Salam semua
Sempena hari GURU aku ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu aku yang telah mendidik dari sekolah rendah hinggalah aku menjijak tangga menara gading.
Peranan guru memanglah hebat sekali, sebab itulah kerajaan memberi segala-galanya kepada cikgu. Apalagi yang cikgu nak, sebut saja dapat. Bersyukur-lah cikgu dengan rezeki yang datang mencurah-curah. Harap jangan jadi cikgu yang lupa daratan sanggup menggigit tangan orang yang memberi.Tak kurangnya ada banyak cikgu yang bersikap demikian. Cikgu kenalah banyak bersabar dan berbaktilah dengan jujur setimpal dengan ganjaran yang diterima. Harus cikgu ingat setitik keringat yang jatuh kebumi itu adalah untuk anak bangsa. Ingat cigu, didikan cikgu hari ini akan menentukan nasib anak murid cikgu 20 tahun yang akan datang. Bagi aku, semua dah ok, cuma tunggu hari nak pi batu dua sahaja. Anak-anak pun dah besar dan berumah tangga. Kesihan tengok cucu-cucu apalah nak jadi kepada mereka kalau lah kita semua dan juga cikgu-cikgu lupa daratan.
Aku dapati banyak orang yang memuji cikgu hingga "melangit" Tak kurang juga yang membangkitkan kisah nostalgia mengenai cikgu-cikgu mereka. Disini aku ingin "nostalgiakan" kisah saorang guru yang membuat aku tidak lupa kepada perangai garang yang tak tentu tempat.
Semasa aku belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid ada dua cikgu berbangsa Sikh. Saorang cikgu Singh tu sangatlah gentlleman, lemah lembut dan beliau ( mendiang ) adalah saorang penulis buku sejarah yang terkenal. Namanya Ajmeer Singh. Ironinya kedua-dua Singh ini nama serupa dan mengajar pun mata pelajaran yang serupa iaitu sejarah dan kedua-dua memakai serban. Saorang lagi Singh ini dia mengajar history ( Pada zaman itu history disebut tawarikh, sekarang sejarah ) Kebanyakan pelajar Kolej ( SAHC) tentu ingat Mr Singh ini. Semua member-member aku tau kisah cikgu ini, sebab kebanyakan daripada mereka yang ambik history mungkin masih merasai kehangatan "penampaq baii" sorang ni. Mr. Singh ini memang terkenal dengan "tempeleng" dia. Ceritanya bagini:-
Semasa ambil LCE ( Sekarang PMR ) aku dapat "A".dalam mata pelajaran sejarah. Dulu susah nak dapat A, kerana jawapan peperiksaan kena tulis panjang - objektif ( dalam Bahasa Inggeris pulak tu ) Budak2 zaman ini ambik periksa hanya dengan tanda "ya" atau "tidak" ( Subjektif ).
Bila aku naik form Four ( Tingkatan Empat ) aku cadang nak ambik sejarah dalam peperiksaan SC ( Senior Cambridge ). Jadi aku kenalah masuk kelas cikgu Singh ni. Satu hari cikgu singh ni bagi homework, aku dan beberapa orang member tak buat homework (kerja rumah). Singh ni suruh berdiri siapa yang tak buat kerja rumah. Aku bersama lebih kurang 10 orang member pun berdirilah. Yang berdiri dibarisan hadapan semua kena tempeleng. Bukan tempeleng main-main. Saorang member tu kena tempeleng sampai tersungkur. (Kalau zaman sekarang cikgu Singh tu sah tidur dalam lokap, tayar kereta kena pancet, dan rumah kena cat merah.). Bila sapai giliran aku, Singh ni tanyak kenapa aku tak buat kerja rumah, dengan spontan aku jawab aku tak nak ambik sejarah dalam peperiksaan SC ( Senior Cambridge ) Selamat aku..
Mulai dari tarikh tersebut aku benci Mr Singh ini. Aku dengar cerita, semasa dia masuk University Malaya (Singh ni semasa mengajar kami dulu bukan ada ijazah. Entah apakah sijil yang dia ada kami kurang periksa.) dia kena reg ( buli ) dengan pelajar-pelajar yang pernah menerima penampar bai..semasa di kolej dulu. Dalam hati aku, aku kata "padan muka dia.."
Sehingga kehari ini, aku berasa syukur kerana kebanyakan cikgu sudah ada ilmu untuk disampaikan kepada pelajar-pelajar. Tanpa mereka kemana halatuju anak-anak kita. Tetapi, ada cikgu yang pada hari ini berperangai lebih teruk daripada mr singh dan telah dirasuk "setan" untuk mendera kanak-kanak dan juga sanggup menjadi pembunuh. Wallahualam...
disebperistiwasemasa
No comments:
Post a Comment