Berita sedih: Cikgu Man Pendek pulang ke rahmatullah
Assalamualaikum
Bekas ahli Dewan Undangn Negeri kedah mewakili Pulau Langkawi, Ismail Yaacob atau lebih terkenal dengan nama Cikgu Man Pendek telah pulang ke rahmatullah pada 6:30 pagi pada 20hb. Mei 2014 di rumahnya di Kg Bendang Baru Langkawi.
Cikgu Man adalah saorang tokoh veteran UMNO yang sangat banyak jasanya kepada masyarakat Langkawi khususnya di Kuah.
Cikgu Man adalah sahabat karib penulis. Penulis telah berdamping rapat degan aruah sejak tahun 60 puluhan dan mendapat banyak pertulongan dari beliau. Beberapa masaalah setempat dapat diselesaikan dengan bantuan Cikgu Man.
Tahun lalu penulis ditimpa musibah ( kebakaran rumah ) di Jalan Penarak Langkawi, Aruah Cikgu Man, adalah orang yang pertama memberi kata-kata peransang dan nasihat supaya penulis terus bersabar dengan dugaan Allah itu.
Aruah Cikgu Man adalah orang yang kedua dilantik menjadi ADUN salepas Cikgu Khamis ( Saorang guru besar berasal dari Jelempok Perlis ) ketika itu dilantik sebagai wakil UMNO dalam Perikatan ( sekarang BN - dalam PRU 1. DUN Jerlun Langkawi ) Pada zaman lima puluhan itu tiada ada orang atau individu yang sudi menawarkan diri untuk menjadi calun pilihan raya.
Penulis rasa kesal kerana tidak dapat melawat Cikgu Man walau pun telah dimaklumkan sebelum itu semasa aruah sedang menerima rawatan dihospital Langkawi. Kaadaan kesihatan beliau pada ketika itu tidaklah menunjukan kecemasan dan khabarnya aruah dibawa kehospital kerana penat biasa.
Diatas pemergian saorang tokoh veteran masyarakat satempat serta dengan ketiadaan beliau sangatlah dirasai oleh semua masyarakat di Langkawi terutama di kasawan Kuah, dan pada diri penulis sendiri kehilangan Cikgu Man tiadak ada gantinya.
Kepada keluarga aruah Cikgu Man banyaklah bersabar kerana yang hidup itu pasti akan menenui ajalnya.
Marilah kita memanjatkan doa kepada Allahusubhanawata'ala agar roh beliau diletakan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Amin ya rabbul a'lameen.
No comments:
Post a Comment