Namun dalam banyak banyak banduan ada seorang banduan yang agak berlainan dengan bekas bekas banduan yang lain. Banduan ini cukup GILA kerana beliau merasakan beliau lah Banduan yang paling sempurna kerana dikatakan ANUGERAH TUHAN.
Paling gila apabila Banduan ini melangkaui apa yang telah terbukti dengan bercita cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Banduan mahu jadi Perdana Menteri, Banduan mahu jadi pemimpin Rakyat Malaysia.
Ikuti kisah Banduan yang telah dijatuhi hukuman PENJARA 6 tahun diatas kesalahan RASUAH paling besar dalam sejarah negara Malaysia.
1. "Bahawa kamu pada 24.5.1995 lebih kurang jam 5.30 petang,
di Pejabat Menteri Kewangan, di Kementerian Kewangan, Jalan Duta, Kuala
Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi anggota
pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan
Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah berkaitan dengan
siasatan Badan Pencegah Rasuah ke atas Setiausaha Sulit kamu, Encik Mohd
Azmin bin Ali yang disyaki menerima rasuah sehingga dia telah
mengumpulkan harta yang tidak munasabah berbanding dengan pendapatannya, iaitu kamu telah:
a. Campur tangan dalam siasatan itu, dan
b. Mempengaruhi Datuk Shafee bin Yahya,
Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah untuk menutup siasatan kes tersebut
bertentangan dengan prosedur siasatan Badan Pencegah Rasuah tanpa merujuk kepada Pendakwa Raya;
Dan dengan perbuatan kamu itu, Encik Mohd
Azmin bin Ali telah dilindungi daripada tindakan atau prosiding yang
bersifat jenayah dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu
kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No.22
(Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".
2. "Bahawa kamu, pada 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997,
di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di
dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota
pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menten
Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:
- mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang,
Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan
Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada
Azizan bin Ahu Bakar bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang
dilakukan oleb kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada
sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah, dan akibatnya
Azizan bin Abu Bakar telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos
1997 kepada Perdana Menteri seperti mana yang diarahkan, dan oleh yang
demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah
seksyen
2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".
3. "Bahawa kamu, pada 27 Ogos 1997,
di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di
dalam Wilayah Persekutuan 88 Kuala Lumpur, ketika menjadi seorang
anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri
dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:
- mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang,
Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan
Khas II, Polis Diraja Malaysia menggesa Azizan bin Abu Bakar supaya
memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan sa1ah laku mereka dan liwat yang
dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada
sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah dan akihatnya
Azizan bin Abu Bakar telah memberikan kenyataan bertu1is seperti mana
yang diarahkan dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu
kesa1ahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22
(Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".
4. "Bahawa kamu pada 12 Ogos 1997 hingga 18 haribulan Ogos 1997,
di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di
dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semasa menjadi seorang anggota
pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan
Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:
- mengarahkan Datuk Mohd Said Awang,
Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan pengarah Cawangan
Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada
Ummi Haflida bt Ali bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang
dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada
sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi
Hafilda bt Ali telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997
kepada Perdana Menteri seperti mana yang diarahkan, dan oleh yang
demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah
seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".
5. "Bahawa kamu pada 27 haribulan Ogos 1997,
di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di
dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota
pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan
Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di
mana kamu telah mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah
Gawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II,
Polis Diraja Malaysia menggesa Ummi Hafilda bt Ali supaya memberi
kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang
dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada
sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi
Hafilda Ali memberikan kenyataan umum bertulis bertarikh 29 haribulan
Ogos 1997 seperti yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah
melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1)
Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".
Banduan yang dimaksudkan adalah Dato Sri
Anwar bin Ibrahim yang kini merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dan
juga Ketua Pakatan Pembangkang. Banduan yang bercita cita mahu menjadi
Banduan Perdana Menteri Malaysia.
Link From: The Sense,Credibility and accountability.. -
No comments:
Post a Comment