Total Pageviews

Saturday, February 28, 2015

INDAHNYA BUNGA PETUNIA.....


Keharmonian serta keutuhan berumah tangga bergantung kepada kesetian diantara  kedua-dua insan yang bergelar " suami dan isteri".

Kerukunan rumah tangga yang selama ini masih lagi berada dihujung tanduk bergegar apabila siisteri bertukar haluan membuat " U Turn " satelah mendengar tazkirah saorang ustaz di saluran TV.

Siisteri adalah saorang yang cerdik dan bijak dengan berjawatan tinggi dan bergaji besar. Kesibukan dengan tugas dipejabat dan di tambah pula dengan kerja-kerja NGO. Sebagai saorang yang aktif dalam persatuan NGO, siisteri kadangkala terpaksa tidak bermalam  di rumah. Bebanan kerja yang banyak telah memberi tekanan perasaan kepada siisteri. Suami pula terpaksa menerima hakikat bahawa sebagai saorang ketua keluarga dia  hendaklah  bersedia untuk memikul tanggungjawab yang berat untuk memastikan masjid yang dibina itu teguh berdiri sehingga keakhir hayat. Walau bagaimanapun  sisuami perlu  bersabar dengan karenah isteri. Sedikit sebanyak suami tersebut telah berjaya mengekalkan momentum , walaupun  terpaksa menempuh keperitan hidup yang berliku-liku.

Mengikut tazkirah ustaz lagi, siisteri tidak perlu, memasak didapur kerana memasak dan memberi makan kepada suami adalah bukan hak mutlak  suami. Penyediaan makanan dan minuman kepada suami  bukanlah suatu kewajipan atau tanggungjawab isteri. Saolah-olah sisuami ialah saorang yang pandai memasak saperti saorang cef. Ironinya sisuami pulak hendaklah menanggung nafkah zahir dan batin siisteri.

Pendapatan si isteri tidak boleh diusik walau pun sesen sekali pun. Pendapatan siisteri tidak boleh dikongsi atau diambil oleh suami kerana tanggungjawab suami sebagai ketua didalam rumah tangga hendaklah memberi nafkah kepada isteri supaya isteri dan anak-anak tidak kelaparan.

Si isteri tidak perlu membasuh kain baju suami dan suami hendaklah berbuat sebaliknya dengan membasuh kain baju isteri kerana isteri keluar  bekerja saolah-olah si suami tidak pulak bekerja. Isteri tidak perlu mencuci dan menggosak kain baju  si suami bahkan si suami hendaklah mencuci dan menggosok pakaian isteri semasa isteri sibuk dengan tugas-tugas dipejabat. Didalam satu keaadaan si isteri tidak mengindahkan saranan si suami supaya menggosok sahelai seluar untuk dipakai olehnya. ketika siisteri sedang menggosokan pakaian.  Sisuami terpaksa menggosok pakaianya sendiri salepas siisteri selesai menggosok.

Sisuami samaada  mempunyai kemampuan kewangan atau tidak  hendaklah menyediakan saorang amah untuk mengendalikan semua urusan rumah tangga sekiranya sisuami tidak mampu untuk menjalankan urusan harian dirumah.

Sekiranya isteri dapat melakukan sebahagian atau keseluruan tugas-tugas itu dikira sebagai "bonus" kepada suami.

Ustaz memberi contoh dimana Nabi Muhammad (SAW) juga melakukan kerja-kerja harian dirumah dengan membantiu isteri-isteri baginda. Berdasarkan kepada tazkirah ustaz tersebut  siisteri telah membuat perhitungan agar suaminya akur dengan hukum Allah serta sunnah nabi (SAW). Isteri memandang rendah terhadap suami yang gagal melaksana tanggungjawab saperti yang di sebut oleh ustaz tersebut. Dimanakah keadilan terhadap suami ?

Maka berlakulah kepincangan didalam rumah tangga yang boleh membawa kepada keruntuhan dan perceraian disebabkan kepercayaan dan ketaksuban kata-kata ustaz tanpa memberi perhitungan serta kewajaran semasa terhadap apa yang ditazkirahkan. Dimanaka kepintaran dan kebijaksaan  saorang yang bergelar ilmuan. Tidak hairanlah jika si suami terpikat dengan makchik bunga "petunia" yang berada diseberang lautan. Wallahuaqlam.

Mengulas rentetan ini penulis akan  copy dan paste satu hasilan  dari Rahsia Hawa  yang patut dibaca dan dihayati oleh sesaorang yang bergelas "Isteri" pada minggu hadapan.

Penulis: Masbi







No comments:

Post a Comment