Total Pageviews

Wednesday, October 15, 2014

RUKUN RUMAH TANGGA YANG DIABAIKAN...



BUKANKU TIDAK SAYANG KEPADA KAMU..TETAPI AKU LEBIH SAYANG KEPADA KEBAHGIANMU... Ustaz Kazim.

Sesudah terdirinya  ikatan suami isteri melalui saluran yang sah, maka terbentuklah sabuah mahligai yang didalamnya dipenuhi dengan roh2 cinta, dan kedamaian serta keselesaan yang di idamkan oleh semua insan. Saat-saat yang dinantikan itu pasti datang sekiranya kita betul-betul menyerahkan segala-galanya kepada  ketentuan Allah. Kadang-kadang kita terlepas pandang dan kita lupa kepada maha pencipta diatas kurniaan yang dijaminkan olehNYA. Bukan perkara mudah untuk mendirikan rumah tangga terutama kepada insan2  yang sudah bergelar "J" atau "D".  Kita tidak pernah memikirkan yang  kita ini  masih disayangi dan segala doa2 kita semestinya akan dimakbulkan Tuhan.

Setiap detik dan masa kita menadah tangan.. " Ya Allah..  kau ketemuilah aku dengan saorang insan yang dapat menyanyangi dan membahgiakan  diriku dunia dan akhirat.  Kau Percepatkanlah jodohku kerana aku sangat-sangat merindukan kebahgiaan rumah tangga yang kini telah musnah disebabkan oleh kegagalan dan kezaliman  ciptaanku sendiri. Tanpa teman,  hidupku tidak sempurna dan selalu tidak  keruan."

Satelah doa-doa kalian dimakbulkan, kita lupa asal usul kita, kita mulai lupa darimana kebahgian itu datang, dan siapa yang mengurniakan segala impian yang kontang sebelum ini. Kita kembali dan terus berlagak dengan "riak". Kita masih berbangga dengan status kita dan kita tidak ketahui yang bila-bila masa sahaja ianya akan hilang  saperti keringnya  embun salepas terbitnya matahari. Kita gagal menginsafi bahawa disana terdapat  insan-insan yang sanggup berkorban apa sahaja kerana Allah, demi kebahgian kita.

Solat yang dilakukan setiap hari dan waktu tidak dapat dijiwai  sehingga sujud kepada Ilahi itu tidak memberi apa-apa kesan kepada jiwa dan rohani. Hati kita masih diliputi bintik hitam yang akan membawa kita keneraka jahannam. "Hati"  perlu di "basuh" dengan istiqfarullah dan zikirullah.. Setiap perbuatan dan langkah yang akan diambil hendaklah dengan keredoan Allah. Hukum-hukum Allah  serta cabang-cabang tasau-uf hendaklah di pelajari bagi mendapat kebersihan "Hati" untuk membasmikan " riak" yang telah memusnahkan jiwa saperti anai-anai memusnahkan setiap organ didalam tubuh badan kita. Musabah diri adalah unggapan yang paling tepat untuk mendapatkan hati yang tenang, tidak gelisah, tidak gelabah untuk membuat keputusan yang tepat dengan keadilan dan saksama.

Sekiranya, tumpuk hitam yang ada itu gagal dinyahkan kerana pertimbangan yang tidak seimbang itu diberi keutamaan,  maka berbahgialah kamu..terbanglah.....carilah pohon yang lebih rendang.  "Aku bukan tidak sayang kepadamu tetapi aku lebih sayang kepada kebahgianmu "

Dari : Hamba Allah.
















No comments:

Post a Comment