Wednesday, January 09, 2013
HOT NEWS !!! KENAPA PAS BERI TANAH KEPADA DAP ???
Sehingga saat ini rakyat Kelantan masih bingung dan tercari-cari apa
rasionalnya sehingga mendorong Kerajaan PAS Kelantan meluluskan
pemilikan tanah pajakan seluas 10,526 ekar di Gua Musang kepada pemimpin
Cina DAP dari Perak.Rakyat pribumi sendiri masih dibelenggu masalah hak
milik tanah sekalipun sudah berpuluh tahun membanting tulang meneroka
kawasan berkenaan demi sesuap nasi, alih-alih Cina DAP dari luar pula
yang sakan meraih laba keuntungan sehingga tahun 2092.Untuk baki selama
79 tahun lagi dari sekarang hak milik pajakan tanah tersebut terus
menjadi milik Pengerusi DAP Perak,Ngeh Koh Ham dan sepupunya Nga Kor Min
melalui syarikat swasta Upaya Padu sdn Bhd yang baru mereka ambil alih
baru-baru ini.persoalannya kenapa dan apa jasa pemimpin DAP Perak itu
kepada negeri ini sehinggakan keutamaan pajakan tanah yang luas mata
memandang itu hanya dinikmati oleh mereka ??? Sedangkan sekelumit
manfaat daripada mereka untuk menambah baik taraf kehidupan rakyat
marhaen negeri ini langsung tak kelihatan.Padahal bukannya tidak ada
syarikat berwibawa dan individu usahawan berkaliber yang terdiri
daripada anak Melayu Kelantan yang jika diberi peluang seperti itu tentu
sahaja akan memanfaatkannya demi kebaikan negeri dan anak watan
sendiri.Kedua-dua pemimpin DAP Perak itu pula bukannya memiliki latar
belakang sebagai usahawan genuine yang berjaya, sebaliknya sekadar
pemimpin politik.
Kalau pun PAS begitu terhutang budi mahu membalas jasa dek kerana
sokongan DAP kepada perlantikan pemimpin PAS Perak, Nizar Jamaluddin
sebagai Menteri Besar Perak tidak berapa lama dulu, bukan begini
caranya.
Cukup-cukuplah beribu ekar tanah di Perak diluluskan hak milik tanah 999
tanah di sana kepada Cina-Cina DAP,buat apa lagi di beri habuan tanah
pajakan berpuluh tahun di Kelantan untuk memuaskan nafsu serakah
pemimpin DAP pula.Dengan keluasan 10,526 ekar tanah di Kelantan itu yang
hampir menyamai luas Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat di
Putrajaya,sekiranya Kerajaan PAS Kelantan mengikut kaedah penganugerahan
hak milik tanah mengikut acuan FELDA bermakna sekitar 1,000 buah
keluarga bakal beroleh manfaat berupa tanah seluas 10 ekar tiap-tiap
keluarga.Tapi disebabkan kepentingan politik dan dikaburi puncak kuasa
yang tidak pasti, akhirnya tanah yang merupakan amanah rakyat itu hanya
memberi manfaat kepada beberapa kerat politikus dan kroni pemimpin DAP
dalam syarikat itu sahaja.Lebih menyakitkan hati rakyat bila mana hasil
bumi Kelantan berupa kayu kayan balak yang nilainya berjuta-juta ringgit
terus mengalir ke tangan orang lain. Bagaikan mengulangi sejarah air
mata rakyat di awal dekad 1960-an dan 1970-an dulu di mana hasil bumi
negeri di lebih 300,000 ekar tanah menjadi habuan sebuah syarikat milik
Cina Singapura juga melalui kaedah pajakan tanah.
Patutlah lebih 90% para peneroka FELDA di serata tanah rancangan seluruh
negara begitu alergik dengan PAS,tentunya berkait rapat dengan
kebimbangan yang hak milik tanah mereka bakal tergadai atau dipajak
kepada Cina DAP atau Cina SIngapura seandainya PAS diberi muka memijak
sesuka hati wilayah yang mereka pertahankan.Menteri Besar Kelantan,Nik
Abdul Aziz Nik Mat boleh sahaja mengugut rakyat dengan ancaman tindakan
undang-undang dan saman misalnya dalam usaha untuk menutup kebenaran,
namun rakyat tidaklah bodoh untuk terus berdiam diri membiarkan saja
harta benda negeri dan hasil buminya terus mengalir ke tangan DAP.Dari
Timur ke Barat,dari Utara ke Selatan Kelantan di setiap jajahan negeri
ini ada sahaja suara-suara anak Kelantan yang bangkit menuntut jawapan
konkrit.Kenapa,mengapa dan untuk apa tanah Kelantan dibiarkan menjadi
milik DAP?
Rakyat Kelantan menanti jawapan hari demi hari,namun yang ada cuma
jawapan bersimpang siur daripada Kerajaan Negeri yang terus berbelit
sambil menegakkan benang yang basah.Jika beginilah gaya PAS memerintah
negeri,sikit-sikit pajak tanah,sikit-sikit tebang balak yang sebahagian
besar hasilnya hanya menguntungkan segelintir manusia haprak sahaja,
usahlah menangis tak berlagu bila PRU 13 tiba kelak rakyat bangkit
membuang PAS jauh terperosok ke dalam longkang.
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment