AUGUST 19, 2013
11Kalau Mufti Sendiri Tidak Pandai Bersyukur Dengan Berkata Tunggu 5 Jam Di Hospital, Hanya Dapat Panadol"
Terbukti Mufti juga seorang manusia biasa, yang banyak kelemahan dan kurang kesabaran. Ini berikutan Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya yang mengeluh apabila beliau sendiri terpaksa menunggu hampir lima jam di Bahagian Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan dan akhirnya hanya menerima panadol serta ubat luka. Ini berikutan kedatangannya ke Hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan bersama isterinya ekoran mereka dirompak di rumah di Samariang, dekat sini oleh dua lelaki bersenjatakan pedang samurai, awal pagi Sabtu. Laporan penuh oleh Astro Awani, di sini.
Maafkan CTS kalau terpaksa menegur seorang Agamawan terutama seorang Mufti Negeri. Apabila seorang Mufti bercakap yang bukan di dalam bidangnya, maka kadangkala akan terserlah kejahilannya. Pendapat CTS, apabila Doktor hospital berkenaan hanya memberi Panadol ini bermakna Tuan Mufti tidak sakit. Beliau terpaksa menunggu sehingga 5 jam mungkin kerana Doktor hendak menunggu laporan dari makmal. Buat pengetahuan Tuan Mufti, orang-orang kampung terpaksa menunggu sehingga berhari-hari untuk mendapatkan rawatan, jadi 5 jam itu boleh dikira cepat.
CTS merasakan kalau bukan disebabkan Tuan Mufti terpaksa mendapatkan laporan Doktor Kerajaan di dalam kes rompaanknya, mungkin beliau telah pergi ke hospital atau klinik swasta. Lagipun Tuan Mufti pasti jauh dari mampu. Tuan Mufti kalau tidak ada sifat sabar, susahlah. Bukankah mereka yang mengajar kita Hadis Rasulullah SAW, yang bermaksud "Sabar itu separuh daripada Iman"? Belajar bersyukur itu bukankah lebih baik dari mengutuk Doktor yg membantu Tuan Mufti.
Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2013/08/kalau-mufti-sendiri-tidak-pandai.html#VRDxQ5X8Mjm4Cmq5.99
No comments:
Post a Comment