Julai adalah bulan yang ketujuh didalam " Gregorian Calandar ' ( kalender lunar .) yang telah di perkenalkan dalam tahun 1582 oleh Pope Gregory XIII, dan digunakan sebagai kalender awam hampir diseluruh dunia. Ia berdasarkan kepada tahun solar ( solar year ) yang mempunyai 365 hari dalam setahun.
Kebetulan dalam bulan Julai tahun ini umat Islam diseluruh dunia sedang menjalankan ibadah puasa, dalam bulan Ramadhan iaitu rukun Islam yang ketiga. Secara kebetulan dalam bulan Julai jugak lah admin dilahirkan. Mengikut kepercayaan barat saorang insan itu mempunyai nasib yang telah ditetapkan dan dikaitkan dengan bulan dan bintang ( Astronomy ) Kononya ia mempunyai"influence" cakrawala keatas tabiat manusia sejagat. Bulan Julai dikaitkan dengan " bintang Cancer " yang berikonkan saekor ketam. Admin tidak berminat dan tidak berkepakaran untuk menulis panjang didalam bidang ini. Biarlah perkara ini diserahkan kepada pakarnya.
Bulan Julai tahun ini ( 2015 ) telah bersamaan pulak dengan bulan Ramadhan, dimana seluruh umat Islam didunia mengerjakan ibadah puasa. Dalam bulan ini ( Ramadhan ) kita umat Islam disaran dan disuruh meningkatkan ibadah harian lebih daripada hari-hari biasa dengan melipatgandakan rukun dan aktibiti wajib dalam agama dengan meningkatkan ketakwaan kepada Allah. Kita diwajib kan membayar zakat diri ( Zakat Fitrah ),dan mengerjakan banyak solat-solat sunat saperti solat teraweh, solat sunat taubah dan tahjud.dan membaca Quran, Berzikir, mohon ampun kepada yang Maha Esa diatas kesilapan yang lampau dan termasuk banyak bersedekah sangatlah dituntut.
Walau bagaimanapun terdapat sagulungan manusia yang masih tidak berubah daripada perangai asalnya walaupun pada lahirnya mereka mengerjakan apa yang disuruh. Apa telah terjadi kepada peningkatan amalan saperti solat yang berterusan dan lain-lain kerja amal yang ditingkatkan sepanjang bulan..??. Apa gunanya ibadah yang dilakukan sekiranya kita masih mempunyai perangai buruk dan emosi yang tidak stabil. Amalan baik yang dilakukan tidak dapat memadam dan mengikiskan titik hitam yang sudah bertapak sekian lama. Peningkatan amalan yang tidak ikhlas telah gagal mengubah kelakuan nagatif kepada positif.
Adakah kesemua amalan baik yang dikerjakan itu diterima, sekiranya perangai dan sifat ego dan keanggkuhan masih bertapak didalam jiwa dan sanubari.. ? Sepatutnya didalam bulan inilah kita muasabah diri dan membuat penilaian siapakah diri kita salepas Ramadhan.... Wallahuaqlam..!!
No comments:
Post a Comment