Total Pageviews

Friday, November 11, 2011

ALAHAI TUAN MUFTI...

Salam semua,

Ana terkejut besar satelah membaca berita dari sabuah akhbar aliran perdana yang memetik saorang mufti telah terkejut mengenai laporan yang diterimanya bahawa PM serta rombongan telah selesai mengerjakan ibadat haji pada hal terdapat dua  rukun  yang belum lagi di selesaikan. Berita tersebut telah dilaporkan oleh portal propembangkang  yang kita semua ketahui bahawa  kebanyakanya berita atau laporan mereka  ini tidak konsistan terutamanya menegenai pemimpin BN.

Ana tak salahkan sesiapa, tetapi kita semua mengatahui bahawa PM mengerjakan ibadat haji bukan secara bersaorangan tetapi dikelilingi oleh jamaah yang telah  "masak" dengan ibadat haji. Lagi pun pihak Kerajaan Saudi telah menyediakan pembantu untuk memudahkan PM serta rombongan mengerjakan haji. Tak kanlah semua pengiring - pengiring tidak tahu yang mana satu rukun , wajib atau sunat didalam hal sebegini.

 Sebagai saorang ulamak bertaraf  mufti tidak lah dengan mudah terkejut atau melenting apabila mendengar berita yang tidak sahih dan tepat laporannya. Mungkin tuan mufti terlebih dahulu  boleh membuat andaian atau analisa sendiri sebelum "Terkejut". Diluar sana banyak orang yang sanggup membuat dosa dan noda melalui fitnah-fitnah terutama kepada pemimpin Kerajaan BN.
 

No comments:

Post a Comment