Sabenarnya saya bukanlah penulis yang mahir berbicara tentang apa yang saya nak tuliskan. Sebagai rakyat Malaysia yang mengundi sejak 8 dekat yang lalu, saya terpanggil untuk memberi pendapat berhubung kritikan Y.BHG. TUN kepada YB. DSN (Datuk Seri Najib) khususnya mengenai pemansuhan akta ISA.
TUN mengulas dengan panjang lebar tentang apa yang telah berlaku semenjak akta ISA dimansuhkan, terutama perkara-perkara negatif saperti bertambahnya jenayah berat, judi, dadah dan perdagangan orang yang sedang bermaharajalela diakhir-akhir ini. . Penentangan habis habisan terhadap UMNO adalah juga hasil daripada pemansuhan akta ini. Satu konsensious yang dibuat oleh PKR bagaimana hendak menjatuhkan kerajaan BN adalah dengan berterusan mengasak UMNO disetiap sudut.
Mengambil satu contoh yang amar berbahaya, akhir-akhir ini ada juga individu-individu yang menggelarkan KPN sebagai anjing BN. kerana PDRM telah memberkas " Polis DAP" sebagai menyambut cabaran LGE sabelum ini.( Akhirnya pada 31 Ogos 2014 polis telah bertindak dan telah menangkap hampir 200 orang ahli PPS di P.Pinang - Syabas Khalid dengan ketegasan tuan itu )
Pada dasarnya, saya amat bersetuju dengan cara TUN menegur DSN. Keadaan pemikiran rakyat negara akhir-akhir ini dilihat saperti kucar kacir kerana ide TUN telah bertembung dengan cara DSN mentadbir negara Malaysia. Sebagai saorang yang berminat membaca blog, saya dapati kebanyakan daripada orang Melayu tidak berapa "berkenan" dengan cara pentadbiran DSN. Keluhan dari rakyat marhain tidak diberi perhatian sewajarnya.( walaupun pada satu ketika DSN mengakui telah mendengar " bisikan" rakyat.) Pengurusan subsidi dan BRIM jugak tidak mendapat banyak munafaat kepada mereka. Peniaga kecil bumiputra bersungut dengan cara agihan kemewahan negara yang tidak bagitu membantu mereka. Pemborong-pemborong binaan mengeluh kerana tidak ada projek, pada hal kita dengar projek kerajaan berbilion-bilion dan banyak lagi keluhan demi keluhan dari hari kehari yang dapat dibaca melalui blog-blog dan media-media maya.
Satelah meneliti jawapan DSN semasa memberi reaksi kepada saranan TUN, saya bersetuju dengan hujah yang diberikan oleh DSN, bahawa dengan pemansuhan akta ISA, kita dapat melihat " semut-semut keluar dari sarang " salepas diberi spray sheltox. Wajah-wajah sabenar " penjenayah " telah dapat dilihat melalui proses ini. " Penjenayah berat " yang dilepaskan dari " hotel Kajang dan Sg. Buluh " tidak sempat bermahajalela semula satelah setiap langkah mereka untuk mengerjakan jenayah telah dihidu oleh polis. Banyak sarang memproses dadah telah dirobek dan penghuni-penghuninya telah diheret semula ke bilik kebal Kajang untuk bermastautin disana. Sementara itu rakyat boleh merasa lega buat sementara. Sekurang-kurang sehingga PRU 14.
Ada juga mereka-mereka dari kalangan manusia yang cuba menguji dan menjolok sentimen etenik dengan mengemukakan berbagai isu. Termasuklah isu-isu sensitif saperti isu agama, pelajaran ekonomi, kebudayaan dan sebagainya. Mereka mencipta berbagai cara dan strategi untu melemahkan oponen. Bagi mereka inilah masanya untuk menguji DSN.
Ada juga mereka-mereka dari kalangan manusia yang cuba menguji dan menjolok sentimen etenik dengan mengemukakan berbagai isu. Termasuklah isu-isu sensitif saperti isu agama, pelajaran ekonomi, kebudayaan dan sebagainya. Mereka mencipta berbagai cara dan strategi untu melemahkan oponen. Bagi mereka inilah masanya untuk menguji DSN.
Watak-watak dan "badut-badut " dari pembangkang yang bermulut leser telah dikenal pasti dan telah diambil tindakan mahkamah ( setakat mana keberkesananya belum lagi diketahui ). Saorang demi saorang daripada pengkhinat negara telah dibawa kepengadilan. Saya percaya inilah satu-satunya proses penyingkiran ( elimination ) musuh negara khusnya musuh kepada perpaduan Melayu dinyahkan melalui cara yang " subtle" dan halus ini. Kita akan lihat nanti kebanyakan dari pemimpin-pemimpan pembangkang yang "over board " ini akan kecundang akhirnya.
Pada pendapat saya sikap ( stand ) yang diambil oleh UMNO suapaya kesemua ahlinya bersikap defensif adalah terbukti berkesan. Nampaknya musuh sudah kehabisan peluru dan tenaga. Saperti perlawanan tinju dimana oponan asyik menahan diri dan akhirnya penyerang kehabisan tenaga dan di umumkan kalah. Saya harap bagitulah kehendaknya salepas PRU ke14 nanti. Saya juga percaya Malaysia boleh menjadi sabuah negara aman tanpa mereka-mereka yang disebutkan diatas itu. Inilah cara DSN menengani dan mengurus pentadbiran kerajaan.Pendapat saya..Wallahuaqlam...
No comments:
Post a Comment