Mulai hari ini saya akan menggunakan bahasa diri sebagai "ANA". Ana adalah bahasa Arab yang bermaksud "saya". Ana bukan nak jadi ustaz "magi" yang boleh dimasak serta merta. Ana bukan lulusan Mesir atau lebih mudah dikatakan "lulusan Timur Tengah". ( Ana melawat Timur Tengah dalam tahun 1983 ).
Dalam PRU 12 yang lalu, calun BN telah diranapkan di Permatang Pauh. Salah satu sebabnya kerana sumbangan internet yang digunapakai pihak pembangkang menghentam BN. Calun BN telah di "londehkan" dengan isu sex oleh blog2 pembangkang. Pada satu ketika saorang kawan ana yang pro pembangkang memberi tahu bahawa apa yang dilondehkan itu adalah betul kerana beritanya telah keluar dalam internet. Ana terus bangkang dan mengatakan bahawa berita yang diambil dari internet itu tidak sahih. Perbalahan hampir terscetus diantara kami berdua dek kerana perkara tersebut.
Hari ini ana perhatikan blog2 pro BN telah mengatasi blog pro Pakatan dalam nisbahnya boleh mencecah 9BN : 1 PEMBANGKANG. Mungkin pertanda kali ini (PRU13 ) BN boleh menang di Permatang Pasir kerana blog propembangkang tidak sehebat dulu lagi.Blog2 proBN telah bersiap sedia untuk menentang segala tohmahan yang bakal di putar blog propembangkang.
Budaya berinternet dikalangan rakyat Malaysia tidak boleh disangkal lagi. Semua lapisan sudah pandai menggunakan internet, terutama Blog2 bebas yang boleh di " signup" dengan percuma. Blog2 internet telah tumbuh laksana cendawan tumbuh salepas hujan( termasuk blog ana ). Perkembangan internet di negara kita terlalu pesat dan telah melonjak dengan pantas mendahuli negara maju jika dibandingkan dengan usia internet negara ini. Disebaliknya perkembangan budaya serta mental rakyat Malaysia tidak sepantas perkembangan internet. Oleh kerana itu, ana bimbang sekiranya kita ( Terutamanya Melayu ) menerima dan mempercayai berita internet tanpa usul periksa dengan akal yang waras, saperti yang telah berlaku di Permatang Pauh maka tunggulah akan kemusnahan umat Melayu.
No comments:
Post a Comment