Sedikit masa dahulu dalam tahun 2012, penulis telah menaikan berita mengenai orang Melayu supaya menghindar daripada menjamu selera di Restoran Pelita Nasi Kandar, yang dimiliki saorang Datok berbangsa India yang beragama Hindu ( berdasarkan kepada nama pemilik ). Malah bukan penulis sahaja yang menaikan laporan berita ini, tetapi juga terdapat dalam akhbar-akhbar utama diMalaysia.
Hiasan dalam direstoran tersebut dipenuhi dengan ayat-ayat Quran dan lambang " Allah dan Nabi Muhammad ". dan terdapat logo halal pada sasetengah restoran ini, untuk menyakinkan orang Islam yang restoran tersebut menyediakan makanan halal untuk orang Islam. Strategi seumpama ini tidak harus diterima bulat-bulat kerana dagangan saperti ini boleh menimbulkan waswas dikalangan orang Islam. Malangya orang Islam terutama orang Melayu yang menjamu selera direstoran tersebut mengambil sikap acuh tak acuh didalam perkara makan. Sebagai menguatkan hujah ini kita dapati banyak orang Melayu terutama dibandar-bandar besar saperti Kula Lumpur, Ipoh, Penang dan Johor Bharu, yang bersantai dan menjamu selera direstoran-restoran kepunyaan bukan orang Islam yang tidak ketentuan tentang status kehalalalnya.
Pada pendapat penulis, pemantauan yang lebih teliti harus dilaksanakan jabatan yang terlibat ( JAKIM) didalam pemberian status atau pengesahan "Halal" khusus kepada restoran tersebut, agar orang Islam tidak tertipu dengan strategi pemasaran secara ini.
No comments:
Post a Comment