Total Pageviews

Monday, May 13, 2013

DULU LAGI AKU DAH CAKAP...PENANG PUN KEDAH KENA AMBIK BALIK

Mukhriz Patut Mula Kaji Bekalan Air Untuk Pulau Pinang

Lim Guan Eng meneruskan tradisi Singapura apabila berjaya menekan mana-mana Melayu yang jadi Menteri Besar agar tunduk dan patuh kepada perjanjian air tanpa perlu menilai semula kadar dan harga komiditi tersebut mengikut harga semasa.
Zaman di mana kerajaan Barisan Nasional baik hati sepatutnya sudah berlalu. Kalau perlu menyeret pembeli seperi Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke mahkamah bagi mendapatkan keadilan berdasarkan harga dan keperluan aemasa, sepatutnya itulah yang perlu dilakukan.
Sebelum ini Guan Eng nerjaya menggertak dan menakutkan Azizan Abdul Razak apabila bekas Menteri Besar Kedah itu menyatakan yang Kedah akan mengkaji semula penjualan air mentah kepada Pulau Pinang.
Pulau Pinang merupakan negeri yang mempunyai kadar harga air tertinggi di Malaysia.
Gertakan Guan Eng yang Pulau Pinang sanggup menyeret Kedah ke mahkamah dalam usaha untuk memastikan konsesi air Pulau Pinang kekal untung besar, akhirnya membuatkan Azizan bungkam. Dan selepas itu tiada sebarang usaha yang lebih efisien bagi mendapatkan hak Kedah ke atas air mentah yang disalurkan kepada Pulau Pinang.
Memandangkan Pulau Pinang sekarang kekal di tangan Lim Guan Eng manakala Kedah pula sudah pun bermenteribesarkan Mukhriz Mahathir yang dilihat mampu memartabatkan rakyat Kedah selepas diperlekehkan oleh pentadbiran lalu, tibalah masanya untuk Mukhriz mengubah senario tersebut.
Salah satu punca yang menyebabkan para pelabur keluar dari Kulim Hi-Tech adalah disebabkan oleh bekalan air. Tugas utama Mukhriz adalah untuk mendapatkan semula pelabur-pelabur berkenaan. Justeru,  Mukhriz perlu meningkatkan perkhidmatan serta bekalan air di kawasan penindustrian utama di Kedah Selatan itu.
Sepatutnya tiada lagi rundingan yang akhirnya membuatkan Kedah patah tengkuk kepada Lim Guan Eng. Zaman di mana baik hati dan tolak ansur tidak lagi dihargai, Kedah sepatutnya lebih keras dan lebih tegas melayan kerenah Lim Guan Eng dan DAP.
Kalau selama ini asyik Kedah sahaja yang perlu tunduk kepada Pulau Pinang, kini susah sampai masanya untuk Pulau Pinang pula yang tunduk kepada Kedah.
Apatah lagi dari segi hakikatnya Kedah adalah pemulik mutlak ke atas Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment