan ‘isme’ politiknya adalah kemampuan Tun Mahathir untuk
mencelikkan semula mata masyarakat dengan ‘realiti sebenar politik
Malaysia’. Ini bukan soal menjadi rasis dan tidak menghormati bangsa
lain. Ini soal kembali semula menghargai ‘asas Perlembagaan’ yang kian
mahu diinjak dan dipijak atas nama keuntungan politik.
Yang ditakuti
DAP bukan Tun Mahathir. Namun, buah fikiran, faham dan gerak rasas
sejarah negara bangsa yang dimiliki oleh pemimpin besar itu. Tun
Mahathir kenal benar dengan kehendak DAP-isme luar dan dalam. Perkara
inilah, yang menyebabkan serangan demi serangan ‘persepsi’ ditujukan
kepada seorang negarawan yang jauh lebih berjasa, berwibawa dan
berpandangan jauh daripada pemimpin DAP. Ungkapan dan nasihat Tun
Mahathir inilah, yang mampu menyebabkan ‘mimpi politik progresif
Socialist International’ dijawab dengan faham realiti politik yang
sebenar.
DAP dan
‘isme’nya pastinya menganggap Tun Mahathir sebagai musuh nombor wahid
dalam berdepan dengan PRU yang akan datang. Kemampuan Tun Mahathir untuk
meneutralkan semula politik ugut dan desak yang menjadi alat politik
DAP selama ini, mampu membataskan pergerakan mereka untuk menerima
sokongan yang lebih baik di kalangan pengundi Melayu.
Jalan Hadapan Politik Malaysia
Penulis juga
bukanlah penggemar kepada politik yang berasaskan perkauman. Namun,
faham dan fiil politik kita mestilah disesuaikan dengan suasana dan
realiti yang ada. Bukan masanya untuk kita mengambil kesempatan, membuat
desakan dan ugutan menggila yang nyata tidak selari dengan semangat
kita ber-Negara. Penulis bersetuju dengan proses, usaha dan inisiatif
pembaikan dan koreksi, namun ia tidak bermakna kita wajar mengambil
jalan anarki dan huru-hara hanya kerana mahukan suara kita didengari dan
dilayani oleh kerajaan.
DAP dan
‘isme’nya kadangkala menjadi terlalu yakin sehinggakan tidak berpegang
kepada realiti dan latar politik. Menggunakan ‘model 1969', mereka
menganggap kerjasama politik DAP-Pas-PKR akan menzahirkan sistem politik
yang serba sempurna dan maksum. Semuanya mampu diubah dalam sekelip
mata.
Keyakinan
politik inilah yang menyebabkan mereka lamur dan rabun dengan keperluan
membawa imej dan amalan politik progresif yang sebenar. DAP masih lagi
membawa amalan dan faham politik ‘ala-69'; membugar semangat
anti-kerajaan, kebencian kepada pemimpin, membangkitkan sentimen yang
kadangkala merosak fabrik sosial dalam masyarakat Malaysia.
Adalah menjadi
amanah dan tanggungjawab besar ‘Melayu berkiblatkan isme politik
Socialist International’ yang baru berada dalam DAP - menyedarkan
kalangan pemimpin ‘usang’ mereka untuk melakonkan lakonan filem baru
kepada rakyat.
DAP masih
tersekat dengan pelakon, watak dan skrip politik yang sama. Sikap
'politik progresif' mereka masih lagi diisi dengan politik dendam dan
kebencian. DAP masih lagi belum mampu untuk menanggalkan imej
'perkauman' yang selama ini menjadi roh asal 'isme' ideologi politik
mereka.
Rakyat Malaysia
menantikan kelahiran semula DAP yang sebenar-benarnya progresif. Yang
tidak lagi tersekat dengan permainan wayang politik lama. Yang tidak
lagi terbeban dengan liabiliti dan beban politik lampau yang celupar,
ganas dan tidak berhemah.
Selagi mana DAP
masih lagi mengetengahkan skrip politik They Came to Rob Las Vegas
(filem yang dimainkan di sekitar Kuala Lumpur pada tahun 1969); selagi
itulah DAPisme mampu menjemput dan membawa musibah jangka panjang kepada
negara. DAP yang mampu melahirkan lebih ramai lagi ahli politik zaman
baru; yang tidak membawa imej dan faham 'perkauman' akan menjanjikan
imej 'progresif' yang diharapkan.
Setakat ini,
DAP masih lagi terbeban dengan 'imej politik' zaman lampau - penuh sifat
celupar, oportunis, terlebih yakin, anti-Melayu, hipokrasi dan
sebagainya. Benar, DAP berjaya menampilkan tokoh-tokoh politik muda,
namun 'isme' dan ideologi mereka masih belum terlepas dengan simtom dan
permainan politik yang lama dan merosakkan.
DAP yang lebih
memahami 'realiti politik' akan memberikan suasana dan iklim politik
lebih sejahtera buat Malaysia. Kemungkinan itu berlaku, bergantung
kepada kesungguhan mereka yang berada dalam DAP untuk merubah 'isme'nya
yang lampau dan jurasik.
Bukan mudah
untuk melakukan perubahan, kerana semua sifat politik negatif yang ada
sudah menjadi sebahagian 'DNA politik' DAP. Ego mereka yang menggunung
dengan kejayaan politik akan juga menjadi punca kejatuhan mereka.
Akhir-akhir ini sahaja mereka bercakap tentang akauntabiliti,
transparensi dan kompeten; sedang semangat politik sebenar mereka masih
lagi berasaskan elemen perkauman sempit.
No comments:
Post a Comment