Total Pageviews

Wednesday, October 15, 2014

RUKUN RUMAH TANGGA YANG DIABAIKAN...



BUKANKU TIDAK SAYANG KEPADA KAMU..TETAPI AKU LEBIH SAYANG KEPADA KEBAHGIANMU... Ustaz Kazim.

Sesudah terdirinya  ikatan suami isteri melalui saluran yang sah, maka terbentuklah sabuah mahligai yang didalamnya dipenuhi dengan roh2 cinta, dan kedamaian serta keselesaan yang di idamkan oleh semua insan. Saat-saat yang dinantikan itu pasti datang sekiranya kita betul-betul menyerahkan segala-galanya kepada  ketentuan Allah. Kadang-kadang kita terlepas pandang dan kita lupa kepada maha pencipta diatas kurniaan yang dijaminkan olehNYA. Bukan perkara mudah untuk mendirikan rumah tangga terutama kepada insan2  yang sudah bergelar "J" atau "D".  Kita tidak pernah memikirkan yang  kita ini  masih disayangi dan segala doa2 kita semestinya akan dimakbulkan Tuhan.

Setiap detik dan masa kita menadah tangan.. " Ya Allah..  kau ketemuilah aku dengan saorang insan yang dapat menyanyangi dan membahgiakan  diriku dunia dan akhirat.  Kau Percepatkanlah jodohku kerana aku sangat-sangat merindukan kebahgiaan rumah tangga yang kini telah musnah disebabkan oleh kegagalan dan kezaliman  ciptaanku sendiri. Tanpa teman,  hidupku tidak sempurna dan selalu tidak  keruan."

Satelah doa-doa kalian dimakbulkan, kita lupa asal usul kita, kita mulai lupa darimana kebahgian itu datang, dan siapa yang mengurniakan segala impian yang kontang sebelum ini. Kita kembali dan terus berlagak dengan "riak". Kita masih berbangga dengan status kita dan kita tidak ketahui yang bila-bila masa sahaja ianya akan hilang  saperti keringnya  embun salepas terbitnya matahari. Kita gagal menginsafi bahawa disana terdapat  insan-insan yang sanggup berkorban apa sahaja kerana Allah, demi kebahgian kita.

Solat yang dilakukan setiap hari dan waktu tidak dapat dijiwai  sehingga sujud kepada Ilahi itu tidak memberi apa-apa kesan kepada jiwa dan rohani. Hati kita masih diliputi bintik hitam yang akan membawa kita keneraka jahannam. "Hati"  perlu di "basuh" dengan istiqfarullah dan zikirullah.. Setiap perbuatan dan langkah yang akan diambil hendaklah dengan keredoan Allah. Hukum-hukum Allah  serta cabang-cabang tasau-uf hendaklah di pelajari bagi mendapat kebersihan "Hati" untuk membasmikan " riak" yang telah memusnahkan jiwa saperti anai-anai memusnahkan setiap organ didalam tubuh badan kita. Musabah diri adalah unggapan yang paling tepat untuk mendapatkan hati yang tenang, tidak gelisah, tidak gelabah untuk membuat keputusan yang tepat dengan keadilan dan saksama.

Sekiranya, tumpuk hitam yang ada itu gagal dinyahkan kerana pertimbangan yang tidak seimbang itu diberi keutamaan,  maka berbahgialah kamu..terbanglah.....carilah pohon yang lebih rendang.  "Aku bukan tidak sayang kepadamu tetapi aku lebih sayang kepada kebahgianmu "

Dari : Hamba Allah.
















Sunday, October 12, 2014

DONT YOU DARE TO DEMAND.....

NABI SHU'AIB DALAM AL-QURAN...

Nabi Shu’aib merupakan seorang nabi yang yang diutuskan kepada Kaum Madyan. Beliau terpaksa menghadapi kerenah penyelewangan pengurusan ekonomi dan harta yang mereka lakukan. Kaum Madyan dicatatkan sebagai kaum yang awal mengenakan cukai kepada orang yang lalu-lalang dalam kawasan mereka. Al-Quran merakamkan ucapan-ucapan Shu’aib bagi mengingatkan sesiapa yang terlibat dengan harta orang lain tentang asas-asas penting dalam menguruskan harta. Bahasa Nabi Shu’aib a.s. bahasa asas yang dapat difahami oleh semua peringkat.


Penipuan Harga

Penipuan harga adalah antara ibu penipuan dalam urusan ekonomi. Meletak harga bohong pada sesuatu adalah kezaliman. Penipuan ini boleh berlaku samada dengan cara menipu ukuran ataupun timbangan. Dalam kerangka projek-projek kerajaan bererti meletakkan harga yang tidak sepadan dengan nilai yang sepatut. Sehingga projek-projek itu dibayar oleh kerajaan dengan harga yang tinggi melebihi ‘sukatan’ ataupun ‘timbangan’ yang sepadan. Wang awam menjadi mangsa dan negara menjadi korban. Ini semua kerana ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memakan harta secara tidak sepatutnya. Inilah yang Nabi Shu‘aib tegaskan dalam seruannya. Firman Allah: (maksudnya) “dan kepada penduduk Madyan Kami utuskan saudara mereka Syu’aib, dia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tiada tuhan bagi kamu selain dariNYA, dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi.” (Surah Hud ayat 84).

Menipu timbangan ataupun sukatan bukan bererti tidak langsung menimbang ataupun menyukat, tetapi sukatan dan timbangan secara tipu. Inilah punca kemusnahan kehidupan penduduk Madyan kerana ada pihak yang menipu dalam berurusan dengan pihak yang lain. Justeru, negara yang baik hendak mempratikkan ‘good monetary policy’ yang dapat menyelamat harta awam dari ditipu ataupun dirompak secara ‘lulus di atas kertas’. Kebanyakan penipu silam dan moden memperlihatkan seakan mereka jujur pada mata yang tertipu, tetapi hakikatnya mereka penipu. Hal ini akan menyebabkan negara yang zahirnya kaya, tetapi rakyatnya susah sebab timbangan dan sukatan mereka sudah ditipu. Nampak banyak, hasilnya sedikit.

Mengurangi Hak

Ingatan Nabi Shu’aib yang lain ialah: (maksudnya) “Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85).
Dalam konteks negara, jika kita membicarkan tentang hak, maka hak rakyat menikmati kekayaan bagi setiap negara tidak sama. Ia bergantung kepada latar kekayaan negara tersebut. Jangan samakan Malaysia dengan negara yang lebih miskin dari kita ataupun sebaliknya.


Sebab itu al-Quran apabila menyebut tentang mut’ah yang suami patut berikan kepada isteri yang diceraikan, Allah memerintahkan agar kadarnya ditentukan oleh kemampuan masing-masing. Allah menyebut: “..hendaklah kamu memberi "mut'ah" (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu), iaitu suami yang senang (hendaklah memberi) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan”. (Surah al-Baqarah, ayat 236).
Suami yang kaya tidak boleh memberikan saguhati ataupun mut’ah itu seperti kadar yang diberikan oleh suami yang miskin. Dia tidak boleh bandingkan hak isterinya dengan isteri orang tidak sekaya dirinya. Demikian hak-hak rakyat dalam setiap negara itu berbeza berdasarkan kekuatan kekayaan negara berkenaan. Tidak boleh mana-mana kerajaan yang kaya menyamakan hak rakyat di negaranya dengan rakyat di negara yang lebih miskin daripadanya. Lebih buruk lagi jika sebahagian ‘bangsawan’ dan ‘atasan’ menikmati kekayaan sesebuah negara secara berlebihan sementara sebahagian rakyat hanya menjilat lebihan kuah yang tumpah ke lantai sahaja.
Keberkatan
Intipati yang penting dalam penghayatan amalan ekonomi yang jujur ialah mencari keberkatan yang diperolehi melalui harta yang terhasil dari sumber yang halal. Shu’aib a.s: (maksudnya) “Baki (yang halal) Allah kepada kamu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman, dan aku bukanlah orang yang mengawasi kamu". (Surah Hud, ayat 86).
Inilah asas jiwa insan yang jujur dalam pengurusan ekonomi. Jiwa yang memadai dengan yang halal dengan tidak mengambil harta orang lain atau pun mengurangkan hak mereka. Memadai dengan apa yang tinggal dari pengurusan yang halal itu lebih baik dan diberkati Tuhan. Dilimpahkan kedamaian dan kebaikan dari pelbagai sudut dalam kehidupan. Kebahagiaan bukan hanya diukur dengan jumlah harta tetapi kurniaan keberkataan limpahan Tuhan kepada kehidupan ini. Keberkatan adalah elemen yang ditekankan dalam pengurusan ekonomi Islam yang tiada dalam system ekonomi yang lain. Keberkatan itu seperti kata Al-Asfahani (meninggal 425H) bermaksud kelangsungan kebaikan ilahi kepada sesuatu. (Al-Asfahani, Mufradat Alfaz al-Quran m.s 119, Damsyik: Dar al-Qalam)
Lihatlah bila keberkatan hilang maka orang yang kaya-raya pun hidup tanpa bahagia. Pencuri-pencuri harta awam hendaklah faham hakikat ini. Pengurus harta awam juga hendaklah faham. Justeru itu kita kena sedar bahawa jumlah jenayah dan keadaan tekanan hidup yang sedang meningkat dalam negara kita adalah antara tanda hilangnya keberkatan kehidupan.


Good Governance
Good governance atau urus tadbir baik adalah istilah yang digunapakai pada hari ini bagi menggambarkan bagaimana institusi awam yang mengendalikan urusan dan harta awam ditadbir. Ia menggambarkan urustadbir yang bertanggungjawab lagi baik. Beberapa anasir diletakkan oleh pelbagai pihak seperti UN, IMF, World Bank dan lain-lain dalam menetapkan characteristics sesuatu urus tadbir yang baik. Sesiapa yang mengkaji tentang international development boleh mendetilkannya.
Apapun, nasihat-nasihat Nabi Syu’aib adalah kunci kepada urustadbir harta yang baik. Para pemerintah hendaklah insafi diri masing-masing ketika menguruskan harta negara. Sekali lagi saya ulangi apa yang Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) dalam kitabnya As-Siyasah asy-Syar’iyyah fi Islah ar-Ra’i wa ar-Ra’iyyah sebut: “Tidak boleh para pemerintah membahagikan harta negara mengikut nafsu mereka seperti mana seorang pemilik harta membahagikan harta miliknya. Sebaliknya, para pemerintah hanyalah pemegang amanah, wakil dan utusan. Mereka bukan pemilik harta. Ini seperti yang Nabi s.a.w sabda: “Aku –demi Allah- tidak boleh memberi (harta awam) ataupun menghalang seseorang. Aku hanya pembahagi yang meletakkannya di mana sahaja aku diperintahkan”. Ini diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.” 
“Inilah rasul Tuhan semesta alam yang memberitahu bahawa dia tidak mempunyai hak menghalang dan memberi dengan kehendak dan pilihannya seperti mana seorang pemilik harta yang boleh berbelanja dengan hartanya, dan seperti raja-raja yang memberikan kepada sesiapa yang mereka suka. Sebaliknya dia (Rasulullah s.a.w) hanya seorang hamba Allah, membahagikannya mengikut arahan Allah. Dia meletakannya di mana yang Allah perintahkan”. 

Sambung Ibn Taimiyah lagi: “Demikian apabila seseorang berkata kepada (Khalifah) ‘Umar bin al-Khattab: “Wahai Amir al-Mukminin! Andainya engkau tambah peruntukanmu dari harta Allah ta’ala (harta negara). Jawab ‘Umar: “Tahukah engkau apakah bandingan antara aku dan rakyat? Ia umpamanya satu kaum yang berada dalam satu perjalanan, lalu mereka menghimpunkan harta mereka kemudian mereka menyerahkannya kepada seseorang untuk membelanjakannya untuk mereka. Apakah halal untuk lelaki itu mengutamakan dirinya dengan menggunakan harta mereka?.” [m/s 51-52. Kuwait: Dar al-Arqam (1406H)]

Wednesday, October 1, 2014

THE BEST MEDICINE FOR ALL TYPES OF DIABETES




SLEEP EARLY  /  TIDOR AWAL 


SEBELUM  ITU

MINUM SAGELAS SUSU 

GLUCERNA



MASBI:





































































BUIH DIBADAI OMBAK: NAJIB KOREK KUBUR SENDIRI DAN SEDIAKAN KAPAN UNTUK...

BUIH DIBADAI OMBAK: NAJIB KOREK KUBUR SENDIRI DAN SEDIAKAN KAPAN UNTUK...: Kalau terpaksa sekali pun untuk mengekalkan strategi janganlah naikan harga minyak sebelum hari raya haji. Tak bolehkah tunggu satu minggu j...

NAJIB KOREK KUBUR SENDIRI DAN SEDIAKAN KAPAN UNTUK BN....

Kalau terpaksa sekali pun untuk mengekalkan strategi janganlah naikan harga minyak sebelum hari raya haji. Tak bolehkah tunggu satu minggu ja lagi..lepas tu lantaklah nak naik 50 sen ka seringgit ka...

Orang Melayu nak balik kampong untuk  berhari raya.. mengapa mereka juga dibebankan dengan kenaikan harga minyak..??? .memang benar naik 20 sen tu tak berapa sangat.. tetapi mengapa pilih strategi  yang boleh menyinggung dan menimbulkan rasa  benci rakyat marhain yang menyokong BN kepada kerajaan. Maka bertepuklah tangan riang ria DAP dan PKR...Aku sungguh-sungguh tak faham... boleh sesiapa " enlighten " aku dalam hal ini....

Saturday, September 27, 2014

WARGA LANGKAWI DAPAT HADIAH BESAR HARI INI....??


Hari ni warga Langkawi khususnya penduduk dikawasan bandar Kuah, telah dihadiahkan dengan  satu hadiah yang istimewa. Setiap tahun ( sejak 6 tahun yang lalu ) temasya bertaraf dunia ini diadakan di Langkawi. Tetapi tahun ini berbeza dengan tahun-tahun yang lalu. Termasya tersebut dimulakan seawal pagi lagi  dengan acara renang. Kebiasaanya temasya yang mendapat sentuhan Kementerian Pelancongan Malaysia itu akan berakhir kira-kira jam 1.00 pagi keesokan harinya

Yang dimaksudkan dengan hadiah istimewa ialah kesesakan lalu lintas dibandar Kuah yang boleh dikirakan sebagai " jem gila ". Perjalanan dari Jetty Point ke bandar Kuah dengan kereta yang biasanya mengambil masa hanya 10 minit, tatapi hari ini satu rekod dunia telah tercipta dengan perjalanan yang mengambil masa hampir dua jam. Sana tutop, sini tutop, sana u-turn, sini u-turn, pusing sana pusing sini.. last-last minyak habis, masa habis, wang pun melayang. Satu keluarga 6 orang pelancung telah membeli tiket ferry untuk pulang  jam 2.00 petang tetapi telah terlibat dalam terafik jam tahap " gila " ini mereka telah terlepas ferry. Satu satengah jam untuk perjalanan 3 kilometer dari pusat bandar Kuah ke terminal feri. Tiket tidak boleh ditukar masa perjalanan atau dikembalikan wang. Bila mereka sampai di Jeti,  feri sudah berlepas dan kenalah pula membeli tiket yang baru. Pelancung saperti ini tidak mengetahui yang bandar Kuah boleh jam saperti  hari ini. Siapakah perancangnya.. ??? Penganjur dapat duit, Kementerian dapat "nama." orang Langkawi dapat apa???Pelancung dapat apa???

Tiap hari  Sabtu pasar malam sepanjang Sungai Kuah diadakan. Tetapi malam ini habuk pun tarak...peniaga Melayu rugi tak dapat berniaga. Semua jalan keluar masuk ditutop. Habis....perancangan logistik tahap apa ni...???  tak boleh diterima oleh akal. Sistem perancangan apakah yang diguna pakai sehingga hampir semua aktibiti untuk hari ini terpaksa diberhenti atau di tangguhkan.

Kepada yang berwajib lain  kali buatlah perancangan yang teratur dan ambil kira semua aspek... Kita bukan anti-temasya saperti ini..bahkan kita sokong kerana ini menaikan nama Langkawi, tetapi jikalaulah persiapan saperti ini yang  dipersembahkan, yang rugi ialah rakyat marhain...baik tak usah buat di Badar Kuah,... carilah tempat lain ..banyak lagi tempat yang sesuai di Langkawi  ini...

1.30pm. Jalan Penarak - kenderaan bertali arus...


9.30 pm  Jalan Penarak - Tak selesai lagi